Isnin, 20 September 2010

Celaka! Nazri Aziz sindir Muhyiddin sebagai pentaksub kerana pilih Melayu dulu!


“saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?”

Ini ayat di baris terakhir dalam surat terbuka Nazri Aziz, Menteri di JPM yang mengecam Awang Selamat dan Utusan. Ia disiarkan melalui Malaysian Insider (sini).

Nampak gayanya Nazri terus mengambil sikap menyondol membabi buta dalam politik tanpa memikirkan mengenai untung nasib dan perasaan bangsa Melayu.

Penulis berpandangan, sekiranya beliau sekadar menyatakan dirinya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru orang Melayu, itu tiada masalah kerana ia adalah pandangan peribadinya sebagai seorang individu.

Tetapi apabila beliau menambah dengan menyebut “Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?” ia sebenarnya tidak lebih dari mengambil sikap untuk menyindir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin.

Ini kerana Tan Sri Muhyiddin sebelum ini dengan tegas dan berani menyatakan beliau melihat dirinya sebagai Melayu terlebih dahulu dan pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia. Baca sini dan sini!

Walaupun surat terbuka berkenaan sebenarnya ingin mengentam Awang Selamat dan Utusan namun penulis melihat tindakannya ini akan menambah kebencian orang Melayu kepada beliau secara khususnya dan UMNO secara umumnya.

Ini kerana Nazri turut sekepala dengan Ketua Pemuda UMNO yang menghentam Utusan sebagai lupa diri dan tidak kenal tuannya kerana memaparkan perjuangan Perkasa yang membela hak-hak orang Melayu (sini).

Penulis turut merasa hairan mengapa Nazri memilih untuk memuatkan surat terbuka beliau melalui Malaysian Insider, sebuah portal berita yang diketahui sebagai pro-pembangkang? Mengapa ia tidak diberikan kepada saja kepada BERNAMA? Adakah Nazri juga mempunyai kepentingan politik di sebalik kewujudan Malaysian Insider? Jika pembaca ingin mengenali siapa di sebalik Malaysian Insider, baca sini.

Akhir sekali, penulis mencadangkan agar PM menimbangkan semula Nazri untuk berada di bawah payung UMNO. Elok beliau diletakkan di bawah kuota Gerakan atau PPP untuk pilihan raya akan datang. Dengan itu, UMNO dapat memastikan semua wakil rakyatnya melihat diri mereka sebagai Melayu dulu dan pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia!

Itu baru betul UMNO berada di landasan perjuangannya, sama seperti mula-mula penubuhannya pada tahun 1946 dulu! Hidup Melayu!

20 ulasan:

  1. aku memang tak tau nak cakap apa dengan dia ni. memang bangang nak mampos

    BalasPadam
  2. jgn cepat melatah ...nazri buat gitu ade sebab..rasenya bukan ditujukan buat TPM...mana-mana pentaksub lebih kpd LKS....

    BalasPadam
  3. Apa pun dia berada dalam situasi selamat di kawasan melayu parlimen Padang Rengas, kalau nak tahu cina sokong beliau tak BN bolehlah cuba nasib beliau dikawasan majoriti cina.

    BalasPadam
  4. Patutnya dia keluar aja UMNO..bukankah UMNO tu parti orang Melayu

    BalasPadam
  5. UMNO MESTI JADI "ULTRA MELAYU"

    Wahai pemimpin2 UMNO; ingatlah...

    1. BN bukan UMNO..! tapi UMNO tunjang BN..!

    2. Pemimpin UMNO yang merasa lebih selesa menjadi rakyat "Malaysia", dinasihatkan masuk parti GERAKAN atau PBS.. disitulah baru teruji pendirian kamu..

    3. Pemimpin UMNO jangan "melatah" tentang orang "Malaysia", selagi parti MCA, MIC dan parti perkauman lain masih wujud dalam BN...

    4. UMNO perjuangannya jelas untuk Melayu.. BN sahaja yang sesuai melaung "1Malaysia"..

    5. Pemimpin UMNO harus bertaubat peranan mereka.. BN akan bubar jika UMNO tidak "Xtreme Melayu"...

    zamsalam.sabah.

    p/s: Melayu berkuasa PASTI akan pertahankan kaum lain, tapi.. kalau Cina berkuasa...?

