Selasa, 20 April 2010

Apa yang Zaid Ibrahim akan bawa ke Hulu Selangor?

1. MIMPI!. Itu sebenarnya “pembangunan” dan “kesejahteraan” yang bakal dibawa oleh Zaid Ibrahim kepada rakyat Hulu Selangor sekiranya beliau memenangi pilihanraya kecil pada 25 April ini.

2. Alasannya mudah, modus operandi dan kempen PKR, PAS dan DAP tidak berubah seperti pilihanraya kecil sebelum ini iaitu menyerang BN, menyerang YAB Najib dan memperlekehkan Kerajaan Persekutuan. Mereka langsung tidak membicarakan tentang “apa yang boleh mereka bawa” ke Hulu Selangor.

3. Jenuh penulis mencari apa yang ingin dibawa Zaid jika menang di Hulu Selangor. Puas menggunakan google, buka Suara Keadilan Online, cuba juga di Harakahdaily dan Dapmalaysia namun yang dijumpai hanya celaan dan hinaan kepada BN. Tidak puas hati, penulis bertanyakan kawan-kawan yang berkampung di Hulu Selangor baik Pro-BN atau Pro-PKR, semuanya elek!

4. Jika hendak dikatakan rakyat Hulu Selangor akan dibantu MB Khalid seandainya Zaid menang, maka omongan kosong yang dijaja PKR akan terus menjadi mimpi ngeri buat rakyat Hulu Selangor. Lihat saja ketika Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sedang gering dulu, apa yang MB Khalid buat untuk membantu kawasan rakan separtinya? Jangankan kata hendak membantu, turun melawat Hulu Selangor pun tidak!

5. Sebab itu awal-awal lagi MB Khalid (sini) tanpa rasa malu mengalu-alukan agar BN menaburkan lebih banyak projek di Hulu Selangor ketika kempen pilihanraya ini. Harapannya, beliau tidak akan berasa malu kerana di bawah pemerintahannya rakyat Hulu Selangor langsung tidak merasakan pembangunan, sekurang-kurangnya ada walaupun dari BN!

6. Sebenarnya apa muslihat Anwar meletakkan Zaid Ibrahim, seorang yang bermasalah dari aspek tata moral diri yang awal-awal lagi sudah diketahui akan dijadikan belasahan dalam kempen BN? Teruk sangatkah orang Selangor hingga terpaksa dibawa orang Kelantan untuk berkhidmat di Hulu Selangor? Apa Anwar ingat rakyat Selangor senang-senang akan terima orang luar macam Guan Eng di Pulau Pinang?

7. Jelas, terang lagi bersuluh, Anwar sengaja meletakkan Zaid di Hulu Selangor dengan harapan untuk membawanya ke Dewan Rakyat. Persoalan untuk Zaid berkhidmat dan membawa pembangunan di Hulu Selangor langsung tidak terfikir di mindanya.

8. Di Dewan Rakyat, Zaid yang merupakan bekas Menteri yang menjaga undang-undang dan merupakan seorang peguam kaya-raya (sini) akan digunakan untuk “mempertahankan” dirinya yang sedang menghadapi tuduhan liwat. Ini kerana situasi sekarang meperlihatkan “panglima-panglima” Anwar yang lain langsung tidak berkredibiliti. Semua pandai memutar belit tetapi “bodoh” dalam bidang perundangan.

9. Anwar sebenarnya tidak peduli tentang rakyat Hulu Selangor. Yang dipentingkan adalah dirinya. Kenyataan ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Ezam (sini) iaitu walaupun Anwar sebenarnya “bukannya suka sangat pada Zaid” tetapi orang inilah yang “boleh digunakan” untuk kepentingan dirinya kelak. Sebab itulah hinggalah ke saat ini, tidak terjumpa atau terdengar langsung perkara yang berkaitan pembangunan dan kesejahteraan yang mahu dibawa Zaid ke Hulu Selangor. Akan terus bermuramlah rakyat Hulu Selangor jika Zaid yang ditabalkan wakil rakyat mereka pada 25 April ini.

10. Kesimpulannya, jika anda penyokong tegar PKR, PAS dan DAP yang masih mahu mengundi Zaid, jangan lupa rakamkan apa yang dijanji-janjikannya sekarang, nanti boleh dijadikan bukti. Maklumlah, beliaukan peguam, habis dipusingnya nanti. Oh... sekadar bertanya, adakah pembangunan dan kesejahteraan yang dijanjikan Zaid di Hulu Selangor? Setakat ini penulis belum jumpa lagi!

Nota kaki:
Kemana menghilangnya kempen “berdegar-degar” Kerajaan 16 September yang nak ambil alih Putrajaya tu? Tak kedengaran langsung di Hulu Selangor!

3 ulasan:

  1. ITULAH KERJA KAKI PUTAR ALAM ALJUBURI WAL ATTARTUKI.....

    BalasPadam
  2. Ini yang akan Zaid bawa ke Hulu Selangor kalau menang P094
    1. Kedai arak dan jualan arak akan menjadi business utama.
    2. Rumah urut dan sex akan dibuka 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun di hulu selangor.
    3. Surau-surau dan masjid tidak di benarkan azan kuat-kuat,kuliyah subuh tak boleh pasang speaker.
    4. Orang melayu boleh sembahyang di gereja dan orang bukan islam boleh sembahyang di surau atau masjid.
    5. Kongsi gelap dan samseng mendapat kawasan baru.
    6. Aktiviti meliwat di benarkan di hulu selangor.
    7. Hulu selangor akan mendapat penasihat ekonomi yang bertuankan Yahudi.
    8. Hulu selangor tak perlu ada Polis,sebab polis akan tembak siapa yang dia tak suka.
    9. Hulu selangor tak perlu ada Polis,Badan Kehakiman dan SPRM sebab PR tak percaya pada polis,badan kehakiman dan SPRM.
    10.Hulu Selangor akan dapat pakar bedah Prono yang di import dari Thailand.
    11. Semua tuntutan IFC akan di laksanakan di P094 hulu Selangor.
    12. Kalimah allah boleh di gunakan oleh semua orang Hulu Selangor tanpa mengira agama.
    13. Anak-anak perempuan yang belum datang bulan di cagarkan / di nikahkan dengan ahlul Pakatan Ajaran Sesat.
    14. Wakil rakyat boleh langgar pelajar dengan kereta lepas minum arak.
    15. Kelab tak pakai seluar dalam akan ditubuhkan oleh Eli di Hulu selangor.
    16. Hulu Selangor akan tersisih dari arus pembangunan.
    17. Peluang pekerjaan tidak akan bertambah di Hulu Selangor.
    18. Rakyat Hulu Selangor terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk cari kerja.
    19. Hulu Selangor akan dapat sebuah ladang babi terbesar di dunia.
    20.Peluang bekas banduan dan raja liwat akan dengan mudah mencapai cita-cita untuk menjadi PM
    21. Di Hulu Selangor Islam liberal.
    22. Muslim murtad di Hulu Selangor akan dapat pembelaan oleh Zaid
    23 di Hulu Selangor tidak ada apa yang di katakan perkara 153 perlembagaan persekutuan yang ada ialah Malaysian Malaysia ala DAP
    24. Parlimen Hulu Selangor melalui zaid Ibrahim akan mengusulkan supaya perlembagaan negara di ubah.

    BalasPadam
  3. Satu lagi fitnah tambahan tidak berasas saat akhir terhadap Kerajaan Negeri Selangor demi menjatuhkan kredibiliti PR....hahaha

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!