Penulis melihat kejadian membakar Al-Quran yang berlaku di Amerika Syarikat (sini) sebenarnya merupakan satu strategi yang diwujudkan pentadbiran White House untuk menagih sokongan umat Islam seluruh dunia secara umumnya dan bagi memperoleh undi warga Amerika beragama Islam secara khususnya.
Ini kerana selepas paderi Jones bercadang untuk mengadakan kempen membakar Al-Quran sempena memperingati kejadian 11 September dan membantah pembinaan masjid di tapak WTC, pentadbiran White House bertalu-talu “mengeji” dan “mengutuk” cadangan berkenaan sedangkan mereka langsung tidak mengambil langkah untuk menghalangnya.
Tindakan “mengeji” dan “mengutuk” itu sebenarnya tidak lebih dari untuk menggambarkan kononnya White House membela dan amat prihatin kepada Islam.
Umum mengetahui Amerika merupakan Super Power dunia yang anti kepada Islam. Lihat saja bagaimana mereka yang mendokongi Israel sejak kuasa Yahudi itu mula menceroboh Palestin akan mengenakan pelbagai tindakan sekatan malah akan menggunakan kuasa ketenteraan ke atas negara-negara Islam yang anti-Israel. Amerika juga dikenali sebagai negara penceroboh dan majoriti negara yang dicerobohinya adalah negara-negara yang dipimpin oleh umat Islam.
Atas faktor itulah mereka cuba untuk memulihkan imej Amerika yang dilihat sebagai anti-Islam dengan mewujudkan kempen membakar A-Quran dan kemudiannya mereka sendiri yang “mengeji” dan “mengutuk” cadangan berkenaan.
Di Malaysia, DAP yang diketahui sebagai anti-Islam turut mengambil tindakan untuk menagih sokongan umat Islam. Terbaru, lihat saja bagaimana Guan Eng sepanjang bulan Ramadhan yang lepas mengelilingi masjid seluruh Pulau Pinang dan diberikan hamper kepada anak kariah dengan tujuan supaya mendapat undi dalam pilihan raya akan datang. Masjid yang dipilih pula hanya yang condong kepada pembangkang dan yang berpotensi untuk memberi kemenangan dalam pilihan raya akan datang.
Tindakan retorik ini sebenarnya tidak lebih untuk menutup pimpinan beliau yang anti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan Melayu.
Tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai “gula-gula” lagi akan dijanjikan Guan Eng kepada orang Melayu Islam di Pulau Pinang semata-mata bagi menggambarkan kononnya pimpinan beliau benar-benar mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.
Nasihat penulis kepada Melayu Islam Pulau Pinang, ambik saja segala pemberian Guan Eng lepas ni, yang pasti pilihan raya akan datang kita undi BN. Jom terajang keluar Guan Eng dari Penang!
setuju..teranjang saja komunis haram nih
BalasPadam