Khamis, 4 November 2010

Gempar: Bangunan PAS di Jalan Raja Laut terbakar! Petanda kemenangan BN di Galas!

Ketika seluruh negara tertumpu kepada pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, satu berita mengejutkan mucul! Bangunan PAS di Jalan Raja Laut terbakar!

Walau bagaimanapun tiada sesiapa pun yang cedera. Maklumlah, semuanya telah dikerahkan untuk ke Galas!

Adakah ini petanda awal kemenangan BN di sana? Sama-sama kita nantikan.

Takbirrrrrrrrr!


Pejabat Agung PAS terbakar
Nov 4, 10 10:44am

Tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Menurut HarakahDaily, kebakaran itu bagaimanapun, tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Ketika ini, kebanyakan petugas dan kakitangan pejabat PAS dilaporkan berada di Galas, Gua Musang dan juga di Batu Sapi, Sandakan untuk pengundian pilihan raya kecil hari ini.

Menurut seorang kakitangan yang tidak mahu dikenali, kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas pejabat itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.

Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.

Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli pada harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan ibu pejabat PAS itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai serbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5.

8 ulasan:

  1. saje bakar sebab nak tutup bukti rasuah kat Galas.. Kena siasat ni..

    BalasPadam
  2. ahli pas sabotaj sebab tak puas hati tok guru sendiri terang-terang rasuah pengundi. derang kecewa la. konon bn yang amal rasuah. rupanya pas terang-terangan buat tanpa bersalah. tu yang dibakar tu tanda protes!

    BalasPadam
  3. Ini mesti angkara cerek elektrik cap UMNO yang buat hal atau Jin Nik Ajis nak minum air panas, so kena buat sendiri bila semua petugas turun Batu Sapi dan Galas. Lupa lak nak tutup suis .. tu yang terbakar tu.... ish..ish..

    BalasPadam
  4. kalau guna duit haram buat apa pun akan musnah beli kereta tak lama kereta tu pun terbakar beli tanah,tanah akan runtuh beli bangunan kalau tak runtuh akan terbakar macam bangunan pas dijalan raja laut terbakar faham faham saja lah mai dari mana duit itu kehendak allah kalau terbakar terbakar lah dia lain kali jangan dok permain ugama dan islam itu sendiri.itu terbakar kalau bangunan tu runtuh lagi lah ramai nyawa yg terkorban allah maha adil tak mahu org lain terlibat kerana pas berdosa dengan allah bukan org lain.

    BalasPadam
  5. nanti tengoklah,n.ajis pun di humban dlam neraka jahanam...wallahuaklam...

    tokawe

    BalasPadam
  6. Mula2 buat fitnah kata calon pas tangkap khalwat,lepas tu tuduh Lim kit siang KAFIR kan UMNNO geli hati cak... tunggulah pak ALI rasuah kena saman..., bangunan sapa kejap2 runtuh? kat terengganu kot! mungkin duit apakah tu?dengar cerita dimelaka hdk roboh SURAU DAN PASTI.perwakilan pemuda UMNO pun puji PASTI perlekehkan tadika kemas ni apa? cerita......

    BalasPadam
  7. Orang UMNO yg baik kita kata baik, yang buruk kita kata buruk. Bukan macam orang PAS baik & buruk sama saja, bangkang tetap bangkang...

    BalasPadam
  8. Assalamua'laikum..
    Allah sentiasa bersama orang yang memperjuangkan agamaNYA..
    Hanya iman dan takwa yg menjadi bekalan kita ke akhirat..
    Wahai saudara2 seislamku..
    cukup2 lah mengutuk ulama' kita..
    hanya ulama' sahaja menjadi panduan kita di zaman ini supa kita tidak sesat..
    rasuah dan zakat adalah satu benda yang berbeza..
    jangan kita suka0 memfitnah tanpa bukti..
    adkah saudara semua ada sekali di masa tok guru memberikan zakat kepada orang asal mualaf tu??
    sama2 kita teliti balik serta muhasabah kembali apa yang bermain di fikiran kita..jangan mengikut nafsu serta ego untuk memberi pendapat..
    pesanan ikhlas dari saya..
    Assalamu'laikum

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!