Rabu, 29 September 2010

Dr Asri: Exco Islam Pulau Pinang berdosa agih wang judi basmi kemiskinan! Kalau berdosa tu haram la. Kenapa Malaysiakini tak lapor ini?

Berikut adalah petikan artikel dari Utusan Malaysia bertajuk Guna hasil judi tidak wajar (sini), 28 September 2010.

Mengenai kenyataannya dalam sebuah akhbar tabloid bahawa bantuan daripada sumber judi yang diterima rakyat miskin sebagai tidak haram, Mohd. Asri menjelaskan, beliau tidak mahu golongan berkenaan gusar.

Katanya, memang benar rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak berdosa kerana yang menanggung dosa berkenaan adalah kerajaan negeri dan dalam konteks Pulau Pinang, exconya yang beragama Islam.

“Rakyat tidak mengetahui daripada sumber mana sumbangan itu diperoleh jadi mereka tidak berdosa, pihak yang berdosa adalah kerajaan negeri kerana mereka mengetahui daripada mana duit tersebut diperoleh,” jelasnya.


Malaysiakini langsung tak lapor berdosanya exco-exco Islam Pulau Pinang tetapi sebaliknya terus higlight kenyataan Dr Asri bagi menggambarkan sumbangan berkenaan dibolehkan dan penerima sumbangan berkenaan tidak berdosa.

Memanglah mereka tidak berdosa, penerima tu mana tau itu dari sumber judi tetapi exco-exco semua mesti tau.

Dan, apabila Dr Asri mengatakan exco-exco Islam tu berdosa, ini bermakna penggunaan duit judi untuk basmi kemiskinan juga haram. Salah dan tidak wajar!

Cuba baca artikel Malaysiakini di sini dan sini. Kedua-dua hanya fokus untuk menampakkan penerima tidak berdosa dan sumbangan berkenaan kononnya tidak salah. Kenapa tak fokus mengenai tindakan pemberian yang sememangnya haram?

Jelas ini adalah satu lagi mainan Malaysiakini sebagai lidah Pakatan Haram untuk memutar belit dan membela tindakan Guan Eng. Busuk lagi membusukkan weh!

14 ulasan:

  1. Salam.Mereka apa peduli pasal dosa? kan mereka pegang kunci surga :-)

    BalasPadam
  2. wei utusan yg spin kau tak sedar, cuba tgk akhbar lain plak..

    BalasPadam
  3. Saya bukan politikus,tapi faham yg PAS,PKR,DAP bergabung atas dasar keadilan, membasmi rasuahda salahguna kuasa.
    Penubuhan negara Islam tidak dibincangkan,sbb mereka bersetuju utk tidak setuju ttg dasar syariat Islam.Ini sesuai dgn ketetapan Mahkamah pada 1989 yg mengabsahkan perlembagaan Malaysia menolak negara Islam.Maka kalau org Islam setuju dgn perlembagaan ini,maka jatuh murtad dan kafir,mudah saja.
    Kesimpulannya,gagasan Pakatan Rakyat berjuang menegakkan keadilan dan membasmi rahsuah dan salahguna kuasa.
    Pengajaran yg kita dapati ialah semua parti politik yg ingin menegakkan keadilan,membasmi rahsuah dan salahguna kuasa patutnya masuk menganggotai gagasan PR ini,terutamanya UMNO,MCA dan MIC yg benar2 cintakan keadilan.
    Inilah objektif 1Malaysia(Kalau PM Najib samar2,tak faham).Kita tak mahu jadi mcm mantan PM dulu yg tak faham konsep Islam Hadhari.

    BalasPadam
  4. IZINKAN AKU KATA : MAJEZAN BODOH PEKAK DAN BUTA...

    SBB???: TAK TENGOK KE RASUAH BERLELUASA, MAKSIAT DIBELA, PENJENAYAH DIAGUNG2KAN, FITNAH BERLELUASA... MALAH JANJI2 PILIHAN RAYA PUN X DITUNAIKAN... PR DITUBUHKAN HANYA UNTUK MEMBALAS DENDAM!!! MEREKA INGIN MENGAUT KEKAYAAN, MENJATUHKAN MELAYU, MENGHAPUSKAN DASAR YANG MELINDUNGI MELAYU DAN ISLAM... GOLONGAN2 BERADA DALAM PR ADALAH OPPORTUNIS...

