Isnin, 25 Oktober 2010

Strategi-strategi PAS memfitnah Rosmah dan fakta mengenai Islamic Fashion Festival yang diselindungkan!

Alhamdulillah, apabila penulis mendedahkan perbandingan peragaan fesyen-fesyen yang dipertontonkan dalam Islamic Fashion Festival (IFF) di kalangan tiga negara pengajur yang berbeza dalam posting sebelum ini (sini), terdapat ramai di kalangan penyokong BN yang pada mulanya termakan dengan fitnah PAS terhadap Rosmah telah mula menyedari perkara berkenaan.

Yang paling menggembirakan penulis, ada juga kalangan mereka yang di atas pagar dan penyokong Pakatan Haram sendiri yang mula menyemak semula kebenaran di sebalik fitnah PAS. Hasilnya, sebahagiannya mengakui, ia merupakan strategi PAS untuk meraih keuntungan poltik.

Bagi menampakkan ia dengan lebih jelas, penulis senaraikan strategi-strategi yang digunakan PAS untuk memfitnah Rosmah serta fakta yang diselindung mengenai IFF.


PERTAMA, PAS membangkitkan dan menwar-warkan isu IFF kononnya demi untuk kepentingan Islam.

Hakikatnya, PAS mempergunakan isu ini lebih dari memperjuangkan Islam. PAS sebaliknya mahu memperkukuhkan kedudukan politik mereka. Perkara ini terbukti apabila Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sendiri terlepas cakap apabila mengatakan “mereka (PAS) mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik” dalam memperjuangkan perkara ini (sini). Ini bermakna, apa saja yang dilakukan mereka adalah muslihat politik demi untuk mendapat undi. Ia bukti PAS mempergunakan Islam untuk berkuasa.


KEDUA, PAS menggambarkan seolah-olah IFF dimiliki oleh Rosmah.

Hakikatnya, IFF diwujudkan oleh Nusantara Gems Sdn. Bhd yang dimiliki oleh Raja Rezza Shah, bekas pelakon yang pernah mewarnai industri hiburan tanah air. Rosmah hanya dilantik beliau sebagai PENAUNG untuk IFF.

Seseorang penaung yang dilantik untuk sesebuah persatuan, pertubuhan atau mana-mana badan hanyalah bertujuan untuk “menguntungkan” organisasi berkenaan. Dengan kata lainnya, nama penaung yang dilantik itu “dipergunakan” untuk sama ada meningkatkan imej atau memudahkan urusan organisasi.

Seseorang penaung hanya memberikan buah fikiran untuk memajukan organisasi dan beliau langsung tidak berkuasa untuk menentukan perjalanan organisasi berkenaan. Apatah lagi menentukan tindakan yang boleh atau tidak boleh dilakukan.

Dalam konteks IFF, ternyata, nama Rosmah digunakan sebagai Penaung untuk memudahkan Nusantara Gems mendapat publisiti dan sumbangan dana kewangan. Tidak sukar untuk memahaminya. Hanya PAS yang sengaja buat tidak nampak perkara ini demi untuk keuntungan politik.


KETIGA, PAS menggambarkan Rosmah yang menguruskan IFF sama ada yang berlangsung di dalam atau luar Negara. Rosmah diperlihatkan sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap segala pengisian aktiviti termasuk menentukan senarai pereka fesyen dan jenis-jenis pakaian yang perlu dihasilkan oleh mereka.

Hakikatnya, perjalanan dan pengendalian IFF diuruskan oleh jawatankuasa di Negara penganjur dan diawasi oleh Raja Rezza. Tema, pemilihan senarai pereka fesyen dan segala pengisian IFF diuruskan oleh mereka. Kebiasaannya, tema yang dipilih adalah bercirikan tempatan dan antarabangsa.

Oleh itu, Rosmah langsung tidak terlibat dalam pengisian dan perjalanan IFF. Kehadirannya ke IFF di dalam atau luar Negara (Monte Carlo, Dubai, Indonesia atau mana-mana negara) sama ada bersama Najib atau tidak hanyalah sebagai Penaung, bukan sebagai pemilik acara!


KEEMPAT, PAS menonjolkan pakaian para peraga wanita yang mendedahkan aurat untuk menunjukkan IFF tidak Islamik.

Hakikatnya, para peraga yang terlibat dalam pertunjukan IFF bukan hanya melibatkan wanita, peraga lelaki turut terlibat. Malah, kanak-kanak turut memperagakan pakaian. Jumlah pakaian yang menepati syarak (menutup aurat sama ada bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak) yang diperagakan sebenarnya jauh lebih besar jumlahnya berbanding dengan yang tidak.

Ini bukan bermakna penulis ingin mempertahankan apa yang salah. Salah tetap salah, namun penulis hanya ingin mendedahkan apa yang tidak ditunjuk oleh PAS. PAS hanya melihat kepada satu titik hitam di atas kertas A4 berbanding keputihan kertas berkenaan yang jauh lebih besar saiznya. Yang buruk hanya pada orang lain, yang suci kononnya hanya mereka.

Hasil karya Penyokong Ajaran Songsang

KELIMA, PAS mendakwa Rosmah dan para pereka pakaian jahil dan tidak Islamik kerana terdapat pakaian yang didakwa menggunakan ejaan nama Rasulullah.

Hakikatnya, pakaian yang diperagakan oleh para model (sama ada lelaki atau perempuan) sebenarnya tidak semuanya direka oleh pereka beragama Islam. Sebelum sesebuah IFF dilangsungkan, semua pereka yang diundang termasuk yang bukan beragama Islam, akan diterangkan berkaitan dengan tema IFF mengikut Negara pengajur. Kebiasaannya, para pereka akan memilih nilai-nilai tempatan (Negara pengajur) atau membawa nilai-nilai dari Negara mereka.

