Jumaat, 1 Oktober 2010

Bukti akar umbi UMNO dan PAS mahu Melayu Islam bersatu! Mengapa yang kat atas tu bangang dok bagi banyak alasan?

Solat Jumaat hari ini penulis tunaikan di Masjid Taman Taming Jaya kerana mempunyai urusan di sekitar Balakong. Ada sesuatu yang menarik perhatian penulis apabila melihat banner yang digantung di pintu pagar masjid berkenaan.

Malam ini, Jawatankuasa Masjid Taman Taming Jaya akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri. Menariknya, majlis berkenaan turut dianjurkan secara bersama oleh UMNO, PAS, Rukun Tetangga dan Kelas KAFA kawasan berkenaan! Wow!

Adakah ini petanda bahawa ahli UMNO dan PAS akar umbi sebenarnya mahukan perpaduan Melayu dan Islam tetapi malangnya yang duduk di takhta jawatan kedua-dua parti sibuk memikirkan kuasa, pangkat dan kedudukan terlebih dahulu?

Penulis amat berharap agar UMNO dan PAS di kawasan berkenaan bukan sekadar mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri secara bersama malah turut melibatkan aktiviti yang lain setiap masa.

Sekurang-kurangnya usaha UMNO dan PAS Taman Taming Jaya ini akan menjadi pemangkin kepada penyatuan Melayu Islam dalam konteks yang lebih luas.

Cuma satu saja penulis tertanya-tanya, mengapa PKR kawasan berkenaan tidak terlibat sekali?

Bila diajukan soalan berkenaan kepada rakan penulis, ini jawapannya:

"PKR tu Melayu Islam ke?"

Penulis hanya mampu tersenyum dan mengangguk tanpa suara.

15 ulasan:

  1. pkr tu melayu islam ker???? umno tu melayu islam ker???? kalau melayu tu islam kenapa sokong umno.. sebab umno menyokong pelembangaan yg tidak membernarkan hudud dan qisas di laksanakan..jd korang ni aper yea..

    BalasPadam
  2. abih tu klu ko org pas..suka sangat sokong DAP tu..DAP nak buat hukum hudud ke..langkah mayat ku dulu..! kata karpal..!..cakap tak serupa bikin..klu berani PAS kuar dari pakatan rakyat la..jangan duk sokong DAP tu..

    BalasPadam
  3. Kpd Tanpa Nama 2010 Oktober 1 15:33

    Kalau hang lupa, aku nak bagitau.. (aku pun pernah sokong PAS gak dulu..)

    PAS skrg dah TAK JADI nak laksanakan hukum Islam dah. Prinsip asal dah terpaksa diketepikan kerana kawan2 baik PAS spt Anwar, Kit Siang, Guan Eng, Karpal, Zaid Berahim.. dah sepakat taknak jalankan Hukum Islam.

    Takder dalam perjanjian pun...

    PAS dah sesat dah sekarang.

    BalasPadam
  4. Nie aku nk tambah sikit lg..Habih kau ingat kalau sokong UMNO.. kafir ke? Sokong PAS dijamin syurga ke? Kalau kau ahli PKR.. sedar2lah PKR pn tk mahu hudud...!!! Huh, jgnkan PKR, Pok Nik pn dah tak kisah lg pasal hudud.

    BalasPadam
  5. Sokong PAS masuk syurga, Sokong Anwar dapat masuk Club Gay Heaven, Sokong DAP dpt naik roket ke bulan.

    Hairan sungguh terutama PAs, 99% akar umbi orang melayu islam, tapi DAP PKR suh buat apa pun sanggup sampai "lupa" diri tu org melayu dan beragama islam. Politik bantu membantu dlm menaikkan ekonomi negara, rakyat tak mengapa kalau hang mai dari pelusuk mana pun, tapi bab orang melayu dan islam kena la sensitif sikit, jgn main ya boss, baik boss ja...nampak sgt PAS ini juara mutlak kat Kelantan (depa tuan, pkr/bn pecacai tp tak meroyan mcm PAS kat Sgor/Penang)tp kat Sgor & Penang lingkup serban, jiwa dan raga. Macamana nak kami sokong PAS, kalau rumah pun nak duk ramai pun kecoh makan hati berulam jantung. PAS ni bagus tapi silap jalan ja join dgn PKR DAP...

    BalasPadam
  6. 15:33, pas tu melayu islam ke???? kalau pas tu islam kenape sokong dap..sebab dap menentang hudud dan qisas dilaksanakan..jd ko ni aper yea..