    BalasPadam
  5. Majezan ni memang buta hati.. dalam kerajaan PAS, PKR dan DAP tak da rasuah., salah guna kuasa dan penipuan ke...semuanya bersih ke ? Masih tak dapat kesan lagi ke pembohongan besar mereka ? Walaupun kerajaan BN masih ada salah dan silapnya tapi jauh lebih baik dari kerajaan yang diperintah PR .Kerajaan PR ni cakap tak serupa bikin..habuk pun tarak ...mengata dan memfitnah orang pandailah...

    BalasPadam
  6. Oklah EXCO Islam tu berdosa, macamana pulak dgn gaji kakitangan k'jaan? Kenapa kau tak ulas ulasan DR Asri pasal tu? Takut!! @ buat2 tak nampak. Adakah k'jaan kita skrg mengasingkan pendapatan negara? Klu tak bermakna gaji k/tangan k'jaan pun dh bercampur dgn hasil haram jugalah. Jadi siapa yg akan menanggung dosa??

    Dr Asri ulas lg - negara kita berbilang bangsa jadi judi & arak hendaklah dibenarkan utk bukan Islam tp hanya sekadarnya, bukannya besar mcm kat Genting, Toto, 4 no ekor tu.

    BalasPadam
  7. Utk Majezan..and co..

    Derma dengan cukai ada perbezaan bro..zaman nabi pun kafir harbi membayar cukai .Tiada masalah menurut gua gaji kakitangan kerajaan tu…tapi taklah sampai menggadai agama dan bangsa spt yang dilakukan Pejuang Parti Islam yang ada tu….Dalam pertadbiran Islam pun hak penganut lain pun di jaga…Apa kira2 parti Islam tak boleh berdiri sendiri ke ape..hingga harus bersekongkol dan menghalalkan cara.

    Jangan jadi pak torot bro….

    BalasPadam
  8. Yang Memberi dan meluluskan lesen judi tu UMNO kan? jgn tak ngaku pulak yer...
    tolong tanya kat Dr Asri...
    Sejak dari 53 tahun dulu pemimpin2 UMNO lah yg melulus dan melesen kan judi...salih berganti menteri besarnya maupun PM nya...lesen judi tetap juga diluluskan...maka lahirlah menteri judi umno iaitu Khair Johari taukeh magnum4D...org2 umno memberi sokongan penuh atas usaha kerjaan umno ni sampailah 53 tahun memerintah...ooops..bukan takat tu jer...ada lagi..PM pada masa tu lancarkan Loteri Kebajikan...kebajikan tu kan bagus...untuk tolong org miskin...maka org umno punyalaah suka...melompat2 suka bila memang pilihanraya...siap boooo pulak kat org PAS yg kempen nak haramkan judi...

    Tolong tanya soalan ini pada Dr Asri...apakah hukumnya pemimpin melayu yg mengaku islam mengizinkan dgn memberi lesen judi supaya dapat dikutip hasilnya...daan juga apakah hukumnya pada penyokong2 yg memberi undi pada pemimpin yg sebegini???

    Jawapan aku...dgn pemimpin umno dgn penyokong umno dgn pengundi umno semua kat neraka jahanam

    BalasPadam
  9. melayu mukmin..engko memang bijak dan apa yang ko tulis tu betul..aku sokong kau 100% dalam bab ini..tp tak de penyokong umno yang sebijak engko berhujah dalam blog ini..

    penyokong umno ini kebanyakannya tak berpelajaran tinggi..Tahap pemikiranya tak sampai nak memikir yang mana betul atau tidak..yang mereka tahu memaki hamun,fitnah..

    BalasPadam
  10. utk Melayu mukmin & C0.

    Melayu Mukmin berkata... Jawapan aku...dgn pemimpin umno dgn penyokong umno dgn pengundi umno semua kat neraka jahanam

    Tanpa Nama 15:52 berkata...melayu mukmin..engko memang bijak dan apa yang ko tulis tu betul..aku sokong kau 100% dalam bab ini.

    Tanpa Nama 15:52 berkata...Tahap pemikiranya tak sampai nak memikir yang mana betul atau tidak..yang mereka tahu memaki hamun,fitnah..

