Rabu, 8 September 2010

Perutusan Kemerdekaan: Najib ajak kukuh perpaduan, Guan Eng sibuk hentam UMNO! Merdeka Guan Eng oi, Merdeka!

Umat Islam di seluruh negara di kala ini sedang sibuk sama ada untuk meningkatkan ibadat di hari-hari terakhir Ramadhan atau bertungkus-lumus melengkapkan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ini, rakyat Malaysia amat bertuah kerana menyambut Ramadhan dan Syawal ketika negara berada di dalam sambutan ulangtahun Kemerdekaan negara yang ke-53. Kesempatan ini membolehkan seluruh umat Islam di Malaysia menginsafi dan bersyukur betapa bertuahnya hidup di bumi Malaysia ini.

Bertuahnya umat Islam di Malaysia adalah kerana bukan saja dapat hidup dengan aman damai bersama rakan-rakan dari kaum-kaum lain di atas nikmat kemerdekaan yang diperoleh malah kedamaian itu membolehkan kita beribadat tanpa diganggu peluru atau kekacauan sebagaimana yang dihadapi oleh umat Islam lain di luar negara.

Keamanan dan kedamaian yang ada pada hari ini sebenarnya adalah berteraskan kepada perpaduan antara kaum yang diperoleh atas persetujuan dan persefahaman politik sejak tahun 1948 lagi. Ia dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Sebab itulah YAB Najib melalui Perutusan Kemerdekaannya (sini) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengukuhkan perpaduan sesama kita. Malah beliau dua hari lepas (6 September 2010) menegaskan agar Kontrak Sosial tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak (sini).

Jika dilihat kepada Perutusan Kemerdekaan Najib, selain intipati utama dari awal hingga akhirnya mengajak rakyat untuk menjaga dan mengukuhkan perpaduan, beliau juga mengkisahkan mengenai sumbangan Perdana Menteri terdahulu kepada negara. Selain itu, Najib turut menyentuh mengenai langkah kerajaan untuk mempersiapkan Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020 melalui pelan transformasi kerajaan (GTP) dan pelan transformasi ekonomi (ETP).

Apa yang menariknya ialah tiada satu kenyataan pun yang diucapkan Najib menghentam pemimpin atau mana-mana parti di dalam Pakatan Haram. Ini bermakna, Najib bijak membezakan platform, di mana ruang untuk mengurus negara dan di mana pula ruang untuk berpolitik.

Berbeza dengan Lim Guan Eng, Perutusan Kemerdekaannya (sini) sarat dengan menghentam UMNO dan masuk bakul angkat sendiri! Agak menghairankan, mengapa Guan Eng tidak pula menghentam rakan-rakan komponen BN yang lain. Yang dihentamnya hanya UMNO sahaja? Adakah ini disebabkan UMNO terdiri daripada orang Melayu Islam dan komponen yang lain tidak?

Lihat saja bagaimana dari awal hingga akhir perutusan berkenaan Guan Eng tidak habis-habis menyalahkan UMNO. Antaranya, beliau mendakwa negara sedang berpecah belah dan menyatakan kononnya, “Pulau Pinang terus menjadi mangsa serangan oleh pelampau dan seteru UMNO”. Bagi tujuan itu, beliau memberikan contoh-contoh yang sememangnya benar berlaku di Pulau Pinang seperti pengharaman perarakan Maulidur Rasul, pengharaman Bazar Ramadhan dan penggantian nama YDP Agong dengan namanya. Guan Eng mendakwa kepimpinan beliau kononnya lebih telus melalui dasar CAT dan rasuah berjaya dibanteras. Itu pun nak dikaitkan juga dengan UMNO.

Ini membuktikan, Guan Eng bukan saja tidak tahu untuk membezakan platform, di mana patut berpolitik dan di mana tidak, malah beliau juga sebenarnya merupakan seorang yang akan mempolitikkan segala perkara demi untuk kelansungan politik dan kedudukan beliau sebagai pemimpin tertinggi di Pulau Pinang.

Lihatlah perbezaan ibarat di antara langit dan bumi di antara Najib dan Guan Eng. Ketika Najib sibuk bekerja dan mengukuhkan perpaduan rakyat, Guan Eng pula melihat segala-galanya adalah politik dan segala-galanya adalah peluang untuk mengukuhkan cengkaman.

Marilah kita berdoa agar Najib terus direstui oleh Allah SWT untuk mentadbir negara ini dengan jayanya. Juga, kita tidak harus lupa untuk memohon agar negara ini tidak jatuh ke tangan pihak yang akan menjadi penghianat kepada agama, bangsa dan negara sendiri. Amin.

