Satu persatu kebenaran terserlah. Ia bukan baru bermula apabila Saiful Bukhari membuat laporan polis tetapi ia sebenarnya bermula sejak bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar mendakwa beliau diliwat oleh Anwar dulu.
Pengakuan Azizan menyebabkan Anwar dipecat dan dipenjarakan. Ketika itu ramai di kalangan rakyat kebanyakan tidak mempercayai bahawa Anwar peliwat. Mereka mendakwa tuduhan berkenaan sebenarnya mahu menjatuhkan kerjaya politik Anwar. Orang yang dikatakan bertanggungjawab dalam konspirasi berkenaan adalah Tun Mahathir.
Selepas Anwar dipenjarakan, rakyat semakin menerima hakikat berkenaan. Hanya pengikut tegar Anwar yang tidak mempercayainya. PAS dan DAP yang dulunya menyerang Anwar sebagai seorang yang tidak bermoral ketika berjawatan di dalam UMNO dan Kerajaan mengambil peluang untuk menaikkan sokongan parti mereka apabila beralih arah 360 darjah dengan mendakwa Anwar teraniaya. Jangan lupa, bukankah gelaran Al Juburi dimulakan oleh Mat Sabu, salah seorang pemimpin agung PAS?
Apabila Anwar dibebaskan dari penjara, PKR, PAS dan DAP mendakwa ia bukti sebenarnya Anwar tidak bersalah dan bukanlah seorang peliwat. Hakikat sebenar yang cuba disembunyikan mereka ialah ketiga-tiga hakim yang terlibat dalam keputusan berkenaan membuat kesimpulan bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan homoseksual dan kejadian liwat di Tivoli Villa itu sememangnya berlaku:
“To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen”
Anwar dibebaskan hanya atas alasan teknikal. Baca sini untuk ulasan terdahulu penulis dan sini untuk alasan penghakiman penuh oleh Mahkamah yang membebaskan Anwar.
Temberang PKR, PAS dan DAP ditambah lagi dengan sikap semula jadi Anwar yang pandai memutar belit menyebabkan rakyat kebanyakan semakin ramai yang mempercayai beliau. Malah, golongan muda yang masih berhingus ketika Anwar dipecat dulu pun menyokong beliau secara membuta tuli. Kesannya, BN menang dalam ketewasan dalam PRU 2008.
Maka bongkaklah Anwar dengan mendakwa beliau merupakan bakal Perdana Menteri yang akan mengambil alih Putrajaya pada 16 September 2008. Retorik itu menyebabkan para penyokong Pakatan Haram khususnya terus terlupa bahawa Anwar pernah dipenjarakan atas masalah moral.
Apabila Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh Anwar pada Jun 2008, penyokong Pakatan Haram mendakwa ia direka-reka kerana Anwar telah berjaya menyatukan PAS dan DAP memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum. Segala usaha dilakukan untuk menampakkan ia satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan kerjaya politik Anwar.
Apabila Saiful Bukhari mengambil sikap berani untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa beliau diliwat Anwar, para penyokong Pakatan Haram mulai resah. Saiful bukan bersumpah biasa malah bersumpah laknat.
Namun seperti biasa, Anwar bukan saja tidak mahu bersumpah yang beliau tidak meliwat Saiful untuk meyakinkan umat Islam di Malaysia tetapi sebaliknya mengambil sikap untuk memutar belit dengan mengatakan para ulamak kononnya melarang beliau dari bersumpah dan sumpah yang dilakukan Saiful itu kononnya tidak betul dan tidak mengikut syariat Islam.
Untuk mempertahankan diri, Anwar mengambil langkah untuk mencipta akuan bersumpah. Untuk menjayakannya, barisan peguam terbaiknya diminta untuk menyiapkan skrip-skrip dan jalan cerita yang dapat menampakkan beliau sebenarnya tidak terlibat dalam aktiviti liwat.
Rahimi Osman dan Rasid Rosdi, kedua-duanya bekas pembantu Anwar, secara terpaksa telah menandatangani akuan bersumpah yang mendakwa kononnya Anwar tidak bersalah. Menariknya, di dalam akuan sumpah berkenaan, ia turut cuba untuk mengaitkan Datuk Seri Najib.
Kini, Rahimi telah bertekad untuk membuat laporan polis untuk menceritakan kebenaran yang sebenar bahawa beliau sebenarnya telah ditekan untuk membuat akuan bersumpah palsu dulu. Rahimi melakukannya demi untuk membersihkan dosa-dosanya. Beliau sedar tindakannya dulu yang menurut kemahuan Anwar telah meaniaya rakannya sendiri, Saiful Bukhari. Rahimi tidak mahu lagi dosa-dosanya itu menghantui hidupnya sepanjang hayat.
Keberanian Rahimi itu telah membuka mata seorang lagi pembantu Anwar, Rasid. Semalam, 13 Oktober 2010 Rasid turut membuat laporan polis mengatakan beliau juga dipaksa untuk membuat akuan bersumpah palsu, semata-mata untuk membela Anwar dulu. Rasid juga tidak mahu menjadi pendusta yang berdosa sepanjang hayat.
