Sabtu, 18 September 2010

72 ahli Ipoh Barat keluar parti pada hari pertama pemilihan PKR. Itu belum lagi pilih calon pilihan raya, mau bergolok berparang agaknya!

Penulis sebenarnya malas nak ambil kisah mengenai pemilihan PKR yang dilihat tak lebih dari usaha menabalkan pembodek-pembodek terbaik Anwar.

Tetapi, apabila membaca berita Malaysiakini yang menyatakan pemilihan cabang PKR yang bermula semalam didahului oleh Zaid (sini), laman yang sama turut memuatkan berita yang dipetik dari laporan Bernama mengenai 72 wanita PKR cabang Ipoh Barat keluar parti kerana tidak puas hati dengan kepimpinan atasan.

Wah! Betul-betul hebat pemilihan PKR. Begitu kuat pertelingkahan sesama ahli sampai ada yang keluar parti. Mesti banyak perkara tersurat dan tersirat yang berlaku ketika kempen ni. Itu belum pilih calon pilihan raya umum lagi. Mau bergolok berparang, bunuh membunuh agaknya hehehhe.

Lantak korang la!

Laporan Bernama (sini):

72 Wanita PKR Cabang Ipoh Barat Keluar Parti
IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Seramai 72 anggota wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat pada Jumaat mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.

Wakil kumpulan itu, Siti Aminah Mansor berkata cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja.

"Anggota itu juga yang mengisi semua jawatan dalam cabang tersebut dan pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang tidak diketahui semua anggota kerana tiada sebarang notis diberikan kepada kami," katanya pada persidangan akhbar di sini.

Beliau mendakwa ada di kalangan anggota yang sanggup menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dan fitnah terhadap anggota daripada kaum lain bagi membolehkan orang tertentu menguasai cabang berkenaan.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!