Sabtu, 9 Oktober 2010

BTN edar buku perlembagaan palsu? Si bangang tu tahu tak beza Perlembagaan Malaysia dengan bahan rujukan slaid ceramah?

BERNAMA melalui artikel bertajuk Biro Pengaduan Awam Siasat Penggunaan Perlembagaan Palsu (sini) melaporkan T. Murugaiah menyatakan pihaknya menerima laporan dari seorang peserta kursus BTN di Johor yang mendakwa kononnya buku perlembagaan palsu telah diedar dan digunakan sebagai rujukan dalam ceramah anjuran agensi berkenaan.

Sepanjang pengetahuan penulis yang mempunyai ramai kenalan dalam sektor awam yang diwajibkan untuk mengikuti kursus BTN, tidak pula sekalipun pernah terdengar peserta diedarkan atau dibekalkan dengan buku perlembagaan ketika mengikuti kursus-kursus anjuran BTN.

Sebelum menulis artikel ini pun penulis bertanyakan kepada beberapa orang rakan yang baru mengikuti kursus BTN sebelum Ramadhan yang lalu. Mereka turut menafikan perkara berkenaan.

Penulis turut dimaklumkan, apa yang dibekalkan kepada peserta ketika sesi ceramah hanyalah buku yang mengandungi penjelasan mengenai slaid-slaid yang dipaparkan oleh penceramah. Di dalamnya ada terkandung beberapa petikan penting perlembagaan antaranya Perkara 14, 152 dan 153.

Buku berkenaan dibekalkan kepada peserta sebagai bahan rujukan untuk persediaan menduduki ujian di hari terakhir kursus. Ia amat membantu mereka kerana tidak perlu menyalin sepenuhnya slaid-slaid yang terpancar di layar putih.


Mereka juga menegaskan buku Pelembagaan Malaysia langsung tidak dibekalkan sepanjang kursus BTN berlangsung.

Yang ada pun mereka hanya ditunjukkan buku Perlembagaan Malaysia (seperti di gambar) oleh Fasilitator ketika sesi Latihan Dalam Kumpulan.

Kebanyakan dari peserta memaklumkan, itulah pertama kali sepanjang hayat mereka melihat buku Perlembagaan Malaysia sedangkan ia sebenarnya banyak dijual di kedai-kedai buku. Harganya pula serendah RM 10.00 saja!

Oleh itu dakwaan bahawa BTN mengedarkan buku pelembagaan palsu adalah tidak berasas dan merupakan fitnah sama sekali. Mungkinkah peserta yang membuat dakwaan ini sebenarnya tidak dapat membezakan Perlembagaan Malaysia yang sebenar dengan buku kompilasi slaid ceramah?

Murugaiah patut mendedahkan siapa pengadu ini supaya kita dapat mengetahui latar belakangnya. Adakah beliau sebenarnya mewakili pihak yang mempunyai agenda untuk menyerang agensi-agensi yang memelihara kepentingan Negara khususnya BTN? Bukankah sebelum ini pun BTN diserang bertubi-tubi oleh Pakatan Haram?

Penulis amat percaya, ini satu lagi agenda untuk memburukkan BTN. Pasti ada tangan ghaib dibelakangnya!

12 ulasan:

  1. Salam yob...

    Add blog teman dalam blog mike.

    http://blogtamingsari.blogspot.com/

    Baca pendapat teman mengenai isu ini di sana.

    T.kasih.

    BalasPadam
  2. Dulu-dulu dalam tahun 80an, Topik utama ceramah dalam mana-mana kurusus BTN iaitu 'SEJARAH PERJUANGAN BANGSA' ada berkaitan dengan artikel 14, 152 dan 153 dan Ulasan/Rumusan pada akhir kursus akan diselitkan makna lagu WARISAN. Satu topik yang boleh membakar SEMANGAT BANGSA MELAYU & AGAMA ISLAM.

    BalasPadam
  3. Hahahahaha.... mana dia Melayu Mukmin aka PENIPU????

    Aku tergelak berguling2 bila dengar Ku Li mengesahkan menerima jawatan sebagai Pengarah Pilihanraya BN di PRK Galas kali ini. Kalau ikut kata2 Melayu Mukmin aka PENIPU:

    "Mana dia nya? Aku tunggu2 takda pun...tak baik menipu...salah satu sifat2 munafik ni apabila bercakap ia menipu...kalau tak menipu fitnah namanya...

    Satu lagi...betul ker Ku Li dah setuju terima jawatan pengarah p.raya Galas? Betul ker dia setuju nak jadi calun Galas? dari SUMBER AKU YG RAPAT DENGAN KU LI takda pun lagi Ku Li kata setuju ker tak...Korang ni kalau tak dapat berbohong rakyat sehari macam tak sempurna hidup lah..."


    - oleh Melayu Mukmin (2010 Oktober 7 08:23 )


    Hahahaha... kalau aku jadi pengomen macam Melayu Mukmin tu, aku dah lari ke Eropah, nak menulis komen2 lagi pun aku malu sambil menutup muka... Hahahahaha.

    Melayu Mukmin!!! kau tengah minta fatwa dari N.Ajis GILO ke??? Kah.. kah.. kah...

    BalasPadam
  4. setuju dengan ko shonzu. MM tu pencacai

    BalasPadam
  5. hidup perlembagaan melayu

    BalasPadam
  6. Terima kasih pada peminat2 aku semua kerana menanti2 komen dari aku...minat jugak korang kat aku erk...

