Rabu, 29 September 2010

Gempar: Sidang akhbar Nazri bersama Namewee di Parlimen esok? Memang celaka dua ekor ni!

Malaysiakini edisi bahasa Inggeris melalui satu artikelnya melaporkan Nazri Aziz akan mengadakan sidang akhbar bersama Namewee esok di Bangunan Parlimen. Namun artikel berkenaan kemudiannya dikemaskini menggunakan tajuk Nazri calls off press conference with Namewee (sini) yang menyaksikan sidang akhbar berkenaan kemudiannya dibatalkan.

Disebabkan penulis tidak melanggan Malaysiakini edisi bahasa Inggeris, maka ayat yang dapat dilihat di dalam artikel berkenaan hanyalah seperti berikut:

Minister in the Prime Minister's Department Mohd Nazri Abdul Aziz has been scheduled to hold a press conference with controversial young artiste Wee Meng Chee tomorrow at his office at Parliament building in Kuala Lumpur.

Dan:

This has come minutes after it was announced that a joint press conference would be held tomorrow morning.

Penulis tertanya-tanya, apa tujuan sidang akhbar berkenaan yang pada asalnya mahu diadakan? Adakah Nazri mahu membela dan mempertahankan tindakan Namewee yang banyak menghina Negara, Islam dan orang Melayu?

Nazri seharusnya tidak mendekati Namewee atas apa jua alasan, apatah lagi untuk mengadakan sidang akhbar bersamanya.

Nasib baik sidang berkenaan dibatalkan, kalau tidak, pasti Wira Perkasa akan memenuhi ruang Parlimen esok. Takut juga Nazri pada Wira Perkasa ya, ingatkan Namewee saja yang takda telor lari lintang pukang!

Lancau lu Nazri! Fuck you Namewee!

Calon BN di Galas: Letak Ku Li, kompem menang!

BN kalau tak mau banyak isu mengenai calon, letak saja Ku Li di Galas nanti. Kalau Isa Samad boleh pukul calon PAS di Bagan Pinang sampai terduduk, Ku Li pasti boleh buat lebih dari itu.

Jika diletakkan Ku Li, BN bukan saja tidak perlu untuk membuang masa bagi memperkenalkan calon malah pengundi pasti akan terkenangkan jasa-jasa dan sumbangan besar tokoh berkenaan kepada Parlimen Gua Musang khususnya dan negeri Kelantan secara umumnya.

Galas merupakan satu-satunya DUN di dalam Parlimen Gua Musang yang jatuh ke tangan pembangkang. Itu pun dengan majoriti yang kecil, 646.

Jika dilihat statistik pilihan raya yang lalu, Ku Li menang dengan majoriti 4,394 di parlimen Gua Musang. Prestasi DUN di dalam Parlimen berkenaan pula adalah seperti berikut:

DUN Nenggiri, BN menang dengan memperoleh undi sebanyak 4,543 (majoriti 2090)
DUN Paloh, BN menang dengan memperoleh undi sebanyak 5,697 (majoriti 2833)
DUN Galas, BN tewas dengan memperoleh undi sebanyak 3,753 (majoriti 646)

Ini bermakna Parlimen Gua Musang adalah kubu kuat BN sebenarnya. Mungkin ada isu-isu setempat yang gagal ditangani dalam PRU yang lalu sehingga menyebabkan Galas jatuh ke tangan PAS.

Kini, amanah terbaik untuk merampas semula DUN berkenaan perlu diberikan kepada Ku Li.

Apa isu PAS nak mainkan? Ku Li dah jadi ahli Parlimen dan tak perlu jadi ahli DUN? Poorah… Nizar Jamaluddin tu boleh? Khalid Ibrahim boleh? Guan Eng boleh?

Ku Li dah tua? Kah kah kah… Nik Aziz belum cukup tua?

Ku Li perlu diangkat sebagai calon BN di Galas. Kemenangannya nanti akan membolehkan beliau menjadi ahli DUN dan seterusnya berkemungkinan untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

Ketika UMNO dilihat lemah di negeri Cik Siti Wan Kembang, mungkin Ku Li adalah jawapan untuk merampas semula Kelantan dalam PRU akan datang. Bukankah beliau yang merampas Kelantan dari BN tahun 1990 dulu? Penulis percaya, Ku Li pasti ada caranya.

Dr Asri: Exco Islam Pulau Pinang berdosa agih wang judi basmi kemiskinan! Kalau berdosa tu haram la. Kenapa Malaysiakini tak lapor ini?

Berikut adalah petikan artikel dari Utusan Malaysia bertajuk Guna hasil judi tidak wajar (sini), 28 September 2010.

Mengenai kenyataannya dalam sebuah akhbar tabloid bahawa bantuan daripada sumber judi yang diterima rakyat miskin sebagai tidak haram, Mohd. Asri menjelaskan, beliau tidak mahu golongan berkenaan gusar.

Katanya, memang benar rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak berdosa kerana yang menanggung dosa berkenaan adalah kerajaan negeri dan dalam konteks Pulau Pinang, exconya yang beragama Islam.

“Rakyat tidak mengetahui daripada sumber mana sumbangan itu diperoleh jadi mereka tidak berdosa, pihak yang berdosa adalah kerajaan negeri kerana mereka mengetahui daripada mana duit tersebut diperoleh,” jelasnya.


Malaysiakini langsung tak lapor berdosanya exco-exco Islam Pulau Pinang tetapi sebaliknya terus higlight kenyataan Dr Asri bagi menggambarkan sumbangan berkenaan dibolehkan dan penerima sumbangan berkenaan tidak berdosa.

Memanglah mereka tidak berdosa, penerima tu mana tau itu dari sumber judi tetapi exco-exco semua mesti tau.

Dan, apabila Dr Asri mengatakan exco-exco Islam tu berdosa, ini bermakna penggunaan duit judi untuk basmi kemiskinan juga haram. Salah dan tidak wajar!

Cuba baca artikel Malaysiakini di sini dan sini. Kedua-dua hanya fokus untuk menampakkan penerima tidak berdosa dan sumbangan berkenaan kononnya tidak salah. Kenapa tak fokus mengenai tindakan pemberian yang sememangnya haram?

Jelas ini adalah satu lagi mainan Malaysiakini sebagai lidah Pakatan Haram untuk memutar belit dan membela tindakan Guan Eng. Busuk lagi membusukkan weh!

Zaid: PKR perlukan pimpinan baru yang tidak kronisme! Anwar tak mau komen apa-apa ka?

Apabila Zaid Ibrahim menyatakan PKR memerlukan barisan pimpinan baru yang tidak mengutamakan geng atau kronisme di dalam parti (sini), penulis melihat ia tidak lain untuk menggambarkan tindakan Anwar Ibrahim yang menyusun ahli keluarga dan mereka yang disayanginya untuk menjawat jawatan-jawatan penting di dalam PKR.

Tindakan sebegini menurut Zaid akan menyebabkan lebih ramai ahli akan kecewa dan akhirnya lari meninggalkan PKR. Sebab itu beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi melawan Azmin, orang yang paling disayangi Anwar selepas Ezam meninggalkan parti berkenaan.

Penulis melihat, kacau bilau dalam pemilihan PKR yang berlaku di seluruh negara ketika ini sebenarnya berpunca dari sikap penolakan ahli terhadap calon-calon pilihan ahli keluarga dan orang-orang yang disayangi Anwar.

Malangnya, Anwar dan pemimpin sedia ada PKR seperti biasa menyalahkan UMNO dan BN atas kekalahan calon-calon pilihannya dan kekacauan yang berlaku. Bukan mahu menyalahkan diri sendiri. Mungkin ini merupakan salah satu kekecewaan yang ingin diperbaiki Zaid.

Penulis berpandangan sesiapa pun yang jadi pemimpin PKR, parti berkenaan tidak akan berubah selagi adanya Anwar yang berada di jawatan yang tidak boleh dipertandingkan, Ketua Umum.

Kalau nak baiki PKR yang busuk lagi membusukkan itu, buang Anwar dulu. Lepas tu baru cerita mengenai pembaharuan PKR. Kalau tidak, segalanya hanya retorik semata. Anwar pasti sedaya upaya untuk mempergunakan kedudukannya untuk memperoleh kuasa demi kepentingan diri, keluarga dan kroni-kroninya.


Parti perlu kepemimpinan baru: Zaid
Berita Harian, 29 September 2010

PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, berkata parti itu memerlukan barisan kepemimpinan baru untuk menjadi sebuah parti kuat dan mantap jika benar-benar ingin berhadapan dengan UMNO pada pilihan raya umum ke-13.

Zaid yang juga Pengerusi Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, berkata beliau melihat PKR sebagai sebuah parti baru yang masih kecil dan sokongan diterima pada pilihan raya umum 2008 tidak mencerminkan sokongan sebenar.

“Kalau nak lawan UMNO, kita mesti ada cabang yang kuat serta keahlian dan kita perlukan orang baru untuk menyertai parti kerana ada ahli menyertai Keadilan pada reformasi 1998 kecewa (dengan parti) dan berhenti.

“Jika saya menyandang jawatan itu, saya akan menggerakkan parti dengan lebih cergas, selain menarik minat orang baru pelbagai kaum menyertai parti dan saya yakin mampu melakukannya kerana saya lebih terbuka dan tidak mengamalkan ‘geng’ dalam parti,” katanya kepada Berita Harian.

Selasa, 28 September 2010

Hishammuddin: Nazri adalah pemfitnah yang mempunyai agenda! Wow, beraninya Menteri Amaran sound Menteri Bongkak!

Di kala lawak pemilihan PKR yang melucukan dalam sejarah politik Malaysia sedang berlangsung secara live di seluruh negara, penulis sedikit terkejut apabila membaca artikel bertajuk Pemfitnah Dr. M ada agenda – Hisham (sini) di dalam akhbar Utusan Malaysia, 27 September 2010.

Artikel berkenaan melaporkan Menteri yang terkenal dengan amarannya, Hishammudin Hussain menempelak pihak yang mendakwa Tun Mahathir kononnya ingin menjadi Perdana Menteri semula sebagai mempunyai agenda yang tersendiri.