    BalasPadam
  7. pas betul2 ke nak buat hukum hudud ngan negara islam, kalo betul, kenape sokong DAP..sah2 dap tolak bende ni semua... Lagi satu, bekas mb perak penah kate dalam dewan dulu (kalo tak silap), tak de dalam perlembagaan pas nak wujudkan negara islam... pe kes? (kalo salah, tlg betulkan)

    BalasPadam
  8. Orang pas tak payah cite pasal hududlah,buat malu aje.Pok nik pun tak berani nak sebut2 dah pasal hudud takut anwar,karpal dan rakan2 marah;takut cina tak mau undi pas dah.Islam,hudud semua tu kalau dibandingkan dgn undi mana lagi penting?Undi lagi pentinglah kot,kalau tak takkan agenda negara Islam dibuang demi dapatkan kuasa dengan berpakat dgn puak harbi dan liberal?

    Aku sampai bertekad tak mau pangkah pas lagilah dek kedayusan pas yg melampau.PRU13 nanti kita tgk siapa yg kenaa??!!

    BalasPadam
  9. Jom kita melayu Islam desak supaya semua pemimpin melayu beragama Islam didalam UMNO dan PAS bersatu kalau tidak kita jatuhkan mereka didalam parti. Kekadang kita perlu buat macam ni sepaya mereka sedar yang orang melayu beragama Islam ni dah tak tahan bilamana kalimah Allah swt dilacurkan olih penganut2 agama kristian dan yang pelik pulak ada juga yang dikatakan ulamak mempertahankan mengatakan ia nya bolih di gunakan olih penganut agama lain.

    Wahai saudara saudara Islam ku dan berbangsa Melayu, Kita perlu bangkit sebelum PRU13 demi masa depan anakbangsa dan agama kita.

    BalasPadam
  10. seronok aku tengok banner kat atas tu...
    kalau semua kawasan buat camtu kan bes...

    saudara2 ku semua...politik tu politik la jugak...

    tapi kalau aktiviti kemsyarakatn camni tak boleh ke tolak tepi fahaman politik tu sekejap..

    aku sedih la tengok perangai2 puak pas ni..bila kenduri cuma ajak yang puak2 dorang je..padahal jiran sebelah yg berbeza fahaman politik tak dijemput...

    itu ke cara bermasyarakat dalam islam?...

    BalasPadam
  11. kebanyakan penyokong pas ni dia main ikut orang atas kata aje..kalau orang kata makan nasi tu haram maka haramlah nasi tu..kalau dikata halal sondol buntut maka halallah bagi diaorang..cakap berdegar2 prihal islam..itu haram ini haram orang lain tak islam aku islam...tapi diri sendiri tak nak cermin..betul2 ke hidup mengikut cara islam..cakap berdegar2..tahi lekat atas gelegar..kah..kah..!!

