Selasa, 21 September 2010

Zaid: Anwar tak hormat Wan Azizah selaku Presiden PKR!


Dua posting terakhir Zaid di dalam blognya menampakkan ketidakpuasan hati beliau terhadap amalan politik PKR ketika pemilihan jawatan. Zaid dilihat kecewa apabila PKR gagal untuk memastikan amalan demokrasi dilaksanakan sebagaimana yang kononnya diperjuangkan oleh parti berkenaan.

“… jawatan Timbalan itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor Dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada lah banyak kuasa sangat. Apa lagi dalam Keadilan, Nombor Satu pun tak ada kuasa seperti Ketua Umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi.”

Posting di atas adalah petikan dari artikel bertajuk Siapakah ‘Musuh Parti’ dalam PKR? pada 14 September 2010 (sini) yang secara jelas membidas Anwar kerana mewujudkan jawatan Ketua Umum yang hanya boleh disandang oleh beliau dan tidak boleh ditandingi oleh sesiapa, sekalipun oleh isterinya sendiri.

Sebab itu menurut Zaid, jawatan Presiden di dalam PKR tidak mempunyai makna disebabkan wujudnya jawatan kebal, Ketua Umum. Jawatan Timbalan Presiden pula hanya untuk mendapat glamour dan nama di dalam PKR. Mungkin sebab itu Zaid bertanding jawatan berkenaan agaknya. Nak dapat glamour dan kedudukan dalam PKR la katakan.

Dan di dalam posting 20 September 2010 bertajuk Hormatilah presiden dan perlembagaan parti (sini) Zaid dengan tegas menyatakan PKR tidak menghormati Wan Azizah, seorang Presiden yang dipilih dan lebih mengagungkan Anwar yang hanyalah seorang ahli biasa:

“Presiden kita dianggap oleh sesetengah pihak hanya sebagai lambang. Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar. Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan Presiden. Kepimpinan parti lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Umum.”

Sesuatu yang lebih menarik lagi ialah apabila Zaid melihat PKR tidak akan menghormati Perlembagaan Negara jika berterusan mengenepikan Wan Azizah dan mengagungkan Anwar di dalam perjuangan mereka.

“Kalau kita dari parti Keadilan tidak hormati jawatan Presiden kita yang sah kerana kita berpuas hati Presiden itu hanya lah lambang (walaupun dia berkuasa penuh mengikut Perlembagaan parti); apa jaminan kita akan menghormati Perlembagaan Negara bila kita berkuasa nanti?”

Kenyataan Zaid ini sekurang-kurangnya menjelaskan kepada umum bahawa Wan Azizah hanyalah Presiden boneka, tak ubah sebijik macam Nizar menjadi boneka DAP ketika menjadi Menteri Besar dulu.

Nampak gayanya hebat sungguh pemilihan PKR. Sampai naik terburai urat saraf parti bekenaan. Di hari pertama pemilihan, 72 ahli keluar parti kerana tidak berpuas hati (sini). Itu baru pemilihan jawatan, belum lagi nak pilih calon pilihan raya. Agaknya mau bergolok berparang tak dapat jadi calon agaknya.

Alahai PKR. Semoga melingkup dengan aman dan damai ya...

1 ulasan:

  1. umno hantar zaid sorang menyelinap dlm PKR sudah cukup utk pecahkan kapal PKR. zaid tak rugi apa2 dia dah lama kaya hasil duduk dlm umno. tunggu amokan zaid seterusnya. tu pelajaran baru utk bdak2 yg baru mengenal politik. serangan dari luar mungkin tak berjaya tapi serangan dari dalam tiada siapa yg berjaya. tahniah zaid.

    pemerhati 11

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!