Ahad, 26 September 2010

Nazri si Lancau: Musibat yang memalukan dan mahu menjatuhkan Utusan Malaysia demi kepentingan politik diri dan Pakatan Haram!

Hari ini, 26 September 2010 (Ahad) Awang Selamat melalui kolumnya di Mingguan Malaysia menjawab tohmahan yang dibuat oleh Nazri, Menteri di JPM terhadap dirinya dan Utusan (sini).

Nazri yang menggunakan media online pro-Pakatan Haram, Malaysian Insider tanpa berasa malu menghentam Awang dan Utusan demi kepentingan politik peribadinya. Agak menghairankan, mengapa Nazri menggunakan media pro-Pakatan Haram dan tidak pula dipilih media yang pro-BN? Nazri ada apa-apa ka dengan Pakatan Haram sebenarnya? Penulis telah mengulas perkara ini di dalam posting terdahulu di sini.

Nampak gayanya Nazri si Lancau ni masih belum sedarkan diri. Dia ingat pengundi Melayu di Padang Rengas tu undi dia sebab dia hebat? Tuih! Dah la bongkak!

Tolonglah Datuk Najib, UMNO pasti akan tewas di Padang Rengas jika si celaka ni dikekalkan. Orang Melayu muak dengan pemimpin UMNO yang tak sedar diri, konon menang pilihan raya kerana kehebatan diri. Bila kalah, salahkan pengundi.

Kepada Nazri, keluar la dari UMNO, pegi berjuang dengan Anwar macam Zaid. Jangan merempat dalam kabinet BN. Kalau kehadiran diri tu 1000 kali celaka dan dibenci, lebih baik berambus! Melayu tak perlu orang macam engkau. Tak sedar diri.


Lagi jawapan buat Nazri Aziz
Oleh: Awang Selamat
Mingguan Malaysia, 26 September 2010

Tulisan bertajuk Alahai Nazri... dalam ruangan ini minggu lalu, mencetuskan perhatian besar. Pada hari Ahad itu sahaja, Awang menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel menyatakan sokongan. Tetapi itu bukanlah tujuan sebenar Awang.

Sebagai pengamal media, Awang hanya ingin menyatakan kebenaran dengan menyanggah tuduhan liar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap Utusan. Antaranya beliau mendakwa Utusan mahu menjadikan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selain kononnya akhbar tersebut tidak menyokong Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Seperti yang dijangka, Nazri mengeluarkan kenyataan balas menerusi portal pro pembangkang, The Malaysian Insider menghentam Utusan dan Awang Selamat. Ada hujah yang bernas dan ada yang tidak. Nazri menasihatkan Awang agar tidak mencampuri urusan politik negara. Ini kata beliau kerana Awang sifar pengalaman dan cetek pengetahuan berbanding beliau yang sudah empat kali menang bertanding pilihan raya umum.

Nazri juga tidak semena-mena tampil menyatakan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu, barulah orang Melayu. Apa lagi... para pemimpin Cina terutama Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng - dinasti DAP - memuji Nazri melambung-lambung. Mereka berdua berharap menteri Kabinet lain mencontohi Nazri. Akhbar-akhbar Cina berlumba-lumba melahirkan penghargaan kepada Nazri seolah-olah beliau super hero yang turun dari langit. Pada masa yang sama, akhbar Cina mengambil kesempatan membelasah Dr. Mahathir, Perkasa mahupun Utusan. Awang hanya geleng kepala tanpa sedikitpun teruja dengan kenyataan Nazri mahupun pujian ke atas beliau.

Kritikan
Dalam reaksinya, Nazri menyatakan Awang tidak faham mengapa beliau bersopan dengan pembangkang. Katanya, ia adalah tindakan tepat dalam amalan demokrasi kerana ahli Parlimen pembangkang juga dipilih oleh rakyat.

Maka Awang tertanya-tanya apa salahnya jika Utusan juga bersopan dengan negarawan seperti Dr. Mahathir dan berbaik-baik dengan NGO Melayu termasuk Perkasa yang membawa suara akar umbi Melayu.

Antara faktor ramai orang Melayu menghukum BN pada pilihan raya umum lalu adalah kerana merasakan kepentingan mereka tidak dibela sewajarnya. Ramai pemimpin bukan Melayu komponen BN turut menerima padah apabila Melayu tidak mengundi BN. Awang tidak mahu kesilapan berulang apabila kita mengabaikan suara hati orang Melayu. Walaupun bukan sebagai wakil rakyat seperti Nazri, Awang juga mahu BN dan UMNO menang tetapi tanpa mengguris hati orang Melayu.

Awang sebenarnya tidak mahu perdebatan dengan Nazri berlarutan. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa kecuali pihak yang mahu menangguk di air keruh.

Cuma Awang lebih terpanggil menjawab sinikal Nazri berkaitan kemerosotan edaran akhbar Utusan. ‘‘Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru,’’ katanya.

