Isnin, 27 September 2010

Tun M: Nazri adalah manusia yang akan gigit tangan kita selepas disuapkan nasi. Macam anjing la pulak weh!

Mingguan Malaysia 26 September 2010 di halaman 4 melalui tajuk ‘Tak ada keinginan nak jadi PM’ (sini) melaporkan sanggahan negarawan, Tun Mahathir terhadap Nazri Aziz yang mendakwa kononnya beliau ingin menjawat semula jawatan Perdana Menteri.

Nazri menyatakan demikian ketika mengkritik Utusan Malaysia dan Awang Selamat melalui surat terbuka yang disiarkan di dalam portal pro-pembangkang, Malaysian Insider. Penulis telah mengulas perkara berkenaan di sini dan sini.

Menariknya, melalui ucapan yang diberikan di hadapan kira-kira 20,000 orang di Pasir Mas itu, Tun Mahathir secara sinis meminta hadirin untuk memaklumkan kepada Nazri yang usianya telah menjangkau 85 tahun dan tak ada keinginan untuk menaiki semula takhta Perdana Menteri.

Tun seterusnya menempelak Nazri dengan menyatakan:

Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita.

Perghhh…. Nampak gayanya dah terang jelas lagi bersuluh Nazri ni jenis tak sedar dek untung. Madu diberi, tuba yang dibalas. Apa lagi yang nak diharapkan dari beliau?

Sedangkan Tun Mahathir yang menaikkan beliau sebagai seorang Menteri pun melihatnya sebagai seorang yang bongkak, inikan pula kita rakyat biasa. Fikir-fikirkanlah.

Jom tolak musibat yang akan menghancurkan UMNO ini!


‘Tak ada keinginan nak jadi PM’
Mingguan Malaysia, 26 September 2010, Halaman 4

PASIR MAS 25 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri sebagaimana dibimbangi oleh sesetengah pihak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.

"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.

"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya hari ini.

Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, Datuk Badri Yunus menyangkal tuduhan Nazri yang menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda berhubung isu Perkasa termasuk cuba membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Badri berkata, tuduhan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan tingkah laku menteri itu yang cuba mengaitkan Dr. Mahathir dalam perkara itu disifatkan sebagai amat menghairankan.

Badri membuat kenyataan itu sebagai mengulas ruangan Bisik-Bisik Mingguan oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia mengenai Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan Malaysia berhubung isu Perkasa.

Malah, Nazri seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang, The Malaysian Insider menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, mengenai Perkasa, Dr. Mahathir berkata, beliau yang bukan ahli pertubuhan itu, menganggap Perkasa sebagai satu kuasa politik dalam negara, justeru suaranya tidak boleh diketepikan.

"Sebaliknya, kita akan mendengar pendapat-pendapat Perkasa kerana ia sedikit sebanyak mencerminkan kehendak orang Melayu dan kehendak negara," katanya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Dr. Mahathir berkata, penglibatannya dalam program Perkasa bergantung kepada keadaan.

Ditanya tuduhan Lim Kit Siang dalam sebuah blog bahawa beliau seorang rasis, Dr. Mahathir secara sinis berkata, pemimpin DAP itu membuat tuduhan tersebut kerana dia bukan seorang yang rasis apabila menolak sebarang usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengamalkan perkongsian kuasa demi kesejahteraan rakyat dan negara.

"DAP menentang rancangan kita kerana DAP hendak memerintah negara ini, tetapi kini dia terpaksa bekerjasama dengan pihak yang pernah menjadi musuhnya seperti Pas," katanya.

Mengenai kenyataannya orang Melayu akan kehilangan kuasa apabila pembangkang menang, beliau berkata, ia dibuat berdasarkan kenyataan sebagaimana yang berlaku di Perak apabila Pas meletakkan wakil rakyatnya sebagai Menteri Besar yang hanya mengikut telunjuk DAP.

13 ulasan:

  1. http://warisantamar.blogspot.com/

    link blog ni bro..TQ

    Pemilihan PKR Semporna pun kecoh...pemilihan parti tahap gaban le katakan!!!

    # Inilah akibatnya suka main belakang...

    BalasPadam
  2. TDM kata tak ada keinginan nak jadi PM semula tetapi bercita cita nak jadi Raja ke Maharaja. Tak caya tengok dia pakai selempang PERKASA! Kalau rakyat biasa selempang di pakai dari kanan ke kiri tetapi TDM pakai selempang setaraf macam raja dari kiri ke kanan.
    Amboi macam dah lantik diri sendiri atau Brahing yang tabalkan supaya bolih lawan towkey.Jangan tipu rakyat la... Che Det!!!