    Dah kenalah tu sipenipu dengan penyamun...saling berganding bahu...jadi munafik..kalau difikirkan neraka tu lagi baik bro..buat orang sedar dan sentiasa ingat dan bertaubat...yang impikan syurga tu lum pasti lagi....amati bro surah al kaffirun...

    BalasPadam
  11. Wow...sudah bagus...sgray sudah mau buka Al Quran...surah al kafirun...bagus surah tu..sekali membaca nya pahala dia seperti membaca 1/4 Quran...surah tu amat sesuai untuk org2 kafir yg amat membenci islam...bila kita ajak dia kepada islam dia menolak malah menentang...macam umno sekarang ler..PAS ajak kepada islam lama dah tapi tak mau2 jugak...bila kita tanya sapa yg jadikan Langit..laju ler umno jawab Allah...org kafir pun macam tu, depa tau Allah yg jadikan langit tapi bila kita ajak beriman dgn Allah,ikut hukum Allah tak mau..dalam tafsir Al Kafirun ada yg dijelaskan macam tu...kami ni org pAS ler beb...bab ni kami ngaji sungguh2...

    Sekarang aku nak kau ni sgray bukak dan amati betul2 surah al Maidah ayat 44...semoga Allah buka pintu hati dan beri hidayah pada kau...

    satu lagi aku nak nasihat, jgn buat main2 dgn neraka..statement kau yg kata " kalau difikirkan neraka tu lagi baik bro" tu cukup BODOH dan sesat...tak pernah Nabi ajar kita macam tu malah mintak dijauhkan adalah...usahkan sehari..sesaat pun kita takan sanggup...1 hari dineraka = 1000th dunia...memang kita dia anjurkan oleh nabi sentiasa berharap nakkan syurga...bukan syurga yg koman2...bila mintak tu mintak syurga Firdaus...macamana nak dapat syurga sedangkan kat dunia lagi dah lawan Islam.

    BalasPadam
  12. kata Nasihat dari Mukmin [kononnya]

    satu lagi aku nak nasihat, jgn buat main2 dgn neraka..statement kau yg kata " kalau difikirkan neraka tu lagi baik bro" tu cukup BODOH dan sesat..

    Terima kasih mengingatkan..namun yang jelas ia lebih sesuai buat anda dan yang sechannel anda..yang begitu mudah tertipu dan terpedaya sehingga tidak boleh membezakan yang haq dan bathil..

    Bukan kah nabi sendiri beristifar setiap hari dan memohon keampunan dari ALLAH setiap masa..
    sedang kita tahu beliau itu maksum dan di janjikan tempat yang aman.[cam yang korang angan2 kan tu]..ingat juga katanya ..Bila sesaorang tu sudah merasa sempurna ...disitulah kecacatannya ..bro..Apa takkan tak faham meseg yang gua samapikan tu kot..

    Ayt 44 tu berjalan atas fitrah dan kehndak ALLAH adakah PARTI iSLAM LA ni buat?Mengkafirkan sesama umat tu di ajar ke.. ..ada ke sama dengan ayat yang saudara contohkan tu...dah kena dah..gembala nya sering memutar dan menghalalkan cara....nie lah hasilnya...

    utk renungan je..buka2 lah ayat [121]Al Baqarah

    Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi

    BalasPadam
  13. salam Admin..

    Mohaon maaf bukan nak berceramah agama sekadar mengingatkan saudara 2 yg terlupa agar jangan jadi lembu cucok hidung saja..

    BalasPadam
  14. Nah utk mukmin amati..Adawiyah sendiri rela ditempatkan keneraka. baca2 lah cerita beliau.

    Kata kata mutiara rabiatul adawiyah

    " Biar waktu yang akan membuktikan .......

    bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,

    tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,

    tiap jiwa yang telah melayang,

    akan samapai pada satu keadaan .......

    dimana keadilan adalah nadinya,

    kesejahteraan adalah nafasnya,

    kebijaksanaan adalah sifatnya,

    dan Ridho Sang Khalik adalah tujuannya. "



    " Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini

    maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.

    Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,

    maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.

    Sebab engkau saja cukuplah bagiku "

    (Rhobiyatul Al-Adawiyah)

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!