Isnin, 6 September 2010

Zaid tidak mahu jadi mangsa politik sebagaimana Anwar lakukan kepada Tun Ghaffar Baba!

Malaysiakini melalui posting bertajuk ‘Saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba?’ (sini) mengkisahkan Zaid Ibrahim yang melahirkan rasa kecewanya atas sikap ahli dan pimpinan PKR yang cuba untuk menjadikan beliau sebagai mangsa politk sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba pada tahun 1993.

Ini kerana sebaik saja beliau mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden (sini), banyak pihak dalam PKR telah menyusun strategi bagi memburukkan beliau. Malah Zaid mendedahkan ada pihak yang sanggup untuk mengupah seorang blogger Melayu popular untuk membawa cerita beliau akan membayar RM 20,000 kepada setiap cabang yang mencalonkannya.

Jika diimbas dalam pemilihan UMNO tahun 1993, strategi busuk Anwar untuk menjatuhkan Ghafar yang ketika itu penyandang jawatan Timbalan Presiden UMNO adalah amat licik sekali.

Lihat bagaimana ketika Anwar mengeluarkan kenyataan, "Saya menghormati Encik Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak seharusnya menentang beliau" tetapi di belakangnya, Anwar secara diam-diam melancarkan kempen dan lobi kepada semua Bahagian UMNO untuk mencalonkan dirinya.

Ghaffar yang dikenali sebagai seorang yang baik dalam politik setelah mendengar kata-kata Anwar itu langsung tidak menggerakkan jentera kempennya. Yalah, Ghafar merasakan dirinya akan menang tanpa bertanding!

Malangnya, menjelang tarikh tutup pencalonan, Anwar mengumumkan untuk bertanding secara “tiba-tiba”. Terkejutlah Ghaffar ketika itu kerana beliau langsung tidak menyangka Anwar akan mencabarnya setelah berjanji tidak akan bertanding.

Ketika itu baru Ghaffar mengetahui bahawa Anwar dalam diam telah menaburkan sekian banyak duit melalui jenteranya untuk memperoleh pencalonan dari perwakilan UMNO seluruh negara. Inilah titik mula politik wang dan rasuah melingkari UMNO. Dan akibatnya, Anwar telah menang tanpa bertanding disebabkan Ghaffar tidak cukup pencalonan.

Bayangkanlah bagaimana seorang individu yang banyak berjasa sejak negara belum mencapai kemerdekaan dan merupakan penyandang jawatan Timbalan Presiden gagal memperoleh pencalonan yang cukup untuk bertanding. Ya, tewas sebelum bertanding lagi! Betapa busuknya politik Anwar semata-mata untuk berkuasa!

Selepas Ghaffar tewas, Anwar berterusan secara sistematik mengenepikan beliau dari arus politik perdana. Ghaffar yang merasakan dirinya tidak diperlukan lagi oleh UMNO seolah membawa rajuk dan dirinya dari arena politik. Walaupun Dr Mahathir menawarkan beberapa jawatan kepada Ghaffar namun semua itu ditolak kerana beliau sedia maklum Anwar akan menggunakan segala pengaruh dan kroninya untuk menyisihkan beliau. Sejak dari itu, Ghaffar terus terpinggir dari arena politik UMNO dan perdana.

Itulah yang dimaksudkan oleh Zaid. Sekiranya beliau tewas dalam pemilihan PKR ini dengan strategi sebagaimana yang digunakan Anwar dulu, pasti beliau juga bakal menerima nasib yang sama seperti Tun Ghaffar Baba. Akan terbuang terus sekiranya tewas.

Bagi penulis, Zaid juga gila kuasa. Jika beliau sudah tahu itu merupakan darah daging dan didikan Anwar dalam politik PKR, mengapa perlu lagi menyertainya? Keluar saja dari PKR! Anda lebih dihormati walau tidak menyertai mana-mana parti politik. Namun apakan daya, Zaid juga seperti Anwar, pangkat dan kedudukan adalah segala-galanya!

4 ulasan:

  1. Parasit melayu umpama spesis buang dalam filem sgt. Hassan.

    BalasPadam
  2. Padan muka kamu Zaid.

    BalasPadam
  3. biasa la kata mat sabu pada anwar semasa dia jadi Timbalan Perdana Menteri dulu "kalau nak bersihkan tong najis jangan masuk dalan tong najis tu sekali" sekarang ni zaid nak jadi jaguh bersih kan tong najis anwar.....padan la tu buku bertemu ruas sama sama tengok siapa yang kena masuk tong najis

    BalasPadam
  4. Tikam dari belakang memang amalan puak penjubur ni.. wakakakakakakaka..

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!