Rabu, 13 Oktober 2010

Bajet 2011: Wajarkah bonus diberikan kepada penjawat awam tahun ini?

Seluruh Negara akan tertumpu kepada Dewan Rakyat Jumaat ini, 15 Oktober 2010. Ini kerana YAB Perdana Menteri akan membentangkan Bajet 2011 pada hari berkenaan.

Sudah pasti segala pertimbangan telah digunakan oleh YAB PM untuk mengagih-agihkan fulus yang ada di Perbendaharaan Negara bagi digunakan sebaiknya oleh Kementerian-kementerian pada tahun hadapan.

Bagi pemain-pemain korporat, mereka sudah pasti mengharapkan kerajaan akan menurunkan kadar cukai korporat dan pelbagai insentif diperkenalkan untuk merancakkan ekonomi Negara.

Bagi rakyat kebanyakan pula mereka mengharapkan agar kadar cukai individu dikurangkan dan lebih banyak langkah-langkah bagi meningkatkan pendapatan rakyat akan dilaksana.

Dengan kata mudahnya, semua pihak menantikan sesuatu yang menarik kepada mereka dalam pembentangan Bajet 2011 ini.

Bajet 2011 ini juga sudah pasti akan terus menjadi perhatian penjawat awam seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana mereka bukan saja akan mengetahui sebanyak mana agensi mereka memperoleh peruntukkan untuk melaksanakan aktiviti pada tahun 2011 malah lebih besar dari itu, mereka amat mengharapkan pengumuman bonus oleh YAB PM.

Tanyalah pada mana-mana penjawat awam, sudah pasti mereka mahukan YAB PM mengumumkan pemberian bonus Jumaat ini. Jika ada yang mengatakan tidak pun, pasti kerana mereka malu untuk mengatakannya.

Namun persoalannya, wajarkah 1.2 juta penjawat awam diberikan bonus?

Secara umumnya, kerajaan mengumumkan ekonomi Negara telah berada dilandasan yang betul untuk pulih sepenuhnya dari kegawatan ekonomi sejagat. Ini bermakna, kedudukan kewangan Negara telah bertambah baik.

Petunjuk-petunjuk ekonomi seperti peningkatan semula kadar FDI juga mencerahkan harapan penjawat awam.

Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan rakyat yang amat skeptikal dengan kerajaan khususnya mereka yang berpengalaman buruk ketika mendapatkan perkhidmatan, sudah pasti pemberian bonus kepada penjawat awam ini akan ditentang habis-habisan.

Lihat saja bagaimana ketika CUEPACS mengumumkan untuk menuntut pemberian 2 bulan bonus kepada penjawat awam (sini) banyak pihak dan individu-individu yang memberikan maklum balas negatif mengenainya sama ada di dalam akhbar-akhbar, blog atau media sosial.

Mereka mengatakan CUEPACS seharusnya memfokuskan untuk memikirkan bagaimanakah kaedah bagi meningkatkan produktiviti penjawat awam. Bukannya hanya tahu menuntut bonus, kenaikan gaji dan pelanjutan usia persaraan.

Apa pun secara individu, penulis merasakan YAB PM patut memberikan sedikit ganjaran kepada penjawat awam sebagai menghargai usaha rakan-rakan di sektor awam. Tidak perlu diberikan bonus sebulan, cukup sekadar diberikan imbuhan, misalnya pemberian bantuan khas seperti yang diberikan ketika menyambut Aidilfitri yang lalu.

Lagipun di sektor swasta yang memberikan bonus hingga 4, 5 bulan setahun, tidak pula penjawat awam bising dan iri hati. Teringat pula penulis kepada dialog Singh Jaga dalam Seniman Bujang Lapok, Lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan! Sesama beringat la ya!

Satu perkara yang juga harus ingat, hati penjawat awam pun kena jaga. Election pun dah tak lama. Kalau dalam 1.2 juta penjawat awam tu tegar menyokong BN tak mengapa. Ini makin hari makin ramai puak Pakatan Haram yang turut dilantik sama. Ini boleh dijadikan alasan oleh mereka untuk mengadu domba.

Apapun, kita nantikan Jumaat ini. Penulis percaya, YAB PM tidak akan melupakan penjawat awam!

7 ulasan:

  1. Saya tidak kata setuju atau tidak penawat awam diberikan bonus tetapi lebih jangan beri bonus kerana jika NKRA dijadikan kayuukur sememangnya penjawat awam seharusnya sedar dan bertanya diri sendiri, layak kah aku diberikan bonus.
    Tanya lah diri terlebih dulu.

    1. Ketip perakam waktu sebelum 8:00
    2. Sembang dulu dengan rakan sebelah hal demalam atau apa yang berlaku dirumah.
    3. Kebilik air tak sempat buang dirumah
    4. Tanya kawan pukol berapa nak pergi minum
    5. Jam 8:30 atau 9:00 turun atau keluar pejabat pergi minum
    6. Paling awal balik pejabat dan duduk dimeja selepas 40 minit
    7. Buat kerja sekejap nanti jam 10: atau 10:30 pergi miunm lagi dengan kawan yang lain
    8. Jika bekerja diluar bandar atau [pekan kecil - ambil masa hantar anak sekolah tadika , ambil balik dan sebagai nay , malah ada juga sempat ke pasar
    9. Tenga hari, kalau jawatan tinggi sikit , 12:30 keluar pejabat ambil anak dari sekolah jika anak masih di sekolah rendah
    10. Masuk kerja jam2:00 petang, duduk sejkejap keluar pula alasan pergi sembahyang (waktu rehat tak sempat sembahyang)

    11.. banyak lagi kalau nak dismbung ceritaaa.

    Oleh itu layak kah penjawat awam diberikan bonus.