Dalam kes pakaian yang didakwa menggunakan ejaan nama Rasulullah, perekanya ialah Parfait Behen yang berasal dari Cameroon. Beliau bukan seorang yang beragama Islam. Tema yang dibawanya adalah dari negaranya sendiri, Cameroon. Penghasilan pakaian yang dihasilkannya adalah mengikut sosio budaya di negaranya.

Penulis percaya, Behen tidak mengetahui adab dan etika berpakaian dalam Islam. Beliau menghasilkan pakaian berdasarkan pemerhatiannya terhadap budaya dan adat masyarakat Islam yang jumlahnya sangat kecil di negaranya. Di Cameroon, pecahan masyarakatnya mengikut agama adalah 20% Islam, 40% Kristian dan 40% lagi mengamalkan kepercayaan indigenous yang diwarisi turun-temurun (sini).

Sekali lagi dinyatakan, penulis tidak bermaksud untuk menegakkan benang yang basah. Salah tetap salah. Namun dalam kes ini bukanlah Rosmah yang bertanggung jawab. Seharusnya Negara pengajur dan Rezza yang menapis terlebih dahulu semua pakaian yang ingin diperagakan.

Jadi, apa perlu dipalitkan dosa berkenaan sepenuhnya kepada Rosmah. Ya, mungkin beliau ada berdosa sebagai penaung IFF. Biar Allah yang menentukan besar kecilnya dosa beliau. Jangan pula kita yang menjadi penghukum dan menjatuhkan maruahnya semata-mata untuk mendapat sokongan politik!


KEENAM, PAS mewujudkan page di Facebook untuk memburukkan Rosmah. Ia kononnya untuk menunjukkan mereka prihatin akan “ketidak-Islamik” IFF.

Hakikatnya, page yang diwujudkan ini bertujuan politik sepenuhnya untuk keuntungan PAS. Page-page yang diwujudkan seperti Rosmah Mansur,kenapa hina agama sendiri?, Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam, Rosmah Mansur, Please apologize to Muslims dan Rosmah Mansur, please say sorry to all muslim and muslimat kesemuanya dilihat lebih untuk menghina peribadi Rosmah dan Najib, bukannya untuk mempertikaikan IFF.

Gelaran-gelaran yang diberikan seperti Bik Mama, perempuan puaka dan perempuan rambut tebuan langsung tidak berkaitan berkaitan dengan IFF. Apa yang jeliknya juga, ramai yang menghina Rosmah kerana tidak bertudung turut tidak memakai tudung. Ada sebahagiannya pula berpakaian seksi, jauh lebih seksi dari model yang terlibat dalam IFF.

Inikah hasil didikan PAS terhadap golongan muda? Mengapa mereka tidak diajar untuk melihat diri sendiri? Lihatlah bagaimana PAS sanggup menghalalkan tindakan mereka semata-mata demi undi! Orang lain buat haram, mereka buat, boleh saja, asalkan menguntungkan politik PAS!


KESIMPULANNYA, strategi-strategi yang digunakan PAS untuk memfitnah Rosmah ini terbukti AMAT BERJAYA untuk mengukuhkan sokongan di kalangan penyokong tegar mereka, menarik pengundi atas pagar dan membengongkan penyokong BN.

Walau bagaimanapun penulis percaya, lama-kelamaan, kebenaran dan hakikat akan terdedah dengan sendirinya, biarpun ia memakan masa.

Jentera BN di Galas dan Batu Sapi perlu bersedia sepenuhnya. Isu ini pasti akan dimainkan PAS dengan lantang dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Marilah kita berdoa agar dijauhkan dosa fitnah dan sentiasa berada di siratulmustaqim serta diredhai oleh-Nya.


Nota kaki: PAS perlu dibaca sebagai Penyokong Ajaran Songsang dan mohon membaca keseluruhan artikel sebelum memberikan ulasan. Terima kasih.

77 ulasan:

  1. Terima kasih atas pencerahan, itu lah kadang2 bila berita terlalu exaggerate, hati dah mula rasa lain. Terima kasih sekali lagi. :)

    BalasPadam
  2. setuju dengan zinedine zaiddin. tq blogger!

    BalasPadam
  3. Salam 153.

    Berkata benarlah walaupun pahit.Janganlah berpusing pusing nak membenarkan hujah.Saya juga blogger sealiran dengan saudara.

    Cukup cukuplah kalau nak membela pun.Akhirnya kita akn berjawap dgn Allah SWT bukan dengan Rosmah ataupun Najib.

    BalasPadam
  4. APA baca sampai habis ke tak? aku tak nampak apa masalah pun dengan tulisan 153 ni.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas ingatan dan pandangan sahabat blogger APA.

    Blog saudara telah saya linkkan ke blog ini. Wassalam.

    BalasPadam
  6. sy kurang setuju dgn cara kita, seolah2 kita mempertahankan kesilapan..

    saya lebih setuju dgn ulasan dinturtle..

    http://dinturtle.blogspot.com/2010/10/isu-iff-najib-dan-rosmah-tidak-harus.html

    BalasPadam
  7. TN 11:17, sy tidak kenal dengan 153 dan bukan untuk membela beliau tapi saya merasakan posting beliau ini ada benarnya. sesetengah perkara tidak didedahkan oleh pas. keseluruhannya, tidak nampak untuk bela rosmah tapi lebih kepada apa yang tidak dipandang sebelum ini.

    itu pandangan sy sj. maaf kalau ada kesilapan.

    mawar pelangi

    BalasPadam
  8. mengapa sebelum menjadi penaung tidak mengkaji terlebih dahulu baik buruk... dimanakah peranan penasihat? atau tiada penasihat

    BalasPadam
  9. Salam,
    Yang rosmah pegi jadi penaung pada badan yg tak berfaedah mcm tu buat apa, skrg dah jelas yg festival tu mengarut, apa lagi, rosmah kena tarik diri sebagai penaung kepada badan tu utk menunjukkan yg dia benar2 kesal atas apa yg berlaku.