Kalau dah mendakwa Tun M ingin menjadi PM semula tu siapa lagi kalau bukan Nazri Aziz? Hanya beliau yang mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika mengkritik Utusan Malaysia dan Awang Selamat melalui surat terbukanya yang disiarkan melalui portal pro-Pakatan Haram, Malaysian Insider. Penulis telah mengulas beberapa kali perkara ini di sini, sini dan sini.

Hisham menyatakan,

“Mungkin perkara ini dibuat (memfitnah Tun M) kerana pihak tertentu (Nazri) mempunyai tujuan tertentu, jangan pula kita mengikut rentak mereka ini, lebih-lebih lagi jika ia tidak benar.”

Berani juga rupanya Hisham sound Nazri sebagai pemfitnah ya? Penulis ingatkan dia takutkan Nazri si bongkak tu.

Cuma yang sayangnya, Hisham pun berani setakat sound saja la. Bagi amaran seperti yang biasa dilakukan. Kalau nak dibawa beliau isu ni ke Mesyuarat Tertinggi UMNO untuk mengambil tindakan ke atas Nazri kerana menghina tokoh UMNO dan negarawan, jangan diharap la.

Apa pun, Hisham dilihat lebih menghormati orang yang banyak berjasa kepada negara, bukan seperti Nazri yang bongkak dan mudah lupa. Penulis amat mendoakan agar hayat politik Nazri berakhir ketika Pilihan Raya Umum ke 13 kelak. Biar ia jadi pengajaran buat semua.


Pemfitnah Dr. M ada agenda – Hisham
Utusan Malaysia, 27 September 2010, Halaman 3

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Tohmahan kononnya Tun Dr. Mahathir Mohamad ingin kembali menjadi Perdana Menteri terbukti tidak benar sama sekali dengan penafian bekas Perdana Menteri itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penafian tersebut jelas menyangkal fitnah yang dilemparkan pihak tertentu sebelum ini.

"Apabila tuan punya badan sudah sahkan, jelas apa yang digembar-gemburkan sebelum ini tidak berada pada landasannya, tidak berpijak pada bumi yang nyata.

"Mungkin perkara ini dibuat kerana pihak tertentu mempunyai tujuan tertentu, jangan pula kita mengikut rentak mereka ini, lebih-lebih lagi jika ia tidak benar. Saya percaya rakyat yang matang tahu membezakan antara yang benar dan tidak," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kepong di Taman Metropolitan, Kepong di sini hari ini. Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Rezuan Abdul Hamid.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas mengenai penegasan Dr. Mahathir bahawa beliau tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri sebagaimana dibimbangi oleh sesetengah pihak.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian semasa berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan, semalam.

Dr. Mahathir yang menegaskan usianya telah pun menjangkau 85 tahun, turut menujukan penjelasannya itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, Datuk Badri Yunus menyangkal tuduhan Mohamed Nazri yang menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda berhubung isu Perkasa termasuk cuba membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan Mohamed Nazri itu dibuat dalam portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kepentingan dan kebajikan pengundi parti itu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Selain ahli UMNO terdapat ramai lagi penghuni kota merupakan pelajar dan rakyat negara ini yang datang mencari rezeki. Apabila tiba masanya (pilihan raya umum) mereka ini akan balik mengundi di kampung masing-masing termasuk Parlimen Sembrong, iaitu kawasan saya.
"Rapatkan persefahaman antara kita, dekati mereka dan terangkan dasar kerajaan kerana apabila kembali ke kawasan masing-masing mereka akan turut membawa bersama perspektif positif atau negatif yang bakal diterjemahkan semasa mengundi," katanya.

Isnin, 27 September 2010

Tun M: Nazri adalah manusia yang akan gigit tangan kita selepas disuapkan nasi. Macam anjing la pulak weh!

Mingguan Malaysia 26 September 2010 di halaman 4 melalui tajuk ‘Tak ada keinginan nak jadi PM’ (sini) melaporkan sanggahan negarawan, Tun Mahathir terhadap Nazri Aziz yang mendakwa kononnya beliau ingin menjawat semula jawatan Perdana Menteri.

Nazri menyatakan demikian ketika mengkritik Utusan Malaysia dan Awang Selamat melalui surat terbuka yang disiarkan di dalam portal pro-pembangkang, Malaysian Insider. Penulis telah mengulas perkara berkenaan di sini dan sini.

Menariknya, melalui ucapan yang diberikan di hadapan kira-kira 20,000 orang di Pasir Mas itu, Tun Mahathir secara sinis meminta hadirin untuk memaklumkan kepada Nazri yang usianya telah menjangkau 85 tahun dan tak ada keinginan untuk menaiki semula takhta Perdana Menteri.

Tun seterusnya menempelak Nazri dengan menyatakan:

Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita.

Perghhh…. Nampak gayanya dah terang jelas lagi bersuluh Nazri ni jenis tak sedar dek untung. Madu diberi, tuba yang dibalas. Apa lagi yang nak diharapkan dari beliau?

Sedangkan Tun Mahathir yang menaikkan beliau sebagai seorang Menteri pun melihatnya sebagai seorang yang bongkak, inikan pula kita rakyat biasa. Fikir-fikirkanlah.

Jom tolak musibat yang akan menghancurkan UMNO ini!


‘Tak ada keinginan nak jadi PM’
Mingguan Malaysia, 26 September 2010, Halaman 4

PASIR MAS 25 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri sebagaimana dibimbangi oleh sesetengah pihak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.

"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.

"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya hari ini.

Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, Datuk Badri Yunus menyangkal tuduhan Nazri yang menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda berhubung isu Perkasa termasuk cuba membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Badri berkata, tuduhan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan tingkah laku menteri itu yang cuba mengaitkan Dr. Mahathir dalam perkara itu disifatkan sebagai amat menghairankan.

Badri membuat kenyataan itu sebagai mengulas ruangan Bisik-Bisik Mingguan oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia mengenai Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan Malaysia berhubung isu Perkasa.

Malah, Nazri seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang, The Malaysian Insider menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, mengenai Perkasa, Dr. Mahathir berkata, beliau yang bukan ahli pertubuhan itu, menganggap Perkasa sebagai satu kuasa politik dalam negara, justeru suaranya tidak boleh diketepikan.

"Sebaliknya, kita akan mendengar pendapat-pendapat Perkasa kerana ia sedikit sebanyak mencerminkan kehendak orang Melayu dan kehendak negara," katanya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Dr. Mahathir berkata, penglibatannya dalam program Perkasa bergantung kepada keadaan.

Ditanya tuduhan Lim Kit Siang dalam sebuah blog bahawa beliau seorang rasis, Dr. Mahathir secara sinis berkata, pemimpin DAP itu membuat tuduhan tersebut kerana dia bukan seorang yang rasis apabila menolak sebarang usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengamalkan perkongsian kuasa demi kesejahteraan rakyat dan negara.

"DAP menentang rancangan kita kerana DAP hendak memerintah negara ini, tetapi kini dia terpaksa bekerjasama dengan pihak yang pernah menjadi musuhnya seperti Pas," katanya.

Mengenai kenyataannya orang Melayu akan kehilangan kuasa apabila pembangkang menang, beliau berkata, ia dibuat berdasarkan kenyataan sebagaimana yang berlaku di Perak apabila Pas meletakkan wakil rakyatnya sebagai Menteri Besar yang hanya mengikut telunjuk DAP.

Ahad, 26 September 2010

Nazri si Lancau: Musibat yang memalukan dan mahu menjatuhkan Utusan Malaysia demi kepentingan politik diri dan Pakatan Haram!

Hari ini, 26 September 2010 (Ahad) Awang Selamat melalui kolumnya di Mingguan Malaysia menjawab tohmahan yang dibuat oleh Nazri, Menteri di JPM terhadap dirinya dan Utusan (sini).

Nazri yang menggunakan media online pro-Pakatan Haram, Malaysian Insider tanpa berasa malu menghentam Awang dan Utusan demi kepentingan politik peribadinya. Agak menghairankan, mengapa Nazri menggunakan media pro-Pakatan Haram dan tidak pula dipilih media yang pro-BN? Nazri ada apa-apa ka dengan Pakatan Haram sebenarnya? Penulis telah mengulas perkara ini di dalam posting terdahulu di sini.

Nampak gayanya Nazri si Lancau ni masih belum sedarkan diri. Dia ingat pengundi Melayu di Padang Rengas tu undi dia sebab dia hebat? Tuih! Dah la bongkak!

Tolonglah Datuk Najib, UMNO pasti akan tewas di Padang Rengas jika si celaka ni dikekalkan. Orang Melayu muak dengan pemimpin UMNO yang tak sedar diri, konon menang pilihan raya kerana kehebatan diri. Bila kalah, salahkan pengundi.

Kepada Nazri, keluar la dari UMNO, pegi berjuang dengan Anwar macam Zaid. Jangan merempat dalam kabinet BN. Kalau kehadiran diri tu 1000 kali celaka dan dibenci, lebih baik berambus! Melayu tak perlu orang macam engkau. Tak sedar diri.


Lagi jawapan buat Nazri Aziz
Oleh: Awang Selamat
Mingguan Malaysia, 26 September 2010

Tulisan bertajuk Alahai Nazri... dalam ruangan ini minggu lalu, mencetuskan perhatian besar. Pada hari Ahad itu sahaja, Awang menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel menyatakan sokongan. Tetapi itu bukanlah tujuan sebenar Awang.

Sebagai pengamal media, Awang hanya ingin menyatakan kebenaran dengan menyanggah tuduhan liar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap Utusan. Antaranya beliau mendakwa Utusan mahu menjadikan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selain kononnya akhbar tersebut tidak menyokong Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Seperti yang dijangka, Nazri mengeluarkan kenyataan balas menerusi portal pro pembangkang, The Malaysian Insider menghentam Utusan dan Awang Selamat. Ada hujah yang bernas dan ada yang tidak. Nazri menasihatkan Awang agar tidak mencampuri urusan politik negara. Ini kata beliau kerana Awang sifar pengalaman dan cetek pengetahuan berbanding beliau yang sudah empat kali menang bertanding pilihan raya umum.