Selasa, 7 September 2010

Nik Aziz tak peduli kesusahan penjawat awam Kelantan di musim perayaan! Cetak sajalah dinar dan dirham tu buat bonus!


Tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cerita mengenai bonus di negeri Cik Siti Wan Kembang seolah-olah dah tutup cerita.

Ketika penjawat awam Persekutuan dan negeri-negeri lain menerima bantuan khas sempena Aidilfitri dari kerajaan masing-masing, Nik Aziz buat tak tahu saja mengenai pemberian berkenaan kepada penjawat awam Kelantan.

Mereka sudah semestinya amat berharap untuk memperolehnya kerana rakan-rakan mereka di negeri lain semua dapat. Di Kelantan saja yang belum dapat. Apa yang lebih membuatkan mereka terasa hati ialah kakitangan Persekutuan di Kelantan juga merasa bantuan RM500 dari Najib, tetapi mereka tidak.

Nak dikatakan takda duit, makin botak hutan Kelantan balak dijarah. Berapa banyak balak yang dah ditebang. Kasi sikitlah kepada penjawat awam nak merasa, asyik masuk poket kroni ja. Takkan nak bagi alasan belum dapat duit royalti kot?

Paling tidak pun, cetak sajalah dinar dengan dirham banyak-banyak dan jadikannya sebagai bonus kepada penjawat awam Kelantan. Baru nama kerajaan berkebajikan. Ini tidak, kebajikan penjawat awam sendiri yang nak laksana dasar pun tak dijaga, macam mana nak jaga kebajikan rakyat? Cakap tak serupa bikinlah Nik Aziz.

Kesiannya penjawat awam Kelantan! Tukar kerajaan lah pilihan raya depan, pasti kebajikan anda lebih terpelihara!

Kit Siang, Karpal, Anwar & Nik Aziz seketurunan, tolong fahami cakap Khoo Kay Kim! Hak Orang Melayu tak boleh dipadamkan!

Artikel Hak Istimewa Orang Melayu Tak Boleh Dipadamkan Kecuali Melayu Setuju – Khoo Kay Kim yang dilaporkan oleh Bernama (sini) dan dipetik oleh Malaysiakini dengan tajuk Khoo Kay Kim: Hak Istimewa orang Melayu tak boleh dipadam (sini) menegaskan mengenai Perkara 153 yang termaktub di dalam perlembagaan tidak boleh dipinda sekiranya tidak dipersetujui oleh majoriti orang Melayu.

Ini bermakna, sekiranya ia hanya dipersetujui oleh Melayu Pakatan Haram yang diketuai Anwar, Nurul Izzah, Wan Azizah, Nik Aziz, Haji Hadi dan gerombolan-gerombolan bangsat lain semata-mata mahu menjilat DAP, ia tetap tidak boleh dipinda kerana mereka itu hanya Melayu minoriti yang bersetuju, bukannya majoriti.

Majoriti Melayu hari ini (mengikut jumlah kerusi Parlimen di Dewan Rakyat) adalah bersama UMNO yang sudah semestinya akan menentang sebarang usaha dari Pakatan Haram untuk meminda apatah lagi untuk memansuhkan Hak Istimewa Orang Melayu.

Penulis percaya, jika perkara ini diperkatakan oleh orang Melayu ataupun datangnya dari mulut orang UMNO, pasti puak-puak Pakatan Haram akan mengatakan ia tidak lebih dari satu retorik untuk mengekalkan kuasa. Tetapi, kebenaran ini diperkatakan sendiri oleh Khoo Kay Kim, pakar sejarah negara yang tidak berkepentingan politik dan merupakan seorang Profesor Emeritus berbangsa Cina.

Penulis berharap puak-puak Pakatan Haram khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam cukup-cukuplah mempertikaikan Hak Istimewa Orang Melayu sebagaimana yang diperlakukan oleh Nurul Izzah baru-baru ini. Jika anda tidak mahu hak berkenaan, jauh lebih ramai lagi Melayu yang mahu ia dikekalkan. Jangan gadai maruah bangsa dan agama semata-mata nak merasa berkuasa! Tolonglah!