Awang hairan mengapa soal itu timbul. Apakah hanya disebabkan ada kritikan daripada media maka Nazri berusaha memperlekehkan media berkenaan. Apakah wajar menteri pada era alaf baru bersikap seperti itu. Awang tidak mahu mempersoalkan standard Nazri yang sememangnya tinggi. Namun jika Nazri menjadi menteri di Indonesia, Thailand dan Filipina dan banyak negara lagi, beliau akan dihentam habis-habisan oleh media sekiranya itulah cara beliau menangani kritikan.

Kritis adalah hal biasa apatah lagi dalam dunia media. Menegur bukan bererti tidak menyukai menteri atau pihak yang ditegur. Nazri sepatutnya lebih faham kerana beliau selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berfikiran moden, liberal dan terbuka. Bagaimana akhbar arus perdana Melayu mahu berkembang jika ada menteri yang tidak boleh sedikitpun dikritik.

Kemerosotan
Dalam soal penurunan edaran akhbar, trend itu berlaku di seluruh dunia sejak sedekad yang lalu. Di Amerika Syarikat, akhbar berpengaruh seperti The Washington Post, New York Times, Chicago Tribune dan LA Times menyaksikan penurunan edaran yang terburuk dalam tempoh 40 tahun. Begitu juga dengan akhbar-akhbar berpengaruh di Eropah terutama di United Kingdom, dengan purata penurunan 10 peratus.

Akhbar Daily Mirror misalnya yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan pengaruh yang hebat, tidak terkecuali menerima tempias fenomena global yang melanda industri persuratkhabaran. Daily Mirror pada tahun 2000 mencatatkan pengedaran 2.3 juta naskhah tetapi pada 2009 hanya mencatatkan 1.4 juta naskhah.

(Bayangkanlah akhbar di Barat yang kebanyakannya bukan di bawah pemilikan parti, menikmati kebebasan meluas, ekonomi lebih baik dan minat membaca yang tinggi di kalangan rakyatnya, ketara merosot. Inikan pula akhbar seperti Utusan, yang turut berdepan dengan tindakan boikot oleh pembangkang atas percaturan politik dan agenda kaum).

The Malaysian Insider
Kepesatan teknologi maklumat terutama menerusi Internet ternyata memberi kesan kepada industri persuratkhabaran konvensional.

Pertumbuhan luar biasa laman-laman sesawang apatah lagi laman sosial seperti facebook dan tweeter, ‘memburukkan’ lagi keadaan. Itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu.

Di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusan jatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan. Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran. Tidak perlu Awang senaraikan nama akhbar, sesiapa pun boleh membuat kajian.

Mengulas tanggapan beliau bahawa Utusan selalu merujuk kepada media alternatif, Awang percaya beliau maksudkan adalah The Malaysian Insider, yang menjadi kesayangannya.

Untuk pengetahuan Nazri, sebelum pun tercetus isu beliau menghentam Utusan, The Malaysian Insider kerap menyajikan dan menceduk laporan Utusan biarpun tanpa kebenaran. Laporan Utusan asyik dijadikan perdebatan dalam portal itu, yang turut menyumbang kepada popularitinya. Jadi siapa yang banyak merujuk kepada siapa? Mungkin tanpa isu-isu yang dirintis oleh Utusan, portal berkenaan akan merudum sambutannya.

Dalam pada itu, Nazri tidak tahu walaupun edaran akhbar Utusan mengalami kemerosotan, ia harus mengambil kira jumlah pembaca menerusi versi Utusan Online. Jika digabungkan antara edisi online dan cetak, jumlah pembaca Utusan adalah jauh lebih besar berbanding sedekad yang lalu.

Apa yang Awang ingin sampaikan, era menteri semestinya betul dan menganggap dirinya tahu dalam serba serbi, sudah berlalu.

Institusi Melayu
Awang tidak berhajat untuk berdebat tentang Nazri selepas ini. Cukuplah. Jika ada lagi reaksi beliau selepas ini, Awang akan berdiam. Ini bukan soal mencari kemenangan. Dapat menyampaikan mesej, sudah memadai. Awang tetap menghormati Nazri sebagai seorang menteri.

Sekiranya beliau tidak pro-Utusan, yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air, itu tidak mengapa. Tetapi sebagai menteri UMNO, beliau sepatutnya tahu betapa Utusan berdepan dengan banyak kekangan dan cabaran tersendiri. Pun begitu, Utusan tidak pernah berganjak sejak dahulu lagi dalam mempertahankan Perlembagaan, menolak ekstremisme dan mendokong keharmonian.

Adalah dangkal bagi sesiapa menuduh Utusan rasis sedangkan akhbar ini membawa suara hati orang Melayu, yang selama ini sudah banyak berkorban dan bertolak ansur. Ada media yang sebenarnya rasis terutama media Cina dan portal berita, tidak pula diganyang. Apakah perlu ada kayu ukur berbeza antara media arus perdana Melayu dan Cina?

