Rabu, 6 Oktober 2010

Rasuah PAS di Galas bermula: 2 kenderaan pacuan 4 roda untuk Orang Asli. Patut la mereka tak mahu diganggu, dah kawtim awal-awal rupanya!

Memori rasuah dulu-dulu.

Semalam, 5 Oktober 2010 BERNAMA melaporkan Orang Asli di Galas tidak mahu diganggu dengan kempen pilihan raya kecil kelak. Ini kerana mereka akan menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri untuk berkempen di kalangan masyarakat mereka (sini).

Menariknya, Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan berkenaan dilaporkan berkata jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka ketika kempen nanti.

"Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini pada Selasa.

Eh! Eh! Adakah sesuatu yang tersirat di sebalik ungkapan-ungkapan ini? Mari kita cuba selidiki:

1. Wakil masyarakat Orang Asli berkenaan berkata demikian di majlis ramah mesra dengan pimpinan PAS Kelantan, di rumah rasmi Nik Aziz tu!

2. Beliau turut menyatakan jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka ketika kempen kerana mereka sudah ada pasukan gerak gempur sendiri. Parti mana yang tak perlu masuk tu? PAS? Orang Asli akan berkempen untuk PAS?

Dan yang paling menariknya di penghujung laporan BERNAMA, belum pun masuk tempoh berkempen pilihan raya, PAS awal-awal lagi dah tabur rasuah kepada Orang Asli di Galas apabila mengumumkan peruntukkan RM 550,000 untuk membeli dua buah kenderaan pacuan 4 roda.

Patut la Orang Asli tak mahu diganggu. PAS awal-awal dah kawatim dengan mereka rupanya.

Adeh la…. Inilah rupa sebenar parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Parti lain buat rasuah, PAS buat kira apa? Sedekah? Tuih!

Kepada semua rakyat Malaysia, jangan ingat yang pakai serban dan kopiah tu semuanya alim belaka, dalam kopiah dan serban tu la tempat simpan harta pusaka rampasan perang semuanya. Alahai PAS PIS PUS... Cepat-cepat la mampussss...

18 ulasan:

  1. rasuah dah jadi darah daging PAS

    BalasPadam
  2. kita tunggu apa kata wali keramat Pas?

    BalasPadam
  3. Pesanan Kat pengundi2 Galas...
    Umno bagi:
    Gula..kacau
    Bagi Beras...tanak
    Bagi Duit...ambik
    Bagi Kain...pakai

    Bila pangkah...pangkah bulan
    Padang muka umno..

    BalasPadam
  4. Salam Ukhwah...

    Maaf PAB berkata :
    Pesanan kpd Melayu Mukmin...kalau deme tue benar2 yakin dengan islam dan imannnya...deme tak kan kata gitu... hayati Al-Quran dan maknannya untuk menamnbahkan kecintaan kita kepada Allah bukan kecintaan kita kepada PAS.

    Islam bukan PAS

    Kalau undi PAS jer masuk syurga...maknanya seluruh umat islam yang x mengundi PAS di dunia nie ahli nerakalah...Nauzubillah...

    BalasPadam
  5. KALAU UMNO BG DUIT AMBIK..PANGKAH PAS..TP DAKWA KATA DUIT YG UMNO BAGI TU DUIT HARAM...SO ORG PAS MENGALAKKAN PENGUNDI MAKAN DUIT HARAM KER?.....PELIK TAPI BENAR

    BalasPadam
  6. takyah nak pelik, pas memang haram!

    BalasPadam
  7. Ada hadis nabi menceritakan " umat aku semua akan masuk syurga selagi tidak mensyirikkan Allah,sahabat bertanya walaupun dia berzina? ya nabi kata, walaupun dia mencuri? ya nabi kata..."