Berikut salinan artikel yang diperkatakan oleh Prof Emeritus Khoo Kay Kim sebagaimana yang dilaporkan BERNAMA:

Hak Istimewa Orang Melayu Tak Boleh Dipadamkan Kecuali Melayu Setuju – Khoo Kay Kim

Oleh Haslinda Zainal KUALA LUMPUR, 6 September (BERNAMA) Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

"Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

"Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

"Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea 'hak orang Melayu' yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

"Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu," katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

"Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa," katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

"Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat," katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

"Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka," katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

"Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

"Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak," katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

"Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire," katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara," katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah "terlajak sejarah" iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

"Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan)," katanya.

Beliau berkata fenomena "terlajak sejarah" itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.

Isnin, 6 September 2010

Malaysiakini buktikan Guan Eng rasuah pengundi Pulau Pinang! SPRM tolong ambil tindakan!


“Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.”

Demikian petikan perenggan pertama artikel yang ditulis oleh Muhamad Abdul Qayyum yang dipostkan pada jam 3:11 petang, 5 September 2010 di Malaysiakini dengan tajuk 107,620 warga emas Pulau Pinang terima sumbangan (sini).

Inilah bukti terkini yang dipaparkan sendiri oleh media pro-Pakatan Haram bahawa Guan Eng sememangnya memberikan rasuah kepada pengundi untuk memenangi pilihan raya.

Beri sumbangan kepada warga emas itu bagus tetapi mengapa hanya diberi kepada mereka yang mendaftar sebagai pengundi? Mengapa tidak diberikan sekali kepada warga emas yang tidak mendaftar sebagai pengundi?

Jelas, terang lagi bersuluh Guan Eng menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk mengekalkan kuasa dengan merasuah para pengundi. Ia dengan harapan agar dalam pilihan raya akan datang warga emas yang mendaftar sebagai pengundi ini akan mengundi DAP, PAS dan PKR.

Kerajaan BN sama ada di peringkat Pusat atau negeri yang sekian lama memerintah tidak pernah membezakan bantuan sekiranya nak diberikan kepada warga emas sama ada mereka itu mendaftar sebagai pengundi ataupun tidak, penyokong BN ataupun tidak. Semuanya diberikan bantuan kerana memerlukan.

Namun kerajaan pimpinan Guan Eng yang turut dijilat oleh PAS, semua tindakannya adalah atas faktor politik dan undi semata-mata!

Penulis tak mahu komen panjang-panjang lagi. Ini merupakan bukti jelas dari Malaysiakini.

SPRM, tolong dakwa Guan Eng segera!

Zaid tidak mahu jadi mangsa politik sebagaimana Anwar lakukan kepada Tun Ghaffar Baba!

Malaysiakini melalui posting bertajuk ‘Saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba?’ (sini) mengkisahkan Zaid Ibrahim yang melahirkan rasa kecewanya atas sikap ahli dan pimpinan PKR yang cuba untuk menjadikan beliau sebagai mangsa politk sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba pada tahun 1993.

Ini kerana sebaik saja beliau mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden (sini), banyak pihak dalam PKR telah menyusun strategi bagi memburukkan beliau. Malah Zaid mendedahkan ada pihak yang sanggup untuk mengupah seorang blogger Melayu popular untuk membawa cerita beliau akan membayar RM 20,000 kepada setiap cabang yang mencalonkannya.

Jika diimbas dalam pemilihan UMNO tahun 1993, strategi busuk Anwar untuk menjatuhkan Ghafar yang ketika itu penyandang jawatan Timbalan Presiden UMNO adalah amat licik sekali.

Lihat bagaimana ketika Anwar mengeluarkan kenyataan, "Saya menghormati Encik Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak seharusnya menentang beliau" tetapi di belakangnya, Anwar secara diam-diam melancarkan kempen dan lobi kepada semua Bahagian UMNO untuk mencalonkan dirinya.

Ghaffar yang dikenali sebagai seorang yang baik dalam politik setelah mendengar kata-kata Anwar itu langsung tidak menggerakkan jentera kempennya. Yalah, Ghafar merasakan dirinya akan menang tanpa bertanding!

Malangnya, menjelang tarikh tutup pencalonan, Anwar mengumumkan untuk bertanding secara “tiba-tiba”. Terkejutlah Ghaffar ketika itu kerana beliau langsung tidak menyangka Anwar akan mencabarnya setelah berjanji tidak akan bertanding.

Ketika itu baru Ghaffar mengetahui bahawa Anwar dalam diam telah menaburkan sekian banyak duit melalui jenteranya untuk memperoleh pencalonan dari perwakilan UMNO seluruh negara. Inilah titik mula politik wang dan rasuah melingkari UMNO. Dan akibatnya, Anwar telah menang tanpa bertanding disebabkan Ghaffar tidak cukup pencalonan.

