Khamis, 15 April 2010

Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim, Calon PKR Hulu Selangor!

1. KITAR SEMULA! Itulah gelaran yang diberikan oleh pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP kepada calon-calon BN sekiranya meletakkan calon yang pernah kalah atau digugurkan untuk bertanding semula di dalam sesuatu pilihan raya. Tan Sri Isa Samad contohnya (sini, sini dan sini), ketika bertanding di Bagan Pinang dihumbarkan kata cercaan sedemikian tanpa henti. Malah sekiranya G. Palanivel dicalonkan semula oleh BN di Hulu Selangor, maka gelaran itu juga akan turut dicanang kepadanya.

2. Menariknya di Hulu Selangor, PKR lebih pantas berbanding BN dalam meletakkan calon kitar semula malah uniknya ialah calon berkenaan juga merupakan katak (dari satu parti ke satu parti yang lain) yang terbuang (dipecat! sini) dalam arena politik. Selayaknya, gelaran yang sesuai diberikan kepada calon berkenaan ialah KATAK BUANGAN KITAR SEMULA bagi menonjolkan keunikkan yang ada padanya.

3. Kelebihan Katak Buangan Kitar Semula PKR ini ialah beliau bukan saja pernah menjawat jawatan Menteri Kabinet (tetapi digelar Menteri Paling Celaka oleh yb_pmn di Tranungkite@Online di sini), malah pernah digugurkan sebagai calon PRU 2008 dan dipecat dari UMNO. Sisa buangan inilah yang kini dikutip dan dijadikan calon PKR. Persoalannya, adakah PKR ketandusan pemimpin di Hulu Selangor sehingga terpaksa mengharapkan kepada sisa buangan UMNO untuk diangkat sebagai calon pilihan raya? Sisa buangan yang dibawa dari Kota Bharu, Kelantan pula tu!

4. Bersesuaian dengan dengan tema awalan penulisan artikel ini iaitu “Kitar Semula”, penulis turut mengitar semula cercaan dan celaan Harakahdaily kepada Zaid Ibrahim, Katak Buangan Kitar Semula PKR di Hulu Selangor. Menariknya cercaan dan celaan ini bukan saja pernah dipaparkan melalui media rasmi maya PAS malah kesemuanya ditulis oleh pendokong dan penyokong tegar parti berkenaan.

5. Melalui artikel bertajuk Isu Majlis Peguam, Zaid Ibrahim perlu letak jawatan (sini) yang ditulis oleh Zaili Muhammad, Sofi Wahab, Ketua Penerangan PAS Melaka menempelak Zaid, yang merupakan seorang Menteri (ketika itu), yang “sepatutnya tidak bersikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam”. Ini kerana “di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut (Forum Memeluk Islam), menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang (Zaid) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya.” Ini menyebabkan Sofi seterusnya mempersoalkan “kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang”. Zaid juga dilabel oleh Sofi sebagai “penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC)” dan berharap agar beliau “lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam”. Akhir sekali, Sofi melahirkan kekesalannya kerana “Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam”. Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

6. Menurut Azamin Amin pula melalui artikel bertajuk Zaid dan hujah dangkalnya tentang kes Lina Joy dikecam hebat (sini), calon PKR ini “cuba bertindak membela Lina Joy dalam permohonannya untuk menukarkan label 'Islam' dalam kad pengenalannya”. Tindakan Zaid ini melahirkan kekecewaan di kalangan masyarakat kerana beliau “secara terang-terangan memperlekehkan perjuangan umat Islam yang mahu membanteras gelaja murtad”. Malah Azamin turut menyatakan seorang pemanggil yang menghubunginya turut mempersoalkan mengapa Zaid “membela hak dan amalan orang lain sedangkan agama sendiri (Islam) dinafikan haknya”. Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

7. Ustaz Zolkharnain Abidin melalui artikel bertajuk Cadangan Zaid supaya wujud loteri diselar (sini) menyelar cadangan Zaid untuk mengadakan loteri khas sebagai dana bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami institusi sukan di Malaysia. Exco Dewan Pemuda Pas ini menganggap cadangan Zaid sebagai “biadap dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Islam”. Zolkharnain turut menyatakan Zaid seorang yang angkuh kerana apabila ditanya sama ada cadangannya itu halal atau haram, jawapan yang diberikan Zaid ialah "Yang pentingnya ialah untuk apa tujuan wang itu digunakan. Kenapa kita takut melakukannnya? Adakah kerana PAS? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Nak takut apa?". Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

8. Terakhir untuk artikel ini (walaupun banyak lagi sebenarnya!), penulis memetik tulisan Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (sini), yang mengkritik kenyataan Zaid ketika ditemuramah oleh majalah Off the Edge edisi April 2006. Beliau berpandangan pendapat Zaid adalah “selaras dengan perjuangan golongan Islam liberal yang mempromosikan apa yang dipanggil do not legislate or police morality (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang). Prinsip ini tidak mengendahkan soal halal dan haram kerana bagi golongan ini kebebasan individu adalah segala-galanya. Prinsip ini adalah bersandarkan teori harms to others yang diperjuangkan oleh ahli falsafah perundangan barat yang terkenal iaitu John Stuart Mills yang menyatakan, I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others (saya adalah tuan kepada badan dan minda saya selagi mana saya tidak mengganggu orang lain). Mereka yang berpegang dengan prinsip ini membenarkan seseorang itu melakukan apa-apa sahaja selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai malahan bercium di khalayak ramai adalah satu kebebasan yang perlu dihormati selagi mana ia tidak mengganggu orang lain.” Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

9. Berdasarkan artikel yang ditulis sendiri oleh penyokong tegar PAS di dalam Harakahdaily yang penulis kongsikan di atas, jelas menunjukkan penduduk Hulu Selangor, khususnya penyokong PAS, tidak patut mengundi Zaid Ibrahim, orang yang menyaman Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu kerana mahu melaksanakan HUDUD (Ya! Zaid Ibrahim orangnya! Baca sini). Kredibiliti dan imej beliau sebenarnya telah "dibogelkan" sendiri oleh orang-orang PAS. Namun penulis percaya, sedangkan dengan syaitan dan DAP pun PAS sanggup untuk berkawan bagi menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO (menyembah Allah yang Esa, satu kiblat yang sama!) melalui BN, inikan pula PKR. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya!