    BalasPadam
  10. adakah u yg buat fitnah pd PAS atau PAS buat fitnah pd Rosmah?..Allahu Alam..

    BalasPadam
  11. setuju dengan Sang Guna. salah atau betul, rosmah patut tarik diri dari jadi penaung.

    thanks 153.

    BalasPadam
  12. anon 1141
    PAS tu bermaksud Penyokong Ajaran Songsang. cuba lihat nota kaki tu. mungkin para penyokong Pakatan Haram la tu heheheh agaknye la...

    BalasPadam
  13. dah tau ade yg non muslim yg terlibat jgn r bubuh pertunjukan fesyen islam...bukan nak salah kn sape2 tp org yg urus kn mende alah nie sendiri ley pk ape pandangan barat ble kte involve dlm mende2 cmnie atas nama islam plak 2..ape plek pbdabgan negara2 islam laen???xkn r event besa2 tp mende2 cmnie xley pk..

    BalasPadam
  14. thanks utk penulis, sy ada nmpak la gamba tag iff ni utk burukkan rosmah jd sy cari sapa tuan punya gamba n sy pun bg lah link tuan ke dia..

    sy ni bukan lah suka sgt si rosmah yg x pakai tudung tu tp tu bukan maknanya kita boleh fitnah2 dia suka hati..

    BalasPadam
  15. jangan campurkan yg haram dengan yang halal...ibarat air kosong yg bersih dicampur beberapa titik arak, ia tetap haram diminum...ayat "PAS hanya melihat kepada satu titik hitam di atas kertas A4 berbanding keputihan kertas berkenaan yang jauh lebih besar saiznya" tidak sepatutnya digunakan.siapa anda untuk melawan hukum Allah?....jangan buat Islam seperti matematik..tambah tolak dapat untung...sepatutnya kertas A4 tu putih tanpa titik hitam.baru sejahtera Islam..

    BalasPadam
  16. Adakah fashion festival ini budaya/amalan Islam? Adakah di zaman Nabi Muhammad SAW ada festival macam ni? Atau dalam mana2 zaman khalifah berempat ada festival ni? Ada banyak cara berdakwah, adakah ini cara terakhir untuk berdakwah? Islamik ka festival ini? Jawap dulu persoalan ini?

    BalasPadam
  17. Terima kasih Mozas.

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama berkata...
    APA baca sampai habis ke tak? aku tak nampak apa masalah pun dengan tulisan 153 ni.

    Salam,
    Saya salah seorang blogger proBn yg pertama pick up isu ini.Sblm saya suarakan pendapat saya,saya dh buat homework isu ini.

    Rujuk posting awal blog saya.Soalnya bukan salah atau betul Pas fitnah.Soalnya mengapa Rosmah sbg penaung IFF tdk berhati hati.

    Pembangkang akn sentiasa mencari isu,apatahlagi klu isu itu mmg betul betul berlaku.

    Dalam mengatakan yang bathil dan yang hak,politik dan sokongan terhadap seseorang harus diketepikan walaupun ianya pahit utk ditelan.

    Itu pendirian saya.Dalam soal ini Rosmah bersalah krn membiarkan dirinya terlibat dalam IFF yang akhirnya mengundang fitnah.

    BalasPadam
  19. Yang menjadi isu hanyalah pertunjukan fesyen IFF di Monaco... kenapa petunjukan fesyen IFF yang pernah diadakan di Jakarta, Indonesia dan Kuala Lumpur, Malaysia langsung pencacai2 aka penganut2 Pengencing Rakyat tak ulas???

    Mungkin bagi penganut2 Pengencing Rakyat merasakan tak perlu ada pertunjukan fesyen untuk orang Islam kerana mereka hanya ada satu baju je untuk orang Islam di dunia ini iaitu jubah dan serban bagi lelaki serta purdah / kabaya sahaja untuk wanita kot.....

    Patutlah puak pembangkang tu mempunyai minda tertutup je.. Hahahahaha.

    BalasPadam
  20. Rasulullah sendiri telah memakai beberapa fesyen jubah yg dihadiahkan oleh sahabat baginda. Fesyen Aisyah pernah ditegur baginda.

    Festival memang taka ada zaman tu, begitu juga parti politik UMNO, PAS, PKR dan sebagainya.

    BalasPadam
  21. salam semua,

    Apa yg salah tetap salah.

    Datin Seri Rosmah patut lebih waspada dan peka terhadap syarikat2 seumpama penganjur IFF ini.

    Datuk Reza mesti tampil mengaku kesalahan beliau.

    Tetapi perbuatan org yg menangguk di air keruh dgn mengambil kesempatan umpama pukul keliling pun kita kena waspada.

    Saya sgt BENCI politik kotor PASPISPUS yg suka mencari kesalahan org lain tetapi tidak mengaku kesalahan sendiri.

    1.YB NIZAR DLM DUN PERAK - DIMANAKAH DALAM PERLEMBAGAAN PAS MENGATAKAN HASRAT MENUBUHKAN NEGARA ISLAM?

    2.PAS BUAT SEMBAHYANG HAJAT AGAR ALLAH S.W.T. TURUNKAN AZAB KEPADA TUN DR. MAHATHIR.SKRG KEBENARAN TELAHPUN TERBUKTI APA YG TUN BUAT DULU ADALAH BENAR SEBENAR2NYA.

