Rabu, 21 April 2010

Uniknya cara Zaid “bersukan” kuda, jauh beza cara Tuanku Mizan dan Tun M!

1. Membaca artikel bertajuk Selepas arak, Zaid dituduh ‘kaki judi’ di Malaysiakini (sini) dan ‘Benar saya ada kuda lumba’ di Utusan Malaysia (sini) menyebabkan penulis tersenyum sendirian apabila menusuri kenyataan Zaid yang berikut:

"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan”.

2. Sebenarnya dalam konteks kenyataan Zaid ini, bukan menjadi permasalahan dengan UMNO atau orang Melayu Islam mana sekalipun untuk membezakan sukan dengan judi. Zaid sebenarnya cuba untuk membawa mentaliti liberal dalam cara orang Melayu Islam berfikir. Lihat saja bagaimana beliau cuba untuk mengadakan loteri khas (judi) bagi mengumpul dana bagi memajukan institusi sukan di negara ini sehingga dibantah oleh sekalian umat Melayu Islam. Malah PAS ketika itu mengutuk keras cara pemikiran liberal beliau (sini). Kutukan mengenai pemikiran liberal Zaid oleh PAS bukan mengenai isu itu saja, malah banyak lagi (sini).

3. Penulis percaya Melayu Islam secara seluruhnya tahu membezakan apa itu sukan dan apa itu judi. Kepada yang tidak tahu membezakannya, penulis terangkan secara mudahnya begini; sukan melibatkan aktiviti kecergasan yang boleh diangkat menjadi pertandingan di antara dua pihak manakala judi pula melibatkan unsur pertaruhan.

4. Sekiranya dalam sesuatu aktiviti sukan itu melibatkan pertaruhan, maka ia sudah dikategorikan sebagai judi. Sebagai contoh, di negara kita industri sukan dilaksanakan tanpa perjudian (kecuali lumba kuda) jika dibandingkan dengan negara lain seperti Singapura yang membenarkan pertaruhan (judi) dalam kebanyakan acara sukan seperti perlawanan bola sepak.

5. Lumba kuda merupakan satu-satunya sukan yang dibenarkan pertaruhan (perjudian) di Malaysia. Namun orang Islam (Melayu) bukan saja diharamkan dari aspek agama Islam malah Kerajaan Persekutuan turut “mengharamkannya” dari aspek perundangan untuk mereka terlibat dalam pertaruhan. Ini bermakna hanya orang bukan Islam dibenarkan untuk berjudi dalam pelumbaan kuda. Walau bagaimanapun, tiada halangan langsung untuk orang Islam (Melayu) memiliki kuda sama ada untuk tujuan ekustrian, endurance, berlumba atau suka-suka.

6. Lihat saja bagaimana Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang amat meminati sukan berkuda lasak sanggup mencemar duli untuk menyertai pertandingan endurance peringkat antarabangsa sama ada di dalam atau di luar negara dengan menunggang sendiri kuda milik baginda, tanpa mengupah pelumba lain. Atas minat baginda yang mendalam terhadap sukan lumba kuda juga membolehkan wujudnya pasukan baginda sendiri iaitu Royal Terengganu Endurance Stable (sini).

7. Tun Mahathir (Tun M) juga amat meminati sukan berkuda dan dengan minatnya itu kediamannya kini terletak di Jalan Kuda Emas, Seri Kembangan (berhampiran Palace of the Golden Horses), antara kawasan kondusif untuk memelihara kuda. Tun turut memastikan pembinaan Putrajaya tidak terlepas dari menyediakan kemudahan sukan berkuda dengan mewujudkan Taman Ekuestrian Putrajaya (sini). Ketika menjadi Perdana Menteri dulu, walaupun di dalam kesibukan, Tun sentiasa mengambil masa untuk menunggang sendiri kudanya. Bagi Tun itulah cara beliau bersukan kuda. Menunggang sendiri kuda yang dimilikinya.

8. Berbeza dengan cara Tuanku Mizan dan Tun M meminati sukan berkuda, Zaid Ibrahim menggunakan pendekatan unik “bersukan” kuda. Beliau tidak menunggang sendiri kudanya yang bernama “Kelantan” itu tetapi ia ditunggang oleh seorang joki di dalam pertandingan lumba kuda.