    mensyirikkan Allah ni macamana? korang tautak?Korang taktau punya sebab makbapak korang dgn tok2 guru korang tak ajar secara detail bab2 perkara yg membatalkan iman ni...yg depa ajar cuma jgn sembah berhala jer...tu cuma dari segi tauhid uluhiah...tapi bila tiba tang tauhid rububiah , umno dah mensyirikkan Allah...tauhid rububiah ni apa2 yg bersangkut dgn pengurusan Allah dan perintah Allah...contoh: Allah dah suruh dan wajibkan hukum Hudud & Qisas...korang buat perlembagaan negara yg melarang dgn keras hukum hudud tu dilaksanakan...nak ubah perlembagaan tu kene dapat majoriti lebih 2/3 diparlimen baru boleh ubah...apa punya celaka lah...jadinya disebabkan umno masih nak kekalkan perlembagaan tu dan org2 umno pulak masih sokong umno lagi makanya korang dah mensyirikkan Allah...syirikkan Allah ni dok dalam neraka lah jawabnya...bukan aku kata , bukan PAs kata tapi nabi yg kata...dok dalam neraka pulak tu kekal selama2nya pulak tu...kalau tinggal solat dok dlm neraka jugak tapi ribu2 tahun lah bila selesai akan masuk syurga tapi bila syirik mcm umno korang dok ler selama2nya...dok sama dgn firaun, haman, abu jahal , abu lahab, namrud...

    Nak bantah lagi????
    Aku dah sampaikan...korang fikirlah sendiri...
    tepok dada tanya iman...kalau takda iman tanya lah nafsu korang.

    Kat malasia ni PAS jer parti islam yg nak tegakkan islam...so wajib ler sokong pas...kat negara lain adalah parti islam dia sendiri...takan itu pun tak boleh nak fikir...

    BalasPadam
  8. haramjadah oi! kenapa tak buat di Kelantan? kenapa nik aziz tak buat di kelantan? menyalak macam anjing la ko neh.kenapa tak buat di kelantan? kenapa? sebab pas perguna islam untuk dapat kuasa, bukan nak sebarkan islam. islam diperguna nik aziz untuk kekal menjadi menteri besar sepanjang hayat!

    BalasPadam
  9. mak oii...sedap nya mencarut dan memakihamun...mulut umno sungguh kau ni..

    Ko tak faham ker pasal federalism? ikut perlembagaan yg menyirikkan Allah yg tok nenek korang buat 54th dulu tulah yg menyebabkan kelantan tak boleh laksanakan hukum hudud&Qisas...lainlah kalau kerajaan pusat BN boleh tendang kelantan keluar dari malaysia macam korang bagi singapore pada cina tu...kalau ikut kan hati aku nak mencarut dan maki hamun tapi sebab aku org beriman tak mau ler aku buat mcm tu

    BalasPadam
  10. bodoh bangang macam mak bapak ko seketurunan jugak. federalisme takda kaitan ngan mak bapak ko punya pemahaman. bidang kuasa agama di bawah kerajaan negeri bodoh oi. hudud & qisas jatuh bawah jabatan agama islam. kenapa pas yang dok jaja tak buat? kenapa? sebab bila dah ada kuasa mana mau buat, takot esok2 kena diri sendiri. pas guna islam untuk kekal berkuasa. nik aziz dah 20 tahun perbodoh orang kelantan guna agama. inilah yang dikenali sebagai liberation teologi. belajar lagi beb. belajar...

    BalasPadam
  11. keropok pun pas nak letak stiker ke? merendahkan maruah pengundi la!

    BalasPadam
  12. Malas la nak gaduh2 golongan fanatik nie..tapi apa yang saya tau...PAS bukan untuk islam...tapi PAS menggunakan islam untuk politik.

    BalasPadam
  13. Fanatik pada agama yg dikasihi dan diimani apa salahnya...memang dituntut...yg dilarang fanatik pada bangsa atau parti yg tak berlandaskan agama...macam parti umno tulah...

    Pas adalah parti islam..sebuah parti yg memperjuangkan islam...parti PAS adalah alat untuk menegakkan islam...tak macam umno..umno adalah parti yg menegakkan asobiah bangsa.

    Kalau korang kata Pas bukan islam aku
    setuju..betul lah tu..pas tu pas ler , islam tu islam..cuma yg beza ketara umno dgn pas ni, pas parti jemaah islam...umno parti jemaah melayu...melayu tu melayu lah...islam tu islam...melayu tak semestinya islam sebab ada jugak melayu yg beragama kristian malah dulu melayu ni pernah jadi penyembah pokok,pernah beragama hindu.

    Jadi bila dah bertembung antara islam dgn melayu sepatutnya kita kene pilih yg islam...baru lah kita boleh dok dalam saf junjungan besar nabi Muhammad SAW dan diiktiraf sebagai umat baginda.

