Khamis, 28 Oktober 2010

PKR: SAPP Pengacau!

Penulis dah kata dah!

Sebelum ni bukan main PKR dan SAPP kononnya berjanji untuk sehidup semati tidak hentam antara satu sama lain di Batu Sapi (sini).

Kononnya mereka akan hanya menghentam calon BN saja!

Nah! Hari ni Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR di Batu Sapi menggelar SAPP sebagai PENGACAU dalam pilihanraya kecil ini (sini).

Bagaimana Fuziah yang bukan anak tempatan Sabah boleh menggelar SAPP yang sememangnya lahir dan tubuh serta berjuang hanya di Sabah digelar sebagai PENGACAU?

Siapa yang mengacau sebenarnya?

Ini membuktikan bahawa Anwar sebenarnya tidak pernah peduli nasib orang Sabah.

Dah la dilantiknya Fuziah dari Kuantan untuk jadi Pengarah Pilihanraya.

Mengapa tidak dilantik anak Sabah sendiri untuk mengurus jentera PKR di sana?

Apa teruk sangat kah anak negeri Sabah di mata Anwar?

Ini merupakan satu sebab kukuh untuk pengundi Batu Sapi menolak PKR!

Ayuh! Tumbangkan PKR sampai hilang deposit!

2 ulasan:

  1. pkr berambus saja dari sabah. kami tidak perlu kamu.

    BalasPadam
  2. Aku dah cakap dah Sabah tak perlu parti dari semanjung sedangkan sabah sudah cukup parti untuk mereka menjadi Ahli tak perlu PKR PAS dan DAP BN lambang tapi bertanding ada lah parti mereka dari PBS ada faham kah wahai mangkok PKR.

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!