Nazri juga tidak semena-mena tampil menyatakan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu, barulah orang Melayu. Apa lagi... para pemimpin Cina terutama Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng - dinasti DAP - memuji Nazri melambung-lambung. Mereka berdua berharap menteri Kabinet lain mencontohi Nazri. Akhbar-akhbar Cina berlumba-lumba melahirkan penghargaan kepada Nazri seolah-olah beliau super hero yang turun dari langit. Pada masa yang sama, akhbar Cina mengambil kesempatan membelasah Dr. Mahathir, Perkasa mahupun Utusan. Awang hanya geleng kepala tanpa sedikitpun teruja dengan kenyataan Nazri mahupun pujian ke atas beliau.

Kritikan
Dalam reaksinya, Nazri menyatakan Awang tidak faham mengapa beliau bersopan dengan pembangkang. Katanya, ia adalah tindakan tepat dalam amalan demokrasi kerana ahli Parlimen pembangkang juga dipilih oleh rakyat.

Maka Awang tertanya-tanya apa salahnya jika Utusan juga bersopan dengan negarawan seperti Dr. Mahathir dan berbaik-baik dengan NGO Melayu termasuk Perkasa yang membawa suara akar umbi Melayu.

Antara faktor ramai orang Melayu menghukum BN pada pilihan raya umum lalu adalah kerana merasakan kepentingan mereka tidak dibela sewajarnya. Ramai pemimpin bukan Melayu komponen BN turut menerima padah apabila Melayu tidak mengundi BN. Awang tidak mahu kesilapan berulang apabila kita mengabaikan suara hati orang Melayu. Walaupun bukan sebagai wakil rakyat seperti Nazri, Awang juga mahu BN dan UMNO menang tetapi tanpa mengguris hati orang Melayu.

Awang sebenarnya tidak mahu perdebatan dengan Nazri berlarutan. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa kecuali pihak yang mahu menangguk di air keruh.

Cuma Awang lebih terpanggil menjawab sinikal Nazri berkaitan kemerosotan edaran akhbar Utusan. ‘‘Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru,’’ katanya.

Awang hairan mengapa soal itu timbul. Apakah hanya disebabkan ada kritikan daripada media maka Nazri berusaha memperlekehkan media berkenaan. Apakah wajar menteri pada era alaf baru bersikap seperti itu. Awang tidak mahu mempersoalkan standard Nazri yang sememangnya tinggi. Namun jika Nazri menjadi menteri di Indonesia, Thailand dan Filipina dan banyak negara lagi, beliau akan dihentam habis-habisan oleh media sekiranya itulah cara beliau menangani kritikan.

Kritis adalah hal biasa apatah lagi dalam dunia media. Menegur bukan bererti tidak menyukai menteri atau pihak yang ditegur. Nazri sepatutnya lebih faham kerana beliau selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berfikiran moden, liberal dan terbuka. Bagaimana akhbar arus perdana Melayu mahu berkembang jika ada menteri yang tidak boleh sedikitpun dikritik.

Kemerosotan
Dalam soal penurunan edaran akhbar, trend itu berlaku di seluruh dunia sejak sedekad yang lalu. Di Amerika Syarikat, akhbar berpengaruh seperti The Washington Post, New York Times, Chicago Tribune dan LA Times menyaksikan penurunan edaran yang terburuk dalam tempoh 40 tahun. Begitu juga dengan akhbar-akhbar berpengaruh di Eropah terutama di United Kingdom, dengan purata penurunan 10 peratus.

Akhbar Daily Mirror misalnya yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan pengaruh yang hebat, tidak terkecuali menerima tempias fenomena global yang melanda industri persuratkhabaran. Daily Mirror pada tahun 2000 mencatatkan pengedaran 2.3 juta naskhah tetapi pada 2009 hanya mencatatkan 1.4 juta naskhah.

(Bayangkanlah akhbar di Barat yang kebanyakannya bukan di bawah pemilikan parti, menikmati kebebasan meluas, ekonomi lebih baik dan minat membaca yang tinggi di kalangan rakyatnya, ketara merosot. Inikan pula akhbar seperti Utusan, yang turut berdepan dengan tindakan boikot oleh pembangkang atas percaturan politik dan agenda kaum).

The Malaysian Insider
Kepesatan teknologi maklumat terutama menerusi Internet ternyata memberi kesan kepada industri persuratkhabaran konvensional.

Pertumbuhan luar biasa laman-laman sesawang apatah lagi laman sosial seperti facebook dan tweeter, ‘memburukkan’ lagi keadaan. Itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu.

Di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusan jatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan. Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran. Tidak perlu Awang senaraikan nama akhbar, sesiapa pun boleh membuat kajian.

Mengulas tanggapan beliau bahawa Utusan selalu merujuk kepada media alternatif, Awang percaya beliau maksudkan adalah The Malaysian Insider, yang menjadi kesayangannya.

Untuk pengetahuan Nazri, sebelum pun tercetus isu beliau menghentam Utusan, The Malaysian Insider kerap menyajikan dan menceduk laporan Utusan biarpun tanpa kebenaran. Laporan Utusan asyik dijadikan perdebatan dalam portal itu, yang turut menyumbang kepada popularitinya. Jadi siapa yang banyak merujuk kepada siapa? Mungkin tanpa isu-isu yang dirintis oleh Utusan, portal berkenaan akan merudum sambutannya.

Dalam pada itu, Nazri tidak tahu walaupun edaran akhbar Utusan mengalami kemerosotan, ia harus mengambil kira jumlah pembaca menerusi versi Utusan Online. Jika digabungkan antara edisi online dan cetak, jumlah pembaca Utusan adalah jauh lebih besar berbanding sedekad yang lalu.

Apa yang Awang ingin sampaikan, era menteri semestinya betul dan menganggap dirinya tahu dalam serba serbi, sudah berlalu.

Institusi Melayu
Awang tidak berhajat untuk berdebat tentang Nazri selepas ini. Cukuplah. Jika ada lagi reaksi beliau selepas ini, Awang akan berdiam. Ini bukan soal mencari kemenangan. Dapat menyampaikan mesej, sudah memadai. Awang tetap menghormati Nazri sebagai seorang menteri.

Sekiranya beliau tidak pro-Utusan, yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air, itu tidak mengapa. Tetapi sebagai menteri UMNO, beliau sepatutnya tahu betapa Utusan berdepan dengan banyak kekangan dan cabaran tersendiri. Pun begitu, Utusan tidak pernah berganjak sejak dahulu lagi dalam mempertahankan Perlembagaan, menolak ekstremisme dan mendokong keharmonian.

Adalah dangkal bagi sesiapa menuduh Utusan rasis sedangkan akhbar ini membawa suara hati orang Melayu, yang selama ini sudah banyak berkorban dan bertolak ansur. Ada media yang sebenarnya rasis terutama media Cina dan portal berita, tidak pula diganyang. Apakah perlu ada kayu ukur berbeza antara media arus perdana Melayu dan Cina?

Dalam apa keadaan dan tafsiran - ketika lemah, buruk, sakit dan meratap sendirian - Utusan sentiasa ke hadapan berjuang untuk UMNO dan orang Melayu. Maka janganlah perlekehkan Utusan sebagaimana yang dilakukan secara tersusun oleh banyak pihak bukan Melayu. Utusan bukan sekadar akhbar, Utusan adalah institusi Melayu.

Awang hanya pertahankan Utusan, tidak lebih daripada itu. KPI Awang dan rakan-rakan di Utusan bukan soal jumlah edaran akhbar semata-mata. Sejak sebelum merdeka lagi, akhbar ini tidak pernah lari daripada tugas menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Apakah itu menjadi masalah kepada Nazri dan sesiapa jua?

Kenapa Malaysiakini tak lapor Guan Eng guna duit judi basmi kemiskinan? Patut PAS Penang tak sedar dok jilat DAP, telan duit haram rupanya!

Ketika seluruh negara tengah heboh Guan Eng guna duit haram untuk basmi kemiskinan di Pulau Pinang, portal berita Malaysiakini yang kononnya bebas dan berkecuali langsung tak melaporkan perkara berkenaan.

Situasi ini jelas menunjukkan Malaysiakini sebenarnya merupakan lidah Pakatan Haram. Apa berita yang boleh menguntungkan mereka, akan dipaparkan pada kadar yang amat pantas tetapi sekiranya berita berkenaan akan merugikan undi Pakatan Haram, jangan kata nak lewatkan laporan malah ada yang tidak dilaporkan langsung.

Mungkin agaknya dalam isu Guan Eng guna duit haram ini mereka buat-buat tidak nampak salinan surat di bawah yang menyatakan dengan jelas ucapan terima kasih beliau kepada Pengurus Besar dan Setiausaha Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang atas sumbangan RM 500,000.00 untuk program membasmi kemiskinan tegar.

Salinan surat kredit untuk Pisau.net

Bersepah-sepah salinan surat ini berada di ruang maya ketika ini. Takkan takda sorang pun wartawan Malaysiakini yang terlihat kot?

Penulis tertunggu-tunggu apa pemimpin PAS nak komen mengenai penggunaan duit haram untuk tujuan kebajikan oleh Guan Eng ini.

Siapa agaknya nak mendahului Nik Aziz mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan tindakan kalipah Guan Eng kesayangan PAS? Ataupun mereka juga sama seperti Malaysiakini akan buat-buat tak nampak salinan surat berkenaan?

Nak buat macam mana, undi lebih penting dari kebenaran bagi mereka weh! Jilat sajalah....

Jumaat, 24 September 2010

Eye on Malaysia Melaka tutup sebab hutang Ad Suria bangang oi! Bukan tak dapat sambutan. Ini pun PAS nak menipu? Malu guna nama Islam weh!

Kalau tak menipu tu bukan pemimpin PAS la namanya.

