Khamis, 23 September 2010

Guan Eng kenakan surcaj air kepada pengguna ni woi! Mana SUARAM? Mana PAS? Mana PKR? Kalau BN buat tentu dah berguling atas jalan ni.

Sebelum apa-apa, jom tengok dulu siapa Lembaga Pengurusan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (sini):

1. YAB Tuan Lim Guan Eng - DAP
(Chairman)

2. YB Tuan Mansor bin Othman - PKR
(Deputy Chairman)

3. YB Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy - DAP
(Non-Independent & Non Executive Director)

4. YB Tuan Lim Hock Seng - DAP
(Non-Independent & Non Executive Director)

5. YB Dato' Zainal Rahim bin Seman - SUK
(Non-Independent & Non Executive Director)

6. YB Dato' Faiza Binti Zulkifli – Penasihat Undang-undang
(Non-Independent & Non Executive Director)

7. YB Dato' Farizan bin Darus - MPSP
(Non-Independent & Non Executive Director)

8. YB Tn Raveentharan a/l V. Subramaniam - PKR
(Non-Independent & Non Executive Director)

9. YB Tuan Tan Cheong Heng - DAP
(Non-Independent & Non Executive Director)

10. YB Tuan Lau Keng Ee - DAP
(Non-Independent & Non Executive Director)

Patut la Guan Eng nak kenakan surcaj kepada rakyat Pulau Pinang atas penggunaan air (sini, sini dan sini). Puak-puak dia yang duduk dalam Lembaga Pengurusan rupanya. Ni mesti nak sapu bonus lebih tiap tahun ni.

Mereka yang guna lebih dari 35 meter padu sebulan akan dicaj 24 sen berbanding sebelumnya 22 sen. Nama nak menghalalkan tindakan ni memang sedap, Surcaj Pemulirahaan Air. Hakikatnya ia akan membebankan mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Macam mana PBA nak pantau dalam rumah tu ada berapa orang yang tinggal? Kalau dua orang saja yang duduk boleh la mereka guna kurang dari 35 meter padu sebulan tapi kalau dah ada lebih dari lima orang yang tinggal, jimat macam mana pun pasti mereka akan guna lebih dari 35 meter padu.

Itu belum lagi kira golongan berpendapatan rendah yang buat kerja sampingan seperti membuat kuih muih, menjual sate atau minuman. Ini dah kira membebankan mereka. Patutnya kalu nak caj lebih pun kenakanlah pada pihak industri di kawasan Perusahaan Perai dan Bayan Lepas tu, bukannya pengguna yang dibebankan. Opsss lupa pulak, yang kat kawasan industri tu pun puak-puak dia juga.

Yang celakanya jugak, dia dok cerita subsidi yang PBA bagi kepada pengguna sebelum ni. Dey Guan Eng, penyokong Pakatan Haram kata, subsidi tu tanggungjawab kerajaan. Itu lu patut beri. Takkan bila BN jadi kerajaan saja subsidi tu jadi tanggungjawab dan bila Pakatan Haram pula subsidi jadi bebanan kerajaan? Memang lidah biawak la pemimpin dan penyokong Pakatan Haram ni.

Nampak gayanya rakyat Pulau Pinang terus jadi mangsa kerakusan Guan Eng. Kali ini beliau menggunakan alasan untuk penjimatan air sedangkan tindakan berkenaan menindas rakyat bawahan.

Penulis dah kata lama dah, kita terajang keluar celaka ni keluar Penang. Biar orang Penang sendiri yang urus negeri ni. Guan Eng bukan tau apa. Cuba tanya dia, Rope Walk asal dulu di mana? Dah la loghat Penang pun tak tau. Tuih!

1 ulasan:

  1. salam,

    rakyat yg mengundi Pakatan Rakus pada PRU-12 sepatutnya sudah sedar kesilapan mengundi pemimpin2 rakus ni... tgk je la kenyataan2 yg dorang buat n tindakan yg dorang ambil... CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!! taktik biasa yg mereka lakukan ialah mengutuk/maki apa saja tindakan yg diambil oleh pihak BN walaupun utk kebaikan rakyat/negara walhal dorang pd masa yg sama 'menangguk di air yg keruh' membuat perkara yg keji...

    BANGKITLAH ANAK WATAN TANAH MELAYU!!!

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!