    AIR MANI DSAI DLM DUBUR SAIFUL ADALAH BUKTI SAHIH DAN NYATA.ALLAH S.W.T SUDAH TURUNKAN PETANDA TAPI ORG PAS SAJA YG MASIH BERDOLAK DALIK DAN MASIH BERSEKONGKOL DGN ORG YG NABI SENDIRI TIDAK MENGAKU UMAT.

    3.PAS LULUSKAN LESEN ARAK DI KELANTAN.PERKARA INI SAJA SUDAH CUKUP UTK MELAYAKKAN PAS DI GELAR PARTI TOPENG HIPOKRIT YG MEMPERGUNAKAN AGAMA MAHA SUCI INI UTK KEPENTINGAN DUNIA.SAYA CABAR ORG PAS BAGI ALASAN MUNASABAH TTG PERKARA INI...DAN TOLONG JGN KAITKAN UMNO DLM JAWAPAN ANDA.
    SAYA CUMA INGIN ANDA CUBA BUKTIKAN PAS BUKAN HIPOKRIT JE.(WALAUPUN KITA SUDAH TAHU HAKIKATNYA!)

    4.HUKUM HUDUD CUMA .001% JE - PAS.
    KALAU DAH CKP MCM TU APA DAH JADI DGN PERJUANGAN ANDA SEBELUM INI?

    5.PAS TIDAK PERNAH BINA SATU MASJID PUN SELAMA 20 TAHUN MEMERINTAH KELANTAN.

    Oleh itu tidak keterlaluan jika saya anggap PAS dan pengikut2 butanya adalah lebih teruk dari UMNO kerana ciri2 tersebut diatas.

    Mengata org lain sangat pandai tahap professional,ttp bila kena muka sendiri tak boleh jawab dgn rasional dan mula guna emosi.Para pembaca yg budiman nilaikan sendiri perangai mereka yg pakai topeng ini.

    Wassallam.Oh ye org2 Paspispus...kirim salam kpd Din Puduraya!


    Anti hipokrit

    BalasPadam
  22. Kalau tengok pada gambar najib tawaf tu macam tak sah dan terbatal...bahu dia tak setentang dgn kaabah...hehehe...naya najib...kalau betul tahalul dia pun jadi taksah..bila taksah dia masih dlm imram..bila dia projek dgn big mama sekali dam nya sekor unta...berapa kali dia projek ngan big mama?haruuu

    BalasPadam
  23. Sepatutnya sbgai seorang Islam dan isteri kepada seorang PM dia perlu bertindak menjauhkan diri dari sebarng aktiviti yg boleh memberi persepsi negatf terhadap Islam. Paling kurang menegur penganjur tersebut bahawa penganjuran seumpama itu tidak langsung menunjukkan pemakaian seorang wanita muslimah. Mgkin dia tidak dinasihatkan mengenai aturcara tersebut namun beliau perlu memberi kenyataan tidak bersetuju dgn aktiviti sedemikian selepas menghadiri acara tersebut itulah yang terbaik.

    BalasPadam
  24. mari kita buat perbandingan cara Obama dan cara Malaysia berkempen, Sepatutnya Media bebas melaporkan mana2 parti politik semasa bertanding bergantung kepada kemampuan parti2 untuk memilih siaran tv yg sesuai untuk berkempen. Sebagai sebuah negara yg Demokrasi perkara ini tidak sepatutnya berlaku... Maaf jika saya silap...

    BalasPadam
  25. hurmmm...kak rosmah pegi haji untuk ape kalau balik nnti TETAP BUKAK TUDUNG...tak tutup aurat...die ingat tutup rambut bukan aurat kot...hurmmm...

    nak tanye pemilik blog ni, awak stuju tak tonjolkan rambut kat orang slain suami tu haram dalam islam?? kalau rakyat biase ok la lagi walaupun haram gak, tp die tu bini perdana menteri...tp awak tetap sokong die kan?? hurm...

    BalasPadam
  26. ya rosmah berdosa kerana tak pakai tudung, tetapi kenapa penyokong PAS, PKR dan DAP yang beragama islam tak pakai tudung, berpakaian seksi, kunjung club, minum arak itu tak disalahkan? nak buat macam mana? suruh najib cerai rosmah? apa punya pemikiran la pakatan haram ni.

    BalasPadam
  27. Renungan pencaci2 fanatik ...dah ler tu.. pekara cam tu hangpa nak kata betul juga..baik hangpa makan babi jer..

    BalasPadam
  28. anon 1540, rosmah pegi haji dengan najib sebab dia dah penuhi empat rukun Islam yang sebelumnya. engkau dah pegi haji belum? yang 4 rukun mudah dah buat?

    rosmah tak tutup aurat rambut dia berdosa. dia pegi haji dapat pahala sebab dah tunaikan rukun yang kelima. sekali lagi nak tanya, engkau dah penuhi ke rukun iman tu?

    apa beza bini pm atau rakyat biasa. haram tetap haram. dosa tetap dosa. rosmah berdosa apa penyokong pas buat tak berdosa ka? jangan kalau penyokong pas buat boleh, orang lain tak boleh.

    -kunyit-

    BalasPadam
  29. pembetulan ayat, rukun islam!

    -kunyit-

    BalasPadam
  30. MasyaAllah, soal bagaimana Najib tawaf pun ada pencacai haprak nak polotikkan....!!! Kalau 2 juta orang yang melakukan haji dan bertawaf sekeliling Kaabah, takkan 1,999,998 orang semuanya sempurna bertawaf, tapi hanya 2 orang sahaja yang mengerjakan haji langsung tak sempurna dan tak sah hanya kerana bahu dia tak setentang dgn kaabah!!!

    Memang teruk sungguh perangai penganut hamPAS ni....

