Rabu, 11 Ogos 2010

Raja Petra anjur demonstrasi burukkan Malaysia di London tapi dimalukan Datuk Anifah Aman!

Ketika umat Islam di Malaysia dan negara-negara lain bersiap sedia menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, penfitnah bangkrap yang sedang hidup selesa suami isteri ditanggung sepenuhnya oleh PKR di Kota London terus menjatuhkan imej Malaysia di sana.

Raja Petra Kamaruddin, pengecut yang melarikan diri kerana takut dikenakan tindakan atas fitnah yang dilemparkannya terhadap negara ini berterusan memburukkan imej Malaysia. Terbaru, beliau telah menganjurkan satu demonstrasi anti-ISA di hadapan Kedutaan Malaysia di London (sini).

Apa yang lucunya ialah beliau sendiri yang kononnya seorang pejuang langsung tidak tampil ke hadapan untuk mengetuai demonstrasi yang dihadiri kira-kira 20 orang yang majoritinya rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang. Individu yang mengetuai demostrasi ini ialah pengawal peribadinya, Ben Singh.

Demonstrasi berkenaan sengaja diadakan di luar Kedutaan Malaysia kerana ketika itu ramai pelawat, pelabur sedia ada dan yang berpotensi serta warga Malaysia sendiri yang sedang menghadiri majlis sempena lawatan kerja oleh Datuk Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia di situ. Inilah peluang bagi RPK untuk menunjukkan betapa teruknya negara Malaysia kerana mempunyai undang-undang yang bernama ISA.

Walau bagaimanapun, para pendemonstrasi dikejutkan dengan tindakan Datuk Anifah yang tanpa disangka keluar dari Kedutaan dan berjalan menuju ke arah mereka. Datuk Anifah begitu tenang berhadapan dengan para pendemonstrasi dan ia menampakkan kepada para pelawat dan pelabur yang sedang berada di dalam Kedutaan serta mereka yang menyaksikan demonstrasi berkenaan bahawa Kerajaan Malaysia sememangnya terbuka untuk mendengar pandangan sesiapa sahaja mengenai sebarang isu yang dibangkitkan.

Semua soalan yang dilontarkan kepada Datuk Anifah dijawab secara penuh diplomasi hingga menampakkan mereka yang berdemonstrasi itu sengaja mahu memburukkan Malaysia sedangkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang yang diamalkan Malaysia tidak mereka fahami.

Berikut merupakan petikan artikel The Malay Mail, 10 Ogos 2010 (sini) mengenai dialog di antara Datuk Anifah dengan wakil pendemonstrasi:

Yolanda: "We are still very concerned about the way Malaysia still refuses to repeal the ISA despite having said that in April 2009. Datuk Seri Najib (Prime Minister Datuk Seri Najib Razak) said that this is something that he will look into seriously. Since then, Malaysia has been elected to the UN Human Rights council, many comments were made about the Human Rights in Malaysia, but until now we have not seen anything move forward."

Anifah: "We are now talking to all the stake holders. We do not want to rush things. If we rush things after the bill has been passed in Parliament, there will be some parties who are dissatisfied with them. Although we can't fully satisfy the people, hopefully it would be acceptable."

Yolanda: "Why last Sunday the police were so fast to crack down on the candle light vigil by peaceful protesters in Malaysia? That is something we don't understand. Nothing of concerned but police arrested 38 people."

Anifah: "I cannot give you the answer to that because I was away."

Yolanda: "I think the government needs to take responsibility for this. Also the fact that communist insurgency was actually finished and it is way too long for us to keep seeing the ISA being used."

Anifah: "Yes, at the end of the day ... the ISA now is fully for terrorism."

The Bodyguard: "For 50 years people are being detained. Are you telling me that everybody was a threat to national security?"

Anifah: "You cannot generalise. Maybe not everybody (is a terrorist) but there will be somebody. We have just deported 10 foreigners who were there (in Malaysia) ... their actions could have jeopardised the (country’s) security."

The Bodyguard: "Why do you detain people who criticise the government, such as Raja Petra. Because he is exposing excesses of the government, the looting that's going on? That's one way to silence him?"

Anifah: "You mentioned looting. You are passing a judgment. We do have a judiciary."

The Bodyguard: "I didn't pass any judgment."

Joseph Benedict: "In the future we want an abolishment to ISA, right now at least an amendment."

Anifah: "You do not know the consequences, how serious it is - terrorism. In our country, these people came and recruit the students from universities, Nordin Mat Top and Azahari, because we are not able to apprehend them, they have caused a lot of deaths.”

Benedict: “But based on human rights we need to stop torture. We will continue and will keep pressuring you and the Malaysian government.”

Anifah: “Please do that. It is within your rights. I am equally concerned. I am no difference from you.”

Kepada Datuk Anifah, penulis ucapkan syabas. Tindakan anda sekurang-kurangnya telah memberikan imej yang baik mengenai keterbukaan kerajaan terutamanya kepada pelabur-pelabur sedia ada dan berpotensi yang berada di dalam Kedutaan ketika itu.

Inilah contoh bagaimana PKR menjatuhkan imej negara melalui proksi-proksinya di luar negara. Itu belum lagi dikira bagaimana Anwar menggunakan rakan-rakan sekutunya untuk memalukan Malaysia. Mujur kita mempunyai kerajaan yang siap siaga untuk menghadapi perkara-perkara sebegini.

Semoga Allah melindungi Malaysia tercinta dari pengkhianat negara.

Nota kaki:
PKR bukan setakat menanggung RPK suami isteri untuk memfitnah Malaysia malah turut menyediakan pengawal peribadi kepada mereka. Kenapa tak guna khidmat Balasubramaniam saja?

Selasa, 10 Ogos 2010

Laman web kerajaan yang dibangunkan SKALI sedang menghadapi masalah sekarang!