Terbaru, Ketua Penerangan PAS Bukit Katil, Yusof Wahab melalui artikel Malaysiakini bertajuk Eye on M’sia: Belajar dari kesilapan, kata PAS (sini) cuba menipu rakyat dan memburukkan kepimpinan Ali Rustam dengan mendakwa Eye on Malaysia yang asalnya dibawa dari Kuala Lumpur terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan.

Beliau juga mendakwa, “Sudahlah ia membazirkan duit rakyat jutaan ringgit, kini Eye On Malaysia yang menjadi lambang kegagalan kerajaan negeri (kerana tidak mendapat sambutan) tambah menyakitkan mata rakyat Melaka. Apakah kerajaan Malaysia mahu mengulangi kesilapan lalu dengan membeli sebuah lagi Eye On baru?

Adeh la... Memang bangang la PAS ni. Kata bodoh marah!

Sebenarnya Eye on Malaysia Melaka ditutup bukan kerana tidak mendapat sambutan tetapi sebaliknya pemegang saham terbesar dalam projek usahasama ini iaitu MST Ad Suria (60%) gagal membayar tunggakan hutang sebanyak 17 juta kepada Syarikat Fitraco NV (pembuat EoM dari Belgium)!

Semua orang tau la berita ni. Kalau bangang sangat tak tau baca sini. Pemimpin PAS yang duduk di Melaka sendiri pun tak tau. Apa kebengongnya PAS lantik Ketua Penerangan macam ni.

Akibat penutupan itu, kerajaan negeri kerugian satu destinasi pelancongan yang menarik pelancong untuk ke negeri berkenaan. Pelancong yang datang juga mengeluh kerana tidak berpeluang untuk menaiki EoM sedangkan ia diwar-warkan oleh agensi-agensi pelancongan sebelum ini.

Para peniaga di sekitar kawasan berkenaan juga mengeluh dengan penutupan EoM di muara Sungai Melaka itu. Sebab tu lah Tok Ali nak ganti semula dengan EoM baru dari China (sini).

PAS apa tau? Menipu saja pandai. Ko ingat ko boleh putar isu ni? Lahabau!

Anwar lebih teruk dari Pak Lah. Lepas hantar bini, hantar pulak anak untuk kuasai parti. Menantu bila pulak?

Tuanku Abdul Rahman tidak meninggalkan waris politik. Najib memasuki politik selepas Tun Razak meninggal dunia. Tun Hussein Onn menjawat jawatan politik selepas Onn Jaafar tidak lagi berkuasa. Tun Mahathir membenarkan Mukhriz aktif politik selepas beliau melepaskan jawatan. Hanya Pak Lah Perdana Menteri yang membawa keluarga (Khairi Jamaluddin) ke dalam politik ketika berkuasa. Itu kisah Presiden UMNO dan warisnya.

Apabila Nurul Izzah menyatakan secara jelas akan bertanding jawatan Naib Presiden (sini), ini bermakna beliau telah mendapat lampu hijau dari Anwar untuk meneruskan kesinambungan keluarganya menguasai PKR.

Semua orang maklum Anwar menjawat jawatan Ketua Umum PKR, jawatan yang dicipta sendiri beliau, tidak boleh dipertandingkan dan tiada di dalam perlembagaan parti.

Ezam, bekas teman sehidup semati Anwar menjelaskan (sini) jawatan Ketua Umum terpaksa dicipta Anwar untuk membolehkan beliau dilihat sebagai Supreme Leader yang tidak boleh disentuh. Sebab itu beliau menolak untuk bertanding jawatan Presiden PKR walaupun dicalonkan oleh cabang-cabang parti berkenaan. Ini kerana Anwar takut akan ada orang yang menawarkan diri untuk bertanding dengan beliau, malu la weh!

Tambahan pula, sama ada beliau menduduki jawatan Presiden atau tidak sebenarnya tidak penting bagi Anwar kerana yang menjawat jawatan berkenaan kini adalah bininya sendiri. Mestilah Wan Azizah kena ikut cakap beliau. Takkan nak menderhaka kepada suami kot. Sebab tu Anwar tak hairan. Wan Azizah sebenarnya Presiden boneka. Semuanya dicaturkan oleh Anwar.

Sekarang, Nurul Izzah pula disusun untuk menduduki kerusi Naib Presiden. Penulis berani jamin 200% beliau akan menang dengan undi tertinggi. Percayalah. Anak Ketua Umum dan Presiden weh, siapa yang berani tak beri undi? Nak mampos?

Dengan kedudukan Nurul Izzah sebagai Naib Presiden, ia akan memudahkan Anwar memonopoli hierarki kuasa di dalam PKR. Kini hanya tinggal jawatan Timbalan Presiden yang perlu dipastikan dimenangi oleh Azmin. Yalah, Azmin lebih senang nak ikut cakap dan disuruh berbanding Zaid. Lagipun Zaid tu siapa? Dulu dalam UMNO pun jadi Menteri atas ehsan PM. Senator le katakan. Awal-awal masuk PKR boleh la nak sanjung-sanjung. Sekarang ni pandai-pandai la bawa diri.

Keseluruhan situasi ini menampakkan Anwar sebenarnya lebih busuk lagi membusukkan dari Pak Lah. Ini kerana Pak Lah dulu hanya membawa menantunya untuk berada di kerusi Ketua Pemuda UMNO. Tetapi Anwar, bini dijawatkan jawatan Presiden dan anaknya Izzah sebagai Naib Presiden.

Jangan hairan lepas ni anak-anaknya yang lain pula akan ditakhtakan jawatan. Cuma satu penulis nak tanya, menantu bila pula? Kesian dia, nak juga merasa nikmat sebagai ahli keluarga Anwar yang nepotisme, kronisme dan celakasme. Busuk lagi membusukkan weh!

Khamis, 23 September 2010

Cerita adik abang di sebalik RM 4 billion yang wajib dibaca!

Gambar cute kasih sayang adik abang di atas hanyalah sekadar hiasan.

Penceritaan adik abang di bawah ini berlaku di sebuah negeri di Malaysia.


Sebelum 19 September 2010:
Abang: Dik, hang tolong sikit boleh tak?

Adik: Awatnya?

Abang: Ni ada syarikat ni nak bagi kat parti kita 4 billion ni!


Adik: Hang biaq betui bang? Jangan dok menipu. Kita kan parti Islam.

Abang: Sebab kita parti Islam la aku tak menipu hang. Aku ada bagi projek dalam 300 bilion kat depa. Sebab tu depa nak bagi sumbangan kat kita.


Adik: Bukan tu rasuah ka?

Abang: Dak aiihhh! Tu bukan rasuah. Kita tak mintak pun. Dah depa nak bagi kita ambik saja la. Boleh kita buat apa yang patut. Election pun dah tak lama lagi.


Adik: Kalau camtu kaya la kita. Hang nak aku tolong apa? La ni jugak aku buat.

Abang: Sabaq la. Bukan la ni. 19hb September nanti, syarikat tu ada nak buat majlis sikit. Lepaih tu depa nak serah mock-cheque 4 billion tu. Hang tolong pi ambik boleh?


Adik: Awatnya hang tak pi ambik sendiri. Hang kan paling besaq dalam parti ni? Tak pun suruh la anak buah hang yang ada jawatan lain pi.

Abang: Hang gila apa? Kita cover la sikit. Dah aku bagi projek kat depa takkan aku pulak nak pi ambik.


Adik: Ikut hang la.

Abang: Satu lagi, aku dah pesan kat depa suruh tulih mock-cheque tu atas nama yang sesuai. Hang jangan lupa check no....


Adik: Ok. Tapi nanti jangan buat-buat lupa pulak?

Abang: Lupa apa?


Adik: Dah aku pi ambik tu hang paham-paham sendiri la. Hehehhehe

Abang: Ala hang ni... Yang tu nanti kita kira la. Hang kan adik aku.


Adik: Ni yang aku sayang abang aku ni!


Pada 19 September 2010:
Adik: Eh! Awat hempa tulih nama parti kat mock-cheque tu?

Penderma: Dah abang hang yang kata soh bagi kat parti, kami letak nama parti la.

Adik: Macam tu ka?


Penderma: Hang jangan risau. Kami kata la masa sidang akhbar nanti syarikat bagi kat pentadbiran abang hang, bukan kat parti.

Adik: Pandai-pandai. Hang memang pandai.


Penderma: Tengok la sapa idola kami, abang hang jugak hehehehe

Adik: Heheheh Apa pun terima kasih la ataih sumbangan ni! Insyaallah, pahala besaq tu.


Penderma: Sama-sama. Harap tu lepas ni suruh la abang hang lulus apa yang patut lagi kat syarikat kami.

Adik: Tu hang jangan la risau. Kami paham aiiihh...


Penderma: Awatnya dia tak mai ambik sendiri mock-cheque ni?

Adik: Ish... cover la sikit....


Penderma: Hehehhe... saja ja tanya.... Jom la dok depan tempat abang hang tu. Kami dah siap cantik-cantik. Dah dia tak mai, hang la duduk.

Adik: Nak buat macam mana, sibuk la katakan. Jom, tangan pun dah rasa gatai ni.


Penderma: Heheheheh


Selepas 19 September 2010:
Abang: Hang ni awatnya bodo sangat!

Adik: Awat?

Abang: Hang tau dak gambaq hang dok tengah terima mock-cheque tu keluaq semua paper?


Adik: Abih tu apa masalahnya? Publisiti kat parti kita apa?

Abang: Publisiti kepala otak hang. Dah la nama penerima pun pi tulih sah-sah nama parti kita. Kantoi la macam ni. Awat hang tak check dulu? Kan aku dah pesan awai-awai.


Adik: Aku dah check dah. Bila aku tanya penderma tu dia kata dia janji dengan hang nak bagi kat parti kita. Sebab tu dia tulih nama parti.

Abang: Ala bodonya. Memang la aku suruh bagi kat parti kita, tapi jangan letak nama parti. Tulih la apa pun. Nama jawatan aku ka, nama pejabat aku ka, nama bahagian kewangan ka. Baru orang tak tanya.


Adik: Abih tu kita nak buat apa?