    Ooooiii, bahalul MM... cuba tanya dengan pemimpin idola kau si AnWAR PELIWAT tu (ha, yang kononnya Pemikir Islam ke-32 Terbaik Dunia tu!!), sudah berapa kali pergi mengerjakan haji ke Mekah tu??? Tiap2 tahun ke??? Atau takut nak ke Mekah langsung sebab sedar diri tu PELIWAT TERBAIK DUNIA????

    Nak kata tak ada duit, boleh pula terbang sekeliling dunia, dari Amerika ke UK, dari Australia ke Indonesia... tapi nak terbang ke MEkah... agak2nya bila tu???? Tak dapat hidayah lagi ke???? Hahahahaha.... memang bahalul si MM ni, si penyokong tegar PELIWAT TERBAIK DUNIA..... si pakar fitnah pula tu.....

    BalasPadam
  31. Hahahahaha.... mari kita lihat pula KEBODOHAN TAHAP CIPAN + FITNAH puak2 penganut hamPAS dalam mengeluarkan kenyataan mengenai IFF ni semata2 kerana nak buat demonstrasi pada 22 Oktober yang lalu.

    "Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini. DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka."


    Hahahahahaha..... nampak tak kebodohan mereka, "IFF di Kuala Lumpur"???? Kah.. kah.. kah...

    BalasPadam
  32. huhuhu~~
    luculah kamu semua ni ek....
    jgn kita gaduh benda yang telah tetap dalam agama...
    cari surah an-nuur ayat 31... psal aurat....
    Rasullulah saw pernah bersabda" Yang Halal dan Haram itu jelas di dalam al-quran, dan yang lain itu syubhah"hadis riwayat muslim klu xsilap la...

    Kita jgn menuduh orang jika kita tiada bukti kukuh....dan ia akan jatuh fitnah jika perkara itu tidak betul.... jadi, kita hanya nasihat je la ek.... xperlu tuduh orng tu salah atau orang tu betul sbb zaman sekarang semua boleh berlaku....
    Yang Rasullulah saw pesan....
    ikutlah pemimpin yang menegakkan agama didalam negeri kamu...
    Klu pas ker, umno ker, keadilan ker, malahkan DAP or MCA ker yang menegakkan agama islam.... maka, kita ikut.... bukan susah sbb kita blh nampak dgn mata kita sendiri....

    pemimpin hanya boleh menjalankan pentadbiran supaya aurat ditutup tpi, yang buatnya rakyat... tapi, jika pemimpin tidak menunjukkan contoh, masakn rakyat boleh ikut sbb mereka ada alasan.... skunk, klu pemimpin gne media massa pun dah ckp untuk nasihatkan.... sama2 lah kita berserah pada yang Ilahi....
    kita sebagai rakyat ini hnya boleh memlih pemimpin untuk kearah negara islam.... bukannya mentadbir...jadi xyah la nak comment2 pentadbiran orng sbb bkn kita yang ada disitu tpi, kita boleh meletakkan sapa2 dsitu...

    BalasPadam
  33. HURM....
    bab luluskan lesen arak tu ak xsetuju langsung der....
    ak dok kelantan dah 19tahun der...
    memang zaman rasullulah saw ader gak orang minum arak....
    sbb dia kapir....
    kalu dah kapir, nak minum aper pun xper der...
    lulus lesen tu memang lulus tapi ayat blakang hang xamik...
    tempat jual arak, adalah tertutup dan dilarang untuk orang melayu dan islam membeli...
    der, kalu kat selangor masa umno perintah....
    kilang tersegam indah kat pintu masuk shah alam...
    lu xkesah der...
    orang nak pindah ader je alasan...ckp kerajaan negeri xnak masuk cmpr..
    skunk dah wat prob bila kerajaan negeri skunk nak pindah kilang tu....
    ape ni der? lu cakap mcm lu baca plk perlembagaan tu...

    BalasPadam
  34. Halal itu jelas. Haram pun jelas. sekarang bukan soal pas ke umno, tapi nampak sgt hukum Allah dihina. kalau designer bukan Muslim sekali pun, penganjur patut memberi garis panduan kepada designer.

    Buka lah quran. baca lah kerana Allah dan Rasulullah, bukan kerana politik. Wallahuam.

    BalasPadam
  35. salam semua,

    tanpanama 19.14 kata bab belakang tak ambik.

    Apakejadahnya?Yg haram tetap haram.

    Macam nak gila kempen satu Malaya nk tubuhkan negara Islamlah,serambi mekahlah,hududlah...last2 buat pusingan U-turn.Pengikut taksub buta Paspispus kenapa tak nak terima kenyataan?

    Cakap lain buat lain adalah ciri2 hipokrit.

    Wassallam

    Anti hipokrit

    BalasPadam
  36. salam,

    'Melayu Mukmin'? tapi fitnahkan najib & isterinya bertalu2 dlm komen andaiannnya yg pendek tu! MUKMINKA?
    1) najib tawaf tu macam tak sah dan terbatal...
    2)bahu dia tak setentang dgn kaabah...hehehe...
    naya najib...
    3)kalau betul tahalul dia pun jadi taksah..
    4)bila taksah dia masih dlm imram..
    5)bila dia projek dgn big mama sekali dam nya sekor unta...
    6)berapa kali dia projek ngan big mama"

    sebenarnya sedap sangat menfitnahkan orang lain. apa lagi kalau orang tu tak dapat membalas fitnah2 & kejian2 tersebut!!! senang suruh orang lain sedar tapi pernahkah yg menulis yg bukan2 ni insaf bahawa andalah sebenarnya berperangai seperti orang jahil, suka menggelarkan orang yg anda tidak keanali/sukai dgn gelaran2 yg jahat (Nabi SAW sgt melarang umatnya menggelarkan orang lain kerana mrk juga hamba Allah) & anda juga penabur fitnah?