Setelah mengulas kemurkaan baginda Sultan Johor terhadap PKR yang biadap dan kurang ajar (sini), penulis cuba untuk mengakses laman web Unit Perancang Ekonomi (EPU) sejak pagi tadi untuk mendapatkan satu maklumat. Malangnya, laman web berkenaan gagal untuk diakses sehingga sekarang. Penulis lantas menghubungi rakan yang bertugas di EPU dan dimaklumkan laman web mereka sedang menghadapi masalah.

Penulis dimaklumkan oleh rakan berkenaan laman web EPU dibangunkan oleh sebuah syarikat ICT yang dikenali sebagai SKALI. Di kalangan pengamal industri ICT di negara ini SKALI tidak lagi perlu diperkenalkan kerana mereka merupakan satu nama besar yang mendapat banyak projek dari kerajaan. Ia juga merupakan syarikat yang dibangunkan atas jaringan politik.

Rakan penulis turut memaklumkan bukan saja laman web EPU yang bermasalah untuk diakses, malah laman web kerajaan lain yang turut dibangunkan oleh SKALI seperti Kementerian Pertanian dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar turut menghadapi masalah berkenaan. Penulis menyemaknya, dan ternyata ia benar.

Rungutan mengenai prestasi SKALI ini bukan kali pertama penulis dengar dari rakan yang bekerja di sektor awam. Sebelum ini seorang rakan penulis yang bertugas di sebuah Kementerian pernah menceritakan bagaimana SKALI gagal untuk memenuhi keperluan mereka bagi pembangunan sebuah portal di agensinya.

Kononnya ketika proses mengemukakan tawaran untuk pembinaan portal berkenaan pihak SKALI faham 120% mengenai apa yang dimahukan oleh agensi berkenaan tetapi malangnya apabila tiba ke tahap pembangunan, sehingga sekarang portal berkenaan masih lagi gagal untuk mencapai tahap yang sepatutnya. Pekerja yang mengendalikan portal berkenaan juga sudah berapa puluh kali bertukar. Bayaran yang diberikan bukan sedikit, besar nilainya.

Turut dimaklumkan kepada penulis, pihak atasan SKALI juga berkemungkinan mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak EPU ataupun mungkin juga MAMPU. Sebab itu adakalanya EPU sendiri “memaksa” ataupun dengan kata lain menurunkan “wahyu” kepada kementerian atau agensi terpilih untuk dilaksanakan projek perintis oleh SKALI. Mahu tidak mahu, kementerian/agensi berkenaan perlu untuk mengikutinya dan membayar kepada SKALI walaupun benda yang disediakan tidak langsung memenuhi keperluan pengguna.

Bagi penulis, Ketua Setiausaha Negara perlu untuk menyiasat perkara ini. Semak sekiranya ada pihak di EPU atau MAMPU yang menjalinkan “hubungan akrab” dengan SKALI. Jangan dibiarkan “hubungan akrab” ini menjadi punca yang menyebabkan rakyat marahkan kepada BN.

KSN kena ingat, jika syarikat yang tidak berkelayakan dan hanya hidup dengan mempunyai hubungan politik memperoleh projek, maka hasil yang diterima pasti mengecewakan. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Penulis dedahkan perkara ini bukan untuk memburukkan kerajaan, tetapi sekadar ingin melihat kerjasama kerajaan – swasta yang lebih bermakna. Jika ini berlaku, pasti KSN dapat tidur lena kerana rakyat gembira menerima perkhidmatan yang amat bermakna.

Sultan Johor: PKR Biadap dan Kurang Ajar!

Semalam, 9 Ogos 2010 Buletin Utama memaparkan kemurkaan Sultan Johor di atas tindakan pihak yang cuba mengheret baginda ke kancah politik dengan memaparkan gambarnya di dalam kempen politik mereka. Kemurkaan baginda Sultan digambarkan dengan kata-kata berikut:

“Ada pihak yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu polis akan menyiasat perbuatan ini”

“Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Mereka ini tiada pendirian hidup. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Penulis tertanya-tanya siapa dan parti manakah yang begitu celaka sehingga baginda Sultan Johor mengeluarkan kata-kata biadap dan kurang ajar?

Tanpa membuang masa penulis terus mencari di dalam internet dan menjumpai gambar di bawah:

Dah agak dah! Itu kata-kata pertama yang terpancul dengan sendirinya dari mulut penulis.

Parti mana lagi kalau bukan parti yang kerjanya memecahbelahkan perpaduan rakyat, PKR. Tetapi kali ini, penulis merasakan tindakan PKR amat melampaui batas. Mereka bukan setakat cuba untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat malah mereka turut cuba untuk memecah belahkan perpaduan rakyat Johor dengan istana Johor.

Ini kerana tindakan memaparkan Jata Negeri Johor dan gambar Sultan Ibrahim di dalam banner yang menyatakan sokongan kepada Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor menggambarkan seolah-olah menggambarkan baginda Sultan turut menyokong pelantikan Jui Meng itu.

Bukan itu saja, gambar baginda Sultan turut diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan dan gambar Anwar Ibrahim pula diletakkan di bahagian atas sebelah kiri. Ia memperlihatkan bahawa PKR Johor sebenarnya lebih mengiktiraf Anwar berbanding dengan baginda Sultan yang memayungi mereka selama ini.

Penulis merasakan banner ini sebenarnya dipasang oleh PKR Johor yang diketuai Jui Meng sebagai tanda memprotes tindakan baginda menarik balik pingat yang diberikan kepadanya. Maklumlah, akibat kecewa dengan kehilangan gelaran Dato’, baginda Sultan disalahkan lalu digambarkan seolah-olah baginda mengikut telunjuk UMNO. Dalam semua jelajah ceramah Jui Meng dan Anwar terutamanya di Johor, ini yang disampaikan kepada rakyat.