Abang: Buat apa? Jangan mengaku la kita dah terima. Nak buat macam mana lagi. Buat tak tau saja la.


Adik: Rugi la macam tu. Kalau orang tanya aku nak jawab apa?

Abang: Hang jawab la hang pi majlis tu secara peribadi. Bila masa depa nak serah mock-cheque tu hang kata takda sapa pun wakil dari pentadbiran aku yang pi. Hang pun naik la jadi wakil saja. Ataih kapasiti peribadi sebab tak mau bagi malu penderma tu.


Adik: Boleh ka lagu tu? Kita kan parti Islam, tak baik menipu.

Abang: Yang ni bukan menipu, kita nak jaga nama parti kita. Sebab tu hang kena cakap macam tu. Parti kita ada nama Islam. Kalau kita kantoi, Islam lagi malu. Mana lagi teruk? Hang nak seluruh parti berdosa ka atau kita menipu sunat untuk jaga nama semua. Hang mau aku keluar fatwa?


Adik: Takpa-takpa, aku ikut apa hang cakap. Hang kan abang aku.

Abang: Ok. Hang jangan dok cerita kat sapa-sapa pulak. Kalu tidak aku doa hang pecah perut.
Adik ka, sapa ka aku bukan kira.

Adik: Ala hang ni, aku tau la. Dengan aku pun nak doa macam tu. Apa la...



Begitulah kisah adik abang yang jarang-jarang kita baca di mana-mana pun. Kalau ada sesiapa nak buat drama, jangan lupa kontek penulis ya. Cerita ni masih panas lagi. Hehehhe!

Guan Eng kenakan surcaj air kepada pengguna ni woi! Mana SUARAM? Mana PAS? Mana PKR? Kalau BN buat tentu dah berguling atas jalan ni.

Sebelum apa-apa, jom tengok dulu siapa Lembaga Pengurusan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (sini):

1. YAB Tuan Lim Guan Eng - DAP
(Chairman)

2. YB Tuan Mansor bin Othman - PKR
(Deputy Chairman)

3. YB Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy - DAP
(Non-Independent & Non Executive Director)

4. YB Tuan Lim Hock Seng - DAP
(Non-Independent & Non Executive Director)

5. YB Dato' Zainal Rahim bin Seman - SUK
(Non-Independent & Non Executive Director)

6. YB Dato' Faiza Binti Zulkifli – Penasihat Undang-undang
(Non-Independent & Non Executive Director)

7. YB Dato' Farizan bin Darus - MPSP
(Non-Independent & Non Executive Director)

8. YB Tn Raveentharan a/l V. Subramaniam - PKR
(Non-Independent & Non Executive Director)

9. YB Tuan Tan Cheong Heng - DAP
(Non-Independent & Non Executive Director)

10. YB Tuan Lau Keng Ee - DAP
(Non-Independent & Non Executive Director)

Patut la Guan Eng nak kenakan surcaj kepada rakyat Pulau Pinang atas penggunaan air (sini, sini dan sini). Puak-puak dia yang duduk dalam Lembaga Pengurusan rupanya. Ni mesti nak sapu bonus lebih tiap tahun ni.

Mereka yang guna lebih dari 35 meter padu sebulan akan dicaj 24 sen berbanding sebelumnya 22 sen. Nama nak menghalalkan tindakan ni memang sedap, Surcaj Pemulirahaan Air. Hakikatnya ia akan membebankan mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Macam mana PBA nak pantau dalam rumah tu ada berapa orang yang tinggal? Kalau dua orang saja yang duduk boleh la mereka guna kurang dari 35 meter padu sebulan tapi kalau dah ada lebih dari lima orang yang tinggal, jimat macam mana pun pasti mereka akan guna lebih dari 35 meter padu.

Itu belum lagi kira golongan berpendapatan rendah yang buat kerja sampingan seperti membuat kuih muih, menjual sate atau minuman. Ini dah kira membebankan mereka. Patutnya kalu nak caj lebih pun kenakanlah pada pihak industri di kawasan Perusahaan Perai dan Bayan Lepas tu, bukannya pengguna yang dibebankan. Opsss lupa pulak, yang kat kawasan industri tu pun puak-puak dia juga.

Yang celakanya jugak, dia dok cerita subsidi yang PBA bagi kepada pengguna sebelum ni. Dey Guan Eng, penyokong Pakatan Haram kata, subsidi tu tanggungjawab kerajaan. Itu lu patut beri. Takkan bila BN jadi kerajaan saja subsidi tu jadi tanggungjawab dan bila Pakatan Haram pula subsidi jadi bebanan kerajaan? Memang lidah biawak la pemimpin dan penyokong Pakatan Haram ni.

Nampak gayanya rakyat Pulau Pinang terus jadi mangsa kerakusan Guan Eng. Kali ini beliau menggunakan alasan untuk penjimatan air sedangkan tindakan berkenaan menindas rakyat bawahan.

Penulis dah kata lama dah, kita terajang keluar celaka ni keluar Penang. Biar orang Penang sendiri yang urus negeri ni. Guan Eng bukan tau apa. Cuba tanya dia, Rope Walk asal dulu di mana? Dah la loghat Penang pun tak tau. Tuih!

Rabu, 22 September 2010

Astagfirullahalazim. PAS yang mengaku Islam boleh menipu walau bukti dah nyata? Betul la Islam jadi alat PAS cari kuasa!

Sumber asal: RBF

Masyaallah! Pemimpin Parti Islam Pun Berbohong Juga


Apabila sudah berak tengah jalan siapa yang nak mengaku najis itu dia yang dia punya. Begitulah juga kisah antara Pas dan syarikat I'DA World Group Sdn Bhd.

Waktu baik main lagi I love u dan u love me. Bila sudah bergaduh tak mengaku pula pernah bercinta.

Salahuddin Ayub dalam kenyataan medianya hari ini berkata,

"Setelah menyemak dengan PAS Kelantan, saya juga mendapati PAS dan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menerima permohonan dari syarikat ini untuk membuat sebarang projek pembangunan di sana," klik di sini

Ternyata Salahuddin Ayub berbohong, dia cuba berlagak yang Pas atau kerajaan negeri tidak kenal syarikat itu, sedangkan surat di bawah itu sudah jelas menunjukkan yang PMBK meminta syarikat berkenaan menyediakan kertas kerja dan sedia memberi sokongan.

Saya berharap selepas ini tidak ada pemimpin-pemimpin Pas yang akan buat-buat tidak kenal dengan surat tersebut. Jangan pula selepas ini ada lagi badut-badut Pas muncul dan mengatakan kepala surat tersebut tertulis perkataan Perbadanan Gabenor Sungai Golok.

Nota Satulimatiga:
Lihatlah bagaimana pemimpin PAS menipu semata-mata nak jaga undi mereka. Itu pemimpin PAS, kalau penyokong PAS agaknya, mau mati-mati sanggup nak pertahan parti ajaran sesat tu. Berak tengah jalan mana nak mengaku. Demi kuasa weh!

DAP lapor Pisau.net ke SKMM. Tanya soalan pun mau lapor ka? Kebebasan bersuara konon, poorah!

Apa cerita DAP parti yang menyalak-nyalak tentang kebebasan bersuara melapor Pisau.net ke SKMM? (sini).

Nampak gayanya, bukan setakat Utusan Malaysia, media arus perdana yang memanaskan bontot kepimpinan Guan Eng, kini para blogger nampaknya turut mendatangkan kegelisahan kepada mereka.

Artikel Pisau.net bertajuk Gempar! Wang Ehsan 100, Warga Mas Makan Duit Judi? (sini) dan Kerajaan Negeri Tak Jawap, Boleh Percayakah Guan Eng? (sini) yang tidak dijawab oleh Guan Eng menjadi punca laporan ke SKMM.

Isu ini turut diulas oleh GAP (sini) dan Nasionalis1982 (sini).

Apa yang menariknya, kedua-dua artikel Pisau.net diakhiri dengan tanda “?”! Ya, TANDA SOAL! Apa maksudnya tu?

Itu maksudnya Pisau.net menyoal dan pihak Guan Eng perlu la menjawab. Itu bukan tuduhan, tetapi soalan DAP bangang oi!

Tindakan melaporkan kepada SKMM ini dilihat sebagai mengesahkan pimpinan DAP sebenarnya berlidah biawak. Konon berjuang untuk kebebasan bersuara tetapi sebaliknya berusaha untuk menyekat sesiapa saja yang dapat mendedahkan kepincangan pimpinan mereka.

Baru tanya soalan dah lapor SKMM. Kalau dah tawan Putrajaya, mau masuk ISA semua rakyat yang bertanyakan soalan kepada kepada parti haram ni mengenai pentadbiran mereka.

Usah gentar para blogger sekalian. Kita lawan spesis-spesis lidah biawak ini. Takbirrrrrrrrr!

Selasa, 21 September 2010

Masya’Allah! PAS terima rasuah 4 billion? Astagfirullahalazim.


Halaman 10, Berita Harian hari ini (21 September 2010) memaparkan berita bertajuk RM4b bukan balas jasa dapat projek (sini).

Artikel berkenaan melaporkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai I’DA World Group Sdn. Bhd. telah memberikan “sumbangan” sebanyak RM4 billion kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membangunkan prasarana jajahan yang mundur di negeri berkenaan.

Artikel berkenaan turut melaporkan syarikat berkenaan mendapat projek bernilai lebih RM300 billion dari kerajaan Kelantan. Wow, banyak tu! Tak hairanlah boleh bagi sumbangan sampai RM4 billion.

Namun, penulis ingin mempersoalkan mengapa sumbangan RM4 billion berkenaan diberikan atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) dan bukannya atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri atau Perbendaharaan Negeri? (Rujuk gambar)

Mengapa perlu diberikan atas nama PAS? Mengapa diberi kepada parti politik dan bukannya atas nama kerajaan negeri yang turut disertai PKR dan DAP?

Ini bukan sumbangan kepada kerajaan negeri tetapi sumbangan kepada PAS!

