Jumaat, 24 September 2010

Anwar lebih teruk dari Pak Lah. Lepas hantar bini, hantar pulak anak untuk kuasai parti. Menantu bila pulak?

Tuanku Abdul Rahman tidak meninggalkan waris politik. Najib memasuki politik selepas Tun Razak meninggal dunia. Tun Hussein Onn menjawat jawatan politik selepas Onn Jaafar tidak lagi berkuasa. Tun Mahathir membenarkan Mukhriz aktif politik selepas beliau melepaskan jawatan. Hanya Pak Lah Perdana Menteri yang membawa keluarga (Khairi Jamaluddin) ke dalam politik ketika berkuasa. Itu kisah Presiden UMNO dan warisnya.

Apabila Nurul Izzah menyatakan secara jelas akan bertanding jawatan Naib Presiden (sini), ini bermakna beliau telah mendapat lampu hijau dari Anwar untuk meneruskan kesinambungan keluarganya menguasai PKR.

Semua orang maklum Anwar menjawat jawatan Ketua Umum PKR, jawatan yang dicipta sendiri beliau, tidak boleh dipertandingkan dan tiada di dalam perlembagaan parti.

Ezam, bekas teman sehidup semati Anwar menjelaskan (sini) jawatan Ketua Umum terpaksa dicipta Anwar untuk membolehkan beliau dilihat sebagai Supreme Leader yang tidak boleh disentuh. Sebab itu beliau menolak untuk bertanding jawatan Presiden PKR walaupun dicalonkan oleh cabang-cabang parti berkenaan. Ini kerana Anwar takut akan ada orang yang menawarkan diri untuk bertanding dengan beliau, malu la weh!

Tambahan pula, sama ada beliau menduduki jawatan Presiden atau tidak sebenarnya tidak penting bagi Anwar kerana yang menjawat jawatan berkenaan kini adalah bininya sendiri. Mestilah Wan Azizah kena ikut cakap beliau. Takkan nak menderhaka kepada suami kot. Sebab tu Anwar tak hairan. Wan Azizah sebenarnya Presiden boneka. Semuanya dicaturkan oleh Anwar.

Sekarang, Nurul Izzah pula disusun untuk menduduki kerusi Naib Presiden. Penulis berani jamin 200% beliau akan menang dengan undi tertinggi. Percayalah. Anak Ketua Umum dan Presiden weh, siapa yang berani tak beri undi? Nak mampos?

Dengan kedudukan Nurul Izzah sebagai Naib Presiden, ia akan memudahkan Anwar memonopoli hierarki kuasa di dalam PKR. Kini hanya tinggal jawatan Timbalan Presiden yang perlu dipastikan dimenangi oleh Azmin. Yalah, Azmin lebih senang nak ikut cakap dan disuruh berbanding Zaid. Lagipun Zaid tu siapa? Dulu dalam UMNO pun jadi Menteri atas ehsan PM. Senator le katakan. Awal-awal masuk PKR boleh la nak sanjung-sanjung. Sekarang ni pandai-pandai la bawa diri.

Keseluruhan situasi ini menampakkan Anwar sebenarnya lebih busuk lagi membusukkan dari Pak Lah. Ini kerana Pak Lah dulu hanya membawa menantunya untuk berada di kerusi Ketua Pemuda UMNO. Tetapi Anwar, bini dijawatkan jawatan Presiden dan anaknya Izzah sebagai Naib Presiden.

Jangan hairan lepas ni anak-anaknya yang lain pula akan ditakhtakan jawatan. Cuma satu penulis nak tanya, menantu bila pula? Kesian dia, nak juga merasa nikmat sebagai ahli keluarga Anwar yang nepotisme, kronisme dan celakasme. Busuk lagi membusukkan weh!

6 ulasan:

  1. aku tak tahan tengok gambar tu. cam celako celako celako

    BalasPadam
  2. Gituleee perangai pembangang di negara kite.

    Kalau UMNO buat sdemua tak betul, korup, kroni, nepotisme, tapi kalau dia buat SEMUANYA BETULLLLLLL.

    Memang ada dunia, kalau kuasa ada kat tangan org lain maka dikatakan itu ini dan banyak lagi yg tak betul.... kalau dia dah dapat kuasa pulak pastinyanya akan digomol habis-habisan.............

    macam Pas, PKR dan DAP buat sekarang....... parti anak beranak.

    BalasPadam
  3. Itu namanya keluarga contoh...contoh nepotisma yang Anwar suarakan kepada UMNO dahulu..

    BalasPadam
  4. disini aku nak tanya....pernahkah Tengku AR,Tun R,Tun HO,PL difitnah dipenjarakan?

    BalasPadam
  5. Sejuk hati perut aku tengok gambar tu...pandai DSAI dan DSWA didik anak2...semua bertudung tutup aurat...ikut suruhan dan perintah Allah..mana ada pemimpin2 umno yg macam tu...anak2 betina dan bini2 pemimpin umno "telanjang bogel" lawan hukum dan suruhan Allah...heran aku masih ramai yg mendewa2kan pemimpin2 umno ni...apa depa nak jawab depan Allah nanti yer???Kesian lah pulak

    BalasPadam
  6. siapa lah dungu tuan empunya blog ni!

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!