Mujur rakyat Johor bijak dan mengenali hati budi baginda Sultan Ibrahim. Baginda Sultan Johor adalah seorang sultan yang sangat mengutamakan rakyatnya. Kembara Mahkota Johor merupakan salah satu dari pendekatan yang digunakan baginda untuk mendekati rakyat.

Ketika kembara itu, baginda secara langsung akan terus bertanyakan permasalahan rakyat. Tanyalah mana-mana pegawai kerajaan Johor yang bertanggungjawab di kawasan-kawasan yang dilawati baginda. Semuanya kecut perut jika ada permasalahan rakyat yang tidak dapat diselesaikan sebelum kehadiran baginda.

Jika rakyat mengadu masalah mereka kepada baginda Sultan, pasti berpeluh kakitangan kerajaan yang berkaitan untuk menjawab dan menyelesaikan permasalahan berkenaan serta merta. Begitulah tingginya keprihatinan dan keutamaan yang diberikan baginda Sultan Johor kepada rakyatnya.

Jahatnya Jui Meng dan PKR Johor sehingga sanggup memfitnah dan mengheret baginda ke kancah politik. Inilah merupakan pendekatan yang digunakan PKR untuk memecahbelahkan kubu kuat Barisan Nasional.

Bagi penulis, apa yang celakanya ialah ia dibuat oleh Jui Meng dan direstui oleh Anwar. Jui Meng diangkat sebagai pengerusi PKR di negeri Johor, negeri yang majoritinya Melayu Islam dan dipayungi baginda Sultan. Tindakan ini dibuat oleh Anwar kerana menjanjikan pangkat kepada Jui Meng ketika tawar-menawar untuk memasuki PKR dulu sedangkan Anwar seharusnya melantik seorang Melayu Islam sebagai pengerusi di negeri Johor.

Begitulah bentuk politik yang diamalkan PKR. Perpaduan sesama rakyat dan juga istana tidak penting, yang penting Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri.

Akhir sekali, marilah kita sekalian terutamanya rakyat Johor sentiasa mengingati pesanan baginda agar tidak menjadi bodoh untuk menyokong mereka yang tiada pendirian dan mementingkan diri ini.

Isnin, 9 Ogos 2010

Anwar melawat Pulau Pinang dan suruh Melayu sokong DAP ketika Guan Eng halau peniaga Melayu!


“Anwar Ibrahim mabuk ka? Dia ingat dia Perdana Menteri ka nak melawat Pulau Pinang? Permatang Pauh tu Parlimen kat negeri mana? Apa dia ingat Permatang Pauh tu kat Kuala Lumpur ka? Celaka sungguh!”, itu luahan rakan penulis yang mengundi Pakatan Haram dalam pilihanraya 2008 yang lalu setelah penulis bertanyakan pendapatnya mengenai lawatan Anwar ke Pulau Pinang.

Benar, Anwar mengadakan lawatan ke Pulau Pinang semalam (8 Ogos 2010) dan ia ada dinyatakan di dalam posting bertajuk Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang bertarikh 7 Ogos 2010 di lawan web beliau (sini).

Mungkin Anwar terlupa seketika yang beliau sebenarnya berasal dari Cherok Tok Kun dan merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Maklumlah, gelaran Perdana Menteri 16 September yang beliau jawat sekarang ni bukan calang-calang jawatan di Malaysia ni hingga membuatkan beliau lupa asal usul.

Penulis berpendapat, Anwar terpaksa untuk mengadakan lawatan ke negeri asalnya sendiri kerana beliau sebenarnya tidak pernah langsung balik ke Pulau Pinang untuk melihat permasalahan rakyat terutamanya di Permatang Pauh.

Apa yang menjelikkan lagi ialah Anwar seolah lupa diri kerana beliau mengadakan lawatan ketika Guan Eng menghalau orang Melayu Tanjung dari berniaga di tempat yang selama lebih 20 tahun mereka berniaga setiap kali menjelang Ramadhan tanpa sebarang permasalahan. Bertambah celaka lagi ialah apabila Anwar langsung tidak mempedulikan nasib peniaga-peniaga yang dihalau itu.

Malangnya, apa yang disibukkan oleh Anwar ketika lawatan ke Pulau Pinang ini ialah dengan memasuki kawasan majoriti Melayu dan memperbodohkan orang Melayu di kawasan berkenaan untuk terus memberikan sokongan kepada Guan Eng. Lihat saja bagaimana dua siri ceramah ketika lawatannya ini diadakan di kawasan majoriti Melayu iaitu di Balik Pulau dan Stadium Mini Bukit Mertajam.

Di Balik Pulau, ia diadakan di Kompleks Sukan MPPP. Siang harinya satu kenduri kahwin telah diadakan oleh penduduk setempat yang telah terlebih awal menempah dewan berkenaan. Malangnya, program yang membawa Anwar untuk menaburkan fitnah ini telah menjejaskan perjalanan majlis berkenaan.

Ini kerana pihak penganjur bukan saja memasang bendera PKR, PAS dan DAP di sekitar dewan malah dengan sengaja memasang banner program di pentas utama sedangkan mereka telah sedia maklum kenduri kahwin akan diadakan di dewan berkenaan. Disitulah tempat pengantin mahu bersantap dan bersanding.

Mungkin kerana takut dihalau sekiranya menurunkan banner yang digantung di pentas utama, tuan rumah telah menutupnya dengan kain besar. Sungguh tidak beradap orang-orang PKR. Jika kemaruk sangat mahu membawa Anwar untuk memperbodohkan orang Balik Pulau sekalipun, hormatilah penduduk setempat yang menganjurkan kenduri kahwin di situ.

Dalam ceramahnya, Anwar bersama rakan-rakan penabur fitnah yang lain seperti biasa merayu agar orang Melayu di Pulau Pinang terus memberi sokongan kepada Guan Eng. Anwar langsung tidak menyentuh mengenai Melayu yang dihalau di KOMTAR (sini, sini dan sini).

