Isnin, 6 September 2010

Malaysiakini buktikan Guan Eng rasuah pengundi Pulau Pinang! SPRM tolong ambil tindakan!


“Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.”

Demikian petikan perenggan pertama artikel yang ditulis oleh Muhamad Abdul Qayyum yang dipostkan pada jam 3:11 petang, 5 September 2010 di Malaysiakini dengan tajuk 107,620 warga emas Pulau Pinang terima sumbangan (sini).

Inilah bukti terkini yang dipaparkan sendiri oleh media pro-Pakatan Haram bahawa Guan Eng sememangnya memberikan rasuah kepada pengundi untuk memenangi pilihan raya.

Beri sumbangan kepada warga emas itu bagus tetapi mengapa hanya diberi kepada mereka yang mendaftar sebagai pengundi? Mengapa tidak diberikan sekali kepada warga emas yang tidak mendaftar sebagai pengundi?

Jelas, terang lagi bersuluh Guan Eng menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk mengekalkan kuasa dengan merasuah para pengundi. Ia dengan harapan agar dalam pilihan raya akan datang warga emas yang mendaftar sebagai pengundi ini akan mengundi DAP, PAS dan PKR.

Kerajaan BN sama ada di peringkat Pusat atau negeri yang sekian lama memerintah tidak pernah membezakan bantuan sekiranya nak diberikan kepada warga emas sama ada mereka itu mendaftar sebagai pengundi ataupun tidak, penyokong BN ataupun tidak. Semuanya diberikan bantuan kerana memerlukan.

Namun kerajaan pimpinan Guan Eng yang turut dijilat oleh PAS, semua tindakannya adalah atas faktor politik dan undi semata-mata!

Penulis tak mahu komen panjang-panjang lagi. Ini merupakan bukti jelas dari Malaysiakini.

SPRM, tolong dakwa Guan Eng segera!

6 ulasan:

  1. tak de buat aduan.. mane sprm nak siasat..

    BalasPadam
  2. Hanya PARTI DAP/PKR yg byk memperolehi sumbangan rm100 itu pun diberitahu oleh bahagian masing masing, PAS pun ada yg tak dpt, yg pergi ambil pun ada yg memdapat surat. Ini kerana, pada pertengahan tahun lepas kalau tidak silap, agen pakatan haprak kat penang ini telah pergi dari rumah ke rumah mencari warga emas, untuk mengisi borang (tak tahu lak borang masuk/sokong pakatan haprak atau nak bg rm100) ...kalau betul betul ikhlas tak perlu borang borang cuma yg wajib semua warga emas perlu bawa i/c je sebagai bukti...LGE tahun ini dah keluar sejumlah besar buat sebahgian warga emas...kalau ada 100,000 x rm100 = 10juta wang dah guan eng belanja.

    BalasPadam
  3. Dia bukannya beri rasuah..tetapi memberi insentif kepada semua warga emas supaya mendafar sebagai pengundi. Tindakan sebegini perlu dibuat memandangkan semua warga emas di Pulau Pinang tidak pernah mendaftar sebagai pengundi dan tidak pernah mengundi pun.

    Beliau juga sedang menyusun projek untuk memberikan wang insentif kepada semua pemuda-pemuda Pulau Pinang yang mendaftar sebagai pengundi.

    BalasPadam
  4. apa la lu mamat TN 05:40. dah sah-sah dia bagi kepada warga emas yang mendaftar sebagai pengundi. itu kira rasuah la nak tarik undi. pilihanraya lambat lagi pun dok sibuk undi guan eng ni. memang cukup celaka dap. yang pas pun jilat ja. lu baca betul2 mamat!

    BalasPadam
  5. betul dia bagi RM100 tu pada warga emas yang daftar sebagai pengundi. Tapi adakah warga emas yang daftar sebagai pengundi tu undi pakatan saja??? Bagaimana plak dengan BN yang dok tabur duit masa pilihanraya kecil seluruh negara ni. ada saja pilihanraya terus depa nak umum peruntukan itu dan ini.... kalau takde agenda tersendiri kenapa masa dekat nak pilihanraya kecil baru nak umum peruntkan itu dan ini... Juta - juta wooo yang depa umum. Duit rakyat yang bayar cukai tapi BN yang ambil kredit peruntukan Kerajaan BN ..... Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut bersuara.... Ada tangan pangkah la undi.

    BalasPadam
  6. ni blog apo ni...cakap tak pikir ...
    bodoh cam lembu...tutup saja blog ni..menyampah tengok orang camni...malaysia dah merosot kerana orang camni la....tahu nak menilai orang..tak tengok diri sendiri...kalau aku mak engko..menyesal lahir anak camtu...baik dapat anak kucing...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!