    BalasPadam
  3. Anon 04 05
    kau ni betul syok sendiri dan aku rasa kau belum makan ubat tekanan jiwa kau kot sebab tu lah buat teori sendiri dan percaya sendiri, sudah lah pergi makan ubat sakit otak kau tu biar centre sikit. huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Kerja nak menghina orang, sampai cara pakai selempang pun nak menghina. Orang ini (Anon 04.05) orang buat apa pun takkan kena dengan diri dia.

    Dia sorang saja yang betul.

    BalasPadam
  5. anon 04:05, apara cara pakai selempang pun kecoh..nasib baik geng PERKASA x ambik selempang tu lempang muka kau bagi berdamar skitt..apara bodoh piang hang ni

    BalasPadam
  6. dia sakit otak tu, tgk ayahanda tun pakai selempang pun nampak lain kat mata dia.. maklum la anon 04.05 tu tak makan ubat gila... bg aljuburi sosok je bontot dia nanti ok la otak mereng dia tu.. kah kah kah

    BalasPadam
  7. Mamak nak berjuang hak melayu...boleh caya ker?
    masa dia PM dulu Ananda krishnan yg jaadi kaya raya...biasiswa utk anak melayu dia yg hapuskan..pirrah..autakarek punya mamak.

    BalasPadam
  8. ni lagi sorang yg sakit otak tahap gaban. hang nampak ananda krishnan je, cuba yg tgk dan baca betul2 melayu yg jd jutawan. apa ke bangang tahap lodi betul le.
    hang tu tau ke apa yg dipanggil bumiputra dan melayu? klau tak tau pi kat DBP tu dapatkan definisi yg betul bangang oi.anak hapus apanya klau anak hang tu bangang mcm hang mcm mana nk bg biasiswa? dh tak layak. hang tau tak arwah mak TDM tu org melayu? hang ni dok sekolah kat mana hah? org ulu pun tau sapa melayu.
    sokong ckp yg lain tu...hang pun kena pi dapatkan rawatan mental yg dh serabai tu.....

    BalasPadam
  9. Taksub tahap gaban puak2 taksub madir nih...memang perangai melayu sejati...mencarut,maki hamun,caci nista, hasad dengki, iri hati, tak amanah , suka rasuah...tu perangai tulin melayu tanpa agama...hidup melayu..hidup melayu...singapura depa pi bagi kat cina...pekik lagi hidup melayu..hidup melayu...KLCC Ananda Krishnan yg punya...pekik lagi hidup melayu..hidup melayu...biasiswa hak anak melayu depa dah tak bagi lagi siswi2 cari sugar dady...memalukan melayu jer...

    BalasPadam
  10. haa...ni lagi satu buduh bangang punye melayu..klcc ananda punya..pelabuhan tanjung pelepas JB melayu punye.SIME DARBY melayu punye.MAS melayu punye.SO apa masalahnya..?laptop atau internet yg kau taipkan ni pun di atas usaha yg kuat oleh mantan PM kita.Camni lah...agak agak korang tak suka sgt ngn Che Det atau bumi malaysia ni ..eloklah korang duduk kat singapura atau israel ok...

    BalasPadam
  11. kalu x suka TDM kata nista Tak suka Nik Aziz Caci cela Tak suka Hadi Awang umpat mengumpat ....semua melayu...semua islam satu kiblat satu kalimah...Bangang ...x sedar diri....tungggu bila masuk kubur nanti...taulahhh..

    BalasPadam
  12. Pegi ler ..cium ponggong mamak tu,taksub tahap gaban..bengong tahap giler..piiirahhh..melayu

    BalasPadam
  13. Aku tak suka Madir..tapi yg pelik ada pulak pasal aku tak suka dia depa suruh aku gi duduk kat singapore atau israel...hehehehe...adusss...Malaysia ni madir punya ker??? Macam tu sekali madir berjaya memesongkan akal dan fikiran org2 melayu yer...Mak bapak dan tok nenek moyang keturunan aku melayu asal disini...sedangkan madir tu bapak dia keturunan sama macam samy velo yg kaki penipu, kaki putar dan kaki belit dari india tu...satu kapal dgn peguam 2 beradik yg bakar dato sosila tu...Org macam korang ni memang jenis suka kene jajah akal dan fikiran...taksub membabi buta.

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!