    BalasPadam
  37. salam semua,

    Penyokong buta Paspispus kalau jawab demi nk menang sorak baik jangan.Itu hanya menonjolkan tahap pemikiran anda yg lemah.

    sila jawab dgn bernas soalan2 saya.

    Wassallam

    Anti hipokrit

    BalasPadam
  38. saya rasa penjelasan ustaz zaharuddin menjelaskan semua...

    ini bukan agenda politik...

    BalasPadam
  39. TAK FAHAM aku tengok baca org MELAYU dan BERUGAMA ISLAM..Bergaduh mencaci antara satu sama lain...AGENDA KAFIR dah mula nak berjaya...LU MELAYU ISLAM angkat ini pisau satu solang kasi tikam ....tapi ar dua2 mesti mati ar....sinang wa mahu pelintah ini MALAYSIA...boleh tukar nama baru KAFIRSIA... Ini MELAYU ISLAM banyak cinang mahu kasi BOLOH!! SEDARLAH PAS UMNO MESTI BERSATU!!

    BalasPadam
  40. aku hanya inginkan ekonomi rakyat terbela....rakyat nk hidup dgn hati senang...bukan dlam gundah gulana...trima kasih...aku sedih...perkara ni...dicanang2...apa efek kpd rakyat???aku x kisah blah mana yg memerintah...jnji...ekonomi rakyat..bkan segelintir...tetapi smua...dibela...t'utamanya rasku...melayu...

    BalasPadam
  41. Bulan Sabit Merah ada penaung, Badan kebajikan ada penaung, begitu juga rumah kebajikan. Hatta kalau universiti pun ada tapi istilah nya Cancelor. Cuma nak tanyalah kalau berlaku apa-apa dalam mana-mana badan, pergerakan, atau Institusi tu..... adakah penaung akan dipersalahkan bulat-bulat? rasanya tidak kut...yang akan di tanya dahulu adalah orang yang bertanggungjawab dalam menguruskannya yang akan di tanya dan dipertanggungjawab.... lalu tak nampak dimana rasionalnya juak-juak pembangkang menjadikan perkara ini sebagai ISU. paling kuatpun penaung akan berucap "ubahlah cara kita menggubah hasil seni itu supaya benar-benar menepati konsep ISLAM sebagaimana yang di terapkan oleh pereka-pereka dari MALAYSIA" (Dalam kes ini dimasa akan datang) sudah tentu ROSMAH akan melihat ini sebagai kecacatannya festival yang julung kali di anjurkan di tiga negara....pembangkang memang haprak...

    BalasPadam
  42. Salam..
    Ada orang lebih suka pertahankan pemimpin dari Agama mereka sendiri, Mereka seolah-olah beri'tiqad bahawa pemimpinlah yang bagi mereka rezeki dan segala kesenagan di dunia.

    Sedarlah wahai orang yang mengucap kalimah syahadah, i'tiqad begitu memang salah, boleh jadi padah dan lagi parah, kalau tidak segera di ubah, mahukah syahadah anda jadi punah, kerana angkara lisan dan lidah, dah elok-elok Islam jadi kafir laknatullah, ucaplah astaghfirullah semoga kesalahan diampunkan Allah.

    BalasPadam
  43. Kepada pencacai paspispus yang mengatakan najib tidak sah kerjakan tawaf, dan projek dengan rosmah. Kau tau ke dia projek ke tidak, apakau ada kat situ? oh ya, pencacai pas dan pkr ini lah kerja nya, sampai air mani dalam jubor saiful pun kau kata dia letak sendiri, atau ada orang letakkan... sape letak? Jijah letak, atau bini kau letak kat jubor saiful? kalau najib nak projek dengna rosmah pun suka hati dialah, yang halal, bukan macam nuar celaka tu main jubor janta, itu yang kau agung agungkan? Itu yang pok n.ajis kata isle tu? pikir lah brother, nama je muslim, perangai macam kafir. Binatang lah lu!

    BalasPadam
  44. "Inikah hasil didikan PAS terhadap golongan muda? Mengapa mereka tidak diajar untuk melihat diri sendiri?"

    Sayang..Adakah PM pernah mendidik rakyatnye dgn cara"wahai rakyatku,marilah kita sama2 sembahyang dan menutup aurat"

    PAS mendidik rakyatnya untuk sembahyang dan menutup aurat..rakyat nak tutup aurat/x nk wt cane..?dh pilihan die..cume usahanya selagi boleh dicegah...cegahlah..

    BalasPadam
  45. yang jelas haram tetap haram dan yang jelas baik tetap baik....
    MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA, TIDAK ADA KEMUDARATAN DAN TIDAK BOLEH BERBUAT KEMUDARATAN..

    BalasPadam
  46. Parti Ajaran Sesat..... :-(

    BalasPadam
  47. Hahahahaha.... mari kita lihat pula KEBODOHAN TAHAP CIPAN + FITNAH puak2 penganut hamPAS dalam mengeluarkan kenyataan mengenai IFF ni semata2 kerana nak buat demonstrasi pada 22 Oktober yang lalu.

    "Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini (?????). Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini. DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka."


    Hahahahahaha..... nampak tak kebodohan mereka, "IFF di Kuala Lumpur"???? Kah.. kah.. kah...

    BalasPadam
  48. Saudara pegaga... saya setuju dengan anda.

    Tapi kalau dah berhujah dengan puak penganut hamPAS ni, bukannya mereka boleh berfikir dengan waras sebab tiap2 hari asyik hidu dan jilat kencingan yang hancing dari pemimpin2 Pengencing Rakyat.

    Apa fungsi 'PENGANJUR' dan 'PENAUNG' pun mereka mungkin tak faham. Tu sebab main bedal je..... hahahahaha....

    BalasPadam
  49. haram tetap haram ...

    walaupun setitik nila tetap habis susu sebelanga ..

    batalkan aja festival macam ni....

    aurat tetap aurat .. wajib dijaga dengan sebaiknya ...

