Rabu, 29 September 2010

Calon BN di Galas: Letak Ku Li, kompem menang!

BN kalau tak mau banyak isu mengenai calon, letak saja Ku Li di Galas nanti. Kalau Isa Samad boleh pukul calon PAS di Bagan Pinang sampai terduduk, Ku Li pasti boleh buat lebih dari itu.

Jika diletakkan Ku Li, BN bukan saja tidak perlu untuk membuang masa bagi memperkenalkan calon malah pengundi pasti akan terkenangkan jasa-jasa dan sumbangan besar tokoh berkenaan kepada Parlimen Gua Musang khususnya dan negeri Kelantan secara umumnya.

Galas merupakan satu-satunya DUN di dalam Parlimen Gua Musang yang jatuh ke tangan pembangkang. Itu pun dengan majoriti yang kecil, 646.

Jika dilihat statistik pilihan raya yang lalu, Ku Li menang dengan majoriti 4,394 di parlimen Gua Musang. Prestasi DUN di dalam Parlimen berkenaan pula adalah seperti berikut:

DUN Nenggiri, BN menang dengan memperoleh undi sebanyak 4,543 (majoriti 2090)
DUN Paloh, BN menang dengan memperoleh undi sebanyak 5,697 (majoriti 2833)
DUN Galas, BN tewas dengan memperoleh undi sebanyak 3,753 (majoriti 646)

Ini bermakna Parlimen Gua Musang adalah kubu kuat BN sebenarnya. Mungkin ada isu-isu setempat yang gagal ditangani dalam PRU yang lalu sehingga menyebabkan Galas jatuh ke tangan PAS.

Kini, amanah terbaik untuk merampas semula DUN berkenaan perlu diberikan kepada Ku Li.

Apa isu PAS nak mainkan? Ku Li dah jadi ahli Parlimen dan tak perlu jadi ahli DUN? Poorah… Nizar Jamaluddin tu boleh? Khalid Ibrahim boleh? Guan Eng boleh?

Ku Li dah tua? Kah kah kah… Nik Aziz belum cukup tua?

Ku Li perlu diangkat sebagai calon BN di Galas. Kemenangannya nanti akan membolehkan beliau menjadi ahli DUN dan seterusnya berkemungkinan untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

Ketika UMNO dilihat lemah di negeri Cik Siti Wan Kembang, mungkin Ku Li adalah jawapan untuk merampas semula Kelantan dalam PRU akan datang. Bukankah beliau yang merampas Kelantan dari BN tahun 1990 dulu? Penulis percaya, Ku Li pasti ada caranya.

5 ulasan:

  1. Setuju 1000%

    Hidup Ku Li ambo sokong!!!

    BalasPadam
  2. ku sokong ku li...

    BalasPadam
  3. Skrg baru ingat kat Ku Li!! Belum ni semua pakat hentam bila beliau sokong k'jaan Kelantan pasal royalti Minyak.

    Kalau PM pun setuju dgn cadangan ni confirmlah mmg UMNO ni muka tak malu, dah pukul org teruk2 lepas tu nak minta tolong pulak.

    BalasPadam
  4. Puak ni mana ada maruah...bila tersepit baru nak cari dia..dah ler takde maruah bengong tahap gaban lak tu..pegi balik rumah ler melayu..makan ubat giler

    BalasPadam
  5. Dulu Madir pernah naik pentas PAS
    Ku Li pun pernah naik pentas PAS
    Musa Hitam pun pernah
    Gafar Baba pun pernah
    Tapi yg paling penipu Berahim Ali...bukan takat naik pentas PAS ...pakai logo PAS lagi baru bole menang...
    Rakyat kelantaan celik politik...depa boleh bagi umno menang PRK tapi TAK kalau PRU...tabur ler pitih byk2...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!