Nampak gayanya joli sakan la PAS guna RM4 billion lepas ni untuk kerja politik. Jika sebelum ni PAS sanggup keluar RM4 juta untuk burukkan kepimpinan Pak Lah, dengan wang sebanyak ini, lebih dari itu boleh diperuntukkan untuk memburukkan kepimpinan Najib.

Rasuah ke ni? Eh, takkan la rasuah. Tok Guru gi Mekah pun dapat sumbangan ikhlas, inikan pula RM4 billion. Mesti la ini pun sumbangan ikhlas kepada PAS ni kan? Kan? Kan?

Encik-encik SPRM tolong buat kerja!

Zaid: Anwar tak hormat Wan Azizah selaku Presiden PKR!


Dua posting terakhir Zaid di dalam blognya menampakkan ketidakpuasan hati beliau terhadap amalan politik PKR ketika pemilihan jawatan. Zaid dilihat kecewa apabila PKR gagal untuk memastikan amalan demokrasi dilaksanakan sebagaimana yang kononnya diperjuangkan oleh parti berkenaan.

“… jawatan Timbalan itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor Dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada lah banyak kuasa sangat. Apa lagi dalam Keadilan, Nombor Satu pun tak ada kuasa seperti Ketua Umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi.”

Posting di atas adalah petikan dari artikel bertajuk Siapakah ‘Musuh Parti’ dalam PKR? pada 14 September 2010 (sini) yang secara jelas membidas Anwar kerana mewujudkan jawatan Ketua Umum yang hanya boleh disandang oleh beliau dan tidak boleh ditandingi oleh sesiapa, sekalipun oleh isterinya sendiri.

Sebab itu menurut Zaid, jawatan Presiden di dalam PKR tidak mempunyai makna disebabkan wujudnya jawatan kebal, Ketua Umum. Jawatan Timbalan Presiden pula hanya untuk mendapat glamour dan nama di dalam PKR. Mungkin sebab itu Zaid bertanding jawatan berkenaan agaknya. Nak dapat glamour dan kedudukan dalam PKR la katakan.

Dan di dalam posting 20 September 2010 bertajuk Hormatilah presiden dan perlembagaan parti (sini) Zaid dengan tegas menyatakan PKR tidak menghormati Wan Azizah, seorang Presiden yang dipilih dan lebih mengagungkan Anwar yang hanyalah seorang ahli biasa:

“Presiden kita dianggap oleh sesetengah pihak hanya sebagai lambang. Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar. Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan Presiden. Kepimpinan parti lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Umum.”

Sesuatu yang lebih menarik lagi ialah apabila Zaid melihat PKR tidak akan menghormati Perlembagaan Negara jika berterusan mengenepikan Wan Azizah dan mengagungkan Anwar di dalam perjuangan mereka.

“Kalau kita dari parti Keadilan tidak hormati jawatan Presiden kita yang sah kerana kita berpuas hati Presiden itu hanya lah lambang (walaupun dia berkuasa penuh mengikut Perlembagaan parti); apa jaminan kita akan menghormati Perlembagaan Negara bila kita berkuasa nanti?”

Kenyataan Zaid ini sekurang-kurangnya menjelaskan kepada umum bahawa Wan Azizah hanyalah Presiden boneka, tak ubah sebijik macam Nizar menjadi boneka DAP ketika menjadi Menteri Besar dulu.

Nampak gayanya hebat sungguh pemilihan PKR. Sampai naik terburai urat saraf parti bekenaan. Di hari pertama pemilihan, 72 ahli keluar parti kerana tidak berpuas hati (sini). Itu baru pemilihan jawatan, belum lagi nak pilih calon pilihan raya. Agaknya mau bergolok berparang tak dapat jadi calon agaknya.

Alahai PKR. Semoga melingkup dengan aman dan damai ya...

Isnin, 20 September 2010

Celaka! Nazri Aziz sindir Muhyiddin sebagai pentaksub kerana pilih Melayu dulu!


“saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?”

Ini ayat di baris terakhir dalam surat terbuka Nazri Aziz, Menteri di JPM yang mengecam Awang Selamat dan Utusan. Ia disiarkan melalui Malaysian Insider (sini).

Nampak gayanya Nazri terus mengambil sikap menyondol membabi buta dalam politik tanpa memikirkan mengenai untung nasib dan perasaan bangsa Melayu.

Penulis berpandangan, sekiranya beliau sekadar menyatakan dirinya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru orang Melayu, itu tiada masalah kerana ia adalah pandangan peribadinya sebagai seorang individu.

Tetapi apabila beliau menambah dengan menyebut “Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?” ia sebenarnya tidak lebih dari mengambil sikap untuk menyindir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin.

Ini kerana Tan Sri Muhyiddin sebelum ini dengan tegas dan berani menyatakan beliau melihat dirinya sebagai Melayu terlebih dahulu dan pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia. Baca sini dan sini!

Walaupun surat terbuka berkenaan sebenarnya ingin mengentam Awang Selamat dan Utusan namun penulis melihat tindakannya ini akan menambah kebencian orang Melayu kepada beliau secara khususnya dan UMNO secara umumnya.

Ini kerana Nazri turut sekepala dengan Ketua Pemuda UMNO yang menghentam Utusan sebagai lupa diri dan tidak kenal tuannya kerana memaparkan perjuangan Perkasa yang membela hak-hak orang Melayu (sini).

Penulis turut merasa hairan mengapa Nazri memilih untuk memuatkan surat terbuka beliau melalui Malaysian Insider, sebuah portal berita yang diketahui sebagai pro-pembangkang? Mengapa ia tidak diberikan kepada saja kepada BERNAMA? Adakah Nazri juga mempunyai kepentingan politik di sebalik kewujudan Malaysian Insider? Jika pembaca ingin mengenali siapa di sebalik Malaysian Insider, baca sini.

Akhir sekali, penulis mencadangkan agar PM menimbangkan semula Nazri untuk berada di bawah payung UMNO. Elok beliau diletakkan di bawah kuota Gerakan atau PPP untuk pilihan raya akan datang. Dengan itu, UMNO dapat memastikan semua wakil rakyatnya melihat diri mereka sebagai Melayu dulu dan pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia!

Itu baru betul UMNO berada di landasan perjuangannya, sama seperti mula-mula penubuhannya pada tahun 1946 dulu! Hidup Melayu!

Sabtu, 18 September 2010

72 ahli Ipoh Barat keluar parti pada hari pertama pemilihan PKR. Itu belum lagi pilih calon pilihan raya, mau bergolok berparang agaknya!

Penulis sebenarnya malas nak ambil kisah mengenai pemilihan PKR yang dilihat tak lebih dari usaha menabalkan pembodek-pembodek terbaik Anwar.

Tetapi, apabila membaca berita Malaysiakini yang menyatakan pemilihan cabang PKR yang bermula semalam didahului oleh Zaid (sini), laman yang sama turut memuatkan berita yang dipetik dari laporan Bernama mengenai 72 wanita PKR cabang Ipoh Barat keluar parti kerana tidak puas hati dengan kepimpinan atasan.

Wah! Betul-betul hebat pemilihan PKR. Begitu kuat pertelingkahan sesama ahli sampai ada yang keluar parti. Mesti banyak perkara tersurat dan tersirat yang berlaku ketika kempen ni. Itu belum pilih calon pilihan raya umum lagi. Mau bergolok berparang, bunuh membunuh agaknya hehehhe.

Lantak korang la!

Laporan Bernama (sini):

72 Wanita PKR Cabang Ipoh Barat Keluar Parti
IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Seramai 72 anggota wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat pada Jumaat mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.

Wakil kumpulan itu, Siti Aminah Mansor berkata cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja.

"Anggota itu juga yang mengisi semua jawatan dalam cabang tersebut dan pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang tidak diketahui semua anggota kerana tiada sebarang notis diberikan kepada kami," katanya pada persidangan akhbar di sini.

Beliau mendakwa ada di kalangan anggota yang sanggup menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dan fitnah terhadap anggota daripada kaum lain bagi membolehkan orang tertentu menguasai cabang berkenaan.

-- BERNAMA

Jumaat, 17 September 2010

Penyokong Pakatan, suruh la Anwar kencing korang lagi. Kompem Najib bagi cuti macam 16 Sept! Kih kih kih

Amat menggelikan hati apabila para penyokong Pakatan Haram yang nak sedapkan hati kerana dikencing oleh Anwar mengenai Kerajaan 16 September mengatakan Najib memberikan cuti pada 16 September setiap tahun bermula tahun ini dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana takut Pakatan Haram Berjaya mengambil alih Putrajaya.

Wakalalaka apa ke bangang penyokong Pakatan Haram ni. Apa kaitan Cuti Umum yang Najib berikan sempena sambutan Hari Malaysia dengan Anwar kencing korang neh? Najib umum cuti Hari Malaysia bermula tahun 2010 di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 2009, bukannya waktu Anwar dok canang nak tukar kerajaan pada 2008. Tergesa-gesa apa kejadahnya?

Lepas tu ada pulak yang terus bela kata Kerajaan 16 September tak jadi sebab dulu Pak Lah bawa lari ahli Parlimen BN ke Taiwan. Kih kih kih Isu basi la woi.

Kalau derang tu memang nak lompat ke Pakatan Haram untuk kononnya bersama-sama Anwar bentuk Kerajaan 16 September, mesti takkan derang ke Taiwan tu. Jangan kata Taiwan, bawa ke mana-mana pun mesti derang takkan pergi punya. Ya lah, dah janji dengan Anwar nak lompat kan, kenapa mesti ikut cakap Pak Lah lagi? Kih kih kih Itu pun masih belum nampak lagi yang korang ni kena kencing? Adeh la…

Lepas ni doa-doa la lagi penyokong Pakatan Haram ya minta Anwar kencing korang. Kompem Najib akan bagi cuti lagi sebab korang kena kencing dengan Anwar.