Melayu di kawasan Balik Pulau yang merupakan kawasan majoriti orang Melayu di bahagian pulau terus leka menikmati omongan hebat Anwar. Mereka dilalaikan kononnya Guan Eng telah membawa banyak kemakmuran ke Pulau Pinang sedangkan jika dilihat sejak Yusmadi memenangi kerusi Parlimen, tiada satu pun pembangunan, projek atau keselesaan yang dibawa beliau atau kerajaan Guan Eng ke Balik Pulau. Semuanya mengharapkan kepada ADUN Pulau Betong, Teluk Bahang dan Bayan Lepas dari BN.

Penulis mengharapkan Melayu Pulau Pinang khususnya di Balik Pulau tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar dan sekutunya. Politik baru yang kononnya cuba dibawa oleh Yusmadi tidak membawa apa-apa makna. Adakah dengan hanya kembali mengajurkan liga bola sepak yang mati sejak Pakatan Haram mengambil alih Pulau Pinang akan membawa kemakmuran kepada penduduk Balik Pulau? Melayu Balik Pulau mahu lebih dari itu! Balik Pulau memerlukan Ahli Parlimen yang pandai bekerja dan bukan hanya pandai bercakap saja!

Bangunlah Melayu Pulau Pinang, menyokong Anwar dan Guan Eng tiada beza. Mereka ibarat parasit yang memusahkan anak bangsa. Jangan kita menyesal, dulu Tsu Koon mahu juga dengar kata, tapi Guan Eng, dia buat Pulau Pinang macam bapak dia punya. Cukup celaka!

Jumaat, 6 Ogos 2010

Loji Air: Pahang untung, Selangor rugi. Bodohnya penasihat ekonomi Selangor!


Tindakan Khalid Ibrahim berkeras untuk tidak mahu membina loji rawatan air Langat 2 dan memberikan laluan kepada kerajaan Pahang (sini) pimpinan Adnan Yaakob untuk membina loji rawatan air di sempadan Pahang – Selangor adalah satu tindakan bodoh yang merugikan rakyat Selangor.

Ini kerana apabila Khalid mengambil tindakan demikian semata-mata mendengar cakap penasihat ekonomi yang hanya mahu menjadi popular, ia amat memberi kesan langsung untuk tempoh masa yang panjang.

Pertamanya, apabila loji rawatan air dibina di negeri Pahang, ini bermakna Selangor terpaksa membeli harga air terawat yang sudah pasti lebih mahal harganya berbanding harga air mentah. Apabila ini berlaku sudah pasti Selangor tidak akan termampu lagi untuk menanggung kos yang tinggi lalu akan mengenakan caj yang lebih tinggi bagi setiap liter air kepada pengguna. Ketika itu kempen air percuma yang dijanjikan pentadbirannya akan diketepikan dengan alasan kerajaan negeri tidak mampu untuk menanggung kos air yang mahal dari negeri Pahang.

Kedua, loji rawatan yang dibina di negeri Pahang juga akan menyebabkan air terawat yang disalurkan akan melalui laluan yang panjang untuk sampai ke negeri Selangor, sebelum sampai kepada pengguna. Ini bermakna air terawat berkenaan juga berisiko untuk kembali tercemar di dalam perjalanannya sama ada akibat kesan alam atau pencemaran yang dilakukan manusia.

Apabila air yang disalurkan itu tiba ke paip-paip rumah pengguna atau kawasan industri di Selangor, sudah pasti akan wujud pelbagai aduan mengenai tahap kebersihan dan kandungan kimia di dalamnya. Kos yang besar pula perlu dikeluarkan untuk menangani aduan pengguna ini.

Situasi ini pasti tidak akan berlaku sekiranya loji rawatan air terbina di negeri Selangor kerana air terawat yang disalurkan ke rumah atau kawasan industri akan melalui laluan yang jauh lebih pendek untuk sampai kepada pengguna berbanding sekiranya loji rawatan berada di negeri Pahang. Secara tidak langsung, Selangor sendiri boleh mengawal tahap kebersihan dan keselamatan air yang disalurkan kepada rakyatnya.

Jelas sekali dalam hal ini menampakkan Adnan Yaakob jauh lebih pintar dalam bidang ekonomi berbanding Khalid yang kononnya seorang tokoh korporat yang berjaya. Bagi Adnan dari menjual air mentah, lebih bagus jual air terawat. Untung pula jauh lebih besar. Apatah lagi kos pembinaan yang melibatkan lebih 8 bilion bukan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri, ia akan turun dari peruntukkan pusat.

Pahang yang tidak ada penasihat ekonomi dilihat lebih bijak dalam proses pembuatan keputusan. Membazir sungguh Khalid membayar elaun penasihat ekonomi berpuluh ribu ringgit sedangkan beliau bagi nasihat yang salah, nasihat yang menguntungkan dirinya sendiri, demi untuk kerusi Perdana Menteri. Alahai malangnya rakyat Selangor.

Nota Kaki:
Jangan ingat Anwar Ibrahim dibayar RM 1 sebagai penasihat ekonomi. RM 1 tu gaji beliau tapi elaunnya tidak pernah diisyihar oleh kerajaan Selangor. Penulis berani jamin, paling busuk mesti cecah puluhan ribu. Entah-entah ratusan ribu. Maklum la, pentadbiran Khalid ni kan pandai pusing. RM 1 konon!

Khamis, 5 Ogos 2010

Solat terawih di Selangor akan diselangi dengan cerita Teoh Beng Hock dan kes Anwar meliwat?

Minggu hadapan, umat Islam sekali lagi akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan yang penuh kerahmatan ini, kita diseru untuk memperbanyakkan amalan sunat kerana Allah S.W.T akan melipat gandakan pahala amalan tadi. Antara amalan-amalan yang dituntut sepanjang Ramadhan ini ialah memperbanyakkan doa, zikir, bertadarus, bersedekah dan bersolat terawih.