    BalasPadam
  50. assalamualaikum......
    kenapa kite hendak pertahankan yang bersalah...
    nk tanya skit....
    hukum agama pas yang punye atau ALLAH???
    kalu dah rase tknk ikut hukum ALLAH jgn duduk dan ambil rezeki di muka bumi-NYA....

    BalasPadam
  51. penyokong pas bangang oi. haram tetap haram. korang baca tak artikel ni cakap apa dari mula? artikel ni bukan pertahan yang haram. artikel ni pertahan fitnah pas terhadap rosmah. dedah sana dedah sini tu, termasuk la rosmah tak pakai tudung tu haram la. berdosa. tapi fitnah pas terhadap rosmah jauh lebih haram dan berdosa. baca bagi habis artikel ni. bodoh!

    -kunyit-

    BalasPadam
  52. "(dedah sana dedah sini tu, termasuk la rosmah tak pakai tudung tu haram la. berdosa)".....yg dah terang lagi nk disuluh buat apa???dh ternyata...adakah itu fitnah.....pahamkan dulu ape itu fitnah.....klau ye pun saye nie pnyokong pas tak delah saye mncarut mcm saudara (kunyit)..sedara penyokong ape plak????..ikut hukum ALLAH..ade adab berforum ke tk nieh....assalamualaikum....

    BalasPadam
  53. Hahahahaha.... penganut hamPAS memang terlalu 'baik', bila bercakap keluar wangi2an dari mulut penganut mereka. Tak ada satu perkataan pun penganut2 hamPAS ni mencarut, mencacai , menipu dan sebagainya..... eeeiii, geli telinga aku mendengarnya. Penganut hamPAS yang puji lebih2 sangat tu KATAK BAWAH TEMPURUNG kot!!!

    Kah.. kah... kah.....

    BalasPadam
  54. tengok dan dalami ilmu dari ustaz ini http://www.facebook.com/video/video.php?v=156348824382484

    BalasPadam
  55. wahai MR.SHONZU kejahilan anda memng terserlah....berbahasa pun tidak betul nk pulak sedara berbicara....sya ini bukanlh PENGANUT PAS.....tapi saye sekadar menyokong pihak yg benar dari segi hukum ALLAH....SEDARA PAHAM TK APE MAKSUD (PENGANUT)!!!! JAHIL3.....!!!!!

    BalasPadam
  56. Hahahahahaha... penganut hamPAS yang terlalu inginkan 'syurga' N.Ajis dah marah2. Kah.. Kah.. Kah...

    Tak boleh tulis 'penganut hamPAS' ke??? Puak hamPAS tulis 'penganut UMNO' boleh pula ye!!!!!

    Hahahahahaha.... HIPOKRIT sungguh. Celako!!... celako!!!.. celako!!!...

    BalasPadam
  57. rambut same hitam tapi hati lain2 sedara....tak tau lah kalau2 org umno ade rambut perang ke.....tak tau ukum agama lh katekn....

    BalasPadam
  58. وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

    Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

    Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

    BalasPadam
  59. saye sokong pernyataan diatas.....ade ke penyokong2 RM nk membantah ayat2 suci yg dturunkn oleh ALLAH....

    BalasPadam
  60. Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah DIINGKARI dan DIPEROLOK-OLOKKAN (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain.


    Eh... tu bukan perangai penganut2 hamPAS ke??? Siapa yang siap berTAKBIR bila orang2 kafir laknat membaca surah Al-Quran, siap wujud SURAH AURA lagi. Siapa ye??????

    Kah.. kah... kah.... Buat penganut2 hamPAS. Take beer.........

    BalasPadam
  61. kasi share skit! berapa duit empunya blog nie dapat erk??

    BalasPadam
  62. geli ar ngn statment dia ni....nmpk sgt putar belit,salah tetap salah,apa nk belit2,rosmah kena bertanggjwb...len kali kaji dlu...

    BalasPadam
  63. mngkin penyokong2 RM n blogger nieh tk mengerti apa itu fitnah.....dah tahu diri tu jahil dgn hukum agama jgn lah nk sebut bab hukum agama nieh.....buat tmbah dose je....rasenye blogger nie pun kene sumbat duit dalam mulut dia gak kot....

    BalasPadam
  64. salam,

    Di kesempatan ini saya sebagai seorg umat Islam yg bertanggungjawab menunaikan kewajipan saya utk menyeru semua yg bersekongkol dgn peliwat tegar ini agar bertaubat.

    Jika tuan / puan tidak ambil endah maka anda jawablah sendiri di Padang Masyar nanti.

    wassallam

    anti hipokrit

    BalasPadam
  65. Orgx UMNO ni lebih yakin dengan apa yg najib dan rosmah buat semua x salah sedangkan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (link disini http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/970-awasi-islamic-fashion-show.html) dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin (link disini http://malaysiakini.com/news/146126) telah ulas dengan terang dan nyata dan utk pengetahuan penulis merekax ni bukan orang PAS.Kita bangkitkan isu IFF di Monte Carlo kerana mencemarkan nama Islam. Ulasan penulis pun dangkal utk mempertahankan rosmah yg berbunyi "Seseorang penaung hanya memberikan buah fikiran untuk memajukan organisasi dan beliau langsung tidak berkuasa untuk menentukan perjalanan organisasi berkenaan. Apatah lagi menentukan tindakan yang boleh atau tidak boleh dilakukan". Lupakah kita kepada Hadis Nabi Sabdanya "Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ia merubah mengingkari)dengan tangannya jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan
    lisannya,jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya,dan itulah keimanan yang paling lemah.”(HR. Muslim no. 49)

    BalasPadam
  66. bisalah org2 umnok niekn jahil pasal hukum agame....pastu nk sentuh pasai hukum agama....jawabnye menambahkn dose je......