    BalasPadam
  12. Korang jangan ler sedap mulut jer nak kondem TGNA dan jemaah Islam PAS ni...pengathuan korang pasal Agama ciput sangat kalau nak dibandingkan dgn TGNA ni tu sebab aku tengok komen2 korang tu takda satu pun yg berdalil dan berhujjah...pengatahuan agama korang yg umno dah beri cuma dari jah 1 sampai ting.5 jer...lepastu kong...kalau bab kaedah tahaluf siasi dalam islam mana pernah korang belajar ( aku pun tak penah belajar ) aku pun memula dulu tak setuju gak...hampir2 aku tak mau gi mengundi...selepas aku jumpa dgn org2 yg faham bab ni baru lah aku faham.
    Macam ni lah..kalu aku nak huraikan pasal tahaluf siasi nanti korang mengantuk pulak nak baca.kita ambil cerita mudah jer lah.
    Tentu korang masih tahu pasal perjanjian hudaibiah dan piagam madinah...perjanjian tu semua dibuat dgn org kafir...kafir harbie makkah dan yahudi madinah. Cuba tengok perjajian hudaibiah..para sahabat nabi pun bantah bukan kepalang...nampak macam perjanjian yg merugikan org islam..mana2 org makkah yg lari kemadinah hendaklah dikembalikan dan mana2 org madinah yg lari kemakkah tak perlu dikembalikan...melompat para sahabat bila nabi setuju...itu sebagai contohlah...ehhh...korang tau ker pasal ni...mesti tak tau punya sebab korang tak minat nak tau pasal agama korang sendiri dan kalau korang masih lagi dalam umno korang takan dapat pasal agama korang sendiri...hanya dalam PAS jer korang boleh dapat ilmu agama yg tak bertapis ni.
    Berbalik pada kisah tadi...rupa2 nya Nabi yg betul...yg lari ker maadinah dikembalikan ke makkah tu iman depa dah mantap jadi bila dibawa balik ke Makkah depa boleh dakwah org2 umno kat mekkah tu...yg lari dari PAS madinah tu gi ke umno makkah tu buat apa nak halang...lantak depa lah..iman depa tipis sangat..takda nilai disisi nabi pun.
    Cuba kaitkan kisah ni dalam situasi perjanjian PAS,PKR&DAP...ini lah peluang PAS nak dakwah pada DAP supaya depa kenal islam yg sebenar yg selama ini diselewengkan oleh umno yg menggambarkan PAS ni extream, islam tu extream...alhamdulillah...DAP dah mula kendur dgn islam yg selama ini depa salah anggap..kesan nya DAP dah mula nak buka Quran dan baca Quran..itulah hikmah nya..bab hudud tu boleh ditangguhkan dulu supaya bagi faham dalam2 pasal islam yg sebenar dahulu, bila dah faham barulah takda bantahan daan dapat sokongan..macamtulah jugak kaedah kita nak ajak org masuk islam,jgn ler cerita itu haram,ini haram,itu tak boleh, ini tak boleh, kene potong lacau..takut ler depa nak masuk islam..macamtulah jugak masa awal2 dakwah nabi di makkaah dulu..mana adaa haramtu haramni,yg penting kukuhkan iman dulu, bila iman dah mantap dgn mudah jer terima hukum....tapi yg haram jadah nya umno sekali lagi nak jadi syaitan supaya org kafir ni jgn suka pada Quran..jgn dekati islam..Astagfirullahaiazimm...Neraka mana lah yg Allah nak bubuh org2 umno ni yer...kesian...sudah lah korang...tinggalkanlah umno yg sesat lagi menyesatkan tu.

    BalasPadam
  13. begitulah hamPAS! syurga neraka derang yang tentukan siapa masuk, bukan di tangan Allah. apa nak jadi la. PAS tu parti politik. bukan agama. apa yang taksub sangat? Astagfirullah. mengucap la woi

    BalasPadam
  14. salam..semoga Allah beri hidayah pada penyokong umno yang fanatik..jahil dalam Islam..Kepada Melayu Mukmin..Saya pernah degar sirah ini.. Memang tak pernah diajar masa SPM..Rukun Islam dan Rukun Iman ada diajar..tapi pekara pekara yang membatalkan Rukun Islam dan Iman tak ada di ajar menyeluruh megikut zaman semasa..orang umno lebih mementingkan melayu dari Islam.. pasal diaorang ni jahil murakap.Biasa ler..org umno ni berpendidikan rendah..dan ikut ikut aje..tak reti pun..

    BalasPadam
  15. Kepada Penyokong dan Pendokong UMNO sila lah hayati Hadis ini...

    Daripada Huzaifah bin al-Yaman berkata: Orang ramai bertanyakan Rasulullah s.a.w. tentang kebaikan tetapi aku bertanyakan baginda tentang kecelakaan. Takut kena kepadaku. Aku berkata: Ya Rasulullah: Sesungguhnya kami di zaman jahiliyyah dan keburukan lalu Allah telah mendatangkan kebaikan ini (Islam dan Rasulullah s.a.w.) maka adakah selepas kebaikan ini ada keburukan? Jawab Baginda: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah selepas keburukan itu ada kebaikan pula? Baginda menjawab : Ya, dan di dalamnya penuh kecelaruan. Aku bertanya: Apa itu? Baginda bersabda: Puak yang mengajak manusia bukan dengan petunjukku. Kamu mengenali mereka dan kamu menentang mereka. Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu kebaikan? Jawab Baginda : Ya, adanya pendakwah mengajak ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mengikuti mereka akan masuk ke dalamnya. Aku bertanya: Terangkan tentang mereka kepada kami. Baginda bersabda: warna kulit mereka sama dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita. Aku bertanya: Apa kami perlu buat jika kami sempat di zaman itu? Baginda bersabda: Wajib kamu bersama dengan jamaah Islam dan kepimpinan mereka. Aku bertanya: Jika tiada jamah Islam dan pemimpin? Sabda baginda: Beruzlahlah kamu daripada mereka meskipun terpaksa kamu memakan pohon-pohon kayu sehingga kamu mati dan kamu dalam keadaan sedemikian.

    (HR Imam Bukhari)

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!