1. Pertamanya, penulis bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan kepada 24,997 pengundi yang menaruh kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali mewakili mereka di Dewan Rakyat. Walaupun penulis bukan sesiapa di dalam BN dan di Hulu Selangor namun kesejahteraan dan rahmat yang dibawa BN secara keseluruhannya selama ini amat membahagiakan penulis.
2. Dalam banyak-banyak artikel yang memperkatakan mengenai keputusan pilihanraya kecil ini, sama ada yang meraikan kejayaan BN atau sikap sindrom penafian PKR, PAS dan DAP yang tidak habis-habis menyalahkan BN atas kekalahan mereka, penulis amat tertarik dengan artikel Malaysiakini bertajuk Pakatan tenangkan penyokong di Hulu S’langor (sini).
3. Membaca ratapan kesedihan Zaid setelah tewas kepada P. Kamalanathan di Hulu Selangor sehingga menyebabkan anak gadisnya menangis di pentas amat mendatangkan “kesyahduan” di hati penulis. Beliau memberikan alasan ketewasannya berpunca dari perbuatan “membeli undi’ yang “dihalalkan” di negara ini dan dalam konteks di Hulu Selangor, perbuatan berkenaan “berlaku siang dan malam”. Mungkin Zaid berani untuk menyatakan demikian kerana beliau mengetahui parti yang diwakilinya (PKR) melakukan perbuatan “membeli undi” ini sepanjang tempoh berkempen. Cuba lihat gambar di bawah (dari AgendaDaily) dan ulasan Nobisha di sini.
4. Kecewa benar Zaid dan BN dipersalahkannya 200%. Zaid seharusnya memuhasabah diri dan insaf bahawa kemenangan BN ini telah ditakdirkan Allah. Jangan jadi macam Anwar, cakap saja pandai, Kerajaan 16 September tidak menjadi kerana Allah tidak izinkan (sini), tetapi pada masa yang sama, salahkan BN, salahkan rakyat, salahkan polis, salahkan semua kerana tidak menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Apa punya malang Malaysia dapat Ketua Pembangkang sebegini?
5. Berbalik kepada perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru, sebenarnya ia diadakan untuk “meraikan kemenangan” PKR, namun malangnya bertukar menjadi “majlis menyedapkan hati” yang duka lara. Sebab itu jika dilihat jumlah kehadiran ketika proses pengiraan undi mencecah lebih seribu orang. Siap dengan layar putih disediakan di sana. Sejurus selepas mengetahui kekalahan Zaid, maka para penyokong mula melangkah longlai meninggalkan stadium.
6. Sudahlah kecewa dengan kekalahan, pedihnya hati amatlah dirasai penyokong PKR, PAS dan DAP kerana Anwar Ibrahim sendiri melarikan diri awal-awal lagi sebaik saja beliau mengetahui Zaid kalah di Hulu Selangor. Tiada langsung rasa bertanggungjawab untuk bersama-sama penyokong untuk menerima kekalahan. Cuba bayangkan sekiranya Zaid yang menang, sudah pastilah Anwar akan menjadi orang pertama yang berada di pusat penjumlahan undi bagi menunjukkan kepada dunia bahawa dek kerana faktor dan aura beliaulah Zaid menang di Hulu Selangor. Kononnya!
7. Selain ketiadaan Anwar, satu lagi situasi menarik yang berlaku ialah tiada seorang pun “orang besar” PAS yang hadir untuk bersama-sama bagi menenangkan hati para penyokong. Cuba lihat gambar di bawah, langsung tiada “hubaya-hubaya” PAS di sana. Perkara ini diakui sendiri oleh penyokong PAS dan keadaan sedemikian amat berbeza dari malam sebelumnya yang penuh sesak dengan penyokong Zaid bagi meraikan “pra-kemenangannya” di malam terakhir kempen (sini).
8. Keadaan ini jelas menunjukkan bukan saja penyokong PAS yang amat kecewa dengan Anwar kerana memilih Zaid tetapi juga pimpinan atasan PAS. Mereka malu kerana terpaksa mempertahankan “Haji Zaid” (gelaran yang diberikan semata-mata untuk kempen di Hulu Selangor. Lihat sini dan sini.) yang bermasalah moral dan dikritik oleh mereka sendiri sebelum ini (sini). Ia amat memalukan PAS yang terpaksa menjilat semula ludah sendiri. Jangan dikatakan Nik Aziz dan Hadi Awang, pimpinan PAS Selangor pun langsung tidak menunjukkan muka.
9. Ini sudah semestinya petunjuk jelas bagi membuktikan PAS sudah serik untuk berkempen untuk PKR. Sudahlah jentera mereka diperkudakan dek kerana lumpuhnya jentera PKR akibat tindakan ahlinya keluar meninggalkan parti secara beramai-ramai, peruntukan kempen untuk PKR pun mereka terpaksa keluarkan. Entah hilang ke mana perginya peruntukan kempen yang dijanjikan PKR kepada PAS dan wang-wang kutipan sumbangan penyokong setiap kali ceramah diadakan (sini)? Yang peliknya, jentera PKR yang nyawa-nyawa ikan itu kelihatan mewah pula dari segala aspek. Malang sungguh PAS.
