Jumaat, 29 Oktober 2010

Undi PAS Masuk Syoerga

Mau masuk neraka agaknya orang-orang tak mengundi PAS ni.
Siap diletak hukum WAJIB tu!

Kira undi PAS tu sama taraf macam Solat lima waktu la ya?
Mana dalil dan hukum yang Nik Aziz ajar penyokong nih?

Kesian orang-orang kat luar negara, tak berpeluang masuk syurga.
Ya lah, PAS tak bertanding kat negara luar, PAS bertanding di Malaysia saja!

Mungkin lepas ni PAS kena buka cawangan di seluruh negara di dunia.
Bagi la peluang mereka undi PAS juga. Mereka pun nak masuk syurga!

Macam-macam umpan undi PAS ya!
Sebelum ni Nik Aziz menangis (sini), sekarang, fatwakan Wajib pula undi PAS!

Sesat lagi menyesatkan Pendukung Ajaran Songsang ni.
Semoga seluruh umat Islam dilindungi Allah SWT dari dakyah songsang PAS.



Nik Aziz Menangis!

Ramai yang pasti tersentuh apabila melihat umpan undi yang dibuat PAS apabila meletakkan gambar-gambar Nik Aziz tengah menangis. Kononnya menangis kerana ditindas dan dizalimi BN! Poorahhhhh!

Sebenarnya gambar-gambar Nik Aziz tengah menangis adalah modal PAS untuk mendapat undi simpati di kalangan umat Islam.

Gambar-gambar berkenaan mula digunakan dalam PRU 2008. Apabila ia dilihat sebagai berkesan untuk memainkan emosi pengundi agar mengundi PAS, ia berterusan digunakan dalam siri pilihan raya kecil yang berlangsung.

Apa yang menjelekkan, di kawasan yang ditandingi oleh DAP (contohnya di Sibu) dan PKR pun diletakkan gambar Nik Aziz menangis! Punya la pergunakan air mata Nik Aziz tu untuk tagih undi.

Penulis tidak akan berasa hairan jika gambar-gambar berkenaan akan terus digunakan dalam pilihanraya umum akan datang.

Cuma, persoalan yang penulis ingin ditanya kepada PAS ialah mengapa tidak disertakan sekali tangisan air mata rakyat Kelantan yang telah lama merana akibat janji-janji palsu Nik Aziz dalam pilihan raya sebelum ini?

Mengapa tidak disertakan juga tangisan orang Asli di Galas yang tanahnya diambil sesuka hati oleh Kerajaan Kelantan untuk mengkayakan kroni?

Mengapa tidak diletakkan juga tangisan ibu-ibu dan bapa-bapa di Kelantan yang merindukan anak mereka yang mencari rezeki di perantauan yang disebabkan oleh kegagalan Nik Aziz mewujudkan peluang perkerjaan di Kelantan?

Bukankah tangisan rakyat itu lebih besar dari tangisan Nik Aziz seorang yang mahu mengekalkan kuasa?

Sedarlah warga Malaysia sekalian. Jangan lagi terpedaya dengan tangisan Nik Aziz. Ia hanya tangisan untuk mengekalkan kuasa.

Ayuh, kita mulakan di Galas, biar Nik Aziz menangisi kekalahan PAS selepas ini!

Khamis, 28 Oktober 2010

Banner BN disabotaj Pakatan di Galas!

Banner BN jadi mangsa politik jahat Pakatan Haram!
Bukti PAS terdesak untuk menagih undi sehingga terpaksa merosakkan banner BN!



Bro Minaq Jinggo menunjukkan banner BN yang telah dirosakkan!

Menurut beliau, perbuatan khianat berkenaan dipercayai dilakukan dengan menggunakan peluntur atau thinner hingga menyebabkan warnanya luntur!

Banner berkenaan telah dipasang oleh jentera BN di Kampong Baru Gua Musang, kawasan majoriti pengundi Cina.

Tindakan khianat ini menampakkan Pakatan begitu terdesak untuk mengubah sokongan yang diberikan pengundi Cina kepada BN ketika ini!

Penulis berharap agar jentera BN bersiap siaga, mungkin akan ada lebih banyak kerosakan yang akan dilakukan mereka!

Fitnah dan Khianat!
Itu kesimpulan untuk strategi kempen Pakatan Haram di Galas!

Semoga Allah membuka hati para pengundi untuk mengundi BN pada 4 November nanti!

Takbirrrrrrrrr!



Kredit Gambar: Minaq Jinggo


PKR: SAPP Pengacau!

Penulis dah kata dah!

Sebelum ni bukan main PKR dan SAPP kononnya berjanji untuk sehidup semati tidak hentam antara satu sama lain di Batu Sapi (sini).

Kononnya mereka akan hanya menghentam calon BN saja!

Nah! Hari ni Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR di Batu Sapi menggelar SAPP sebagai PENGACAU dalam pilihanraya kecil ini (sini).