    Cuba fikir ler...ku li baru kelmarin kata setuju korang awai lagi dah kata dia setuju...tak ke pelik tu...kerja2 pelik ni umno memang pakar...macam ler bontot saiful...doktor pusrawi kata takda kesan tusukan tapi doktor umno kata ada kesan air mani...macam jugak lah kes atatunya...sampai sekarang kita tak tau sapa yg suruh polis 2 org tu bunuh dia...jahat betul polis malaysia kalau macam tu...suka2 jer depa bunuh org dan letup sapai berkecai...
    Macam tu lah depa naya kuli...terpaksa buat perkara yg dia tak nak buat...selalunya TPM yg patut galas tugas tu...TPM pulak takut kalah so lepas kat Ku Li...kalu kalah Ku Li punya pasal ler sebab kalah...

    BalasPadam
  7. Hahahahaha.... penganut2 hamPAS ni kalau nak bagi komen, mesti cuba babitkan isu lain yang langsung tak ada kena mengena dengan PRK... apa relatifnya kes Altatunya, kes PELIWAT TEGAR dengan PRK Galas kali ni???

    Kalau rasa kau pandai sangat nak berhujah mengenai kes mahkamah, kenapa tak beri je bukti yang kau rasa logik untuk orang lain terima, ini asyik bermain dengan persepsi sendiri.... Hahahahaha... tanda2 kekalahan besar hamPAS di Galas semakin terserlah. Nak main isu royalti minyak, kena diam je, kalau tak menghina mahkamah. Nak cerita pasal hudud pun dah kena checkmate dari mahu diperkatakan.....

    Kah.. kah.. kah... nama sahaja Melayu Mukmin, tapi perangai suka nak memfitnah orang lain. Hahahaha.....

    BalasPadam
  8. shonzu...takada langsung macam nama org beriman...macam nama kafir harbie jer...takpa lah sebab itu cita2 nya pun...

    Ku Li terainaya dgn umno...kalau lah org2 galas tanya kat Ku Li masa kempen sok " Guano dgn Royalti Pok Ku? " apa Ku Li nak jawab? Mungkin Ku Li akan janji " kalau bn menang BN akan beri royalti minyak" yahoooo...ada kuasa ker kuli?

    BalasPadam
  9. Hahahahaha.... kesiannya Melayu Mukmin penganut hamPAS ni. Dah tak ada idea nak komen, nama samaran aku pun nak kaitkan dengan nama kononnya milik orang kafir. Kah.. kah.. kah... itulah dia ciri2 seorang penganut hamPAS. Hanya pandai menuduh orang tu kafir, orang ni kafir. Mungkin sebab tu pencacai ni letak nama "Mukmin" pada nama samaran dia, sebab nak tunjukkan yang pencacai hamPAS ni terlalu mukmin orangnya. Hahaha... pemfitnah tegar ada la....

    Hahahaha..... siapalah yang tanya soalan pada Ku Li tu ye??? Atau sengaja buat2 dialog antara oran tua kutuk N.Ajis dengan Ku Li kot??? Dalam kepala puak penganut hamPAS ni asyik ingat minyak je ke??? Hahahaha... patut la, pemimpin hamPAS mungkin siang malam asyik mimpi duit minyak, kalau boleh biar minyak keluar di halaman rumah mereka, baru boleh jadi orang kaya baru. Lepas tu perkara pertama yang muncul dalam kepala, macam mana nak tambah bini ye, duit dah banyak. Kah.. Kah.. kahh.....

    "Makan nampak royalti minyak, minum nampak royalti minyak, tengah main dengan bini pun agaknya nampak royalti minyak juga. Itulah sifat penganut hamPAS. Kah.. Kah.. kah..."

    BalasPadam
  10. Hahahaha.. apa lagi isu yang nak kau konar lepas ni Melayu Mukmin??? Perangai hamPAS taik pada kau tu memang terserlah sangat la... asyik nak spin isu lain je. Kah.. Kah... kah....

    Isu air kat Kelantan tak mahu sebut ke??? Best juga isu tu, salah satu 'kejayaan' N.Ajis memerintah Kelantan selama 20 tahun ni... Hahahahahaha....

    BalasPadam
  11. Isu air...best gak bincang pasal isu air...
    Kalau kelantan negeri islam yg miskin yg dikenakan sekatan ekonomi oleh kerajaan pusat untuk membangunkan infra air dia tu pun mampu bertahan 20 tahun itu kira jauh lebih baik dari negeri kaya yg dapat bantuan penuh dari keraaajn pusat macam pahang yg masih terdapat masalah air..
    Teringat aku kat dalam TV program aduan rakyat ada sorang pakcik felda tu menangis dgn berkata " dah lebih 50th merdeka, kata dah maju tapi masalah air masih macamtu jugak..huhuhu". Aku ingat memula tu mesti kat kelantan...rupanya kat Pahang Darul Umno...kahkahkah...
    Isu air ni bukan kat Kelantan jer...kat negeri lain semua ada...cuma disebabkan dendam kesumat dan hasad dengki nya umno kat kelantan, isu tu hanya diperbesarkan di kelantan.
    Hanya org yg di butakan hati perutnye oleh Allah jer yg tak nampak...
    Meh aku nak tanya pulak...yg punya bodoh umno jual air murah2 kat yahudi singapore tu peh tu beli balik dgn harga mahal tu apa hal??? Bodoh tahap gaban ler kerajaan umno nih...tu pun korang tak boleh fikir ker???

    BalasPadam
  12. Opss...sebelum aku terlupa...aku pernah dok kat Keluang Johor 2th...aduh....hehehe...seksanya selalu terputus air...yg aku heran johor jual kat singapore air murah2 tapi bila beli balik mahal2...tu sebab kot kenapa johor selalu terputus air...lagi aku heran kenapalah tak masuk TV atau masuk paper...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!