Khamis, 16 September 2010

Sambutan Kerajaan 16 September Anwar di markas PAS mana tahun ni? Takkan Pakatan Haram sambut diam-diam kot!

Tanggal 16 September 2010 genaplah 3 tahun tertubuhnya Kerajaan 16 September Pakatan Haram yang Perdana Menterinya adalah Anwar Ibrahim.

Sejarah pembentukan Kerajaan 16 September ini berlaku pada tahun 2008 apabila Anwar berjaya membeli 31 ahli Parlimen BN untuk meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Pakatan Haram. Sejak itu, Anwar memerintah Malaysia bersama-sama dengan rakan-rakan sekutu kuat peluk cium PKR iaitu DAP dan PAS.

Malu dengan kegagalan untuk menjaga 31 ahli parlimen BN yang mengambil keputusan melompat ke Pakatan Haram menyebabkan Pak Lah melepaskan jawatan selaku Presiden UMNO dan ia telah diambil alih oleh Najib. Najib kini merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen 16 September.

Malang bagi BN dan para penyokongnya kerana tidak mempercayai cakap Anwar yang bersungguh-sungguh mengatakan beliau akan berjaya merampas 31 wakil rakyat mereka. Kini perkara itu benar-benar berlaku. Bukan takat benar, malah sungguh-sungguhlah berlaku.

Kalaulah BN baca semua link di bawah ni dulu, pasti mereka akan berwaspada dengan Anwar.

1. Malaysiakini: Wakil BN lompat sebelum 16 Sept (sini), PKR: rundingan lompat parti ‘lancar’ (sini), Anwar: Wakil BN mahu lompat parti (sini)

2. Siasah: PKR yakin Malaysia bertukar kerajaan 16 September (sini)

3. Klpos: Anwar tetap yakin kerajaan baru akan dibentuk 16 Sept, jumpa MP yang bakal lompat minggu depan (sini)

4. Harakahdaily: Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September (sini)

5. The Star: Anwar insists he has enough Barisan MPs to form government (sini), Anwar claim more than 31 MPs will cross over (sini)

Itu baru sikit tu, tak termasuk yang dalam YouTube dan yang disiarkan Al-Jazeera! Namun apa boleh buat, Anwar kini dah jadi Perdana Menteri 16 September. Terima sajalah para penyokong BN ya.

Cuma agak menghairankan, sejak tahun lepas lagi, Anwar dan Kerajaan 16 Septembernya menyambut ulang tahun kejayaan mereka mencuri ahli Parlimen BN secara diam-diam. Bukan setakat diam tak berbunyi, malah sepi sesepi sepinya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, sambutan tahun ini akan diadakan di salah satu markas PAS. Cuma yang tak pastinya, markas PAS yang mana. Kalau sesiapa tahu, tolong maklumkan penulis ya! Nak hebahkan terutamanya pada Al-Jazeera.

Sempena menyambut ulang tahun Kerajaan 16 September Anwar tahun 2010 ini, penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para penyokong Pakatan Haram. Semoga anda tak kena kencing macam penyokong BN yang ditipu pemimpin sendiri kononnya Anwar takkan berjaya beli ahli Parlimen BN.

Kesian penyokong BN kan? Kesiannya...

8 ulasan:

  1. salam bro..

    16 sept telah diisytiharkan sebagai hari mengenang karipap pusing anwar la bro.. tapi post bro ni pun.. dah cukup mengusik ulu perut.. kah kah kah..

    BalasPadam
  2. Saya tahu yang Azmin Ali akan menghadirkan diri ke Majlis Rmah Tamah PKR di Grand Continental Kuching, Sarawak. Kemudian dia akan bermesyuarat di PKR Kuching sebelum menjelajah Sarawak.

    BalasPadam
  3. kAH KAH KAH KUI KUI KUI HE HE HE,ANUAR PM 16 SEPT MALAYSIA AMAN DI BAWAH PM 16 SEPT PM SEHARI ORG RAJA SEHARI ANUAR PM SEHARI NAJIB BAGI SAMPAI PUKUL 12 MALAM BESUK BAGI BALIK KAT NAJIB JANGAN JADI CINA BUTA PULA TAK MAHU BAGI BALIK KAH KAH KAH KAH ANUAR PM 16 SEPT KAH PUIIIIII KAH PUIIIIII.

    BalasPadam
  4. Klu tahun lepas Pakatan Rakyat beria-ia sambut Hari Malaysia, kenapa tahun tak dengar citer? Takkanlah sekali saja kot...kata sangat penting..sepatutnya semua geng2 pakatan ni sambut la kat mana-mana....takkan setahun jerr,pastu tak dengar citer...nampak sangat nak tipu rakyat..

    BalasPadam
  5. jgn la mcm ni bro...crita lu ni sedih ar bkn klakar,kata al juburi(kalu oghe kelate akan menyumpah-cih nate nate nate )

    hu hu hu

    tokawe

    BalasPadam
  6. Jangan tak percaya, GOMO kata mereka dah tawan Putrajaya pagi nie. Banyak blogger kena tahan ISA. Penyokong-penyokong dia berguling-guling kat jalanraya

    agbr47: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA!!!!!!!. Pinjam ketawa WBhim.

    BalasPadam
  7. kesian dan muahahahahahahahahahahhahahahaha
    jom golek atas jalan muhahahahahahhahahaha

    SELAMAT HARI MALAYSIA ... SAUKLA JOY

    BalasPadam
  8. PENYOKONG PKR BUKAN AJA KENA KENCING TAPI DI BERAKKAN....AKU PUN SAMA SOKONG MASA TU DAN MELAUNG GILA.. CAYA SANGAT KAT SI JUBUR TU.. MASA TU AKU BUJANG ADA BODOH SIKIT LA .. LAH NI SEMUA TEMBERANG DIA AKU DA NAMPAK.. DEPAN CINA LAIN CAKAP, DEPAN INDIA LAIN CAKAP, DEPAN MELAYU LAIN CAKAP.. KITA GI SOKONG DIA LELAH.. TOL, MINYAK JANJI NAK BAYAR ABOK PUN TAK ADA....TAHUN NI 16 SEPT ANU WAR MUNGKIR JANJI.. BILA NAK JADI PM DAAAA.(PM = Pergi Menutuh )

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!