Nah! Kebenaran semakin terserlah sekarang. Mungkin Anwar merasakan beliau boleh mereka-reka cerita untuk menampakkan dirinya maksum tetapi hakikat tetap hakikat. Masakan bangkai gajah boleh ditutup dengan daun pisang? Dan bukankah mudah sekiranya Anwar sejak awal-awal lagi mengambil sikap untuk bersumpah laknat beliau tidak terlibat dalam aktiviti liwat dan bukannya mereka-reka akuan bersumpah. Sekarang siapa yang susah? Adakah ini sebenarnya balasan untuk beliau?
Akhir sekali, penulis menyeru kepada mangsa liwat dan mereka yang dipaksa untuk membuat akuan bersumpah palsu yang lain, sekiranya ada, untuk tampil memberanikan diri membuat laporan polis. Anda tidak perlu lagi untuk hidup di dalam ketakutan dan berasa berdosa sepanjang hayat. Biar kebenaran dan hakikat itu terdedah, masih belum terlambat lagi.
Marilah kita berdoa agar Malaysia akan terus terpelihara dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas sahaja dipilih oleh Yang Maha Esa untuk mentadbir bumi bertuah ini. Semoga kita sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Amin.
NUAR DA TERKENTUT DA, SENAK PERUT, BUASIR DA.....DOLLH TAK TOLONG KE....DIA YANG BEBASKAN NUAR SEPATUT DIA PERLU BANTU MENJERNIHKAN KEADAAN...AKU INGAT DOLLAH PUN DA DILIWAT OLEH NUAR NI....BAYANGKAN DOLLAH PM DI KENCINGKAN INIKAN PULAK RAKYAT BIASA YANG DA KECEWA...YG KEMUDIAN SOKONG PKR....APA PENDAPAT ANDA...
BalasPadamKebenaran akan mengatasi kebatilan..Nuar tak yah berteriak2 di Indonesia..datang sini perbaiki keadaaan...perbaiki parti, perbaiki PR ada berani? Dulu asyik fitnah orang sahaja..sekarang apa jadi??? terlalu rakus mengejar kuasa..
BalasPadamKecoh di luar sahaja..di dalam haru biru..ada rakyat melarat di sini? melingkupkan negara saja tau..rakyat dah muak..rakyat semakin sedar...
inilah pejuang yang diagung2 kan oleh pas dan dap. apa kisah dia meliwat ke tidak! lagi kan eli bogel pun boleh diangkat jadi pemimpin oleh pas. kesian sungguh aku tengok...
BalasPadamDia tak berani bersumpah kerana takut dimakan sumpah tapi dia harus ingat sumpah dengan nama allah jangan dibuat main.Anuar ingat sumpah org lain juga bolih terkait sama dengan org yg melakukan kesalahan terhadap org yg diinaya olih sang perlaku ini bukan sumpah dimahkamah atau nak jadi YB ini sumpah sebut nama allah di depan mimbar
BalasPadamooi macai... kalau takada bukti jangan tuduh2.tu fitnah namanya..kalau lu sudah fitnah ..lu apa agama..kalau lu islam..lu sendiri mau ingat ler.. tarak baca punya olang
BalasPadamramai betul pelakon2 jambu yang dikaitkan dalam drama aljubier:azizan,sayfool,mior,munawar anees,rasid,rahimi,azmin,ismail,etc.Itu yang kita tau.....
BalasPadamyg kita x tau???kadang2 di hati ini tertanya2 jugak,agak2 masa aljubier jadi boss besor ABIM,masa ada buat usrah ker tamrin ker,kalau brother2 yang lombut2 dan jambu,ada x yang kene torrrrrrrron dengan babi bertopeng manusia tuh??????
ngeri aku memikirkannya.minta2 takdele..pesal ABIM ma,imej islam.....bukan imej kaum nabi lut.
kalau orang lain pitnah,kalau wolly selipor dia..sumer betul,fitnah halal...hahahahahaha
BalasPadamBerani kerana benar takut kerana salah.Adake orang tak salah takut bermubahalah/bersumpah laknat?
BalasPadamBayangkan kalau anda difitnah berkali2 meliwat lelaki kemudian seorang yg memfitnah anda mencabar anda untuk bersumpah laknat,adakah anda takut dan beri macam2 alasan?
Sudah tentu orang yg benar tak takut untuk bersumpah laknat dan menyerahkan kebenaran ditentukan oleh Allah seperti yg saiful lakukan.
Perkara yg paling mudah untuk membuktikan kebenaran seperti bersumpah laknat pun anwar tak berani lakukan,jadi macamana nak bersihkan namanya kalau benar dia difitnah?
Ok kalau tak mau bersumpah juga maka terima sajalah keputusan mahkamah nanti,kalau dibuktikan bersalah jangan tak mengaku pulak.
JIKA BENAR ANUAR BERSUMPAH SEKALI PUN, MEDIA MANE YANG NAK SIARKAN??? mungkin DSAI bersumpah? tp kita semua di tipu oleh media... Wollohuala...
BalasPadamada ke TV siarkan Nik Aziz memberi sumbangan kepada keluarga mangsa2 tahanan ISA yg menderita?
BalasPadam