Dalam apa keadaan dan tafsiran - ketika lemah, buruk, sakit dan meratap sendirian - Utusan sentiasa ke hadapan berjuang untuk UMNO dan orang Melayu. Maka janganlah perlekehkan Utusan sebagaimana yang dilakukan secara tersusun oleh banyak pihak bukan Melayu. Utusan bukan sekadar akhbar, Utusan adalah institusi Melayu.

Awang hanya pertahankan Utusan, tidak lebih daripada itu. KPI Awang dan rakan-rakan di Utusan bukan soal jumlah edaran akhbar semata-mata. Sejak sebelum merdeka lagi, akhbar ini tidak pernah lari daripada tugas menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Apakah itu menjadi masalah kepada Nazri dan sesiapa jua?

14 ulasan:

  1. nazri ni celaka. dia ingat dia hebat sangat ka? mampuih aku tak undi dia.

    pengundi padang rengas

    BalasPadam
  2. salam bro,

    Amat terguris hati teman dgn kenyataan beliau...walaupun dok sekampung....janglah terlalu liberal....ingat kembali Kg sira...lenggong.....berasalnya kita.....

    BalasPadam
  3. NAzti nate bewok..


    Akhirnya rahsia Saiful terbongkar....teruja ingin tahu sila klik kat sini

    BalasPadam
  4. Jangan lupa hebahkan kat orang melayu Padang Renggas yg tak baca blog dan majoriti melayu bekerja sebagai petani.

    BalasPadam
  5. Nazri...ni memang tak berguna umpama gunting dalam lipatan..pemimpin paling bangang..

    BalasPadam
  6. Datok Seri Najib... minta pastikan si jadah petualang Melayu ini keluarkan daripada senarai calon UMNO untuk PRU13.. Lebih baik lagi jika diterajang keluar daripada UMNO sekarang je. Ini salah satu duri dalam daging UMNO. Si Bongkak tetap aku kenang sebagai ...

    BalasPadam
  7. Anak pemimpin yang lahir hasil dari pink form dan kroni....anak pemimpin sampah sarap yang tak tahu mengenal susah senang perjuangan melayu.....

    BalasPadam
  8. dia akan kalah klau bertanding sekali lagi di Pdg Rengas...dgn TKO......menteri paling biadap di abad ini.....

    BalasPadam
  9. kalu nazri bertanding lagi, mari kita pastikan dia tewas di pdg rengas.. kita ajar sikit nazri biadap ni..

    BalasPadam
  10. Apa pun org kata tp Nazri adalah politikus yg PM sayang walaupun beliau bukanlah ahli MT UMNO yg dipilih tp terus dilantik menteri sejak dari DrM lagi jadi klu nak marah halakanlah kemarahan anda tu ke DrM, PakLah & DSN. Apasal pulak dok sabit dgn puak2 PR yg xde kena mengena dgn beliau. Sebenarnya puak2 PR dh lama menyampah dgn beliau.
    Patutnya klu Utusan & bloggers pro UMNO berani kritiklah DSN sbb ambil Nazri jd menteri.

    BalasPadam
  11. Tak perlulah kita berpolimik dengan hal ini.Kepada Nazri..yb tak perlulah nak menunjukkan yang anda bijak dan pandai berhujah.Hujah anda yang ditulis bagi saya menampakkan kebodohan dan kecetekan anda dalam politik.Ya!anda menerima banyak pujian daripada orang Cina tetapi jaga-jaga, mereka boleh mengkebumikan anda dalam politik apabila anda buat kesilapan dengan mereka.Anda tidak memerlukan melayu,kita lihat samaada anda dapat mengekalkan kawasan parlimen anda.Nazri,ingatlah kesombongan anda akan memakan diri anda seperti sikap anak anda yang sentiasa membangkang anda dan degil..itulah sikap anda yang sebenarnya dalam politik.

    BalasPadam
  12. NAZRI ni hanya dengar kata SEEKOR CINA=DATO SUNNY ONG..nazri ni barua kepada cina seekor ni..

    BalasPadam
  13. Hehehe...mengelupur puak2 penjilat mamak madir ni...taksub sungguh depa dgn madir...tak boleh sentuh sikit pun...macam dah kene mandrem atau terminum air sependar madir jer mengkome ni...mamak madir ni lah org yg paling berjasa memunahkan islam kat negara kita...dia lah yg bertanggungjawab menghapuskan peruntukan utk sekolah agama rakyat sampai byk sekolah agama terpaksa ditutup...masa tu korang jugak yg sokong dia...dia lah jugak yg bertanggungjawab nak menghapuskan perkataan Islam pada kad pengenalan Mykad...Aku bukan jenis melayu yg mudah lupa...korang jer yg senang2 lupa.

    BalasPadam
  14. Saya orang Padang Rengas tetap menyokong datuk nazri...tak sekolah ker penyokong che det ni..

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!