Bayangkanlah bagaimana seorang individu yang banyak berjasa sejak negara belum mencapai kemerdekaan dan merupakan penyandang jawatan Timbalan Presiden gagal memperoleh pencalonan yang cukup untuk bertanding. Ya, tewas sebelum bertanding lagi! Betapa busuknya politik Anwar semata-mata untuk berkuasa!

Selepas Ghaffar tewas, Anwar berterusan secara sistematik mengenepikan beliau dari arus politik perdana. Ghaffar yang merasakan dirinya tidak diperlukan lagi oleh UMNO seolah membawa rajuk dan dirinya dari arena politik. Walaupun Dr Mahathir menawarkan beberapa jawatan kepada Ghaffar namun semua itu ditolak kerana beliau sedia maklum Anwar akan menggunakan segala pengaruh dan kroninya untuk menyisihkan beliau. Sejak dari itu, Ghaffar terus terpinggir dari arena politik UMNO dan perdana.

Itulah yang dimaksudkan oleh Zaid. Sekiranya beliau tewas dalam pemilihan PKR ini dengan strategi sebagaimana yang digunakan Anwar dulu, pasti beliau juga bakal menerima nasib yang sama seperti Tun Ghaffar Baba. Akan terbuang terus sekiranya tewas.

Bagi penulis, Zaid juga gila kuasa. Jika beliau sudah tahu itu merupakan darah daging dan didikan Anwar dalam politik PKR, mengapa perlu lagi menyertainya? Keluar saja dari PKR! Anda lebih dihormati walau tidak menyertai mana-mana parti politik. Namun apakan daya, Zaid juga seperti Anwar, pangkat dan kedudukan adalah segala-galanya!

Jumaat, 3 September 2010

Paderi Gay: PAS yang patut nyatakan pendirian Herman oi! Melalak cari publisiti ka?

Selepas membangkitkan isu remeh mengenai gambar Guan Eng menyebelih lembu oleh PAS Beruk (sini), Herman Samsudeen, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, sekali lagi membangkitkan isu bodoh yang sepatutnya dijawab sendiri oleh PAS.

Malaysiakini melalui artikel Paderi Gay: K’jaan digesa nyatakan pendirian (sini) melaporkan Herman mahu kerajaan menyatakan pendirian atas sikap paderi gay, Ouyang Wen Feng yang dilaporkan oleh AFP telah menubuhkan gereja secara senyap-senyap untuk golongan sejenisnya di pinggir Kuala Lumpur (sini).

Sepatutnya dalam isu gay ini, PAS yang harus menyatakan pendirian sama ada mereka menyokong atau tidak individu yang terlibat dalam kegiatan ini menjadi penyokong PAS atau penyokong Pakatan Haram.

Bukan itu saja, PAS juga harus tegas menyatakan pendirian sama ada menyokong atau tidak individu yang terlibat di dalam kegiatan seks sejenis ini diangkat sebagai pemimpin negara? Apatah lagi jika individu berkenaan pernah disabitkan kesalahan oleh mahkamah!

Apa pendirian kau Herman? Apa pendirian PAS?

Pendirian kerajaan dalam isu gay ni jelas. Tak perlu dijelaskan lagi. Homoseksual adalah kesalahan di Malaysia dan sesiapa yang terlibat boleh dipenjara sehingga 20 tahun! Lupa ka Anwar pernah dipenjara sebab kegiatan ni?

PAS sengaja membutakan mata terhadap Alasan Penghakiman Anwar dibebaskan pada tahun 2004 (sini). Di dalamnya, hakim merumuskan seperti berikut:

“To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen”

Apa pendirian kau Herman terhadap Anwar? Apa pendirian PAS terhadap Anwar?

Tidak menghairankan jika puak-puak PAS akan putar belit mengatakan Anwar menjadi mangsa konspirasi politik dan mahkamah yang dikawal oleh UMNO/BN!

Dey matcha! Kalau mahkamah dikawal UMNO/BN, Anwar takkan dibebaskan tahun 2004 dulu dan sekarang ni bukan jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh tau! Mau 20 tahun penjara maksimum dia merengkok dalam tu!

PAS sebenarnya ada pendirian, tiada pendirian, hilang pendirian atau tercari-cari pendirian dalam isu gay ni? Yang mana satu?