Banyak lagi tarikh keramat untuk Anwar kencing tu. Hari Pahlawan belum cuti lagi, Hari Bulan Sabit Merah, Hari Aids Sedunia, Hari Bapa, Hari Ibu, Hari Wanita, semua tu pun belum dapat cuti. Hari Anwar menikah dengan Wan Azizah pun sesuai kita dapat cuti tu. Suruh la Anwar kencing korang guna tarikh-tarikh tu, mesti penuh cuti kita dari awal sampai hujung tahun. Tak payah la kita kerja, boleh buat demo sepanjang tahun.

Kih kih kih…

Khamis, 16 September 2010

Sambutan Kerajaan 16 September Anwar di markas PAS mana tahun ni? Takkan Pakatan Haram sambut diam-diam kot!

Tanggal 16 September 2010 genaplah 3 tahun tertubuhnya Kerajaan 16 September Pakatan Haram yang Perdana Menterinya adalah Anwar Ibrahim.

Sejarah pembentukan Kerajaan 16 September ini berlaku pada tahun 2008 apabila Anwar berjaya membeli 31 ahli Parlimen BN untuk meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Pakatan Haram. Sejak itu, Anwar memerintah Malaysia bersama-sama dengan rakan-rakan sekutu kuat peluk cium PKR iaitu DAP dan PAS.

Malu dengan kegagalan untuk menjaga 31 ahli parlimen BN yang mengambil keputusan melompat ke Pakatan Haram menyebabkan Pak Lah melepaskan jawatan selaku Presiden UMNO dan ia telah diambil alih oleh Najib. Najib kini merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen 16 September.

Malang bagi BN dan para penyokongnya kerana tidak mempercayai cakap Anwar yang bersungguh-sungguh mengatakan beliau akan berjaya merampas 31 wakil rakyat mereka. Kini perkara itu benar-benar berlaku. Bukan takat benar, malah sungguh-sungguhlah berlaku.

Kalaulah BN baca semua link di bawah ni dulu, pasti mereka akan berwaspada dengan Anwar.

1. Malaysiakini: Wakil BN lompat sebelum 16 Sept (sini), PKR: rundingan lompat parti ‘lancar’ (sini), Anwar: Wakil BN mahu lompat parti (sini)

2. Siasah: PKR yakin Malaysia bertukar kerajaan 16 September (sini)

3. Klpos: Anwar tetap yakin kerajaan baru akan dibentuk 16 Sept, jumpa MP yang bakal lompat minggu depan (sini)

4. Harakahdaily: Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September (sini)

5. The Star: Anwar insists he has enough Barisan MPs to form government (sini), Anwar claim more than 31 MPs will cross over (sini)

Itu baru sikit tu, tak termasuk yang dalam YouTube dan yang disiarkan Al-Jazeera! Namun apa boleh buat, Anwar kini dah jadi Perdana Menteri 16 September. Terima sajalah para penyokong BN ya.

Cuma agak menghairankan, sejak tahun lepas lagi, Anwar dan Kerajaan 16 Septembernya menyambut ulang tahun kejayaan mereka mencuri ahli Parlimen BN secara diam-diam. Bukan setakat diam tak berbunyi, malah sepi sesepi sepinya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, sambutan tahun ini akan diadakan di salah satu markas PAS. Cuma yang tak pastinya, markas PAS yang mana. Kalau sesiapa tahu, tolong maklumkan penulis ya! Nak hebahkan terutamanya pada Al-Jazeera.

Sempena menyambut ulang tahun Kerajaan 16 September Anwar tahun 2010 ini, penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para penyokong Pakatan Haram. Semoga anda tak kena kencing macam penyokong BN yang ditipu pemimpin sendiri kononnya Anwar takkan berjaya beli ahli Parlimen BN.

Kesian penyokong BN kan? Kesiannya...

Selasa, 14 September 2010

Khairy hentam Utusan bela Perkasa! Ingat sikit, Pak Mertua hang bukan lagi PM. Jadi Ketua Pemuda dan ahli Parlimen pun atas ehsan Melayu!


Khairy Jamaluddin akan tercatat dalam sejarah UMNO sebagai Ketua Pemuda yang paling dayus apabila tidak membela kepentingan Melayu tetapi sebaliknya lebih rela menjaga kepentingan Cina.

Malaysiakini melaporkan (sini) Khairy hari ini menulis di dalam twitternya yang dipercayai ditujukan kepada Utusan Malaysia yang merupakan akhbar tunggal di negara ini yang menyokong Perkasa dengan menyatakan, “akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya”.

Ia dipercayai sebagai tanda tidak puas hati Khairy terhadap Utusan hari ini yang menyiarkan satu halaman penuh yang dilihat mempertahankan Perkasa.

Pergh... Ayat memang macam haram. Walaupun Malaysiakini tu media pro-Pakatan Haram, namun berita ni memang tak boleh dinafi. Memang ada dalam twitter Khairy beliau menyatakan demikian!

Sebab ada orang macam hang la orang Melayu dok lari dari UMNO Khairy oi.

Utusan tugasnya bukan hanya bawa suara UMNO walaupun parti tu pemilik saham terbesar tetapi jauh lebih penting Utusan tugasnya membawa suara yang boleh menguntungkan umat Melayu. Tak kisahlah dari mana sumber tersebut.

Minta maaflah, penulis memang penyokong setia UMNO dan BN. Tetapi jika mamat ni terus kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang, penulis akan protes dengan tidak keluar mengundi dalam PRU seterusnya.

Ini sebagai tanda penulis menolak kepimpinan Ketua Pemuda UMNO yang paling dayus dalam sejarah UMNO. Celaka sungguh!

Akhir sekali, penulis menyokong penuh jika Utusan menghentam Khairy pula selepas ini. Biar akhbar Inggeris, akhbar Cina dan akhbar Tamil yang membela beliau. Tuih!

Mayat Beng Hock Anwar sembah, Sosilawati dibunuh langsung tak endah! Mana Gobind? Mana Mahfuz? Mana Lateefa Koya? Kalau Bukan Melayu, habis disalak!


Ingat lagi gambar di atas? Kalau tak ingat penulis nak ingatkan.

Mayat yang ditunduk sembah oleh Anwar, Azmin dan Shamsul yang turut dihadiri oleh lebai PAS dalam gambar di atas adalah Teoh Beng Hock. Beliau mati jatuh dari bangunan setelah selesai disoal siasat oleh SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam. Beng Hock adalah saksi bagi SPRM, bukannya individu yang dituduh SPRM.

Anwar, Azmin dan Shamsul sanggup untuk menyembah mayat bukan Islam semata-mata tahu ia adalah peluang untuk dapat undi Cina. Apatah lagi Beng Hock adalah dari DAP!

Sekarang ini, apabila Sosilawati mati dibunuh, ada Anwar, Azmin dan Shamsul peduli? Tuih!

Anwar sekarang sedang sibuk mengaturkan strategi bagi memastikan Azmin menang melawan Zaid bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Sebab itu kejadian yang menimpa Sosilawati langsung tak diendahkannya.

Nak harap kepada DAP dan PAS kirim salam sajalah. Cuba kalau bukan Melayu yang diperlakukan demikian, pasti puak-puak Pakatan Haram seperti Lateefa Koya, Mahfuz, Gobind, Kit Siang, Guan Eng, Eli, Teresa Kok, Salahuddin dan Kor Ming akan menyalak 24 jam membela nasib mangsa.

Akhbar-akhbar Cina akan digunakan sepenuhnya untuk menghentam kerajaan dan UMNO kerana membiarkan bukan Melayu menjadi mangsa. Majlis Peguam juga akan turut meninggikan tahap salakan kononnya mereka yang tahu segalanya.

Namun amat menyedihkan, apabila mangsa dalam kes sebegini merupakan seorang Melayu Islam, haram mereka nak ambil tahu. Langsung tak berbunyi.

Mungkin juga Pakatan Haram merasakan suspek pembunuh Sosilawati merupakan liabiliti kepada mereka kerana beliau ahli seumur hidup sama ada PKR atau DAP. Sebab itu mereka langsung tidak mahu bersuara (sini, sini, sini dan sini).

Begitulah nilai Melayu Islam di mata Anwar dan Pakatan Haram. Itu belum lagi duduk di Putrajaya. Kalau dah bertakhta di sana, langsung digadai maruah Melayu Islam agaknya. Nauzubillah.

Bunuh Sosilawati: Suspek utama adalah peguam Hindraf dan anggota seumur hidup sebuah parti politik. PKR atau DAP?

Muka hadapan Utusan Malaysia hari ini, 14 September 2010 mendedahkan pembunuhan Sosilawati adalah berpunca dari sikap tamak suspek utama yang enggan memulangkan wang jutaan ringgit milik pengusaha produk kecantikan itu setelah satu urusniaga tanah di Pulau Pinang yang diuruskan suspek gagal. Polis juga tidak menolak kemungkinan ada penglibatan pembunuh profesional atau kumpulan samseng.

Namun, suatu yang menarik yang turut dipaparkan Utusan ialah suspek utama bergelar Datuk yang merupakan seorang peguam, pernah memberikan bantuan guaman kepada pertubuhan haram, Hindraf. Beliau juga merupakan ahli seumur hidup sebuah parti politik.

Agaknya la kan, parti politik mana yang dianggotai seumur hidup oleh pembunuh ini?

Pertimbangkan tips-tips berikut:

1. Beliau berketurunan India. Parti berpotensi ialah DAP, PKR, MIC dan PPP.

2. Buletin Utama TV3 malam semalam melaporkan T. Murugaiah mengatakan suspek pernah menyatakan hasrat untuk menyertai MIC. Bermakna beliau bukan ahli MIC.

3. Beliau simpati dengan perjuangan haram Hindraf sehingga menjadi peguam pertubuhan haram berkenaan. Parti berpotensi ialah DAP dan PKR.

Kalau macam tu, sah-sah la dari PKR atau DAP neh. Tapi kalau tanya puak-puak Pakatan Haram mesti katanya suspek bunuh tu ahli seumur hidup Umno. Kih kih kih! Semuanya nak disalahkan Umno... alahai Pakatan Haram!

Isnin, 13 September 2010

Bakar Quran: Strategi Amerika tagih sokongan dan undi umat Islam. Sebijik macam DAP!