Menariknya di Selangor, umat Islam tidak kira sama ada mereka ahli UMNO, PAS, PKR, DAP atau yang tidak mengambil tahu langsung tentang hal ehwal politik yang akan bersolat terawih di masjid-masjid bakal dihidangkan dengan "kuliah" politik yang sekurang-kurangnya akan diadakan selama 30 minit.

Ini kerana, menurut Badrul Amin melalui artikel Malaysiakini bertajuk Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor' (sini), "kuliah" politik ini yang juga beliau namakan "tazkirah" perlu diadakan untuk menjawab serangan yang dibangkitkan oleh UMNO Selangor yang mendedahkan penipuan dan penyelewengan kerajaan Khalid Ibrahim menerusi kempen penerangan Selamatkan Selangor Fasa I yang akan berakhir Ahad ini.

Badrul Amin turut menjelaskan "kuliah" politik ini perlu diadakan sepanjang bulan Ramadhan kerana ketika itu adalah saat yang paling sesuai memandangkan ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat. Sudah pasti waktu yang paling tepat sekali ialah di malam hari ketika solat terawih diadakan.

Penulis merasakan, tindakan Pakatan Haram yang akan menyelitkan cerita-cerita politik seperti penyelewengan pasir, kes liwat Anwar dan kematian Teoh Beng Hock ketika solat terawih dengan alasan kuliah, tazkirah atau apa saja merupakan pendekatan jijik yang akan menjejaskan kehadiran umat Islam ke masjid.

Ini kerana, umat Islam yang telah menanam niat untuk beribadat dan beriktikaf di masjid sepanjang Ramadhan telah dipaksa untuk mendengar ceramah politik yang memungkinkan akan menghilangkan fadhilat terawih dan Ramadhan yang dicari.

Akibatnya kehadiran ke masjid akan berkurang dengan sendirinya apabila umat Islam terpaksa memilih untuk beribadat di rumah kerana tidak mahu kehilangan pahala yang dicari. Satu ketika mereka mengharapkan pahala dari Allah dan satu ketika pula merelakan telinga untuk mendengar fitnah dan celaan malah mungkin caci maki yang bakal keluar dari "pengkuliah" 30 minit Pakatan Haram. Sudah pasti mereka tidak mahu itu berlaku.

Mengapa Bandrul Amin dan Pakatan Haram tidak boleh menghentikan seketika politik sempit mereka sepanjang bulan Ramadhan? UMNO pun tahu menghormati bulan Ramadhan dengan menangguhkan sekita sesi penerangan sehingga selepas Aidilfitri. Jika benar-benar terdesak pun gunakanlah pentas ceramah yang sememangnya Pakatan Haram juarai untuk menaburkan fitnah.

Jika dilihat kepada pendekatan yang digunakan Pakatan Haram ini, siapa yang sebenarnya menjadi Machiavelli?

Isnin, 2 Ogos 2010

Anwar iri hati kerana Saiful "ada hubungan romantis" dengan Farah?

Kes liwat Anwar sekali lagi ditangguh hari ini (2 Ogos 2010) kerana barisan pembelaan memohon kes digugurkan (sini dan sini). Bagi para blogger dan mereka yang mengikuti kes ini sejak mula, semua sedia memahami penangguhan kes liwat Anwar akan berterusan sehingga Pilihanraya Umum akan datang. Maklumlah, ia akan dijadikan modal besar oleh Pakatan Haram untuk menyerang BN.

Walau bagaimanapun, penulis merasakan amat lucu kerana alasan yang diberikan untuk penangguhan kali ini ialah disebabkan Saiful dikatakan mempunyai "hubungan romantis" dengan Farah Azlina Latif. Bukan setakat itu, Anwar turut membuat laporan polis terhadap Saiful dan Farah. Wah, marah sungguh Anwar pada Saiful ya. Sampai disamannya kerana "mempunyai hubungan romantis" dengan Farah. Takkan Anwar iri hati kot? Maklumlah, Saifulkan pernah rapat dengannya sebagai pembantu khas peribadi.

Bagi penulis, kalaulah difitnah Saiful "menjalinkan hubungan romantis" dengan barisan peguam bela Anwar, maka logiklah untuk diminta kes digugurkan. Mungkin ketika itu Anwar boleh mendakwa bukti-bukti pembelaan dibocorkan ketika mereka "menjalinkan hubungan romantis". Tetapi ini di pihak pendakwaan, barisan yang akan mendakwa beliau. Pandai sungguh Anwar memutar belit keadaaan untuk mencari alasan penangguhan.

Apa yang melucukan lagi ialah orang yang mendakwa adanya hubungan romantis berkenaan pula adalah individu yang sedang melarikan diri ke luar negara. Seorang bankrap yang telah sedia maklum seorang penyokong pembangkang yang dibiayai PKR. Kerjanya hanyalah menyebarkan fitnah untuk memburukkan kerajaan melalui Malaysia Today. Bagaimana agaknya ya dia yang jauh di London boleh nampak Saiful dan Farah "menjalinkan hubungan romantis"? Siapa agaknya yang cipta fitnah asal ini sebenarnya ya?

Di sini ternampak kehebatan Raja Petra iaitu membuat dan menyebarkan fitnah, sehinggakan PKR sanggup menangggung hidupnya suami isteri di kota London. Sepatutnya PKR biayai orang-orang miskin di Permatang Pauh terlebih dahulu sebelum biaya Raja Petra di London tu. Kesian orang miskin Permatang Pauh. Sejak dari Anwar dalam UMNO sampai jadi Timbalan Perdana Menteri dan sekarang ini Ketua Pembangkang, kesusahan hidup mereka tak berubah-ubah.

Penulis membayangkan kes ini akan bertambah kusut apabila nak dibawa Raja Petra ini balik ke Malaysia untuk memberi keterangan atas tulisannya yang mendakwa wujudnya hubungan romantis berkenaan. Sudah pasti pembohong besar itu tidak akan balik kerana sedang gembira dan selesa hidup di London yang ditanggung PKR dan proksi Anwar. Maka dari itu akan berlanjutanlah alasan demi alasan untuk menangguhkan kes ini.

