Jumaat, 3 September 2010

PAS akhirnya sujud kepada DAP dan PKR untuk tidak laksanakan hudud. Mengapa Malaysiakini tak lapor?

PAS akhirnya sujud taat kepada DAP dan PKR untuk membuang matlamat mereka bagi melaksanakan hudud atau perundangan Islam sekirannya Pakatan Haram menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang (sini). Ia diperkatakan sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah semalam, 2 September 2010.

Sebaliknya, matlamat PAS kini ialah untuk menumbangkan BN. Lihatlah bagaimana PAS kali ini secara terang-terangan menjelaskan bahawa mereka sanggup menukar niat dari sesuatu yang suci dan murni iaitu untuk menegakkan hukum Allah di Malaysia kepada suatu niat busuk yang penuh kebencian semata-mata untuk berkuasa. Sebelum ini, ia hanya dapat dilihat melalui tindakan tetapi kini ia dijelaskan melalui kata-kata!

Mohd Amar juga menjelaskan kononnya Pakatan Haram tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan sedia ada. Wah! Betul-betul PAS sujud pada DAP dan PKR ni. Bukankah selama ini PAS yang menghentam Perlembagaan sedia ada dengan mengatakan ianya tinggalan penjajah, dibuat Kristian, sudah lapuk, sekular, tidak Islamik dan sebagainya? Sekelip mata PAS berubah kerana kuasa!

Mohd Amar sebenarnya telah termakan tipu daya DAP dan PKR sebagaimana Nik Aziz dan penyokong PAS yang lain. Matlamat DAP dan PKR jelas iaitu untuk menyamaratakan segala bidang di Malaysia termasuk persoalan agama dan bangsa supaya kononnya lebih adil.

Bagi merealisasikannya, Perlembagaan sedia ada perlu diubah untuk disamaratakan terutamanya kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Hak Istimewa Orang Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu. Semua ini akan dibuang dari Perlembagaan.

Sekarang ini bolehlah DAP dan PKR berjanji tidak akan membuangnya tetapi apabila dah berkuasa kelak, jangan harap ia akan ditunaikan. Bukankah itu matlamat DAP sejak berpisah dari PAP dan matlamat PKR sejak ia ditubuhkan di lokasi mewah Hotel Renaisance dulu? Sedarlah PAS, kalian sedang dipermainkan.

Apa yang menarik mengenai berita keakuran PAS kepada DAP dan PKR ini ialah ia tidak pula dilaporkan oleh Malaysiakini. Ini menampakkan Malaysiakini sengaja untuk memilih topik yang menguntungkan Pakatan Haram untuk disiarkan manakala topik yang merugikan tidak akan dipaparkan sama sekali.

Itulah sebenarnya Malaysiakini, pembawa suara dan agenda Pakatan Haram. Jangan pula ada yang dakwa ia bebas dan adil ya!

10 ulasan:

  1. naa sedar apo nya..cuba tuan-tuan lihat bagaimana kafir dibenarkan untuk berceramah dslam mesjid sedangkan kerajaan pembangkang ade banyak lagi dewan balai rakyat..adakah islam kata skiranya kafir nak memeluk agama islam kena panggil depa bagi ceramah didalam mesjid??? di kelantan depa buat amcam ni gak? betul gak wali selipar punya fatwa..cepat pakat ramai pergi ambil kincu pintu syurga...kalau dah mati sebut nama nik aziz terus masuk syurga..nak perbodoh orang macam ni ke carranya???? macam nak termuntah bila dengan fatwa songsang nik azizi..Kenapa mesjid dijadikan ssasaran? dah lah penuh dengan najis entah mcm mana PAS sanggup lakukan perkara sedemikian..nak tanya la sikit apakah kafir-kafir yang beri sumbangan itu dah bertauliah dalam menyebarkan agama islam?? Apakah Dr Asri x bertauliah untuk menyebarkan islam??? Hassan Ali dah jadi buta ke atau MIAS ke JAIS ke dah jadi pekak?? cuba taun-puan tanya kenapa bekas mufti tak bertauliah dan kafir ini diberikan tauliah??/lihat bagaimana Islam di perlacurkan oleh puak sesat ini....sedarlah dan kembali ke pangkal jalan..jangan jahannamkan negara ini.

    BalasPadam
  2. aku setuju dengan hang TN 10.12.

    puak pas ni dia bukan peduli apa dah. depa gila kuasa saja.

    BalasPadam
  3. pas dah gila....sbb nk kuasa snggup jual maruah agama.....sbb kuasa jer......ye lah orang pas pun ada nafsu juga nk hidup senang lenang..

    BalasPadam
  4. M..MEMANG SENGAJA
    A..AKU TIPU UNTUK
    L..LAKUKAN SEGALA FITNAH
    A..AGAR RAKYAT PERCAYA
    Y..YANG BENAR JADI
    S..SALAH SEBAB SEMUA
    I..ITU RANCANGAN KAMI
    A..ADA TUJUANNYA DAN
    K..KAITAN UNTUK NAFSU KAMI
    I..INILAH YANG KAMI IDAM2KAN
    N..NIAT KAMI IALAH JADI BANGSA PALING
    I..ISTIMEWA DI MALAYSIA.

    BalasPadam
  5. itulah makna malaysiakini.......yg ku tulis...jgn mrh ye pakatan haram.

    BalasPadam
  6. kah kah kah wa tabek lu TN 10.36

    BalasPadam
  7. Pas sekarang sedang menelan kahak dan nanah mereka sendiri.Akibat mengkafirkan UMno berkawan dengan cina dan india.mereka bukan menelan malah melacurkan diri kerana kemaruk kuasa dan dendam kesumat yang dahsyat. dihari yang baik ini bertaubatlah dan bersatulah orang melayu islam.Lihat lah dengan matahati bagaimana Palastein diratah lahap dek kerana persengketaan Fatah dan Hamas sesama islam.Licik sungguh permainan musuh musuh Islam sehingga kita gelap mata hati tidak dapat membezakan siapa musuh kita sebenar.Kembalilah wahai saudara saudara ku kepada ajaran tuhan yang sebenar."Umat ku di akhir zaman seumpama buih".Fikirkanlah saudara saudaraku tersayang.Amin.

    BalasPadam
  8. TANDA TANDA KEJATUHAN PAS.

    BalasPadam
  9. betul kebiasaannya sesebuah parti itu hanya akan memerintah setakat 20 tahun saja,lepas tu macam macam musibah yang datang.sama macam pas,kalau lama sangat memerintah dia akan jatuh dengan sendri angkara perbuatan sendiri,kerana bila lama mereka akan menjadi riak,takbur dan angkuh,
    seolah olah mereka kebal dan tak boleh disentuh.

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!