Nota kaki:
Artikel ini penulis tujukan khusus kepada penyokong PAS bagi menilai Calon Katak Buangan Kitar Semula PKR bersumberkan kepada Harakahdaily, media rasmi PAS sendiri. Janganlah pula dikatakan Harakahdaily pun dibeli oleh UMNO untuk menjatuhkan PKR. Semua ini adalah dari anda sendiri! What you give, you’ll get back!

10 ulasan:

  1. Kita sama-sama tengok apa akan jadi.

    BalasPadam
  2. PRK P94 Calon terbaik dari UMNO akhirnya ditemui...berminat ingin tahu sila klik disini

    BalasPadam
  3. hashim dah baca ker artikel atas...hehehhe. pedih hati ker?

    BalasPadam
  4. Alahaii...cerita lapuk rupanya.

    Orang yang dah berhenti kerja pun dipanggil katak...pelik umno nih?

    Tu tu tu...tangan dah bau taik ayam dah terlepas. Siang-siang lagi MIC dah menang.

    BalasPadam
  5. Anwar pernah mendakwa dirinya telah brbuat silap memilih calon2 pada PRU 12 2008. Jelas beliau silap lagi di H.Selangor.
    Pengundi melayu lebih menerima calon dari kaum lain yg berbeza agama dan budaya daripada menerima calon melayu yg memperlekehkan agama sendiri dan mengamalkan budaya dan gaya hidup kaum lain. Didalam mana parti Zaid berada,tindak tanduknya tidak melambangkan perjuangan parti. Dia adalah lambang pada dirinya sendiri. Iaitu angkuh,ego,revolusioner serta ultra liberal dalam soal peradaban dan agama.

    Kemenangan PKR di HS adalah kemenangan prisip2tersebut diatas tadi. Dia hanya melayu dari segi nama sahaja. Kepentingan bangsa melayu dalam perkara hak keisitmewaan dan agama sering menjadi cemuhannya. Zaid bermegah apabila dia dilihat sebagai ahli politik melayu yg bebas dari slogan Hidup Melayu. Dia malu dicop sbagai tidak progresif kerana terikat dgn perjuangan melayu dan agama islam.
    Menolak DEB,Hudud dan isu murtad sudah cukupbuat pengundi menilai hati perut 'calon melayu PKR'.

    Zaid adalah lambang kejahatan yg wajib ditolak oleh pengundi melayu islam.

    BalasPadam
  6. Salam tuan, apapun orang lain kata kita apa peduli kerana ini adalah blog kita dan ini juga adalah pandangan dan pendapat kita. Kita sentiasa berhak menyatakan pendapat, teruskan menulis jika ini dianggap satu perjuangan, maka ianya hanya baru bermula.

    BalasPadam
  7. satu penulisan yang berfakta.

    poning NAjis dibuat oleh Anwar ini.....

    Diangkat untuk bacaan umum atas penulisan yang membingungkan ahlus PAS ini di laman di bawah:-

    1.

    2.

    BalasPadam
  8. pengundi berdaftar di hulu selangor, tanpa mengira kaum adalah mereka yang sangat setia kepada calon calon BN pada pilihanraya pilihanraya pilihanraya pilihanraya pilihanraya pilihanraya pilihanraya pilihanraya pilihanraya
    yang sebelum belum belum belum belum belum ini..
    BN kalah dalam tangan, menang belum tahu.....
    pada aku prk hulu selangor tidak penting dan bukan bukan benchmark untuk dato' najib tetapi hakikatnya MELAYU hulu selangor tahu memilih calon yang layak menjadi wakil rakyat mereka...cuma aku pelik kenapa PR meletakkan seorang individu yang pada pandangan aku, terlalu sombong,takbur, ri'ak...ahli ahli PAS di hulu selangor bukannya pekak dan boleh di perbodoh bodoh kan oleh PKR
    betul, kalau calon PR yang menang....rakyat hulu selangor akan di tinggalkan oleh MP mereka macam anak2 ayam tidak ber ibu..MP mereka akan berulang alik diantara kota bharu - k.l - singapore - london - new york
    buat kata Dr Mahathir... punya bodohnya dollah kerana melantik calon PR ini, sebagai menteri penuh,sedangkan calon PR adalah seorang yang di tolak oleh orang kampungnya sendiri di kota bharu.....tetapi aku terfikir, siapa yang mempengaruhi dollah supaya melantik calon PR ini se bagai menteri penuh tadi.....
    PENGUNDI BERDAFTAR DI HULU SELANGOR, INSYAALLAH SETIA KEPADA PEMIMPIN NEGARA KITA !

    p/s : aku tujukan komen aku ni khas untuk
    @HA$H#M yang terpengaruh dengan cara
    orang2 barat memilih nama..BULL
    wassalam
    dari : ayolimbah

    BalasPadam
  9. terima kasih atas sokongan sahabat sekalian. moga artikel memberi manafaat.

    BalasPadam
  10. Sikit nak komen..gambar atas tu tunjuk botol carlsberg..silap tu..Zaid tak main yg murah2 punyo..mana ada kelas calsberg tu..Zaid minum yg harga RM1500 / botol..hehe

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!