    Cuba hayati hadis ni:
    Daripada Huzaifah bin al-Yaman berkata: Orang ramai bertanyakan Rasulullah s.a.w. tentang kebaikan tetapi aku bertanyakan baginda tentang kecelakaan. Takut kena kepadaku. Aku berkata: Ya Rasulullah: Sesungguhnya kami di zaman jahiliyyah dan keburukan lalu Allah telah mendatangkan kebaikan ini (Islam dan Rasulullah s.a.w.) maka adakah selepas kebaikan ini ada keburukan? Jawab Baginda: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah selepas keburukan itu ada kebaikan pula? Baginda menjawab : Ya, dan di dalamnya penuh kecelaruan. Aku bertanya: Apa itu? Baginda bersabda: Puak yang mengajak manusia bukan dengan petunjukku. Kamu mengenali mereka dan kamu menentang mereka. Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu kebaikan? Jawab Baginda : Ya, adanya pendakwah mengajak ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mengikuti mereka akan masuk ke dalamnya. Aku bertanya: Terangkan tentang mereka kepada kami. Baginda bersabda: warna kulit mereka sama dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita. Aku bertanya: Apa kami perlu buat jika kami sempat di zaman itu? Baginda bersabda: Wajib kamu bersama dengan jamaah Islam dan kepimpinan mereka. Aku bertanya: Jika tiada jamah Islam dan pemimpin? Sabda baginda: Beruzlahlah kamu daripada mereka meskipun terpaksa kamu memakan pohon-pohon kayu sehingga kamu mati dan kamu dalam keadaan sedemikian.

    (HR Imam Bukhari)

    BalasPadam
  14. Contoh hadis dan ayat2 AQ yang benar tiada sangkalan sama sekali dari sesiapa...tapi perhatikan juga kata2 rasulullah ini...contoh dari hadis anda

    [..Baginda bersabda: Puak yang mengajak manusia bukan dengan petunjukku. Kamu mengenali mereka dan kamu menentang mereka. Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu kebaikan? Jawab Baginda : Ya, adanya pendakwah mengajak ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mengikuti mereka akan masuk ke dalamnya.

    Siapa yang dimaksudkan baginda...apakah kepada kaun muslimin atau kepada munafiq..yang cuba berselindung di balik kesucian Islam.

    BalasPadam
  15. UTK melayu mukmin......

    kalau tak nampak ni sambunganya lagi..Aku bertanya: Terangkan tentang mereka kepada kami. Baginda bersabda: warna kulit mereka sama dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita.

    Bercakap tu fikir 2 dulu jangan emosi...

    BalasPadam
  16. Pendakwah yg mengajak ke pintu neraka jahanam:
    takan tu pun susah nak faham...
    kalau dah mengajak selain dari berpandukan AlQuran dan Sunnah tu nak keneraka jahanam le...

    Kulit mereka sama dgn kita dan mereka bertutur dgn bahasa kita:
    Tu lah menunjukkan betapa lebihnya Nabi dgn kita...sungguhpun Nabi tu bangsa dan berbahasa arab tapi hadis baginda jugak sesuai utk kita sehingga ke akhir zaman...kalau org arab ada jugak ler org arab yg macam baginda maksudkan...kalau melayu macam kita pun macamtulah jugak...

    Perenggan yg ni tak mau ulas ker?

    Wajib kamu bersama dengan jamaah Islam dan kepimpinan mereka.

    BalasPadam
  17. Kata Mukmin...Perenggan yg ni tak mau ulas ker?
    Wajib kamu bersama dengan jamaah Islam dan kepimpinan mereka.

    Nak ulas buat pe dah betullah kata nabi tu cuma..yang sedih nya para jemaah yang nabi maksudkan tu tak sama dengan jemaah fahaman anda.yang menyasar tu...Pendakwah yang menghalalkan cara dan bersarban dan serta bercakap cam orang arab ]

    Mungkin kalau pejuangan mereka benar2 berlandas kan AQ dan sunnah boleh lah di perkirakan. Buat masa yg jelas menuju ke Neraka je..Luorang jalan dulu lah..

    Rupanya masih tak faham sindiran yang di ajukan ..masya'allah..mukmin2 amati lagi kalau kurang jelas hadis yang saudara catatkan tu jangan asal boleh je…

    BalasPadam
  18. biarkan lah melayu mukmin ni bersama taat setia kepada tok guru nya yg digelar ULAMA TEROMPAH..

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!