    BalasPadam
  6. kalau tok jib x nk jadi pm lg lps PRU13 nnti,kekalkanlah mamat botak melayu x sado diri nih jadi menteri.hikshiks...pastu lantik jerla budak hitam yg gilos nk jadi menteri tuh jdik menteri jugaks...hahkshahks

    BalasPadam
  7. Menteri UMNO yang ni dalam black list aku. Sampai mati pun aku tak akan undi dia

    BalasPadam
  8. Ini lah contoh pemimpin UMNO yg SOMBONG yg menjadi punca rakyat membenci UMNO..Misnan

    BalasPadam
  9. Dia dah lama tak sebut Melayu..... lidaj jadi berbelit........ nak buat macam mana....

    BalasPadam
  10. kaki bodek.. dulu bodek TYun m , pas tu bodek pak dol bantai..tun M...la ni Bodek Najib.. nak bantai pak Dol tak ada modal sebab dol tak tau apa2 dan tulis atau cakap apa pun dia kan baca atau dengar...najib.. lum kena lagi tp menyusahkan 1 malaysia..umno

    BalasPadam
  11. Malaysian Malay!

    Malay Malaysian!

    WATS THE BIG DEAL "PENTAKSUB"!!?

    BalasPadam
  12. Otak dia tak banyak...

    BalasPadam
  13. Umno banyak menyeleweng duit rakyat...sama la BN ..mca ..mic...

    masa untuk berubah...jgn berpikiran kolot lagi..kita sudah ketinggalan zaman...

    HIDUP PKR...HIDUP DAP..HIDUP PAS...

    Matilah pemimpin tamak UMNO...

    BalasPadam
  14. Pemimpin macam ni le yang bawa banyak petaka sial dalam UMNO salah satu orang x undi UMNO sebab ada pemimpin jenis macam ni...UMNO jangan bela dan junjung bewak idup ini biarkan dia ikut jejak langkah Zaid...tak luak apa2 pun...

    BalasPadam
  15. lepas ni suruh pi calon majoriti bukan melayu,baru agak dia tau dia dapat sokongan atau tidak.

    BalasPadam
  16. binatang nazri ni melayu xsedar diri..dia hanya taat pada seekor cina=DATO SUNNY ONG..NAZRI NI barua pada CINA NI KALAU TUAN2 NAK TAU..

    BalasPadam
  17. Kenyataan terkini Nazri Aziz semasa ditemubual ketika rumah terbukanya benar-benar mahu menghancurkan UMNO. Apakah Nazri Aziz ini 'bom' yang diletakkan didalam UMNO untuk memusnahkan parti orang melayu ini. Katanya perjuangan yang berasaskan kaum sekarang sudah tidak relevan tapi, pada masa yang sama beliau berada didalam parti yang berasaskan kaum iaitu UMNO. Apakah DS Najib tidak nampak kemusnahan yang sedangkan dilakukan oleh Nazri Aziz ini. Imej DS Najib turut terpalit oleh perbuatan Nazri. Ahli akar umbi sekarang tidak segan silu lagi memperleceh DS Najib yang dikatakan lemah malah lebih lemah dari Tun Lah. Sekarang undi untuk UMNO/BN sudah hilang sekurang-kurangnya dari keluarga saya kerana saya sudah membuat keputusan tidak akan mengundi selagi Nazri menjadi panglima Najib

    BalasPadam
  18. Jika Najib masih menyimpan 'toyol'ini maka suatu masa nanti 'toyol'ini akan memakan tuannya pula.Sesiapa yang membela 'toyol'apabila sampai edahnya dia akan meminum darah tuannya..maka jaga-jagalah datuk Najib..nanti 'toyol'ini menghisap darah mu...nanti PM jatuh dari takhta pula.'Toyol' ini sudah menghisap darah ramai orang seperti Tun M.Muhyiddin dan kertas pun dia makan seperti Utusan .

    BalasPadam
  19. macam la PKR telus sgt,,,
    aku pelik,,,nape SU si nuar muke 'jambu'???

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!