Walau apa pun, marilah kita berdoa agar Saiful, tunangnya dan keluarga akan terus tenang menghadapi fitnah terhadapnya yang terbaru ini. Semoga Allah memudahkan perbicaraan selepas ini untuk melihat yang hak dan yang batil.

Nota kaki:
Penulis memerhatikan, sejak mula kes ini di mahkamah, riak wajah Saiful sentiasa kelihatan tenang tetapi Anwar pula semakin kusut. Mengapa agaknya?

Sabtu, 31 Julai 2010

Eli Wong, ke mana RM 1 juta duit plastik 20 sen?


Penulis menonton Awani 7.45 malam tadi (31 Julai 2010) dan untuk pengesahan, penulis menonton sekali lagi Buletin Awani jam 9.00 malam. Sah, Eli Wong mengatakan sejak beliau memperkenalkan di Selangor program Hari Tanpa Plastik setiap Sabtu sejak 9 Januari 2010, sebanyak 5 juta plastik telah dapat "diselamatkan".

Ini bermakna, sebanyak RM 1 juta (5 juta x 20 sen) telah dikumpulkan dari program ini. Persoalan yang ingin penulis bangkitkan ialah ke mana perginya RM 1 juta ini?

Tanpa prejudis, penulis cuba mencari maklumat di Internet ke mana disalurkan wang 20 sen yang dikutip dari setiap pengguna untuk setiap plastik yang diperlukan pada setiap hari Sabtu di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai yang menyertainya. Malangnya, tidak dijumpai!

Penulis tidak menemui langsung maklumat mana-mana syarikat yang menyertai program ini melaksanakan Obligasi Sosial mereka hasil dari wang 20 sen yang dikutip. Dalam blog rasmi program (sini) pun tiada. Bukan sedikit peniaga yang menyertainya (sini).

Jawapan samar yang penulis temui adalah melalui artikel Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009 (sini) yang menyatakan "Bayaran yang dikenakan akan disalurkan kepada tabung kebajikan yang tertakluk kepada tanggungjawab sosial setiap syarikat".

Dari kenyataan ini, penulis ingin membangkitkan dua persoalan:

Obligasi Sosial Peniaga Ditanggung Pengguna
Pertama, mengapa pula pengguna yang mendapatkan perkhidmatan perlu dibebankan dan perlu untuk menanggung kos Obligasi Sosial golongan peniaga? Walaupun niat program ini baik, tetapi ia menyusahkan pengguna. Sepatutnya pengguna tidak perlu dibebankan dengan caj 20 sen bagi setiap beg plastik tetapi sebaliknya pihak peniaga yang perlu diwajibkan untuk menyediakan paperbag atau apa-apa beg yang mudah dilupuskan. Itu tanggungjawab peniaga yang menyediakan perkhidmatan.

Pihak peniaga juga memperoleh untung yang lebih besar lagi kerana sebelum ini kos untuk Obligasi Sosial mereka diambil dari sebahagian keuntungan tetapi kini mereka menggunakan dari duit plastik yang dibayar pengguna bagi tujuan itu. Bukankah ini namanya menipu. Pengguna pula tolong bayarkan untuk Obligasi Sosial peniaga sedangkan jika dinamakan Obligasi, ia patut dilaksanakan mereka sendiri. Bijak sungguh kerajaan Selangor membela golongan peniaga dalam diam. Ada apa-apa kawtim ka dengan peniaga tu semua YB Eli?

Simpulan jelas menunjukkan Kerajaan Selangor lebih membela peniaga dari pengguna. Alasan alam sekitar ini sebenarnya metafora untuk mengaburkan mata rakyat. Yang diutamakan ialah peniaga, bukan pengguna, dan alam sekitar dijadikan alasannya.

Tiada Pemantauan dan Ke Mana Perginya
Persoalan kedua, apakah jaminan bahawa semua peniaga yang mengambil bahagian di dalam program ini akan melaksanakan Obligasi Sosial mereka? Bagaimana jika semua peniaga itu menyimpan sebahagian atau sepenuhnya wang yang diperolehi itu sebagai keuntungan perniagaan mereka? Adakah Eli memantau perkara ini? Mungkin wang plastik yang diterima itu disumbangkan kembali untuk program politik beliau dan DAP? Mungkinkah begitu?

Sebab itu penulis mendesak supaya Eli menjelaskan ke mana perginya wang RM 1 juta dari kutipan untuk harga plastik yang dibayar pengguna. Terangkan dengan jelas setiap syarikat yang menyertai program ini telah memperoleh berapa banyak kutipan dan berapakah yang telah dilaksanakan Obligasi Sosial. Jika ini pun Eli tak dapat buat, elok saja letak jawatan! Biar ADUN lain buat kerja. Buat malu Khalid Ibrahim saja! Dan satu lagi, jangan tahu dok jarah duit rakyat saja. Ketuk dulang paku serpih, mengata orang, hempa yang lebih!

Nota Kaki:
Negeri Kebajikan apa yang bela peniaga dan bukannya rakyat neh?


Jumaat, 30 Julai 2010

Melayu Bangang saja yang sokong Tony Pua!

Apabila Tony Pua mencadangkan untuk menghapuskan diskaun yang diberikan kepada Bumiputera untuk pembelian hartanah mewah di Selangor, maka ramailah Melayu-melayu di dalam Pakatan Haram yang membela beliau. Hujah utama mereka ialah memang sepatutnya orang-orang kaya Melayu tidak diberi diskaun kerana mereka kaya. Rupanya malang sungguh menjadi Melayu yang kaya di Malaysia ini. Bukan setakat bangsa lain yang dengki kerana mereka ada keistimewaan tetapi bangsa sendiri lebih dengki lagi.

