Jumaat, 15 Oktober 2010

Awas! Saluran fitnah terbaru bernama ‘Selangorkini’ mula diedarkan secara percuma sebagai alat propaganda PKR!

Sebelum ini, Khalid Ibrahim telah menyatakan bahawa Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Haram akan memperuntukkan RM 15 juta untuk meningkatkan saluran maklumat kepada rakyat Selangor (sini).

Mungkin agaknya rakyat Selangor belum cukup dapat maklumat walaupun mereka tinggal di negeri yang pertama sekali diisytiharkan maju oleh kerajaan BN pada tahun 2005 yang lalu.

Hari ini, apabila penulis menjejakkan kaki ke sebuah masjid di Balakong untuk menunaikan solat Jumaat, sebuah akhbar bernama Selangorkini edisi pertama telah diedarkan secara percuma kepada para jemaah.

Penulis mendapatkan satu salinan akhbar berkenaan dan ternyata, ia merupakan saluran fitnah terbaru Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Berita-berita yang dipaparkan ternyata mempertahankan Pakatan Haram dan menghentam UMNO/BN.

Rakyat Selangor harus sedar bahawa akhbar ini diterbitkan dengan menggunakan wang cukai mereka demi untuk kepentingan politik PKR. Sepatutnya, wang berkenaan disalurkan untuk urusan pembangunan negeri dan bukannya untuk membela segala tindakan dan kepincangan Khalid.

Penulis juga tertanya-tanya, adakah akhbar ini diterbitkan dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri? Menteri Dalam Negeri harus ambil serius dengan menyiasat akhbar ini.

Jangan hanya pandai dok bagi amaran dan cakap kita akan siasat. Besok bila dah rakyat pecah belah akibat kewujudan saluran fitnah ni, baru nak ambil tindakan.

Awas rakyat Selangor, propaganda PKR kini cuba mempengaruhi minda anda semua!

4 ulasan:

  1. Kalau kerajaan belanjakan apa apa untuk rakyat didalam bajet 2011 maka sibuk lah juak juak PUAKA RASUAH PR menghentam mengatakan menghabiskan duit rakyat akan tetapi bila sigagap tu belanjakan duit rakyat hasil cukai kerajaan negeri selangor belanjakan rm 15 juta duit rakyat senyap je puaka ni semua. Pandang pandang lah diri dalam cermin wahai pakatan rakus. Tujuan nya pun bukan untuk rakyat tetapi untuk menabur fitnah. Sedar sedarlah, bertaubat dan pulanglah ke pangkal jalan.

    BalasPadam
  2. hello kawan. sepatutnya media bebas tulis apa saje asalkan perkara betul... tak kira tentang pas ke, bn ke, pkr ke dll... jika penulis fikir betul2 adakah negara Malaysia kita ini sebuah negara yg DEMOKRASI?

    BalasPadam
  3. Penulis blog ni bodoh....Tulis ikut sedap tanpa ada fakta konkrit..... Tidak ada isi yang matang... Main bedal je cakap...

    BalasPadam
  4. Tak baik buat fitnah kalau tak de bukti... Memang tak nampak akibatnya kat dunia wahai si penulis blog TAPI satu masa nanti balasan akhirat akan kena juga... Tanda2 besar kiamat pun dah nampak . Antaranya ialah fitnah berleluasa... Ingat tu si penulis blog. Jangan tuduh jika tiada bukti.. Apa yang saya tahu ialah Allah Maha Mengetahu dan setiap tindakan kita lakukan ada balasannya...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!