Bagaimana Fuziah yang bukan anak tempatan Sabah boleh menggelar SAPP yang sememangnya lahir dan tubuh serta berjuang hanya di Sabah digelar sebagai PENGACAU?

Siapa yang mengacau sebenarnya?

Ini membuktikan bahawa Anwar sebenarnya tidak pernah peduli nasib orang Sabah.

Dah la dilantiknya Fuziah dari Kuantan untuk jadi Pengarah Pilihanraya.

Mengapa tidak dilantik anak Sabah sendiri untuk mengurus jentera PKR di sana?

Apa teruk sangat kah anak negeri Sabah di mata Anwar?

Ini merupakan satu sebab kukuh untuk pengundi Batu Sapi menolak PKR!

Ayuh! Tumbangkan PKR sampai hilang deposit!

Ranking Blog Pro-Kerajaan pada 28 Oktober 2010

Mulai bulan ini, penulis akan menyenaraikan kedudukan blog-blog pro-kerajaan yang dilinkkan ke Satulimatiga berdasarkan data yang dicerap dari Alexa.

Tujuannya bukan untuk bersaing sesama sendiri tetapi lebih untuk memotivasi para blogger pro-kerajaan agar menempatkan diri di kedudukan lebih baik dalam ranking yang dikeluarkan oleh Alexa secara keseluruhan bagi negara Malaysia.

Jika dilihat kepada pencapaian yang penulis cerap dari jam 10.00 hingga 10.30 pagi tadi, hanya sembilan blog/portal pro-kerajaan yang berada di kedudukan bawah 1,000 untuk ranking seluruh Malaysia.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua bloggers pro-kerajaan. Mari kita dedahkan lagi kemunafikan Pakatan Haram!

Kepada rakan bloggers yang belum dilinkkan ke blog ini, sila tinggalkan komen di bawah untuk penulis letakkan di sini.


RANKING ALEXA BAGI BLOG / PORTAL PRO-KERAJAAN

YANG DILINKKAN DI BLOG SATULIMATIGA PADA 28 OKTOBER 2010

Kedudukan

Blog / Portal Pro-Kerajaan

Ranking Seluruh Malaysia

1

House of Parpukari

428

2

Agendadaily

471

3

Gerakan Anti PKR

524

4

Che Det

681

5

Pisau.net

725

6

R B F

747

7

The Unspinners

773

8

Rocky's Bru

775

9

Minda Intelek Melayu

874

10

Anwar Ibrahim Dot Com

1,157

11

Papa Gomo

1,197

12

The Flying Kick

1,342

13

Kedah Ke KL

1,409

14

Media Permatang Pauh

1,434

15

Pejuang Bangsa

1,462

16

Peraktoday.com

1,482

17

Malaysia Instinct

1,529

18

Taiping Mali

1,550

19

Azli Shukri Today

2,023

20

Panglima Perang Cyber

2,355

21

Bumiyang

3,042

22

Anwar Pembohong

3,137

23

Blog Tamingsari

3,416

24

Penghuni Gua

3,488

25

Kickdefella

3,840

26

Darul Ehsan Today

4,137

27

Warisan 2057

4,283

28

Gelombang Rakyat

4,339

29

Satulimatiga

4,517

30

Apa Yang Tersirat

4,684

31

The Antics of Husin Lempoyang

4,824

32

Aspirasi Bangsa

4,890

33

Unit Media Wangsa Maju

4,999

34

Kita Mesti Selamatkan Melayu

5,214

35

Kedah Times

5,272

36

Semut Hitam

5,468

37

Pilihan Anda

5,879

38

Rajahmas

6,125

39

Latest Issue

6,698

40

Gerakan Timur

8,401

41

Empayar Pemuda

8,997

42

Waadat

9,262

43

Oh Politik!

9,531

44

Angin Perubahan

9,691

45

Satu Melayu

10,078

46

DR 1221

12,604

47

Putra Merdeka

12,941

48

Mesin Taip Buruk

13,272

49

Nasionalis1982

15,089

50

Tun Faisal Dot Com

15,240

51

Paneh Miang

15,296

52

Celah Gelegar

17,172

53

Beranikan Hati

17,336

54

Unit Media Baru UMNO Negeri Pulau Pinang

18,996

55

Sri Tri Buana

19,512

56

Aku Yang Gambi

25,458

57

Hero Kecik

28,178

58

Penang Wasabi

31,022

59

Tendang Terajang

41,282


Abang Tuah

Belum Tersenarai


Agresif Dedikasi Ceria

Belum Tersenarai


Aku Peduli Apa

Belum Tersenarai


Anak Mat Hijau

Belum Tersenarai


Kucinghitam

Belum Tersenarai


Media Cyber

Belum Tersenarai


Oyabun

Belum Tersenarai


Penang4Penangites

Belum Tersenarai


Suara Majlis

Belum Tersenarai


Suara Perpaduan Melayu

Belum Tersenarai


Wak Jengkol

Belum Tersenarai


Warisan Tamar

Belum Tersenarai