Di kala lawak pemilihan PKR yang melucukan dalam sejarah politik Malaysia sedang berlangsung secara live di seluruh negara, penulis sedikit terkejut apabila membaca artikel bertajuk Pemfitnah Dr. M ada agenda – Hisham (sini) di dalam akhbar Utusan Malaysia, 27 September 2010.
Artikel berkenaan melaporkan Menteri yang terkenal dengan amarannya, Hishammudin Hussain menempelak pihak yang mendakwa Tun Mahathir kononnya ingin menjadi Perdana Menteri semula sebagai mempunyai agenda yang tersendiri.
Kalau dah mendakwa Tun M ingin menjadi PM semula tu siapa lagi kalau bukan Nazri Aziz? Hanya beliau yang mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika mengkritik Utusan Malaysia dan Awang Selamat melalui surat terbukanya yang disiarkan melalui portal pro-Pakatan Haram, Malaysian Insider. Penulis telah mengulas beberapa kali perkara ini di sini, sini dan sini.
Hisham menyatakan,
“Mungkin perkara ini dibuat (memfitnah Tun M) kerana pihak tertentu (Nazri) mempunyai tujuan tertentu, jangan pula kita mengikut rentak mereka ini, lebih-lebih lagi jika ia tidak benar.”
Berani juga rupanya Hisham sound Nazri sebagai pemfitnah ya? Penulis ingatkan dia takutkan Nazri si bongkak tu.
Cuma yang sayangnya, Hisham pun berani setakat sound saja la. Bagi amaran seperti yang biasa dilakukan. Kalau nak dibawa beliau isu ni ke Mesyuarat Tertinggi UMNO untuk mengambil tindakan ke atas Nazri kerana menghina tokoh UMNO dan negarawan, jangan diharap la.
Apa pun, Hisham dilihat lebih menghormati orang yang banyak berjasa kepada negara, bukan seperti Nazri yang bongkak dan mudah lupa. Penulis amat mendoakan agar hayat politik Nazri berakhir ketika Pilihan Raya Umum ke 13 kelak. Biar ia jadi pengajaran buat semua.
Pemfitnah Dr. M ada agenda – Hisham
Utusan Malaysia, 27 September 2010, Halaman 3
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Tohmahan kononnya Tun Dr. Mahathir Mohamad ingin kembali menjadi Perdana Menteri terbukti tidak benar sama sekali dengan penafian bekas Perdana Menteri itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penafian tersebut jelas menyangkal fitnah yang dilemparkan pihak tertentu sebelum ini.
"Apabila tuan punya badan sudah sahkan, jelas apa yang digembar-gemburkan sebelum ini tidak berada pada landasannya, tidak berpijak pada bumi yang nyata.
"Mungkin perkara ini dibuat kerana pihak tertentu mempunyai tujuan tertentu, jangan pula kita mengikut rentak mereka ini, lebih-lebih lagi jika ia tidak benar. Saya percaya rakyat yang matang tahu membezakan antara yang benar dan tidak," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kepong di Taman Metropolitan, Kepong di sini hari ini. Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Rezuan Abdul Hamid.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas mengenai penegasan Dr. Mahathir bahawa beliau tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri sebagaimana dibimbangi oleh sesetengah pihak.
Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian semasa berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan, semalam.
Dr. Mahathir yang menegaskan usianya telah pun menjangkau 85 tahun, turut menujukan penjelasannya itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, Datuk Badri Yunus menyangkal tuduhan Mohamed Nazri yang menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda berhubung isu Perkasa termasuk cuba membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan Mohamed Nazri itu dibuat dalam portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kepentingan dan kebajikan pengundi parti itu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Selain ahli UMNO terdapat ramai lagi penghuni kota merupakan pelajar dan rakyat negara ini yang datang mencari rezeki. Apabila tiba masanya (pilihan raya umum) mereka ini akan balik mengundi di kampung masing-masing termasuk Parlimen Sembrong, iaitu kawasan saya.
"Rapatkan persefahaman antara kita, dekati mereka dan terangkan dasar kerajaan kerana apabila kembali ke kawasan masing-masing mereka akan turut membawa bersama perspektif positif atau negatif yang bakal diterjemahkan semasa mengundi," katanya.
Betul jugak kata Nazri tu..Madir tu dah pencen buat lah cara pencen, ni yg sebok2 pasal komen sana komen sini, kutok sana kutok sini apa hal? dah pencen tu dok ler kat rumah diam2..byk2 istighfar dan bertaubat banyak2...bukan sikit dose dia pada rakyat terutama pada agama...aku teringat dulu debat antara Nazri dgn Salahudin ayub...yg nazri siap pakai kopiah putih dan berjubah yg salahudin pulak pakai kot...terbalik pulak...bila soalan pasal Madir sekat bantuan pada sekolah agama rakyat yg mengakibatkan habis punah sekolah2 agama tu Nazri pun macam tak setuju..tapi apakan daya, memang org melayu amat taksub dgn madir...org melayu umno lebih sayangkan madir dari Agama mereka sendiri...Nazri jawab bila madir pencen sok korang mintak lah balik peruntukan tu, masa tu kami memerintah , kami akan bagi balik katanya...bila pak lah jadi PM dia bagi balik, madir punya lah bengang...dia start attack paklah sampai terduduk...korang tak ingat ker???Korang lebih sayangkan mamak dari agama, apa korang ingat mamak madir tu boleh bagi syafaat ker kat korang???