    Semau solan itu harus dijawap walau pun presiden cuepac tak mahu akui atas alasn menjaga maruah kakitang awam. walaupun banyak mata masyarakat melihat.

    DS Najib... fikirkan lah dan buat perbandingan secara jujur sikap kerja penjawat awam dan pekerja swasta. Kesemua mereka ini dibayarkan gaji untuk bekerja dan yang berbeza cuma pembayar nya sahaja

    BalasPadam
  2. amnitpg

    Bukan semua para pekerja sektor awam macam itu, sektor swasta pun sama..ada yang lebih teruk dari sektor awam..sektor awam selesaikan masalah jugak..buruk2 mereka diaorang selesaikan masalah...

    Sektor swasta pun dah nama profit-oriented..kejar duit sahajalah..banding gaji sektor awam dan sektor swasta jauh sangat (guna perbandingan kelayakan yang sama).

    Sektor swasta sapa yang kawal? Tak payahlah kata pekerja sektor awam teruk..sektor swasta pun sama..gaji tinggi tapi layan orang awam macam apa..lepas itu berlagak bagus...

    Mereka dapat bonus setakat sebulan pun dah kecoh...bukan banyak mana pun..tapi orang luar pula yang bising..mereka tak pernah bising sektor swasta dibayar berbulan2..ada sampai 12 bulan..tak kecoh pun mereka..ini orang luar yang jeles kenapa..diaorang pun nak hidup juga...

    Sektor awam tak lari ke luar negara..sektor swasta ramai yang lari ke luar negara kejar duit...pekerja sektor awam sanggup kerja lama dengan gaji yang tidak setimpal dengan sektor swasta..mereka tetap setia..tak pergi luar negara..sanggup gaji sikit..orang lain gaji banyak..tapi yang gaji banyak inilah yang berteriak kononnya bonus tak patut diberi...

    Tak cukup-cukupkah duit yang dapat sampai orang lain nak dapat pun tak boleh?

    DS Najib surenya prihatin tentang kebajikan pekerja sektor awam yang berjumlah 1.2 juta..ramai itu..pengaruh mereka kuat tau...

    BalasPadam
  3. Menyampah aku kat amnitpg... Cakap macam peluru penabur, mulakan bicara dgn niat membina... Paku dulang paku serpih... Cakap macam budak hingusan, guna aka la bro...

    BalasPadam
  4. jgn gaduh2...
    suma sama penting...
    ni negara org lain yg punya ka??
    kita punya..sama2 bina..sama2 rasa...
    adil...

    BalasPadam
  5. amnitpg

    janganlah anda memandang negatif terhadap penjawat awam.. Saya nak tanya anda.. siapa yang menjaga keamanan negara? penjawat awam kan.. siapa yang menjadi barisan hadapan ketika berlaku bencana alam? penjawat awam kan.. Anda tahu tak majoriti penjawat awam yang berjawatan gred 17 ke bawah atau maksud lain pekerja bawahan ni sanggup menerima gaji setaraf spm yang tak sampai pun rm 1000 walaupun mereka mempunyai diploma atau ijazah... Kalau mereka kerja di sektor swasta dah tentu gaji mereka beribu-ribu.. Sbb ape di kalangan mereka sanggup bergaji kecil? Merekalah yang berhadapan dengan bermacam-macam kerenah rakyat yang menjadi pelanggan kerajaan... Dan kini anda pula menidakkan bantuan kewangan kepada kakitangan awam yang hanya setahun sekali... kepada amnitpg janganlah anda memandang penjawat awam dgn sebelah mata sahaja..

    BalasPadam
  6. saya adalah bekas pekerja swasta, telah 11 tahun di sektor swasta, pertengahan tahun lepas, baru join sektor awam...banyak perbezaan...org kata, staff awam goyang kaki, tp bila saya sendiri yg jd staff awam, bru saya tau itu semua tak betul....kami kena kejar dateline,klu tak, ada yg tak dpt gaji, tak dpt payment...payment utk sapa? utk sektor swasta jgk....klu kami lambat atas sbb org yg nak dpt payment tu tak reti2 nak bg dokumen yg tepat, kami kena maki.

    Kalau blk gmh, saya online FB, saya tgk kwn2 saya yg kat swasta siap blh main farmville,boleh update 1jam sekali....sdgkan saya di sektor awam, farmville pun hanya tau nama....nak godek2 pun tak reti...so, sapa yg sebenarnya goyang kaki?

    So, kpd 'amnitpg', jgn hanya buat andaian berdasarkan berapa kerat yg berperangai begitu....sektor awam ke, sektor swasta, tu terletak atas individu....sektor swasta, dpt bonus sampai boleh pegi haji,kami tak bising, tumpang gembira lg.... kami nak dpt bonus yg hanya kalau nak g melancong dlm m'sia 1 famili pun tak lepas, tu pun ada yg nak bising2.....fikirlah, masing2 ada rezeki masing2 yg telah Allah swt tetapkan...renung2kanlah.....

    BalasPadam
  7. janganlah kita dengki-mendengki. kalau kakitangan kerajaan dapat bonus pun, yang untung siapa? siapa yang akan naikkan harga barang-barang? siapa yang selalu jual insurans, buku, rumah, kereta kt premis-premis kerajaan terutamanya di sekolah? siapa yang selalu offer pinjaman peribadi, bermacam2 'flyers' promosi? pendek kata siapa yang selalu menghabiskan gaji kakitangan awam? sama-sama rasalah. swasta seperti syarikat kereta, bank dapat bonus sebab kakitangan kerajaan beli barang mereka, kakitangan kerajaan dapat bonus sebab swasta menyumbang hasil kepada kerajaan melalui cukai. tidak perlu irihati sesama kita.

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!