Opsss... cakap siang pandang-pandang, cakap malam kang Anwar marah! Ikut ajelah.... Takbirrrrrrr!

PAS akhirnya sujud kepada DAP dan PKR untuk tidak laksanakan hudud. Mengapa Malaysiakini tak lapor?

PAS akhirnya sujud taat kepada DAP dan PKR untuk membuang matlamat mereka bagi melaksanakan hudud atau perundangan Islam sekirannya Pakatan Haram menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang (sini). Ia diperkatakan sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah semalam, 2 September 2010.

Sebaliknya, matlamat PAS kini ialah untuk menumbangkan BN. Lihatlah bagaimana PAS kali ini secara terang-terangan menjelaskan bahawa mereka sanggup menukar niat dari sesuatu yang suci dan murni iaitu untuk menegakkan hukum Allah di Malaysia kepada suatu niat busuk yang penuh kebencian semata-mata untuk berkuasa. Sebelum ini, ia hanya dapat dilihat melalui tindakan tetapi kini ia dijelaskan melalui kata-kata!

Mohd Amar juga menjelaskan kononnya Pakatan Haram tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan sedia ada. Wah! Betul-betul PAS sujud pada DAP dan PKR ni. Bukankah selama ini PAS yang menghentam Perlembagaan sedia ada dengan mengatakan ianya tinggalan penjajah, dibuat Kristian, sudah lapuk, sekular, tidak Islamik dan sebagainya? Sekelip mata PAS berubah kerana kuasa!

Mohd Amar sebenarnya telah termakan tipu daya DAP dan PKR sebagaimana Nik Aziz dan penyokong PAS yang lain. Matlamat DAP dan PKR jelas iaitu untuk menyamaratakan segala bidang di Malaysia termasuk persoalan agama dan bangsa supaya kononnya lebih adil.

Bagi merealisasikannya, Perlembagaan sedia ada perlu diubah untuk disamaratakan terutamanya kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Hak Istimewa Orang Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu. Semua ini akan dibuang dari Perlembagaan.

Sekarang ini bolehlah DAP dan PKR berjanji tidak akan membuangnya tetapi apabila dah berkuasa kelak, jangan harap ia akan ditunaikan. Bukankah itu matlamat DAP sejak berpisah dari PAP dan matlamat PKR sejak ia ditubuhkan di lokasi mewah Hotel Renaisance dulu? Sedarlah PAS, kalian sedang dipermainkan.

Apa yang menarik mengenai berita keakuran PAS kepada DAP dan PKR ini ialah ia tidak pula dilaporkan oleh Malaysiakini. Ini menampakkan Malaysiakini sengaja untuk memilih topik yang menguntungkan Pakatan Haram untuk disiarkan manakala topik yang merugikan tidak akan dipaparkan sama sekali.

Itulah sebenarnya Malaysiakini, pembawa suara dan agenda Pakatan Haram. Jangan pula ada yang dakwa ia bebas dan adil ya!

Khamis, 2 September 2010

Faekah (Setiausah Politik MB Selangor) marah Khir Toyo serang Khalid. Ada apa-apa ker?

Wow! Setiausaha Politik baru MB Selangor, Faekah Husin yang menggantikan Nik Nazmi melenting apabila Khir Toyo berterusan menyerang kepincangan pentadbiran Khalid Ibrahim. Ia dilaporkan Malaysiakini dalam posting bertajuk Faekah: Lebih baik Khir Toyo diam... (sini).

Ketika Nik Nazmi menjadi SETPOL, beliau tidak pula melenting bila Khir Toyo atau mana-mana pemimpin UMNO/BN menyerang Khalid.

Sudah menjadi lumrah politik sesiapa pun yang jadi pembangkang akan mencari apa saja kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan. Apatah lagi pentadbiran Khalid yang banyak merugikan rakyat itu.

Faekah seharusnya faham, Khir Toyo tu kan Ketua Pembangkang Selangor? Mengapa perlu menyuruh beliau mendiamkan diri? Faekah nak sembunyikan sesuatu ya?

Kalau dirasakan kepincangan yang ada hari ini disebabkan kepimpinan Khir Toyo dulu, dedahkan saja. Biar rakyat tahu. Ini tidak, suruh pulak Khir Toyo diam. Ke cerita kepincangan Khir Toyo tu Faekah reka-reka, sebab tu tak berani nak dedahkan?

Lain benarlah gaya Faekah sebagai SETPOL Khalid ni? Ada apa-apa ker?