BalasPadamBetui betuio betuio . . Teori aku kan . . keadaan perpecahan orang melayu sekarang ni adalah kerana mahathir menganggap menyatu padukan orang melayu tidak penting . . Sepatutnya berkompromi dgn PAS dari dulu . . Bukannya menghukum parti yang seagama dgn UMNO . .! Sekarang baru terhegeh2 nak buat baik dgn PAS . . . Terlalu lama mahathir berkuasa membuat UMNO ketandusan pemimpin yang berkaliber . . . . Yang tinggal sekarang cuma sorang dua saja yang masih mampu berfikir . . Yang lain2 cuma tumpang seronok saja . .Sayang seribu kali sayang . . .tak kala orang2 melayu mengharapkan PAS untuk menggantikan UMNO untuk membela islam dan melayu . . PAS pulak dah SESAT dengan bersengkongkol dengan munafik PKR dan kafir DAP . .
BalasPadamFrom Matahati....
BalasPadamKepada Melayu Mukmin.....
"Orang melayu sayangkan madir kerana madir sayangkan orang melayu dan islam" itupun nak putar-belit lagi ke? memang dasar kurang-ajar dan tak mengenang budi.
Kalau mamak pun sayangkan bangsa melayu kenapa melayu sendiri tak sayangkan bangsanya sendiri? macam N.Ajis? Lu pikir la sendiri...
Kepada Tanpa Nama 28 09:04
Alooo samdol...siapa yg memulakan perpecahan ini dahulu? kalau bukan PAS...buka semula 'kitab-kitab' lama PAS ataupun kau baru lahir tahun lepas? ni lah parti MUNAFIK yg terhebat yg akan aku kenang sehingga mati...aku hadiahkan kahak hijau pada parti PAS ni.
Apa susah sangat kalau jadi nazri, apa yang perlu dia buat ialah buat kenyataan mengatakan portal pembangkang itu memutar belitkan kenyataan nya dan maki celako celako celako punyer portal, jalan paling mudoh formula tok guru wali selipo..... nak ikut formula one mahal sangat, jadi ikut je lah formula penjaga tiket ke syurga. huhuhuhuhuhu.
BalasPadamUntk Melayu Mukmin dan yang se channel dengan nya..
BalasPadamkalau menuding tu biar pastikan kesemua jari jangan satu sahaja...takut berbalik jadi munafik pula..cam parti yang kononnya memperjuangkan Islam [kononnya]..sanggup menggadai bangsa dan agama..[kata dulang paku serpih]kira2 itu ada jaminan syafaat nya ke.....
Kenapa lah korang ni masih buta mata hati...umno dan mahadir lah yg jadi petualang sebenarnya perpecahan org2 melayu...korang tak boleh fikir atau tak nampak pasal buta mata hati...
BalasPadamOk lah , ni aku nak bagi hujah2 nya satu persatu...rajin2 lah baca yer...
1: Allah suruh kita berpegang dgn tali Allah dan jangan berpecah belah...yg korang berpegang dgn tali melayu..mana mau nya nak bersatu...umat arab dulu lagi terok berpecah belah tapi bila ikut Nabi berpegang dgn tali Allah , umat arab jadi kuat bersatu padu dapat menumbangkan Rom (amerika) dan Parsi ( Rusia )...zaman sekarang org arab dah kembali berpegang dgn tali bangsa ikut cara umno lah...akibatnya sendiri fikir ler...sori ler...aku tau korang tak tau dan tak suka kalau ada tulisan2 yg berbau agama atau sejarah islam ni sebab korang kan umno...
2: Dulu PAS pernah sebantal dan sekatil dgn umno dalam BN...masa tu umno tgh lemah...Parti Gerakan masa tu adalah pembangkang dan hampir2 memerintah perak...bila umno dah kembali kuat PAS ditendang keluar dan Parti Gerakan pulak ganti tempat Pas dan diberi satu negeri iaitu pulau pinang...sedayyy...punca Pas ditendang keluar salah satu puncanya adalah hasil jarum dan racun dari ejen yahudi CIA tak lain dan tak bukan adalah Madir anak Mamak...maka hajat yahudi untuk tengok org melayu Islam berpecah telah tercapai melalui ejen mereka yg selepas tu menjadi dewa kepada pengikut2 nya sampai sekarang.
akan bersambung...
kepada melayu mukmin..
BalasPadamBetul betul betul...walaupun saya ni umno apa yang saudara tulis tu adalah betul...manusia umno ni takabur...hati kata ya pada kebenaran tapi ikut bisikan jahat ..apa yang saya nampak dlm blog ini orang2 umno ni jenis yang memaki hamun, penfitnah,mengada adakan cerita,busuk hati, fanatik..tak menggunakan akal, kurang tarikan saya pada umno dah..terima kasih Melayu mukmin
utk Melayu Mukmin [Islam pun x jelas lagi bro}
BalasPadamApa yang kau merepek labu…tulah kalau aku kata kau munafik [qurqn cakap lain kau cerita lain = lahwal hadis / cerita dogeng bro]…mare…kenyataan lu tu sekadar bacaan saja langsung tak faham..adakah sejarah Islam yang lu ceritakan tu nabi bersekongkol dengan kafirun..sejarah mana lu baca.
Hanya orang2 beriman akan berpegang dengan tali Allah dan mendapat jaminannya.Tiada disebut mana2 bangsa yang special pun dalam Al Quran waimah orang arab sekalipun tau akan hal tersebut. Usahlah nak berselindung dibalik agama…betulkan dulu perjuangan tu . Banyak ayat2 quran yang menerangkan orang2 macam lu ni.Jangan tepuk air di dulang bro….. Allah berserta orang2 yang percaya..bukan cam yang lu gmbarkan tu.[contoh, ...maka hajat yahudi untuk tengok org melayu Islam berpecah telah tercapai melalui ejen mereka yg selepas tu menjadi dewa kepada pengikut2 nya yang taksub..sampai sekarang.Agak2 siapa sbnrnya Agent tu]