10. Bayangkan sekiranya jentera PAS yang datang jauh dari Wakaf Che Yeh dan Kodiang, minyak kereta dan tol sudah cukup untuk memeningkan, inikan pula untuk menampung kos sara kempen untuk sembilan hari. PKR sekurang-kurangnya patut menyediakan makanan untuk petugas PAS sepanjang mereka berada di Hulu Selangor namun jangankan kata makanan, air mineral pun tarak.
11. Akhirnya, pilihanraya kali ini amat memberikan pengajaran kepada PAS bahawa selama ini mereka diperkudakan oleh Anwar untuk memperoleh undi orang Melayu Islam. PAS sudah pasti dapat melihat bagaimana DAP yang hanya menggoyangkan kaki langsung tidak membantu. DAP langsung tidak ditegur Anwar, mungkin kerana Anwar menyedari undi Cina sememangnya akan menyebelahi Zaid.
12. Sewajarnya PAS memeriksa kembali kedudukan mereka di dalam gabungan tidak berdaftar itu. Sekiranya PAS masih mahu tidur di bantal yang sama dengan PKR dan DAP, mereka harus bertegas khususnya dengan Anwar Ibrahim. PAS tidak perlu takut kerana di kalangan tiga parti ini belum ada wakil rakyatnya yang menjadi bebas atau melompat ke BN jika dibandingkan dengan parti Anwar Ibrahim itu. PAS perlu tunjukkan nilai mereka yang sebenar kepada Anwar! Jangan hanya kerana Anwar bermimpi untuk jadi PM maka segala kemahuannya diturutkan! Tunjukkan yang “hubaya-hubaya” PAS juga ada telor! Namun persoalannya, beranikah PAS berbuat demikian?
Nota kaki:
Penulis terfikir, di manakah agaknya Zaid akan diletakkan Anwar dalam Pilihanraya Umum Ke-13 bagi memastikan beliau berjaya ke Dewan Rakyat? Di Hulu Selangor atau di Kota Bharu? Ataupun di tempat baru? Hanya Anwar yang dapat menentukannya, maklumlah Pakatan Rakyat tu kan dia punya!
Sy cadangkan Zaid letak di Prmtg Pauh ...itu kubu selamat buat PKR ..haha
BalasPadamTak jelas apa yang ingin disampaikan oleh penulis ini sebenarnya.Apa yang saya faham tak ada perkataan 'serik' dalam PAS. Yang ada cuma 'KEMENANGAN' dan 'SHAHID'.
BalasPadamKawan aaa...kalau 'PAS' dah SERIK berkempen untuk PKR...silakan lah keluar dari Pakatan...berani ka nak dok sorang2 wahai 'PAS'..??? Kalau takdak kejasama dgn parti komunis, parti liberal keadilan, pas boleh perintah ka negeri2 lain selain kelantan..???
BalasPadamaku bukan nak cakap besaq samada keadilan kuat sangat atau tidak...tapi permuafakatan, kerjasama dengan berbagai parti mesti adaa...
sejahil-jahil aku pasai politik, pasaipa lak dalam PAS buleh ada pemimpin ortodok yang masih ada semangat nak jalinkan kembali hubungan dgn amNO-apCO? Nak kerajaan perpaduang? pasaipa ada? letak jawatan, masok amNO la kawan...baru bleh jadi Menteri kalau mau...
PAS parti politik lagi lama dari keadilan, tapi pasaipa nak join PR nak menuju ke Putrajaya..??? Awat dari awai lagi hang sebagai ahli PAS tak nyatakan bantahan bersama akar umbi kata laa.." kami tak mau bersetongkol dengan PKR dan DAP.."
Pasai bab belanjaan makan, lagi la PKR mana nak mai duit kawan? Hangpa dalam PAS buleh laa..parti dah lama, dana pun dah banyak..buleh la sponsor suka2 hati...makan sampai buncit2 perot, buleh bawak balik 'tapau' lagi...Parti keadilan ni parti susah kawan, memintak pinjam sini, pinjam sana..jenuh tebai muka..hangpa lain laa...
tapi kalau hang nak sembvang bab perjuangan, baik jgn memintak2..perangai cam amNO...aku pernah pi berkempen dgn geng2 penang ke Kelantan dulu ni di PRK Pengkalan Pasir, kami dok dengan duit poket sendiri, sewa rumah, makan minum...tak memintak2 disponsor makan dan sebagainya...
aku dah malaih nak panjang2 bebel satgi terlepas kata2 yg tak berapa nak elok...dan aku mintak maap banyak2 kalau ada mengguris hati dengan kata2 kurang manis nukilan di ruang komen ni...
Ulasan yg amat baik. PAS patut sedar. Dalam kempen beberapa pilihanraya yg lalu, PAS diperkudakan oleh PKR dan DAP. Memang benar cuma pemimpin PAS yg sengaja buat tak tahu.
BalasPadamHang baca sini pulak!
BalasPadamAnalisis Hulu Selangor (1): PAS Biggest Loser?