Khamis, 11 November 2010

37 tahun (1990 - 2027) untuk bekalkan air bersih ke seluruh Kelantan? Ini maksud Negeri Berkebajikan?

Malaysiakini, Harakah, blog-blog pro-Pakatan Haram langsung tak dedah mengenai jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Md. Anizam Abdul Rahman yang menjawab bagi pihak Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat bahawa, “Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027” dalam sidang DUN semalam (sini).

Maklumlah, isu ini bakal menghilangkan undi kepada PAS yang mendakwa sebagai pentadbiran yang berkebajikan kepada rakyat kononnya. Sebab itu langsung mereka tak sentuh.

Bayangkan, 17 tahun lagi baru PAS nak sediakan bekalan air bersih ke seluruh Kelantan. Itu baru “bercadang”, belum tentu lagi mereka akan berusaha ke arah itu atau pun tidak. Bukankah sebelum ini rakyat Kelantan telah dikencing oleh PAS berulang kali mengenai isu air ini?

Mari kita imbas penipuan PAS mengenainya:

1. 4 September 2003, syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

2. Sidang DUN 14 November 2006, Md. Anizam berkata, kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010.

3. 22 Mei 2009 Md. Anizam sekali lagi menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pedalaman untuk dibina pam air yang diimport dari Denmark. Namun, masalah berkenaan tidak juga selesai sehingga ke hari ini.

Tiga kali PAS menipu secara nyata kononnya mereka nak selesaikan masalah air ini. Itu yang dapat direkodkan media. Kalau dalam ceramah-ceramah jalanan mereka, entah berapa juta kali PAS dah kencing rakyat Kelantan.

Sekarang ini, PAS janji pula akan selesaikan pada tahun 2027. Boleh percayakah masalah air ini akan selesai jika dilihat kepada siri-siri pembohongan PAS sebelum ini?

Malang sungguh duduk bawah pentadbiran PAS. Retorik banyak, masalah rakyat tak selesai juga.

Menangkan BN, Inyaallah, menjelang 2020, pasti masalah air di Kelantan akan selesai.

BN menang rakyat senang, PAS menang kroni kenyang.

Takbirrrrrrrrrrrrrr!

8 ulasan:

  1. 2027 baru air nak bersih! PAS nak perintah lagi le tu lepas PRU 13, PRU 14, PRU 15...duit dan harta dunia masih belum cukup maa, nanti susah masuk sorga maa!

    BalasPadam
  2. Kalau BN lepas 5 tahun lepas menang kelantan hampir 89% akan ada air bersih, sebab dia tau nak buat kerja, orang pas keje tido, malam ceramah. gaji jalan

    BalasPadam
  3. BN perintah 53 tahun masih ada yang merempat. kebanyakannya orang melayu. Dalilnya segmen bersama mu TV3 menunjukan negeri yg diperintah BN orang miskin yang teramai agak-agaknya terengganu dan sabah yang kaya dengan minyak dan balak yg diperintah oleh BN duduk ranking kemiskinan keberapa?mungkin sebab tak tahu buat kerja kot, itu sebab negeri kaya rakyat miskin atau tak tahu memerintah asyik dgn mencari kekayaan dikalangan pimpinan mereka saja.......kesian ahli UMNO tertipu lagi.

    BalasPadam
  4. kah kah kah majoriti rakyat malaysia di negeri2 umno bn semua bahagia dapat minum air bersih. yang miskin pun dapat juga air bersih. tapi di kelantan, yang miskin ke tak miskin ke semua macam minum air longkang. malu weh malu negeri yang konon dakwa serambi mekah. maluuuuuuuuuuu!

    BalasPadam
  5. hakikatnya, di kelantan ramai orang merempat. sebab tu banyak rakyatnya lari ke negeri orang lain. punya la teruk kelantan nak sedia kerja pun tak boleh untuk rakyat. air bersih pun tak boleh salur. teruk pas wehhhhh!

    BalasPadam
  6. masaalah air ada dimana2 bukan dikelantan saja.saya pernah tinggal dimelaka darul umno lagi teruk.kena catu air

    BalasPadam
  7. catu air ok lagi dari kena minum ari sungai air parit kat kelantan tu. malu weh! air bersih takde

    BalasPadam
  8. huhuhu...
    kesian nyee dgn ngri klntn..tp pratus pegangur klntn plig rendah.mcm mna bro..??ke UTUSAN silap bg info..??tp gua pg klntan cntik je bndar dia.psal air xtau lak.sbb gua duk hotel msa pg.ade je air bersih.nnti gua pg mlawat balik kln lpas gua pulg kije di mlaysia.

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!