Selasa, 7 September 2010

Nik Aziz tak peduli kesusahan penjawat awam Kelantan di musim perayaan! Cetak sajalah dinar dan dirham tu buat bonus!


Tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cerita mengenai bonus di negeri Cik Siti Wan Kembang seolah-olah dah tutup cerita.

Ketika penjawat awam Persekutuan dan negeri-negeri lain menerima bantuan khas sempena Aidilfitri dari kerajaan masing-masing, Nik Aziz buat tak tahu saja mengenai pemberian berkenaan kepada penjawat awam Kelantan.

Mereka sudah semestinya amat berharap untuk memperolehnya kerana rakan-rakan mereka di negeri lain semua dapat. Di Kelantan saja yang belum dapat. Apa yang lebih membuatkan mereka terasa hati ialah kakitangan Persekutuan di Kelantan juga merasa bantuan RM500 dari Najib, tetapi mereka tidak.

Nak dikatakan takda duit, makin botak hutan Kelantan balak dijarah. Berapa banyak balak yang dah ditebang. Kasi sikitlah kepada penjawat awam nak merasa, asyik masuk poket kroni ja. Takkan nak bagi alasan belum dapat duit royalti kot?

Paling tidak pun, cetak sajalah dinar dengan dirham banyak-banyak dan jadikannya sebagai bonus kepada penjawat awam Kelantan. Baru nama kerajaan berkebajikan. Ini tidak, kebajikan penjawat awam sendiri yang nak laksana dasar pun tak dijaga, macam mana nak jaga kebajikan rakyat? Cakap tak serupa bikinlah Nik Aziz.

Kesiannya penjawat awam Kelantan! Tukar kerajaan lah pilihan raya depan, pasti kebajikan anda lebih terpelihara!

5 ulasan:

  1. Bodoh betul orang2 yg membeli dinar emas dan dirham perak Nik Aziz.
    Bila beli dahlah dapat nilai emas yg kurang sebanyak 15% dan bila jual balik dapat nilai yg kurang 25%. Kalau ini bukan bodoh kerana tertipu, tak tahulah kita.

    BalasPadam
  2. Kata kata n.ajis semua betul bagi juak juak PAS.....bodoh bin bangang

    BalasPadam
  3. Nik Ajis bebal sebab banyak baca cerita lebai malang,pak pandir pak kadok luncai sebab itu terikut watak sedemekian.PAS>>>PAS>>>>>>PPaSSSS.semua di passkannya!!!!!

    BalasPadam
  4. Tu lah akibatnya kalau pilih si Luncai jadi MB pastu pandai-pandai je bagi gelaran tok guru dan ulama....orang PAS sedarlah korang sedang diperbodohkan...

    BalasPadam
  5. Pada post ini ditulis iaitu 7 Sep 2010, setiap penjawat awam Kelantan gred 54 ke bawah, SUDAH PUN BEBERAPA HARI menerima bonus RM500 daripada Kerajaan Negeri ..

    Maka, siapa yang sebenarnya tipu siapa di sini ??

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!