Rabu, 29 September 2010

Zaid: PKR perlukan pimpinan baru yang tidak kronisme! Anwar tak mau komen apa-apa ka?

Apabila Zaid Ibrahim menyatakan PKR memerlukan barisan pimpinan baru yang tidak mengutamakan geng atau kronisme di dalam parti (sini), penulis melihat ia tidak lain untuk menggambarkan tindakan Anwar Ibrahim yang menyusun ahli keluarga dan mereka yang disayanginya untuk menjawat jawatan-jawatan penting di dalam PKR.

Tindakan sebegini menurut Zaid akan menyebabkan lebih ramai ahli akan kecewa dan akhirnya lari meninggalkan PKR. Sebab itu beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi melawan Azmin, orang yang paling disayangi Anwar selepas Ezam meninggalkan parti berkenaan.

Penulis melihat, kacau bilau dalam pemilihan PKR yang berlaku di seluruh negara ketika ini sebenarnya berpunca dari sikap penolakan ahli terhadap calon-calon pilihan ahli keluarga dan orang-orang yang disayangi Anwar.

Malangnya, Anwar dan pemimpin sedia ada PKR seperti biasa menyalahkan UMNO dan BN atas kekalahan calon-calon pilihannya dan kekacauan yang berlaku. Bukan mahu menyalahkan diri sendiri. Mungkin ini merupakan salah satu kekecewaan yang ingin diperbaiki Zaid.

Penulis berpandangan sesiapa pun yang jadi pemimpin PKR, parti berkenaan tidak akan berubah selagi adanya Anwar yang berada di jawatan yang tidak boleh dipertandingkan, Ketua Umum.

Kalau nak baiki PKR yang busuk lagi membusukkan itu, buang Anwar dulu. Lepas tu baru cerita mengenai pembaharuan PKR. Kalau tidak, segalanya hanya retorik semata. Anwar pasti sedaya upaya untuk mempergunakan kedudukannya untuk memperoleh kuasa demi kepentingan diri, keluarga dan kroni-kroninya.


Parti perlu kepemimpinan baru: Zaid
Berita Harian, 29 September 2010

PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, berkata parti itu memerlukan barisan kepemimpinan baru untuk menjadi sebuah parti kuat dan mantap jika benar-benar ingin berhadapan dengan UMNO pada pilihan raya umum ke-13.

Zaid yang juga Pengerusi Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, berkata beliau melihat PKR sebagai sebuah parti baru yang masih kecil dan sokongan diterima pada pilihan raya umum 2008 tidak mencerminkan sokongan sebenar.

“Kalau nak lawan UMNO, kita mesti ada cabang yang kuat serta keahlian dan kita perlukan orang baru untuk menyertai parti kerana ada ahli menyertai Keadilan pada reformasi 1998 kecewa (dengan parti) dan berhenti.

“Jika saya menyandang jawatan itu, saya akan menggerakkan parti dengan lebih cergas, selain menarik minat orang baru pelbagai kaum menyertai parti dan saya yakin mampu melakukannya kerana saya lebih terbuka dan tidak mengamalkan ‘geng’ dalam parti,” katanya kepada Berita Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!