Maaf, penulis terpaksa untuk menggelarkan Melayu-melayu Pakatan Haram ini sebagai bangang. Bangang kerana mereka sengaja menutup mata untuk melihat ia sebagai satu lagi langkah untuk menghakis Hak Istimewa Orang Melayu (HIOM) sebagaimana yang termaktub di dalam artikel 153 perlembagaan. Memanglah Tony Pua mencadangkan untuk memansuhkan diskaun hanya kepada golongan Melayu yang berada tetapi jangan lupa, mereka juga Melayu!

Sewaktu negara ini mahu dibentuk, orang-orang Melayu, Bukan Melayu, Raja-raja Melayu dan pihak British telah bersetuju diberikan Hak Istimewa Orang Melayu (HIOM) di dalam Perlembagaan kepada semua Melayu. Tidak dikategorikan Melayu kaya ka, Melayu miskin ka, atau Melayu bangang yang di dalam Pakatan Haram tu. Tiada kategori Melayu yang dipecahkan. Yang ada hanya tafsiran Melayu saja.

HIOM ini dimasukkan ke dalam perlembagaan kerana persetujuan untuk memberikan kewarganegaraan kepada Bukan Melayu. Ya, memberi tafaf kewarganegaraan secara Jus Soli kepada Bukan Melayu. Jika dulu taraf kewarganegaraan ini tidak diberikan, maka HIOM ini sememangnya tidak ada pada hari ini sebab ini memang Tanah Melayu, nak diberi keistimewaan apa lagi?

Jadi, apabila Tony Pua mencadangkan untuk menghapuskan diskaun kepada Bumiputera untuk pembelian hartanah di Selangor, ia adalah mencabar persetujuan sewaktu kemerdekaan dulu. Penulis sebagai orang Melayu tidak pernah sekali pun mendengar tuntutan orang Melayu hari ini yang meminta mana-mana orang Cina atau bangsa-bangsa lain yang kaya untuk ditarik balik kewarganegaraan atau dihalau dari Malaysia.

Orang-orang Melayu dapat menerima orang-orang Cina seadanya, tidak kira mereka itu kaya, miskin atau apa pun tarafnya kerana itu yang telah dipersetujui sewaktu merdeka. Tetapi mengapa ada segelintir Cina dari DAP ini yang mempertikaikan perkara yang telah dipersetujui dahulu? DAP sengaja bermain dengan api!

Kepada Melayu-Melayu bangang Pakatan Haram, celik lah mata anda. Sekarang Tony Pua mula menuntut Melayu yang kaya dihapuskan hak mereka. Esok-esok beliau sekali lagi atau anak beliau pula akan menuntut golongan pertengahan Melayu pula dihapuskan hak. Kemudiannya cicitnya pula akan menuntut dihapuskan sepenuhnya saki baki hak orang Melayu yang ada. Ketika itu, penulis percaya Agama Islam sebagai agama persekutuan juga akan dituntut untuk dibuang dari perlembagaan.

Sedarlah, cadangan Tony Pua ini adalah strategi halus untuk hapuskan HIOM yang telah dipersetujui dahulu. Kepada Tony Pua, jangan sampai orang Melayu mula terfikir untuk menuntut dibatalkan semula pemberian kewarganegaraan dulu. Hormatilah apa yang telah dipersetujui. Mari sama-sama mengenang budi!

Khamis, 29 Julai 2010

Dua Tindakan Wajib Pakatan Apabila Merampas Putrajaya!

Semakin hari semakin lantang Pakatan Haram menunjukkan belang untuk memastikan kepentingan mereka dikukuhkan untuk memperoleh sokongan kaum Cina. Semua ini dilakukan sebagai langkah persediaan untuk memastikan kerusi mereka adalah yang terbanyak di dalam Dewan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13.

Bagi PKR, menguasai Putrajaya adalah amat penting kerana ketika itu sudah pasti idola yang mereka taksubi, Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri. Bagi DAP pula, niat menguasai Putrajaya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk merealisasikan hasrat kaum mereka yang tertunda untuk menguasai politik Malaysia setelah sekian lama menguasai ekonomi negara tanpa halangan. Manakala PAS pula kepingin untuk meletakkan Haji Hadi dan Nik Aziz sebagai Menteri dalam kabinet Persekutuan. Maklumlah, dulu PAS tidak puas dengan kuasa yang dapat ketika menyertai BN sehingga menyebabkan mereka memberontak lalu keluar dari BN. Semuanya adalah kerana kuasa.

Kuasa yang bakal mereka peroleh itu akan direncanakan mengikut acuan mereka. Bagi penulis, berdasarkan kepada situasi semasa, terdapat dua langkah wajib yang akan diambil oleh Pakatan Haram selain dari meliberalkan segala sistem di negara ini apabila mereka berkuasa kelak iaitu:

1. Halau Rakyat Miskin di Bandar

Penulis melihat, langkah ini akan dilaksanakan demi untuk menjaga imej DAP dan PKR yang terdiri daripada golongan kaya dan elit. Bagi mereka, orang miskin tidak layak untuk tinggal di bandar sebab orang miskin ini pengotor, tidak beradab dan mencemarkan pemandangan. Sudah pasti mereka akan mencipta alasan untuk menghalau rakyat miskin yang tinggal di bandar dengan memberikan cadangan-cadangan yang licik.

Salah satu cadangan utama ialah apa yang telah mereka cadangkan di Pulau Pinang sekarang ini iaitu melarang pembinaan rumah kos rendah di bahagian pulau (sini, sini dan sini). Cadangan yang diutarakan oleh ADUN PKR Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin ini mengesahkan lagi tindakan halus DAP untuk menghalau orang Melayu di bahagian pulau Pulau Pinang.

