Jumaat, 1 Oktober 2010

Kereta Saiful Bukhari dicuri. Angkara siapa agaknya ya? Mungkinkah penyangak itu mencuri sambil makan karipap?

Kasihan Saiful, banyak dugaan sungguh dalam mencari keadilan.

Terbaru, keretanya yang dihadiahkan oleh arwah ibunya dicuri oleh penyangak yang tak bertanggungjawab ketika beliau sedang makan di sebuah restoran di Lorong Medan Tuanku 2 bersama bapanya 29 September yang lalu.

Tertanya-tanya juga penulis, adakah pencuri berkenaan ada kaitan dengan kesnya di mahkamah? Adakah ini usaha untuk melewat-lewatkan beliau tiba di mahkamah?

Ataupun mungkin penyangak berkenaan sebenarnya main tangkap muat saja pilih kereta dan kebetulannya yang jadi sasaran adalah kereta Saiful?

Penulis cenderung untuk mengatakan yang penyangak berkenaan sebenarnya mencuri kereta Saiful sambil makan karipap! Ini kerana macam ada kaitan karipap dengan kereta Saiful. Logik tak? heheheh

Walau apa pun, semoga kereta berkenaan ditemui segera. Yalah, takda kereta sendiri patah kaki weh.....

Moga Saiful tabah hadapi cabaran ini.

Berikut merupakan catatan yang dibuat oleh Saiful di dalam facebook beliau mengenai kehilangan kereta berkenaan:


Mohon Bantuan
by Saiful Bukhari Azlan on Thursday, 30 September 2010 at 15:24

Waja, Silver. WLG 9170. Registered Nov 2003.
Pics taken Dec 2004

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam, pada jam 8.35pm, selepas makan malam bersama bapa di restoran berdekatan, saya dapati bahawa kereta saya telah dicuri. Kejadian berlaku di bahu jalan Lorong Medan Tuanku 2, Kuala Lumpur.

Laporan Polis telah dibuat di IPD Dang Wangi. Saya difahamkan siasatan dan gerakan mengesan semula kereta saya sedang dijalankan.

Jika ada sebarangan maklumat, mohon jasa baik rakan-rakan dan pengunjung blog saya menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Dang Wangi Sarjan Mejar Shukor di talian 019-3245442.

Buat masa ini, saya tidak mahu mengesyaki atau mengaitkan kehilangan kenderaan saya ini dengan perbicaraan yang sedang berlangsung. Saya serahkan kepada pihak Polis untuk menyiasat.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan serta orang ramai diatas keperihatinan,bantuan dan doa sejurus saya mengumumkan berita kehilangan tersebut di Facebook dan Twitter malam tadi.

Kereta tersebut banyak kenangan dan jasanya. Ia juga merupakan hadiah dari Arwah Ibu sebelum beliau kembali ke Rahmatullah pada tahun 2004.

Apapun, sebagai hamba Allah, saya akan terus berdoa, tenang dan sabar. Insyaallah, jika ada rezeki, pulanglah ia, jika tiada, maka saya Redha.

Diharap rakan-rakan diluar sana terutama pemilik kenderaan mengambil iktibar dan berhati-hati. Kes kecurian kenderaan sudah menjadi perkara normal semenjak akhir-akhir ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

SAIFUL BUKHARI AZLAN

3 ulasan:

  1. ko memang lawak bro. ni mesti kerja geng-geng karipap ni ha. hehehehhe

    BalasPadam
  2. kereta tu diliwat..kot..

    BalasPadam
  3. Aku tumpang simpati...tu semua adalah samada ujian atau peringatan dari Allah yg berupa kafarah...kita kene ingat...kalau Allah beri kita rezeki yg byk dan melimpah ruah dan kaya raya itu bukan semestinya bermakna Allah redha kat kita...itu adalah satu bala atau cobaan yg paling berat. Kalau ia cobaan...ianya adalah cobaan yg paling besar dan sukar sebab selalunya manusia akan tewas dgn kemewahan. Kalau ianya Bala itu bermakna Allah benci kat kita dan bagi kita puas2 kat dunia tapi diakhirat esok miskin papa kedana...kemewahan dan kesenangan itu di panggil "Istidraj"...itu lah sebab kenapa kita nampak org yg buat perkara mungkar, tak solat, menentang hukum islam tapi elok jer dia sihat,panjang umur, menang serba serbi, kaya...tu sebab Allah benci dia.
    Fikir2kan lah...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!