9. Zaid “amat berbangga” dengan pencapaian Kelantan di litar lumba kuda. Ini kerana wang kemenangan (hasil dari wang pertaruhan “pejudi-pejudi”) di litar lumba kuda yang diperolehi amat besar nilainya, bukan kecil. Satu ketika, Kelantan pernah memenangi wang kemenangan sebanyak USD 450,000.00 iaitu pada 25 Ogos 2006 (sini). Itu baru satu perlumbaan, entah berapa lagi kejayaan yang dicapai Kelantan. Belum kira lagi yang menggunakan proksi (sini). Hebat sungguh Kelantan!

10. Apa yang menyedihkan penulis ialah Zaid cuba untuk meliberalkan pemikiran Melayu Islam dengan menyatakan “memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi” sedangkan beliau tahu Kelantan digunakan untuk tujuan pertaruhan (perjudian) di dalam perlumbaan. Bukankah Zaid dikira bersubahat dalam urusan perjudian kerana mempertaruhkan kudanya untuk “dijudikan” walaupun oleh orang bukan Islam? Wang kemenangan yang diperoleh pula adalah hasil dari taruhan para pejudi. Tidakkah sekelumit rasa di hati Zaid merasa bersalah?

11. Kesimpulannya, cara Zaid berfikir amat tidak bersesuaian dan amat merbahaya kepada umat Melayu Islam di Malaysia. Beliau cuba untuk meliberalkan segala perkara demi survival politik beliau, Anwar dan PKR. Janganlah kita sesekali terfikir untuk membawanya ke Dewan Rakyat. Jika dulu BN pernah tersilap dengan “membawanya” bagi mewakili penduduk Kota Bharu, janganlah pula diulangi kesilapan itu. Di bawah mana bendera sekalipun (terutamanya PKR), Zaid Ibrahim harus dihalang. Pengundi Hulu Selangor harapan semua umat Melayu Islam pada 25 April ini. Selamatkan Malaysia dari Melayu Liberal dan penghianat negara!

Nota kaki:
Dengar khabar PAS Hulu Selangor boikot Zaid. PAS Pusat terpaksa kerah jentera dari luar untuk berkempen demi menjaga air muka. Sampai bila PAS nak gadai perjuangan demi Anwar?

8 ulasan:

  1. Dengar khabar UMNO Hulu Selangor boikot MIC. UMNO Pusat terpaksa kerah jentera dari luar untuk berkempen demi menjaga air muka. Sampai bila UMNO nak gadai perjuangan Melayu kepada Hindu demi kuasa?

    Selamat Mengundi ......Tolak MIC

    BalasPadam
  2. Inilah salah satu cara matlamat menghalalkan cara dalam PKR ~ depan belakang semua sama, halal haram belakang kira asalkan dapat mengaut sokongan...

    Ulasan pengomen diatas nampak sgt betapa dengkilnya otak yg telah diracuni oleh pengaruh liberal-yahudi AL-Juburi yg sengaja memutar belitkan isu ~ sebab semua org tau calun BN adalah dari MIC bukan sebab memberi kuasa kepada sesuatu kaum tapi adalah atas sebab semangat setia kawan dibawah satu bumbong BN tidak spt PKR yg hanya utk menaikkan INDIVIDU TERTENTU....kesian Hashim, next time bagi ulasan yg intelektual dan ada fakta jgn ikut emosi okeh?

    BalasPadam
  3. Si Hashim tu pegi mana2 pn menyemak je, kesian juga pada dia tu yg tgh sedih kerana partinya meletakkan clon yg salah, kaki botol, kaki judi, kaki.....tak apalah sbb sekutu mereka kata beer tu bukan arak..kehkehkeh...akai ada ka?

    BalasPadam
  4. ULASAN SAYA,

    prestasi jentera PR paling aktif jatuh pada en hashim...hehhehehe asik dia jer yang dok mempertahankan PR...sekurang2nya ada telor jugak sbb guna nick hashim tapi separuh shj sbb takder medan utk melontarkan pandangan beliau

    BalasPadam
  5. bila ada saja PRK, mcm2 benda keluar..
    dan ini adalah politik...

    masing2 ada pendirian dan hujah masing-masing..

    apa pun umno harus mengkaji semula hubungan dgn MIC..

    BalasPadam
  6. Al Juburi la punya angkara ...sampai CELAKO..CELAKO..pun jadi pak turut menghalalkan apa yg haram.... sedar la pengikut al juburi....

    BalasPadam
  7. Hidup Melayu, Hidup Melayu, Hidup Melayu.....


    Hidup Islam, Hidup Islam, Hidup Islam.....

    Allahu Akbar, walillahhilhamd...

    BalasPadam
  8. hashim tu cybertroop pkr yang juburi bayar.. askar upahan pakatan lah tu...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!