Jika selama ini kita lihat bagaimana UMNO ketika pemerintahan BN masih mampu untuk menegur Koh Tsu Koon dengan mengawal pembangunan tanah dan perumahan di bahagian pulau Pulau Pinang tetapi hari ini DAP telah berkuasa sepenuhnya di Pulau Pinang. Lim Guan Eng bermaharajalela untuk melakukan apa saja. Kawasan-kawasan Melayu dipecahkan undi dengan membina banyak perumahan mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang miskin dan Melayu.

Lim Guan Eng berani untuk berbuat sesuka hati disebabkan kerusi bukan Melayu lebih ramai dari kerusi Melayu di dalam kerajaan pimpinannya. Pakatan Haram Pulau Pinang terdiri daripada DAP dengan 19 kerusi, PKR dengan 9 kerusi dan PAS dengan 1 kerusi. Daripada 29 kerusi berkenaan, hanya ada 4 orang Melayu di dalamnya.

Ini bermakna, jika sebarang undian dibuat di kalangan mereka dalam sebarang perkara termasuk hal ehwal orang Melayu, maka sudah pasti 4 wakil rakyat Melayu (3 PKR, 1 PAS) ini terpaksa untuk mengikut saja. Yalah, 25 lawan 4, apa boleh buat?

Semalang-malang orang miskin Pulau Pinang, malang lagi Melayu Pulau Pinang.

2. Hak Istimewa Melayu Dimansuh Serta Merta

Satu lagi perkara yang akan dibuat Pakatan Haram apabila mereka menguasai Putrajaya ialah dengan menghapuskan Hak Istimewa Orang Melayu (HIOM). Bagi Pakatan Haram, HIOM ini merupakan satu halangan kepada Malaysia untuk menjadi negara maju. Bagi mereka, Malaysia akan hebat macam Amerika Syarikat jika HIOM dimansuhkan. Tidak perlu ada HIOM kerana orang Melayu semua kaya-kaya, hidup mewah dan semua belajar sampai ke universiti macam mereka.

Lihat saja bagaimana tanpa gentar Ahli Parlimen DAP PJ Utara, Tony Pua mengemukakan cadangan celaka untuk memansuhkan diskaun Bumiputera untuk pembelian hartanah dan rumah di Selangor (sini). Bagi penulis, adalah amat malang dan lebih celaka lagi apabila cadangan ini disokong oleh seorang Menteri Besar Melayu Islam (sini).

Khalid Ibrahim telah benar-benar menjadi boneka DAP macam Nizar dulu. Tidakkah Khalid ternampak bagaimana cadangan Tony Pua itu walaupun untuk pembelian hartanah (terutamanya tanah) dan rumah mewah namun ia akan memberi kesan yang amat dalam kepada orang Melayu?

Mari kita lihat dalam skop yang lebih besar iaitu pembinaan kawasan perumahan berbanding dengan pembelian rumah yang telah siap. Jika kontraktor Melayu yang selama ini dibantu dengan pemberian diskaun untuk membeli tanah misalnya untuk membangunkan kawasan perumahan, mereka tetap juga terpaksa untuk membeli barangan mentah seperti paku, simen, pasir, konkrit dan lain-lain melalui kontraktor bukan Melayu pada harga pasaran. Sebahagian dari keuntungan mereka itu (yang diperoleh dengan adanya diskaun tadi) dipulangkan kembali untuk pembangunan Islam dengan pembayaran Zakat Perniagaan.

Tetapi sekirannya cadangan Pakatan Haram ini dilaksanakan, maka kontraktor Melayu kini perlu bersaing dengan kontraktor bukan Melayu pada harga yang sama untuk membeli tanah. Bagi Khalid Ibrahim, ia adil. Namun yang tidak ternampak oleh Khalid ialah kontraktor Bukan Melayu akan mendapat lebih peluang kerana mereka awal-awal lagi boleh “kautim” untuk mendapat harga rendah untuk barangan mentah. Bukankah jaringan barangan keperluan untuk pembinaan dikuasai oleh mereka?

Maka ketika bidaan untuk membeli tanah, kontraktor Bukan Melayu pasti akan berjaya kerana mereka mampu menawarkan pada harga yang tinggi. Kerajaan Khalid sudah pasti akan mengurniakan tanah untuk pembangunan kepada kontraktor yang berjaya menawarkan harga tinggi. Yang penting ekonomi, yang lain-lain Khalid tidak fikirkan. Dan ketika itu, merempatlah kontraktor Melayu sebagaimana yang berlaku kepada pengusaha-pengusaha pasir Melayu Selangor.

Tambahan lagi, kontraktor Bukan Melayu tidak akan berminat untuk membina pembangunan-pambangunan yang memberikan pulangan yang ciput seperti rumah kos rendah. Mereka sudah pasti akan melaksanakan pembangunan perumahan dan kedai-kedai besar yang tidak termampu untuk dibeli oleh orang Melayu. Dan ketika itu, episod di Pulau Pinang akan berlaku pula di Selangor apabila orang Melayu akan dihalau secara beransur-ansur.

7% diskaun untuk Melayu/Bumiputera mungkin ciput kepada Khalid, Anwar, DAP dan PAS. Tetapi nilai itu amat besar nilainya kepada orang Melayu lain. Ya, Melayu lain yang tidak menyokong Pakatan Haram termasuk Melayu atas pagar, tidak mengundi, belum mengundi dan yang lebih penting, generasi Melayu akan datang.

Mengapa Khalid begitu dungu untuk memikirkan rantaian kesan dari pandangan jahat ini? Idea siapakah yang mahu menjahanamkan Melayu ini sebenarnya? Bagi penulis, tiada orang lain lagi, siapa lagi kalau bukan penasihat ekonomi negeri Selangor sendiri?

Nota kaki:
Dulu, minta buka UiTM kepada bukan Melayu, Khalid sokong. Kini, hapus diskaun Melayu 7% pun Khalid sokong. Apa lagi cadangan yang menjahanamkan Melayu yang akan disokong Khalid selepas ini?