1. Membaca artikel Malaysiakini bertajuk Nik Aziz Gempur Hulu S'gor mulai esok (sini) membuatkan penulis berasa "gerun" kerana "General Terbesar "PAS akan turun habis-habisan menghumbankan peluru mereka untuk membela Zaid Ibrahim dan menghentam YAB Najib, BN dan Kerajaan Persekutuan mulai esok hari.
2. Maka semua hulubalang dan panglima BN perlulah bersiap sedia untuk menangkis serangan "Gempur" dari Nik Aziz yang dijangka akan "menghilangkan" terus "dosa-dosa" Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan PKR ketika berkempen di Hulu Selangor. Kehadiran Nik Aziz dijangka "akan menterbalikkan" sokongan yang kini lebih 70% berpihak kepada BN.
3. Bukan untuk menafikan kemampuan kata-kata yang bakal keluar dari mulut Nik Aziz yang dianggap "keramat" oleh penyokong DAP, PKR dan PAS untuk menarik undi; namun penulis merasakan agak pelik, adakah Malaysiakini tidak melihat tahap kesihatan dan "kelaratan" Nik Aziz ketika ini. Cuba lihat gambar ketika beliau mengerjakan umrah yang penulis tatap di blog hjarshad.blogspot.com. Ia turut diulas oleh blogger rbf di sini. Semangat Nik Aziz untuk "menjahanamkan" BN mungkin ada tetapi dari kemampuan fizikal bagaimana? Cuba nilai tiga keping gambar yang penulis paparkan di bawah.
4. Kesimpulan mudah penulis ialah mungkin Malaysiakini sengaja "memperli" jentera PAS yang masih lagi mahu mempergunakan Nik Aziz semata-mata untuk memenangkan Zaid Ibrahim dan Anwar di Hulu Selangor. Bagi penulis, jentera PAS di Hulu Selangor langsung tidak berhati perut kerana sanggup untuk "memperkudakan" Nik Aziz yang masih lagi keletihan mengerjakan umrah. Mungkin PAS ingin menunjukkan tindakan ini sebagai satu perjuangan tetapi bagi penulis, ia adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan kepada seorang warga tua.
5. Dek kerana kuasa dan Anwar, jentera PAS sanggup buat apa saja untuk mengangkatnya sebagai Perdana Menteri. Sampaikan habis "diperah" tenaga Nik Aziz. Mengapa tidak digunakan saja Khalid Samad, Mat Sabu, Mahfuz atau hulubalang-hulubalang PAS khususnya puak-puak Erdogan di sana? Adakah kerana cakap mereka sudah tidak ada ummph dan tidak dipedulikan oleh rakyat Hulu Selangor sehingga perlu dibawa Nik Aziz? Itulah hakikat sebenarnya!
Nota Kaki:
Sepatutnya diwaktu ini Nik Aziz dah berehat dah di rumah. Contohi Tun M, sesekali dijemput pergilah ceramah. Ini tidak, demi nak diangkat Anwar jadi PM, menyanggupkan apa saja. Dah lama sangat dah Tok Guru, lama sangat dah, cukuplah.....

saya sgt setuju dengan nota kaki tersebut... paklah pun dah berehat!! hehheh yang belum berehat lagi TGNA, TGHH, LKS dan KAPAL KARAM!!! bawa bawa la berundur...jangan sampai di rehatkan sudah
BalasPadamBetul tue.. Nik Aziz dah uzur sangat tue.. kena banyak rehat...
BalasPadamC++
CipanTapirTenuk.Blogspot
nik ajis, hadi awang, lim kit sial ngan kapal karam tu sumenyer nak mati semase diorg tgh politik...so nanti diorg akan diangkat sebagai hero utk sume penyokong pakatan haram...tu sebab diorg x kisah tebal telinga org mengate...
BalasPadamMengong, amik gambar memang la kaku jadi macam tu. Erra Fazira amik makan penuh sopan, snap gambar time tengah nganga mulut luas2, takde nampak eh sopan lagi dah. Karpal singh pun naik wheelchair boleh je ceramah.
BalasPadam