Guan Eng pun bodoh tak reti Bahasa Melayu macam PAS dan Malaysiakini jugak!

Semalam 1 September 2010, penulis telah mengulas mengenai kebodohan PAS dan Malaysiakini yang melaporkan mengenai cerita remeh oleh Pemuda PAS semata-mata nak mencipta isu (sini). Hari ini, Malaysiakini sekali lagi sengaja memainkan isu berkenaan dengan bertanya sendiri dengan tuan punya diri yang gambarnya disuperimpose oleh Beruk PAS, Lim Guan Eng (sini).

Ternyata, Guan Eng seperti yang disangka akan menggunakan peluang berkenaan untuk menghentam UMNO/BN. Katanya, perbuatan berkenaan merupakan ‘satu lagi perbuatan jahat yang terdesak’ dan ia direka kononnya untuk merosakkan perhubungan akrab dunia akhirat antara PAS dan DAP.

Kenyataan Guan Eng itu sebenarnya menampakkan beliau juga tidak mengetahui Bahasa Melayu sebagaimana yang telah penulis ulaskan semalam (sini). Tak mengapalah, nak buat macam mana, dah orang PAS sayang sangat kat kalipah komunis moden ni. Jilat sajalah.

Cuma satu saja penulis nak tanya Guan Eng, apa lu mau komen sama gambar di bawah? Takkan takda komen kot?

Kepada Malaysiakini, kenapa tak pergi tanya PM untuk komen gambar-gambar di atas? Sebab PM tak bayar lu orang macam Pakatan Haram ka? Tuih!

Rabu, 1 September 2010

PAS dan Malaysiakini putar belit ayat pada gambar Guan Eng sembelih lembu. Tak belajar bahasa Melayu ka? Bodoh!

Penulis secara peribadi percaya gambar di atas dihasilkan oleh individu yang amat bencikan ketaatan PAS kepada kalipah celaka mereka, Guan Eng. Dilaporkan oleh PAS (sini) dan Malaysiakini (sini), individu berkenaan menggunakan nama samaran PAS BERUK. Sedap betul nama tu, sesuai dengan kelakuan PAS yang terkinja-kinja menjilat DAP semata-mata nak berkuasa.

Baca ayat yang digunakan PAS BERUK dalam gambar di atas:

SANGGUPKAH KITA LIHAT JIKA JADI BEGINI?
DALIL APA LAGI NAK HALALKAN PERBUATAN DAP??

Apa yang anda semua faham akan maksud perkataan JIKA?
Dewan Bahasa dan Pustaka (sini) mentafsirkan JIKA, “bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.”

Oleh itu, dengan kata mudah, PAS BERUK sebenarnya mengajak seluruh umat Islam di Malaysia menyoal diri sendiri, adakah kita sanggup menerima JIKA seorang bukan Islam menyembelih lembu untuk dimakan oleh umat Islam (yang sudah pasti tidak halal, haram dimakan!)

Dan sekiranya ia berlaku (Nauzubillah), PAS BERUK mempersoalkan adakah PAS yan
g selama ini dilihat membela dan menjilat segala tindakan DAP akan tetap mengeluarkan hujah atau dalil yang akan menghalalkan atau membenarkan tindakan itu?

Itu sebenarnya yang dimaksudkan oleh PAS BERUK melalui dua baris ayat berkenaan.

Cuba lihat hasil tangan PAS di bawah untuk memutar belit karya PAS BERUK:

PAS memutar belit dengan membandingkan karya PAS BERUK dengan gambar asal. Memanglah, dah namanya pun superimpose, orang tahulah itu bukan gambar asal. Apa kebodohnya PAS ni!

Gambar superimpose Guan Eng tu sebenarnya manifestasi bagi mengukuhkan maksud yang cuba disampaikan oleh PAS BERUK. Kalau nak pertikai gambar superimpose tu, cubalah goole dan lihat betapa banyaknya gambar pemimpin BN yang disuperimposekan oleh Pakatan Haram.

Gambar di bawah ini cukuplah sebagai contoh. Ini tidak pula mahu dilaporkan oleh Malaysiakini?

Kesimpulannya, pemimpin dan penyokong PAS adalah tersangatlah bodoh kerana tak tahu Bahasa Melayu mudah. Malaysiakini pun bodoh juga sebab melaporkan berita tanpa kaji kebodohan PAS dulu. Elok la, sama-sama bodoh. Jika mereka memerintah agaknya..... Opsss... mana boleh guna JIKA, orang PAS kan tak faham maksudnya! BODOH!