Penulis melihat kejadian membakar Al-Quran yang berlaku di Amerika Syarikat (sini) sebenarnya merupakan satu strategi yang diwujudkan pentadbiran White House untuk menagih sokongan umat Islam seluruh dunia secara umumnya dan bagi memperoleh undi warga Amerika beragama Islam secara khususnya.

Ini kerana selepas paderi Jones bercadang untuk mengadakan kempen membakar Al-Quran sempena memperingati kejadian 11 September dan membantah pembinaan masjid di tapak WTC, pentadbiran White House bertalu-talu “mengeji” dan “mengutuk” cadangan berkenaan sedangkan mereka langsung tidak mengambil langkah untuk menghalangnya.

Tindakan “mengeji” dan “mengutuk” itu sebenarnya tidak lebih dari untuk menggambarkan kononnya White House membela dan amat prihatin kepada Islam.

Umum mengetahui Amerika merupakan Super Power dunia yang anti kepada Islam. Lihat saja bagaimana mereka yang mendokongi Israel sejak kuasa Yahudi itu mula menceroboh Palestin akan mengenakan pelbagai tindakan sekatan malah akan menggunakan kuasa ketenteraan ke atas negara-negara Islam yang anti-Israel. Amerika juga dikenali sebagai negara penceroboh dan majoriti negara yang dicerobohinya adalah negara-negara yang dipimpin oleh umat Islam.

Atas faktor itulah mereka cuba untuk memulihkan imej Amerika yang dilihat sebagai anti-Islam dengan mewujudkan kempen membakar A-Quran dan kemudiannya mereka sendiri yang “mengeji” dan “mengutuk” cadangan berkenaan.

Di Malaysia, DAP yang diketahui sebagai anti-Islam turut mengambil tindakan untuk menagih sokongan umat Islam. Terbaru, lihat saja bagaimana Guan Eng sepanjang bulan Ramadhan yang lepas mengelilingi masjid seluruh Pulau Pinang dan diberikan hamper kepada anak kariah dengan tujuan supaya mendapat undi dalam pilihan raya akan datang. Masjid yang dipilih pula hanya yang condong kepada pembangkang dan yang berpotensi untuk memberi kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

Tindakan retorik ini sebenarnya tidak lebih untuk menutup pimpinan beliau yang anti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan Melayu.

Tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai “gula-gula” lagi akan dijanjikan Guan Eng kepada orang Melayu Islam di Pulau Pinang semata-mata bagi menggambarkan kononnya pimpinan beliau benar-benar mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.

Nasihat penulis kepada Melayu Islam Pulau Pinang, ambik saja segala pemberian Guan Eng lepas ni, yang pasti pilihan raya akan datang kita undi BN. Jom terajang keluar Guan Eng dari Penang!

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Penulis mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

kepada semua pembaca dan seluruh umat Islam di mana saja anda berada.

Berhati-hati ketika memandu di musim perayaan ini.


Semoga Syawal ini memberikan keberkatan dan rahmat kepada kita dan Malaysia tercinta.

Maaf Zahir dan Batin.


Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...

Rabu, 8 September 2010

Konsert Siti: Guan Eng menipu lagi!


Di bulan Ramadhan yang baik ni pun Guan Eng masih lagi nak menipu. Macam mana PAS tarbiah Guan Eng ni? Tak habis-habis nak menipu. Cuba la jujur Guan Eng oi.

Lihat tajuk posting di blog Guan Eng mengenai konsert Siti Nurhaliza yang nak dianjurkannya (sini):

The Penang state government will hold a free Siti Nurhaliza concert in conjunction with Malaysia Day celebrations.

Cuba pula baca perenggan kedua akhir dari posting berkenaan:

"The function is free to all Penangites and in the spirit of Hari Malaysia to all Malaysians who may wish to come to Penang attend this free concert. Those who attend are only required to buy a bottle of mineral water each. The mineral water, Island Spring Water is produced by PBAPP and will be sold at RM 1 to assist us in determining the attendance record."

Free apa kebendanya Guan Eng oi kalu dah nak kena beli air mineral sebotol setiap sorang. Free tu maksudnya penonton yang masuk ke Stadium Bandaraya tu tak perlu nak dikenakan apa-apa syarat sekalipun! Ini dah kira caj tersembunyi!

Walaupun hanya seringgit dikenakan bagi setiap botol mineral, harga bukan persoalannya. Persoalannya ialah mengapa Guan Eng menipu dengan mengatakan konsert berkenaan free? Janganlah jaja mengatakan ia free kalu dah semua wajib beli air mineral untuk masuk. Siapa yang tak beli air mineral tu tak boleh masuk. Itu dah bukan free namanya!

Alasan nak kira jumlah kedatangan guna botol air mineral sememangnya amat bangang sekali. Kalu nak kira jumlah penonton, guna sajalah alat pengira macam dalam gambar kat atas tu.

Kalau kerajaan Penang takda dan tak nak bazir duit beli alat yang harga tak sampai RM30 satu tu, pi pinjam kat JKR yang dok buat banci lalu lintas kenderaan. Depa ada alat tu!

Lihatlah bagaimana Guan Eng putar belit perkataan “free” untuk menggambarkan kerajaan pimpinannya prihatin dengan memberi konsert yang kononnya percuma kepada rakyat? Ini baru perkara kecil yang bernilai seringgit. Cuba banyangkan kalau yang berjuta-juta ringgit. Entah bagaimana lagi agaknya beliau memutar belit.

Apa la hang Guan Eng, benda macam ni pun nak menipu! Apa punya turrrrrr da!

Perutusan Kemerdekaan: Najib ajak kukuh perpaduan, Guan Eng sibuk hentam UMNO! Merdeka Guan Eng oi, Merdeka!

Umat Islam di seluruh negara di kala ini sedang sibuk sama ada untuk meningkatkan ibadat di hari-hari terakhir Ramadhan atau bertungkus-lumus melengkapkan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ini, rakyat Malaysia amat bertuah kerana menyambut Ramadhan dan Syawal ketika negara berada di dalam sambutan ulangtahun Kemerdekaan negara yang ke-53. Kesempatan ini membolehkan seluruh umat Islam di Malaysia menginsafi dan bersyukur betapa bertuahnya hidup di bumi Malaysia ini.

Bertuahnya umat Islam di Malaysia adalah kerana bukan saja dapat hidup dengan aman damai bersama rakan-rakan dari kaum-kaum lain di atas nikmat kemerdekaan yang diperoleh malah kedamaian itu membolehkan kita beribadat tanpa diganggu peluru atau kekacauan sebagaimana yang dihadapi oleh umat Islam lain di luar negara.

Keamanan dan kedamaian yang ada pada hari ini sebenarnya adalah berteraskan kepada perpaduan antara kaum yang diperoleh atas persetujuan dan persefahaman politik sejak tahun 1948 lagi. Ia dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Sebab itulah YAB Najib melalui Perutusan Kemerdekaannya (sini) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengukuhkan perpaduan sesama kita. Malah beliau dua hari lepas (6 September 2010) menegaskan agar Kontrak Sosial tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak (sini).

Jika dilihat kepada Perutusan Kemerdekaan Najib, selain intipati utama dari awal hingga akhirnya mengajak rakyat untuk menjaga dan mengukuhkan perpaduan, beliau juga mengkisahkan mengenai sumbangan Perdana Menteri terdahulu kepada negara. Selain itu, Najib turut menyentuh mengenai langkah kerajaan untuk mempersiapkan Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020 melalui pelan transformasi kerajaan (GTP) dan pelan transformasi ekonomi (ETP).

Apa yang menariknya ialah tiada satu kenyataan pun yang diucapkan Najib menghentam pemimpin atau mana-mana parti di dalam Pakatan Haram. Ini bermakna, Najib bijak membezakan platform, di mana ruang untuk mengurus negara dan di mana pula ruang untuk berpolitik.

Berbeza dengan Lim Guan Eng, Perutusan Kemerdekaannya (sini) sarat dengan menghentam UMNO dan masuk bakul angkat sendiri! Agak menghairankan, mengapa Guan Eng tidak pula menghentam rakan-rakan komponen BN yang lain. Yang dihentamnya hanya UMNO sahaja? Adakah ini disebabkan UMNO terdiri daripada orang Melayu Islam dan komponen yang lain tidak?

Lihat saja bagaimana dari awal hingga akhir perutusan berkenaan Guan Eng tidak habis-habis menyalahkan UMNO. Antaranya, beliau mendakwa negara sedang berpecah belah dan menyatakan kononnya, “Pulau Pinang terus menjadi mangsa serangan oleh pelampau dan seteru UMNO”. Bagi tujuan itu, beliau memberikan contoh-contoh yang sememangnya benar berlaku di Pulau Pinang seperti pengharaman perarakan Maulidur Rasul, pengharaman Bazar Ramadhan dan penggantian nama YDP Agong dengan namanya. Guan Eng mendakwa kepimpinan beliau kononnya lebih telus melalui dasar CAT dan rasuah berjaya dibanteras. Itu pun nak dikaitkan juga dengan UMNO.

Ini membuktikan, Guan Eng bukan saja tidak tahu untuk membezakan platform, di mana patut berpolitik dan di mana tidak, malah beliau juga sebenarnya merupakan seorang yang akan mempolitikkan segala perkara demi untuk kelansungan politik dan kedudukan beliau sebagai pemimpin tertinggi di Pulau Pinang.

Lihatlah perbezaan ibarat di antara langit dan bumi di antara Najib dan Guan Eng. Ketika Najib sibuk bekerja dan mengukuhkan perpaduan rakyat, Guan Eng pula melihat segala-galanya adalah politik dan segala-galanya adalah peluang untuk mengukuhkan cengkaman.

Marilah kita berdoa agar Najib terus direstui oleh Allah SWT untuk mentadbir negara ini dengan jayanya. Juga, kita tidak harus lupa untuk memohon agar negara ini tidak jatuh ke tangan pihak yang akan menjadi penghianat kepada agama, bangsa dan negara sendiri. Amin.