    BalasPadam
  67. FIRSTLADY MALAYSIA??????!!!! ada sape2 nak komen x? Permaisuri Agung tu sape???????!!

    BalasPadam
  68. betul ke ni.... bukankah rosmah berbangga dengan IFF selepas itu.... saya ada terbaca berita tu....
    mungkin tuan punya blog ni tak pernah baca paper atau tgok berita tv3(tv sensasi) ....
    sudah-sudahlah.... ini bukan pas saja. saya rasa seluruh umat islam dah naik jelak dengan hal ni.... kami tak bodoh ok sampai tak tahu menilai sapa yg betul, sape yang tak.... pas tak ada kena megena dlm hal ini.... (dulu aku X BN) sekarang tak tahu lg tunggu pilihan raya berikut....

    BalasPadam
  69. buat lah research dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan..insyallah dr situ akal fikiran yg waras akan membuat pertimbangan yg sebaiknya..allahualam bisawab.

    BalasPadam
  70. salam... setelah baca komen2 you all.. sebenarnya saya rasa kalo tak silap semuanya saya agak2 ler pasti beragama Islam.. maknanya..bolehlah pandang dari sudut Islam.. bukan dari sudut umno atau pas.....Mintalah dariNya petunjuk..InsyaAllah ..ditemukan jawapan..

    BalasPadam
  71. marilah kita boikot blog2 yang menyesatkan. biarlah mereka terjun dengan api-api nya.

    BalasPadam
  72. Sbnarnye semua sme je. Patut kte bersyukur je ngre kte aman n damai. Kamu semua belum mrsekan kperitan n ksgsaraan hidup rakyat negara bergolak. Kamu mahu ayah, ibu, isteri, adik2 kamu, anak2 kamu mati d dpan mte kamu? Ssiape yg mmerintah pon sme je. Ssh utk pmimpin2 kte nak lari dr rasuah, BN, Pas, DAP pon sme je. Kamu semua xpernah di uji dgan wang yg banyak, sbb tu kamu semua berani cakap smbrangan. Dalam hadis ade sebut, janganlah kamu mmilih pmimpin g jahil. Asalkan kte pilih pmimpin kte tu Islam ckop. Tanggungjwb pmipin tu sndri nak jwb dgan Allah diakhirat kelak atas amanah yg die pikul. Tanggungjwb kte adlh mmilih pmimpin Islam, xkrelah mne2 parti pon. Sye xmmihak kpde spe2 pon. Cme sye harap kte sbagai sekaum dan seagama bersatu, membela agama kte n ngre kte dri anasir2 jahat n propaganda2 g mahu mmcah blahkan kte :)

    BalasPadam
  73. hukum tetap hukum tak kira parti mana pun...

    "Seseorang penaung hanya memberikan buah fikiran untuk memajukan organisasi dan beliau langsung tidak berkuasa untuk menentukan perjalanan organisasi berkenaan. "

    ----> fashion gambar sebegitu dah kira 'MAJU' lah kiranya?

    nabi sabda 90 peratus kekayaan dtgnye dari perniagaan -- dlm perniagaan kalau aku kerja kuli terbuat salah kat client...client tak tgk aku salah jer, malah company aku pun dapat nama buruk.

    so, penaung ker tak penaung...harus bertanggungjawab.

    kerajaan sendiri berdegar2 ckp perkataan allah (dan mungkin muhamad dsbgnyer) takleh digunakan oleh orang beragama lain...tapi yang tertayang kat baju sebegitu rupa (dan oleh model ntah ape agamanyer) kira boleh lah yer?

    BalasPadam
  74. tak faham kenape pas and bn saling mencari kesalahan . membuka aib orang tersangatlah berdosa . yang haram tetap haram . yang salah tetap salah . sepatutnye sebagai pemimpin tak boleh ade sikap sebegitu . tak kire la pemimpin bn or pas . and malaysia negara Islam , tapi Islam nie kite nie hanya sekadar nama kah ?? tak perlulah menyokng mane-2 pihak . sbb due due ade kesilapan masing masing .

    sorry if terkasar bahasa .

    BalasPadam
  75. sedih sedih sedih dengan kejahilan anda wahai penulis blog..menutup kesalahan rosmah,membenarkan kelakuan rosmah yg haram..astaghfirullahalazim..sudah terang lg bersuluh rosmah,mak tiri anda tu mmg menyokong islamic fashion festival yg hina islam rosmah hadir di majlis itu menunjukkan sokongan nya..di monte carlo or jakarta or kl..penganjur nye sama..dan rosmah sokong penganjur itu..dan utk pengetahuan anda penulis blog,sila buka hati,syg kan Allah,tgk sendri gmbr rosmah bersama prince albert of monaco II yg membuktikan bhwa rosmah anda tu mmg pergi ke monaco utk menyokong islamic! fashion show yg sgt rosmah sayangi nie..anda ttup kesalahan rosmah,anda juga bersubahat..sama byk dosa nye..sy bkn pembangkang sy bkn org politik tetapi sy menulis ini sebagai hamba Allah swt,sebagai umat Rasulullah SAW dan sy membenci org yg membenarkan Rasulullah SAW dihina sebegini rupa(dgn kalimah MUHAMMAD tertera di dada model seperti gambar di atas)dan siapa yg membenarkan Rasulullah kekasih Allah ini dihina?rosmah,kerana beliau menyokong islamic fashion show,dan anda juga kerana membenarkan kebatilan rosmah..sebelum syg kan kekasih anda,rosmah itu,syg kan lah Allah swt,Rasulullah s.a.w..syg Allah dan kekasihNya,dapat pahala,syg kan rosmah,anda dpt ape,wahai penulis blog?

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!